Thursday, December 15, 2016

KARIPAP - TESTIMONI AKHBAR

KARIPAP (Curry puff) merupakan sejenis makanan yang sangat popular di Malaysia dan juga beberapa negara jiran seperti di Indonesia, Thailand dan Singapura. Penulis blog mengagak kueh ini mendapat nama kerana ramuan yang digunakan adalah bahan seperti 'Kari' yang ujud pada intinya dan dibalut dengan tepong seperti 'Puff'. Saya memang amat suka makan kueh karipap tradisional yang mempunyai inti kentang atau inti keledek dengan perasa kari. Lebih enak lagi makan karipap yang dimakan bersama sambal kicap Johor. Walau pun umum mengetahui bahawa terdapat dipasaran beberapa jenis karipap dalam pelbagai perasa, bentuk, saiz, warna dimana ia bergantung kepada inti di dalamnya namun ia hanya sedikit berbeza harga. Dalam proses membuat kueh karipap didapati bahan utama atau komponennya adalah terdiri dari inti karipap yang dibuat dari bahan daging, kentang atau keledek yang dimasak bersama udang kering, kari, garam gula dan rempah yang lain. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap moden kerana ianya murah, mudah didapati dan sangat enak rasanya. Adakalanya inti ubi keledek juga digunakan untuk kelainan rasa yang sedikit manis dan lemak. Seperti saya nyatakan diatas, nama asal karipap mungkin boleh dikaitkan dengan inti tersebut yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa asas yang standard. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh juga dimasukkan dengan lada hitam, inti bawang, inti daging, inti serunding kelapa, inti isi ikan dan sebagainya yang dibuat sebagai 'inti karipap' dimana kelainan inti ini menyebabkan karipap jenis ikan ini dikenali sebagai samosa. Kini telah ada dibeberapa premis yang ada menjual 'Karipap Gergasi' dimana ia memang saiznya cukup besar dan untuk seorang makan amat mengenyangkan dijual dengan harga sekitar RM5.00 sekeping.  Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kueh karipap yang popular di negara kita sebagai makanan yang digemari oleh semua golongan masyarakat.


KAJIAN KES 1:
Karipap berteknologi tinggi
Wartawan Asal: Oleh HUSSAINI AMRAN diterbitkan pada -16 mei 2009)
Seorang pekerja mengendalikan proses meletakkan inti karipap menggunakan 
mesin Rondo Doge sementara gambar kanan Khairulnizam Samshi mempamerkan 
karipap sejuk beku yang dipasarkan oleh Kay Kay Worldwide Marketing Sdn. Bhd. 
di kilangnya di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, Seremban, baru-baru ini.



SEREMBAN 15 Mei 2009 - Industri penghasilan makanan sejuk beku seperti karipap mempunyai potensi yang tinggi apatah lagi kuih enak kebanggaan Malaysia itu sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jadi bukan sesuatu yang kita hairankan jika industri tersebut hari ini menjadi pilihan pada banyak usahawan tempatan termasuk di kalangan mereka mengenal potensinya untuk terus dikomersialkan agar ia mampu dipasarkan secara besar-besaran di dalam dan luar negara. Untuk itu, syarikat Anak Tempatan Holding Sdn. Bhd. (ATHSB), telah mula membuat pelaburan RM500,000 bagi membangunkan perniagaan karipap sejuk beku keluaran syarikatnya. Karipap sejuk beku keluaran syarikat itu kini mempunyai kelainan yang tersendiri kerana ia dihasilkan melalui mesin pembuat pastri jenama Rondo Doge yang berteknologi tinggi serta dalam persekitaran premis yang bersih. Pengarah Urusan syarikat tersebut, Khairulnizam Samshi, 37, berkata, mesin bernilai RM500,000 yang diimport dari Switzerland itu berupaya membuat sekurang-kurangnya 5,000 karipap dalam tempoh sejam pada kelajuan sederhana dengan tenaga kerja seramai lima orang (Sila lihat foto diatas).  Usahawan yang berkelulusan asas Sarjana Muda Perakaunan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan) Universiti Utara Malaysia memberitahu, kini penggunaan mesin Rondo Doge membantu meningkatkan produktiviti operasi pembuatan karipap dengan ketara. Sebelum ini, ATHSB beroperasi di Tangkak, Johor dan mulai 2001 hingga Jun tahun lalu tambah kilang serta berpindah ke Seremban. Sepanjang tempoh tersebut syarikat telah pun menggunakan kaedah tradisional sepenuhnya dan hanya menghasilkan sehingga 5,000 karipap sehari dengan lima pekerja," ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kilang ATHSB di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai dekat sini baru-baru ini.

