Monday, January 2, 2017

KAYU MANIS CEYLON - BERKUALITI TINGGI


PEKERJA ini mengupas kulit daripada pokok kayu manis.

'KAYU MANIS CEYLON BERKUALITI TINGGI'
merupakan satu tajuk rencana khas dari Akhbar harian KOSMO yang diterbitkan pada 3 Oktober 2014. Penulis blog kali ini menulis semula rencana ini kerana ia menyebut satu daripada bahan rujukan adalah daripada blog penulis sendiri. Wartawan dari Kosmo ada menghubungi penulis beberapa kali melalui email dan percakapan untuk membuat rujukkan sebelum rencana ini diterbitkan. Bahan rujukkan ini merupakan kerjasama antara penulis blog ini dengan akhbart tempatan dalam teknologi pertanian. Rencana dimulakan dengan ayat 'SRI LANKA merupakan sebuah negara yang kaya dengan tanaman pokok kayu manis'. Bagaimanapun, pada tahun 2004, negara tersebut dilanda tsunami yang turut dilaporkan memusnahkan banyak ladang pokok kayu manis selain merosakkan harta benda dan meragut berpuluh nyawa manusia. Kini, negara tersebut masih berusaha untuk bangkit daripada tragedi itu. Keadaan itu turut menimpa ke atas seorang pemilik ladang pokok kayu manis, Sarath Kumara, 54, apabila separuh daripada ladangnya musnah dalam kejadian itu. Dia terpaksa mengusahakan semula tanaman tersebut yang baginya satu perkara yang sangat mencabar. Sejak dahulu, Sri Lanka merupakan pembekal utama kayu manis dunia. Ia menjadi tumpuan pedagang dari Arab dan kolonis Eropah. Bagaimanapun, pada hari ini, industri kayu manis di negara itu yang dikenali sebagai kayu manis Ceylon menghadapi saingan yang hebat daripada industri kayu manis yang jauh lebih murah iaitu kayu manis kasia. Kayu manis kasia mudah ditemui di China dan Asia Tenggara tetapi di Malaysia setakat ini masih belum ada penanaman secara komersial. Artikel petang Ahad ini saya tulis semula rencana dalam "Anim Agro Technology" bertajuk 'Kayu Manis Ceylon Berkualiti Tinggi' daripada akhbar kosmo yang menyebut nama penulis blog sebagai satu dari sumber rujukkan.

Rencana disambung dengan para iaitu “Penanaman semula mengambil masa dalam empat tahun untuk mengeluarkan hasil. Bagaimanapun, ketika ini, saya sedang menikmati hasil yang banyak,” katanya ketika ditemui AFP di ladang milik moyangnya di Hikkaduwa, yang terletak 100 kilometer di selatan Colombo. Kumara memberitahu, dia tidak pernah melihat rupa kayu manis kasia itu tetapi mengakui tidak selesa dengan tindakan pihak tertentu yang menjual kayu manis kasia tetapi mendakwa ia kayu manis Ceylon. “Kami mengetahui terdapat beberapa pihak di luar negara menjual kayu manis kami dengan mencampurkannya bersama kayu manis kasia. Ada juga pihak mendakwa kayu manis yang dijual mereka adalah kayu manis Ceylon tetapi sebenarnya ia palsu. Dalam kejadian tsunami yang digelar tsunami Boxing Day itu, Kumara telah kehilangan dua ahli keluarganya selain memusnahkan separuh daripada 9,000 pokok kayu manis yang ditanamnya. Berkat usaha dan kerjasama pelbagai pihak termasuk penderma antarabangsa, industri kayu manis di Sri Lanka bangkit sedikit demi sedikit. Para petani tidak berputus asa dan menanam semula lebih setengah juta pokok kayu manis di sekitar kawasan Hikkaduwa dan Balapitiya.

PENGUKUS diisi dengan dedaun kayu manis untuk dijadikan minyak pati adalah merupakan satu aktiviti bagi mempastikan ia sebenarnya tulin. Kini harga pasaran kayu manis mula sudah menunjukkan peningkatan yang baik. Tahun lalu (2013) harga di pasaran Eropah bagi kualiti biasa ialah RM55.00 per kilogram manakala yang berkualiti tinggi RM121.00 per kilogram. Bagaimanapun, pihak pengusaha di Sri Lanka tetap bimbang sekiranya pemborong akan beralih kepada kayu manis kasia yang berwarna lebih gelap dan rasanya sedikit pahit berbanding kayu manis Ceylon. Apa yang lebih menyedihkan, apabila ada pihak melabel kayu manis kasia sebagai kayu manis Ceylon. Sehubungan itu, Exco Rempah Sri Lanka bertindak untuk mempertahankan kayu manis Ceylon dengan meminta kepada pihak iaitu Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kesatuan Eropah untuk mendapatkan hak paten atau hak cipta. Kini dipercayai di kebanyakan negara Barat, kayu manis kasia dilabel sebagai kayu manis Ceylon. Kayu manis sebenar ialah kayu manis Ceylon kata Sarada de Silva yang kini merupakan ketua exco tersebut. Mereka mahu pihak WTO mengiktirafkan kayu manis Sri Lanka itu berasaskan kedudukan geografinya iaitu Ceylon sepertimana Champagne mendapat nama berasaskan lokasinya iaitu di Champagne utara Perancis.

