Tuesday, December 13, 2016

MAKANAN KITA, MASA DEPAN KITA

MAKANAN (Foods) merupakan perkara asas kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara. Kini terdapat tema baru mengenai makanan sempena pameran MAHA 2016 iaitu "Makanan Kita, Masa Depan Kita" atau dalam bahasa Inggeris ia dibaca sebagai "Our Food, Our Future". Dalam kehidupan harian makanan memberikan kita kehidupan. Makanan men­ce­ritakan budaya dan warisan sesebuah bangsa dengan jelas. Makanan juga mampu untuk proses menyatukan kita dan penceria dalam setiap majlis dan perayaan. Keperluan Bahan Makanan yang mencukupi dan berkualiti terutama penghasilannya adalah an­ta­ra cabaran terbesar yang hari ini sedang diha­dapi dunia. Menurut laporan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) iaitu sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjelang 2050 penduduk dunia akan mencecah 9.1 bilion orang dan pengeluaran makanan perlu ditingkatkan 70% untuk menepati keperluan ketika itu.Dalam negara kita Malaysia, Jabatan Perangkaan mengunjurkan penduduk negara akan berkembang daripada 31.7 juta tahun ini kepada 38.6 juta pada 2040. Angka ini mungkin akan mencecah 40 juta orang pada tahun 2050. Mereka semua perlukan makanan sedangkan kawasan untuk pengeluaran bahan makanan sentiasa bersaing dengan pembangunan lain seperti industri, perumahan, pelancongan dan untuk prasarana. Artikel petang Sabtu ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai kedaulatan makanan negara untuk dibincangkan dan menimbulkan kesedaran kepada semua pembaca blog ini.

Dicantara cabaran yang penulis fikir dalam membincangkan kecukupan makanan adalah faktur tanah, teknologi, tenagakerja, pasaran dan juga berlaku perubahan pola permakanan itu sendiri. Kini dengan keluasan tanah yang kekal sama dan sumber yang kian terbatas, cabaran kita adalah bagaimana untuk memenuhi keperluan makanan yang semakin mendesak pada masa depan. FAO melihat 'food security' atau jaminan makanan sese­buah negara itu daripada beberapa faktor iaitu Faktor Bekalan (availability), Faktor Kemampuan rakyatnya (affordability) serta keperluan nutrisi dan Fakto Kualiti dan Keselamatan makanan itu sendiri (quality and safety). Jika dibuat perbandingan terdapat negara seperti Singapura walaupun amat kurang menghasilkan makanannya sendiri tetapi negara tersebut sering diletakkan antara yang teratas dari segi jaminan makanan. Perkara ini disebabkan purata rakyatnya telah capai berpendapatan tinggi dan mampu membeli dari negara luar. Bagaimana pun tahap kebergantungan seperti ini sebenarnya tidak menjamin sepenuhnya bekalan makanan untuk sesebuah negara. Faktor ekonomi, logistik mahupun geopolitik sering menghidangkan ketidaktentuan yang juga mungkin menggugat status quo yang dinikmati. Menerusi usaha kerajaan yang berterusan sejak bertahun lama­nya, Malaysia kini telah ba­ngun­kan satu sektor pertanian yang ber­jaya memenuhi sebahagian be­sar keperluan makanan negara seperti padi, ikan dan buah-buahan serta sayuran.

Merujuk perkara kecukupan makanan sering dibangkitkan isu Tahap Sara Diri (Self-Sufficient Level - SSL) untuk bahan makanan utama agar ia berada pada kedudukan yang selesa, teruta­ma beras, ayam, telur, ikan, buah-bu­ahan dan sayur-sayuran.Industri ternakan negara. Sebagai con­toh dalam sektor ternakan Malaysia mampu membekalkan hampir semua ayam, telur dan ikan yang kita perlukan. Bagaimana pun penulis blog berpendapat jika dikaji dengan lebih men­da­lam sebenarnya bekalan pro­duk-produk ini masih belum lagi benar-benar terjamin. Ini adalah kera­na kita mengimport hampir 100 peratus bahan mentah untuk maka­nan ayam dan ikan yang kita ternak iaitu jagung bijirin dan soya. Itulah sebabnya kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang merintis jalan ke arah penanaman jagung bijirin supaya kita kurang untuk bergantung kepada bekalan negara luar. Malaysia antara negara ASEAN yang tidak mengeluarkan jagung bijirin sendiri berbanding dengan negara jiran lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Myanmar dan sebagainya. Perlu ada satu ekosistem baru diwujudkan dalam bidang jagung bijirin ini dimana ia dijangka bakal membuka peluang besar kepada para pengusaha atau petani di sepanjang rantaian nilainya. Ini termasuk mereka yang terlibat dalam sektor pembenihan, penanaman, baja, penuaian, pengeringan, pengumpulan, pemprosesan, logistik, penjualan, pengeksportan dan pembiayaan.

