Sunday, February 12, 2017

NENAS MD2 (AC9) - CIRINYA

NENAS MD2 (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dan nombor rujukkan diberikan adalah AC9. Nenas MD2 adalah varieti paling popular dikalangan penanam nenas diseluruh negara masa kini. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Nenas MD2 merupakan varieti nenas yang paling popular masakini kerana kualiti buah yang tinggi untuk pasaran domestik dan eksport. Nenas MD2 ini adalah varieti buah nenas yang diterima diseluruh dunia sebagai 'nenas premium' kerana kehebatan kualitinya. Kawasan utama tanaman nenas adalah di Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2015 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat ciri-ciri varieti nenas MD2 yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.


Buah Nenas MD2 merupakan buah yang sangat popular masa kini untuk pasaran domestik dan pasaran segar. Nenas ini lebih popular untuk makan segar. Varieti MD2 yang ditanam di Malaysia adalah baka yang dibiakkan oleh Pineapple Research Institute of Hawai (PRI) sekitar tahun 1980an dimana baka ini terhasil daripada kacukan antara PRI Induk hybrids 58-184 dengan PRI Hybrids 59-433. Hasil buahn MD2 ini bercirikan hybrid nenas 'Smooth Cayene 17', 'Smooth Guatamala 5', Pernambuco 4 dan Queen 1. Daripada rujukkan yang penulis baca, varieti MD2 ini sangat cergas pertumbuhannya sehingga sesuai untuk tanaman padat mencapai 70,000 pokok sehektar (Nenas biasa yang lain hanya sekitar 42,000 - 45,000 pokok sehektar sahaja). Ini bagaimana pun tidak digalakkan dikawasan tanah kebun nenas yang melebihi 25 Celcius kerana akan berlaku masaalah saiz buah menjadi kecil (Taniguchi et. al, 2009). Buah yang bersaiz sederhana in mempunyai bentuk iaitu SELINDER (cylindrical shape) dengan berat sekitar 1.3 - 2.5 kg sebiji. Warna buah yang matang adalah hijau tua dengan terdapat sebanyak 120 - 160 mata (Sila lihat foto disebelah). Buan MD2 mempunyai saiz empulur 1.6 - 2.2 cm dengan kadar kandungan gula 0.3 - 0.5% sahaja. Isinya berwarna kuning keemasan dan mempunyai aroma serta rasa rangup. Warna permukaan atas braktea nenas MD2 adalah hijau dan mata buahnya tidak timbul. Penulis blog telah lama 'familiar' dengan makan buah nenas MD2 dan meminati makan segar berbanding dengan varieti lain masa kini. Buah yang dihasilkan dengan amalan teknologi organik juga kini telah mendapat permintaan tinggi dengan harga baik.


Melihat kepada ciri marflogi varieti nenas MD2 ini perlukan kemahiran dan juga asas pengalaman. Pertumbuhan sulur varieti ini adalah separa menegak dengan warna dominan permukaan atasnya adalah hijau (adaxial). Varieti ini tiada kehadiran anthocyanin pada daunnya.Varieti MD2 ada duri terutama pada bahagian apeks sahaja (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun sebaran duri pada daun adalah tidak teratur dengan susunan mengikut arah.  Arah duri lazimnya adalah mengarah keatas pucuk hujung daun. Warna duri pada daun adalah hijau dengan saiz duri yang kecil sahaja. Bagaimana pun ada beberapa nenas MD2 yang 'mutant' dimana durinya banyak atau tiada duri langsung. Benih nenas MD2 kini terdapat dalam dua punca iaitu daripada pokok induk melalui Sulur Tanah, Sulur Angin dan Jambul (Crown). Beberapa syarikat swasta kini telah menghasilkan dan menjual benih nenas MD2 kepada pekebun kecil kerana agak sukar untuk mendapatkan bekalan benih MD2 dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu ramai penanam nenas membeli benih nenas kultur tisu yang mana ia tidak digalakkan. Ini kerana benih kultir tisu nenas akan menyebabkan apa yang didakwa sebagai 'Somaclonal variation' yang membolehkan pokok nenas MD2 tidak sama dengan pencirian pokok nenas MD2 sebenar


Nenas MD2 kini ada yang telah menggelar sebagai 'NENAS MADU' kerana kemanisannya dan juga kerangupannya. Pertumbuhan pokok nenas induk MD2 adalah separa menegak dimana lazimnya kedudukkan buahnya adalah separa terlindung (Sila lihat foto dibawah). Pokok yang ditanam diatas tanah mineral lazimnya memberikan rasa lebih manis berbanding dengan tanah jenis gambut dalam. Benih nenas MD2 kini dijual dengan harga pling mahal sehingga pernah mencecah lebih RM2.50 satu sulur. Bagaimana pun melalui skim pawah oleh LPNM dan mengujudkan ladang benih nenas MD2 masaalah kekurangan benih MD2 dapat diatasi. Baru-baru ini penuli didedahkan dengan teknologi pembiakan benih nenas menggunakan jambul yang berjaya menjadikan kepada 12 benih dengan aplikasi plant booster. Penulis akan terbitkan teknologi ini dalam penulisan rencana akan datang. Nenas MD2 ini kini ditanam untuk pasaran domestik dan ekaport. Antara negara sasaran eksport nenas MD2 adalah Negera-negara Arab, Singapura, Jepun dan Eropah. Penulis melawat beberapa kebun nenas MD2 yang telah menerima persijilan MYGAP untuk mereka menghasilkan buah nenas berkualiti dan mudah untuk dieksport. Projek tanaman nenas MD2 di RIPI, Rompin, Pahang dibawah ECERDC antara kawasan tanaman nenas MD2 yanga luas disamping di TKPM Lanchang, Pahang. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology. Negeri Kedah juga diantara negeri yang luas menanam nenas MD2 dikawasan tanah mineral dengan teknologi Tanaman Padat. Nenas MD2 yang ditanam pada tanah mineral lazimnya lebih manis berbanding dengan nenas yang ditanam pada tanah gambut. Wasallam!..





NENAS MD2... VARIETI TERKEMUKA...
BENIH DISEDIAKAN... KENA PERIKSA...
BUAH BERKUALITI... DIEKSPORT DIA...
MENULIS ARTIKEL... HATI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior agronomist,
Projek Tanaman Nenas Komersil,
RIPI, Kg Tanam, Rompin,
Pahang, Malaysia.
(29 RabiulAkhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.