Jelas Khairulnizam, salah satu kelebihan mesin pembuat pastri Rondo Doge yang digunakan di kilang ATHSB ialah kemampuannya beroperasi tanpa henti selama 24 jam untuk tempoh tiga bulan berturut-turut. Selain itu dia yang berasal dari Daerah Muar, Johor, berkata mesin berteknologi komputer berkenaan mudah digunakan dan tidak memerlukan pengetahuan teknikal mendalam untuk mengendalikannya. 'Kami menggunakan mesin Rondo Doge untuk meletakkan inti, menggulung dan seterusnya untuk terus memotong karipap mengikut acuan yang ditetapkan. Di samping itu teknologii ini kini terdapat dua mesin lain yang berfungsi khusus untuk mengadun serta menguli bahan-bahan bagi menghasilkan kulit karipap dan meleperkannya," ujarnya. Tambah Khairulnizam, secara purata, kilang milik syarikatnya berupaya menghasilkan antara 30,000 hingga 40,000 karipap berintikan ikan sardin, kentang atau ayam dalam sehari. Menurutnya lagi, ATHSB kini turut bersedia menghasilkan inti karipap sejuk beku keluarannya mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.  ''Pelanggan boleh memesan karipap sejuk beku dengan inti lain seperti ikan bilis, udang atau cendawan. Malah, kami juga bersedia mengubah suai tahap kepedasan inti karipap," katanya.  Ujar Khairulnizam, syarikatnya merancang untuk menambah lagi satu syif pengeluaran dalam tempoh masa terdekat bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat.  Di samping itu, dia berkata, ATHSB sedang dalam proses memohon piawaian Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) serta persijilan MS ISO 9001:2000.

KAJIAN KES 2:
Karipap 10 jenis inti laris
Wartawan Asal : OPAT RATTANACHOT  diterbitkan 3/10/2012
NORAZLIN Sulaiman dan Faizal Hashim tekun menyediakan inti karipap 
di gerai mereka di Kilang Lama, Kulim, Kedah, baru-baru ini.

KULIM 12 Okt. 12 - Ada segelintir masyarakat mengenali makanan tradisional ini dengan nama 'epok-epok' dan tidak kurang juga gemar menggunakan nama Inggerisnya iaitu 'curry puff'. Biarpun namanya berbeza namun kuih karipap memang tidak asing dan menjadi kegemaran rakyat negara ini. Sebut sahaja karipap penulis blog juga agak pasti para penggemarnya 'kecur air liur'dan ini sekali gus akan dapat membayangkan keenakan kuih itu apabila dimakan. Pada penulis dan pendapat umum ia paling enak dimakan ketika panas apatah lagi disajikan bersama air teh atau kopi. Bagi pasangan suami isteri industri Asas Tani (IAT seperti Encik Faisal Hashim berumur 36 tahun dan isterinya iaitu Norazlin Sulaimanjuga berumur 36, tahun yang mengusahakan gerai di Kilang Lama dekat sini, kuih karipap menjadi sumber pendapatan utama mereka sekeluarga sejak empat tahun lalu.  Faisal berkata dimana setiap hari dia menghasilkan kira-kira 1,000 biji karipap untuk memenuhi permintaan pelanggan. Katanya lagi bagi melariskan lagi jualan, dia dan keluarga mencipta karipap ramuan khas mengandungi 10 jenis inti terdiri daripada daging rusa, ayam, kambing, ketam, telur, daging lembu, ubi kentang, sotong, sardin dan ikanInti campuran terhasil dengan menggunakan ramuan rempah-ratus yang dicipta sendiri olehnya dan isteri. Ini menjadikan karipap yang dihasilkan kami unik.  Kini setiap biji karipap bersaiz hampir sebesar tapak tangan akan dijual dengan harga RM2.00 sebiji katanya ketika ditemui baru-baru ini. Seterunsya usahawan ini memberitahu iaitu diantara karipap yang laris dijual ialah inti daging rusa, ayam dan sardin. Dahulu ia hanya mempunyai satu gerai tetapi kini selain gerai di Kilang Lama, dia turut mempunyai sebuah lagi gerai di Taman Chai Leng di Kulim yang diuruskan oleh dua pembantu.  Dakwanya tugas mengendalikan bahan asas untuk penyediaan inti pula dikendalikan oleh seorang lagi pembantu, manakala rempah-ratus serta adunan inti karipap diuruskan oleh saya dan isteri.  Ditanya penglibatan awalnya dalam perniagaan itu, Faisal berkata dimana idea menjual karipap muncul selepas memerhatikan kejayaan seorang mamak kenalannya menjadi usahawan selepas menjaja kuih berkenaan di stesen bas sekitar 1980-an. Beliau telah pun mula berniaga secara sambilan ketika bertugas di syarikat penghantaran barang di Taman Chai Leng, Butterworth. Selepas menguasai selok-belok perniagaan dimana akhirnya dia mengambil keputusan berhenti kerja pada 2009. Bermula awalnya dengan hanya membuat 20 biji karipap sehari, kini ia meningkat kepada hampir 1,000 biji dan dia bersyukur atas sambutan yang diberikan oleh pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kaum.  Faisal memberitahu hasil berkat usaha gigihnya, dia dan isteri kini berjaya menubuhkan syarikat Mutiara Karipap dimana walaupun jenis perniagaan ini hanya sebuah gerai kecil, namun pendapatan yang beliau diperolehi kini mencecah lima angka sebulan.  Faisal juga berkata, bagi mengembangkan lagi perniagaan, dia dan isteri bercadang menawarkan francais karipap kepada mereka yang berminat pada masa akan datang.
KAJIAN KES 3:
Karipap masuk Internet

