Thursday, December 22, 2016

GARCINIA - APA DIA

GARCINIA adalah satu kumpulan tumbuhan daripada keluarga Clusiaceae atau Glutiferae. Diantara yang penulis blog hendak kupas kali ini adalah pokok Asam Gelugor (Garcinia astroviridis) yang merupakan buah yang ramai tidak tahu ianya diproses untuk dijadikan kepingan asam keping. Tumbuhan saka ini lazimnya tumbuh dalam hutan belantara di Malaysia, Thailand dan Indonesia dan kini telah ditanam sebagai sumber buah untuk dijadikan pelbagai produk lain. Foto diatas merupakan pokok asam gelugor yang terdapat dinegara kita dimana ramai orang biasa ramai yang mungkin tidak mengenalinya. Pokok asam gelugor mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan dahan yang melempai turun kebawah (Sila baca artikel asam gelugor - Sila klik disini). Pada pemerhatian saya, bentuk kanopi tumbuhan dalam kumpulan Garcinia kebanyakannya adalah berbentuk Kon (Cone shape) atau piramid terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Ketinggian optima pokok Garcinia lazimnya mampu mencecah 150 kaki tinggi dengan jarang-jarang dibuat cantasan dewasa (atau dibuat 'topping'). Pokok kumpulan Garcinia seperti pokok asam gelugor yang ditanam lazimnya mampu mengeluarkan hasil pertama selepas 7-8 tahun ditanam dan ia selalunya mampu berbuah sepanjang tahun. Buah asam gelugor yang matang memang mengandungi asid citrik, asid malic, asid tatarik dan juga asid askorbik yang tinggi dan berperanan sebagai anti oksidan. Pokok garcinia merupakan jenis pokok saka yang tumbuh sendiri atau ditanam, Artikel malam ini sambil menonton perlawanan bolasepak separuh akhir Kelantan dengan ATM, saya menulis lagi artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa varieti tumbuhan kumpulan Garcinia yang berkaitan dengan manggis, mesta, Kokum dan Asam gelugor untuk rujukkan anda.


Asam Gelugor Tempatan (Garcinia astroviridis) merupakan pokok yang berbuah dan menghasilkan buah dimana apabila diproses ianya akan dapat menghasilkan produk asam keping. Buah ini berbentuk bulat dengan berjalur-jalur dan hijau muda ketika muda dan akan menjadi kuning apabila matang (Sila lihat foto sebelah). Daripada pemerhatian penuli blog, kini belum ramai petani yang menanam pokok asam gelugor ini secara monokrop atau luas komersil. Ini kerana pokok ini agak lama berbuah dan tidak ada luang pasaran yang besar. Bagaimana pun jika pokok asam gelugor berbuah maka buahnya akan diproses menjadi kordial, jus , jem, paste, acar buah dan sebagai peluntur yang sangat berkesan di Jepun. Harga ladang buah sekitar RM 0.80 - RM 1.00 sekilogram dan ia semakin meningkat. Harga borong asam keping dari buah asam gelugor yang siap proses dan kering pula diantara RM 8.00 - RM 12.00 sekilogram bergantung kepada kualiti. Harga runcit asam keping pula sebanyak RM 20.00 - RM24.00 sekilogram dipasaran. Asam keping selalu digunakan dalam masakan untuk memberikan 'rasa masam' seperti dalam masakan Asam Pedas Ikan atau Asam Pedas daging tetel yang popular di Muar dan Melaka.   

Asam Gutta atau Garcinia gummi gutta adalah sejenis tumbuhan Garcinia yang natif di Indonesia dan banyak ditanam di negara India. Bentuknya ahak lonjong sedikit dan berwarna hijau ketika muda. Buah ini mempunyai jalur lekukan kedalam tetapi tidak membonjol seperti asam diatas (Sila lihat foto disebelah). Buah asam jenis ini sangat popular di India untuk dijadikan perencah masakkan kari dan beberapa resepi masakkan lain. Selain daripada menghasilkan rasa masam pada masakkan, buah ini juga memberikan proses penghadaman lancar dalam perut. Memakan bahan ini didakwa mampu menguruskan badan. Saya belum menjumpai pokok Asam ini ditanam komersil Malaysia kecuali ada ditanam di beberapa Pusat Pertanian berasaskan Herba seperti di Pusat Pertanian Serdang dan Taman Herba Perak di Gopeng. Berkemungkinan jika ada benih ramai yang ingin menanam pokok asam ini untuk kegunaan sendiri.


