Friday, February 24, 2017

SIPUT KEMUDI - KENALI DIA

SIPUT KEMUDI (Atrina fragilis) atau pun di kenali dengan nama 'Siput Peha Ayam' atau dalam bahasa Inggeris ia adalah sebagai 'Pen Shells' merupakan sejenis siput kerang-kerangan yang berbentuk segitiga lonjong dan saiznya boleh mencapai satu kaki panjang. Penulis blog sebelum ke Pulau Pinang memang tidak pernah kenal akan siput tetapi amat teruja melihat siput ini yang dikutip dikawasan pesisir laut berhampiran pantai Merdeka. Melihat bentuk siput ini memang sesuai diberi nama sebagai Siput Kemudi kerana cengkerangnya memang berbentuk kemudi sampan atau bentuk tigasegi atau memanjang seperti kemudi kapal iaitu berbentuk tiga segi yang menebal dibahagian hujungnya (Sila lihat foto diatas). Siput ini juga dikatakan sebagai Siput Sudu disesetengah kawasan lain. Ia dicari oleh peminat siput dnan kerang-kerangan kalau ada musim siput ini keluar. Ia lazimnya tinggal didasar permukaan pasir dengan melekat melalui organ dinamakan 'Byssus'. Antara spesis yang dikelaskan dalam keluarga siput ini seperti Atrina fragilis dan juga Pinna nobilis. Dinegara kita ia banyak dikawasan pantai berpasir dengan sedikit lumpur dikawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Beberapa species siput ini menjadi sumber makanan kepada manusia sebagai makanan eksotik dan enak. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis satu rencana mengenai Siput Kemudi sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua.


Siput Kemudi ini sebenarnya mempunyai nilai ekonomi yang signifikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran pantai diseluruh dunia. Dikawasan laut sekitar Meditrenean jenis siput ini diternak bagi menghasilkan Mutiara (Pearl) yang berkualiti. Bagi siput kemudi dikawasan Polynesia isinya yang lembut dimakan setelah dimasak. Siput sudu mempunyai isi yang lembut berwarna putih oren bergantung kepada persekitaran laut dimana ia dijumpai (Sila lihat foto disebelah). Berbanding dengan jenis kerang-kerangan dan krustacea lain ia mempunyai sifat sama mencari makan dalam air iaitu dengan cara menuras plankton. Siput Kemudi di negara kita agak besar saiznya dan mempunyai isi daging yang amat memuaskan berbanding dengan isi dalam kerang, Lala, Siput Sedut dan sebagainya. 


Mencari siput kemudi dipersisir pantai memerlukan kemahiran, keberanian dan pengalaman. Ini kerana siput kemudi berada dibawah dasar air atas pasir. Seseorang perlu ada sampan dan diikat pada kayu agar tidak hanyut. Pemburu siput kemudi pada air surut dan cetek memadai dengan kaedah meraba menggunakan kaki sendiri untuk menentukan ada siput kemudi dibawahnya dan diambil dengan tangan. Jika air pasang atau kawasan agak dalam maka mereka akan menggunakan kayu panjang dan pacak atas dasar pantai dan meraba gunakan kaki juga. Kemudian dengan memegang kayu yang dipacak ia akan menyelam dan ambil siput kemudi menggunakan tangan dan kemudian dikumpulkan dalam bakul yang diikat pada sampan (Sila lihat foto disebelah). Kalau kawasan tangkapan ada banyak siput kemudi ini maka ianya adalah lumayan sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual kepada orang lain. Bergantung kepada musim harga jualan runcit siput kemudi ini diantara RM5.00 - RM10.00 sekilogram. Penulis baru dua kali membeli dan makan siput kemudi ini.


Antara menus masakan siput kemudi ini yang popular adalah Masakan Siput Kemudi Goreng Kunyit (Sila lihat foto paling bawah). Bahan untuk memasak resepi ini pastinya adalah 10 ekor Siput Kemudi yang perlu dibasuh dan dipotong saiznya ikut kesesuaian. Isi siput kemudi ini perlu dikeluarkan dan pdibasuh bersih dengan air mengalir sebelum ianya ditoskan. Bahan lain adalah 2 biji cili merah atau cilu hijau hidup yang dipotong nipis serta sebiji bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Bahan lain adalah 3 ulas bawang putih dihiris nipis serta pastinya sedikit halia juga dipotong nipis. Sebaiknya ada aun bawang atau daun sup, 1 sudu kecil serbuk jintan putih, 1 sudu kecil sebuk jintan manis,  sedikit serbuk kunyit, minyak, garam dan serbuk perasa. Cara memasak dengan memanaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili hidup dikacau sampai layu. Kemudian masukkan isi suput kemudi dan dikacau sehingga masak. Masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis, garam serta serbuk perasa sehinga cukup masak dan matikan api. Angkat dan masukkan daun bawang kedalam mangkuk untuk sedia dihidangkan dan dimakan bersama nasi putih. Siput kemudi juga sesuai dimasak sambal, masak cili api dan sebagainya mengikut kegemaran masing-masing. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
SIPUT KEMUDI.... NAMA DIBERI...
BERKULIT KERAS...IA TIGASEGI...
TEPI PANTAI LAUT... IA DICARI...
DIMASAK SAMBAL...PELBAGAI LAGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1608, Hotel Royal,
3, Jalan Larut, Georgetown,
Pulau Pinang, Malaysia.
(21 Jamadilawal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.