Wartawan Asal : SHOLINA OSMAN diterbitkan pada 9 /12/2011

Aziana Muhammad berbangga apabila karipapnya kini 
dipasarkan melalui Internet.

Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang diperkenalkan oleh Google Malaysia nyata telah membawa lembaran baru kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti Aziana Muhammad yang berumur 41 tahun diRawang, Selangor yang dijadikan satu daripada contoh usahawan berjaya.  Sebagai salah seorang daripada kajian kes projek GMBO, wanita ini mengakui nasibnya amat baik apabila dilamar oleh pihak berkenaan yang ketika itu mencari usahawan PKS sepertinya (Sila lihat foto diatas).  Inilah yang diinginkan usahawan ini selepas menceburi bidang membuat karipap dingin beku secara serius sejak lima bulan lalu. Sebelum ini beliau dikatakan menghadapi masalah membuat laman web sendiri kerana tidak faham dengan teknik dan caranya. Kini Aziana boleh berbangga kerana telah mempunyai laman web sendiri iaitu alamat byhandbyheart.com.my atas jenama iaitu Puteri Puff and Pastry. Jelas Aziana dimana kini beliau berpuas hati kerana dengan adanya laman web sendiri produknya kini mendapat promosi lebih meluas melalui Internet. Bukan sahaja kuih karipapnya kini semakin dikenali di seluruh dunia malah berpeluang berkongsi pelbagai maklumat dengan mereka yang mengirim emel kepadanya. Bagaimanapun katanya, setakat ini dia hanya menerima tempahan dari pelanggannya di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja. Kini yang mana beliau memang penggemar karipap semenjak kecil dan segala ramuan untuk membuat inti dan kulit karipap diwarisi dari ibu. Operasi membuat karipap ini dari apa yang penulis blog lakukan hasil tinjauan premis berada di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Bagaimanapun sekarang dimana disebabkan matlamat untuk menghasilkan karipap yang berkualiti selain halal dan bersih maka sehingga kini dalam tempoh lima bulan dia telah empat kali melakukan percubaan membuat kulit yang diyakini paling terbaik. Selain kulitnya yang tidak berminyak, karipap yang dihasilkan juga bebas daripada bahan perasa seperti monosodium glutamate (MSG) dan bahan pengawet. Menurut beliau lagi setakat ini dia mampu menghasilkan karipap lebih kurang 400 biji sahaja sehari kerana masih terhad dari segi pembantu dan peralatan. Jelas ibu kepada dua anak itu, selain karipap dia juga turut membuat vadei, donut, samosa, kek coklat lembab dan yang akan datang ialah lassagna. Perusahaan karipap segar dan sejuk beku kini semakin universal dimana ia juga sudah menjadi makanan popular rakyat Malaysia. Penulis blog Anim Agro Technology berharap akan lebih usahawan baru menceburkan diri dalam program Industri Asas Tani untuk mencapai Negara Maju 2020. Semuga artikal ini akan dapat membantu menambah ilmu pengetahuan semua.  Wasallam!!!.

NAMA KARIPAP... SEMUA MAKAN...
NUDAH SEDIA... IA MENGUNTUNGKAN...
DIBUAT OLEH... RAMAI USAHAWAN...
MULAKAN PROJEK... POHON BANTUAN...

By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Room 410, Hotel Jelau Raub,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(12 Syawal 1434H)
Ditulis 4 tahun duku dan kemas kini Dec 2016.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.