Pada tahun 1500-an, kepulauan Lautan Hindi diberi nama Ceylon ketika di bawah kolonial pemerintahan Portugis, Belanda dimana ia akhirnya dikuasai oleh British. Nama Ceylon kemudiannya ditukarkan kepada Sri Lanka setelah kepulauan tersebut menjadi republik pada tahun 1972. Selain itu, kayu manis yang merupakan rempah aromatik sering digunakan dalam resepi masakan, malah ia tumbuh secara liar sejak berzaman lamanya sebelum kedatangan Belanda. Setelah itu, kayu manis dijadikan tanaman komersial pada abad ke-17. Kini industri kayu manis di negara tersebut menyumbang sebanyak 80 peratus di pasaran dunia dan kini sedang menikmati keuntungan daripada produk itu. Antaranya adalah dimana minyak kayu manis berkualiti tinggi yang mengaut keuntungan sebanyak 65,000 Rupi (RM3,442) untuk satu kilogram. Pada tahun lalu, kayu manis Ceylon mencatat keuntungan sebanyak RM7 juta daripada 13,866 tan yang dieksport berbanding RM2 juta daripada 12,000 tan pada tahun 2005. Pembeli utama kayu manis Ceylon ialah Mexico, Colombia, Peru dan Amerika Syarikat. Namun, menurut de Silva, keadaan pasaran ketika ini kurang memberangsangkan akibat saingan kayu manis kasia itu. 'Kita perlu mendapatkan pengiktirafan kedudukan geografi daripada mereka (WTO dan lain-lain). Tindakan ini bagi menyelesaikan isu kayu manis kasia itu,” lanjut ujarnya. Menyingkap kembali tragedi tsunami, ia telah mendorong para petani untuk melabur dalam penggunaan teknologi terkini sama ada di peringkat ladang ataupun kilang minyak. Kumara misalnya, telah berjaya menuai sebanyak 9,000 pokok kayu manis setiap lapan bulan berbanding 18 bulan sebelum tsunami berlaku.

SEIKAT kayu manis sedia untuk dijual dikawasan perusahaan kayu manis di Sri Lanka. Laporan akhbar seterusnya manyatakan kejadian tsunami itu turut mendapatkan kesan kebaikan kepada tanamannya. “Tanaman saya juga membuahkan hasil dengan lebih cepat selepas kejadian tragis itu,” katanya. Para petani juga kini telah terjaya menghasilkan beberapa produk lain daripada minyak gred rendah seperti sabun, ubat sapuan dan bahan cucian daripada ekstrak daun kayu manis, manakala minyak gred tinggi pula dijual untuk pembuatan minyak wangi mahal serta air minuman berkarbonat. Exco Rempah Sri Lanka juga telah menjalankan beberapa kajian terhadap kayu manis dan mendapati, kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Berdasarkan kajian makmal di Barat, kayu manis didapati mempunyai ciri-ciri antikulat dan antikuman. Bahkan, kajian yang dilakukan oleh Dr. Daniel Y. C. Fung dari Universiti Kansas telah membuktikan bahawa kayu manis dapat menyingkirkan bakteria yang terkandung di dalam jus epal. Khasiat kayu manis ini masih lagi ada yang diperdebatkan dalam kalangan pakar-pakar dan mereka masih lagi mencari kebaikan yang terkandung di dalam rempah unik itu. Dalam bidang masakan, cef di Sri Lanka, Cef Dell’ Ascenza Riccardo yang menyatakan, penggunaan kayu manis dalam masakannya memberikan rasa yang lebih sedap. “Para pelanggan turut memuji keenakan masakan saya,” ujarnya.

Anim Hosnan yang merupakan seorang ahli agronomi menyatakan di blognya, kayu manis atau dikenali dalam nama botani sebagai Cinnamomum zeylanicum, merupakan rempah-ratus daripada keluarga Lauraceae yang paling lama digunakan oleh manusia, malah paling popular di negara Barat suatu ketika dahulu. Pokok kayu manis dikatakan berasal dari Sri Lanka dan Asia Tenggara. Pada masa itu, Sri Lanka merupakan pengeluar produk berasaskan kayu manis terbesar di dunia diikuti China, India dan Vietnam. Namun, ada juga mengatakan kayu manis adalah tanaman asli di Indonesia. Di beberapa negara lain, kayu manis dikenali sebagai kayu manis Ceylon, Gui, Gui Zhi (China), Kasia dan Sweet Wood. Pokok kayu manis mampu tumbuh meliar dalam anggaran tujuh sehingga 16 meter di dalam kawasan hutan. Bagi tujuan komersial, proses mencantas pokok kayu manis perlu dilakukan pada peringkat awal untuk mengawal pertumbuhannya.
Begitulah laporan akhbar KOSMO bertajuk 'Kayu Manis Cey;on Berkualiti Tinggi' yang penulis rujuk semula kerana ada merujuk blog penulis untuk diterbitkan. Semuga info ini memberi sedikit info berguna kepada semua. Wasallam!!..
KAYU MANIS BERLUALITI... SRI LANKA....
AKHBAR KOSMO...TERBITKAN RENCANA...
ANIM HOSNAN... BAHAN DIRUJUK SAMA...
BERKONDSI MAKLUMAT...SATU USAHA...

By
M Anem,
Senior Agronomist,
Kuantan Parade and East Coast Mall,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(3 RabiulAkhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.