Selain kecukupan makanan, kualiti dan nilai khasiat makanan yang dihasilkan juga penting. Sama ada kita hendak wujudkan generasi bijak ICT yang mampu menerajui ekonomi digital, mahupun kita mahu bentuk sepasukan pemain bola sepak yang mampu untuk membawa negara ke Piala Dunia maka permakanan hari ini akan menyokong pembangunan negara masa depan. Diatas matlamat inilah kerajaan kini sedang merangka untuk terus membangunkan industri tenusu negara. Kini program ini telah pun dimulakan di dua “Lembah Tenusu” iaitu dikawasan Muadzam Pahang dan Keningau Sabah. Program ini kelak dijangka akan mengurangkan kebergantungan kita kepada susu import yang mana kini berjumlah RM2.8 bilion setahun, dan pada masa yang sama memastikan bekalan susu segar yang berkhasiat untuk anak-anak kita. Sebagai strategi kepada beberapa banyak negara besar, agenda pengeluaran makanan bukan lagi dilihat dari segi untung rugi, peluang pekerjaan mahupun pendapatan. Malah mereka melihat tanggungjawab memastikan rakyatnya masih bertani, masih menternak dan masih ke laut adalah keutamaan terpenting yang perlu dipertahankan. Kini mereka tahu bahawa negara yang tidak cukup makan adalah negara lemah yang terdedah kepada pelbagai ancaman. Semua ini juga menggambarkan bahawa bidang penghasilan makanan bukan sahaja akan menyumbang kepada ekonomi tetapi mempunyai strategi kepentingan strategik lebih besar. Kedaulatan makanan adalah asas kekuatan negara.

Masa depan Malaysia yang kekal makmur dan merdeka bakal ditentukan oleh suatu sektor agromakanan yang boleh berdepan apa jua cabaran. Ia juga bakal ditentukan melalui keupayaan kita untuk melahirkan generasi agropreneur muda yang mampu menjadi pelapis kepada wira-wira petani, penternak dan nelayan kita hari ini. Dalam pada itu 'Hari Makanan Sedunia' disambut setiap tahun pada 16 Oktober sebagai mengingati tarikh penubuhan FAO. Kini makanan boleh menjadi salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Seperti yang kita tahu makanan seperti nasi lemak, roti canai dan yong tau foo adalah hidangan terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kaum akan berkumpul di kedai makan untuk menikmati roti canai dan nasi lemak. Ada juga orang Melayu pergi ke pasar malam untuk membeli yong tau foo walaupun makanan itu asalnya hanya popular dalam kalangan kaum Cina. Pada masa kini didapati ada kaum Melayu menjual makanan yong tau foo di pasar malam. Ini menunjukkan bahawa sesuatu kaum boleh belajar cara bagaimana untuk memasak hidangan yang kebiasaannya dimakan etnik lain. Bagi umat Islam jika makanan berkenaan halal kita boleh memakannya. Orang Islam di Malaysia juga tidak menghadapi masalah untuk mengunjungi rumah-rumah terbuka anjuran penganut agama lain kerana kebanyakan mereka peka dengan hakikat Muslim tidak boleh makan daging khinzir dan meminum arak. Makanan yang berkualiti dihasilkan dalam negara akan akan menjamin kedaulatan sesebuah negara. Pelbagai strategi dan program perlu diatur untuk mempastikan bekalan makanan mencukupi dan mengurangkan kebergantungan mnakanan import dimasa akan datang. Wasallam!!!.
MAKANAN KITA... MASA DEPAN KITA....
KURANG MENGIMPORT...LUAR NEGARA...
TAHAP SSL... PERLU SENTIADA DIJAGA...
MAKANAN MENCUKUPI... SEJAHTERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 211, Hotel Bestari,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(10 RabiulAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.