Asam Kandis (Garcinia cowa) juga merupakan sejenis pokok dari kumpulan Garcinia atau pokok Asam yang didakwa ianya natif di Malaysia. Buahnya selalu berwarna hijau semasa muda dan akan menjadi kuning oren apabila ia masak. Buah ini memberikan rasa yang sangat masam dan jarang dijumpai dimana-mana pusat jualan. Ia diketegorikan sebagai buah nadir yang jarang dijumpai atau ditanam oleh petani dinegara kita. Pokok ini ada ditanam dibeberapa pusat pertanian yang mana ia menjadi satu 'aboretum' dalam stesyen berkaitan. Belum banyak maklumat dapat dijumpai berkaitan dengan asam jenis ini untuk dibaca. Penulis akan mencari maklumat lanjut pada masa akan datang dengan melawat beberapa lokasi yang ada menanam Asam Kandis ini untuk dijadikan bahan rujukkan.

Manggis Merah atau Manggis Ros (Garcinia forbesii) merupakan sejenis buah dari kumpulan garcinia yang natif di Malaysia dan Indonesia. Buah ini adalah dalam kategori Buah Nadir dimana ia mempunyai rasa yang masam. Buahnya kecil dan akan menjadi warna merah menarik  (Sila lihat foto disebelah). Buanhya menjadi makanan oleh haiwan seperti burung, tupai, monyet dan sebagainya dalam hutan. Belum ada laporan rasmi penanaman pokok ini secara komersil kecuali ditanam sebagai pokok buah nadir dalam aboretum dibeberapa pusat pertanian. Kemungkinan ia mungkin boleh dijadikan pokok penanti untuk manggis dan asam jawa boleh dikaji. Penulis akan mencari infi mengenai garcinia jenis ini dimasa akan datang.


Kokum (Garcinia indica) merupakan sejenis asam dari kumpulan garcinia yang terdiri dalam buah nadir. Buah kokum yang masak akan berwarna merah (Lihat foto sebelah). Ia lazimnya menghasilkan rasa sangat masam dan ianya boleh digunakan dalam  masakan india. Kulitnya akan dikupas dan dikeringkan sebelum digunakan dalam masakkan yang menggantikan asam jawa. Tumbuhan ini natif dikawasan Asia dan juga kepulauan Andaman serta Nicobar. Bijinya besar, keras dan didapati mengandungi ekstrak minyak sekitar 23-36% yang sangat berguna untuk dijadikan bahan kosmetik. Penulis kini belum menjumpai petani yang menanam Kokum secara komersil dinegara ini. 


Manggis (Garcinia mangoestana) pula sejenis buah tropika yang enak dimakan dan kini telah dikomersilkan. Buah manggis merupakan sejenis buah bermusim yang berbuah sekali setahun. Buah yang muda berwarna hijau dan bertukar kepada warna coklat gelap apabila cukup masak. Apabila di kopek kulitnya akan dilihat warna isi beberapa ulas didalamnya (Sila anda lihat foto disebelah). Penulis blog yang gemar makan buah manggis kerana rasa buah yang manis, lemak dan aroma yang baik. Biasanya buah manggis yang masak dipetik dengan galah buluh sebiji demi sebiji agar tidak jatuh ketanah dan buah jadi rosak. Buah manggis dijual dengan harga RM 5.00 sekilogram atau mengikut kiraan biji. MESTA pula adalah sejenis manggis yang khusus terdapat dinegeri Pahang terutama dikawasan Maran dan Temerloh. Saya ada menuls banyak artike mengenai Mesta (Sila klik disini), (Sila Klik disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. Pada penulis buah mesta lebih baik daripada buah manggis dari segi kualiti, harga dan analisa ekonomi. Buah mesta mempunyai pasaran harga runcit lebih dari RM 10.00 sekilogram pada kajian penulis tahun 2016. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
POKOK GARCINIA... 6 JENISNYA...
ADA YANG KENAL...TIDAK SEMUA...
BUAH NADIR... TANAM DIMANA...
BACA ARTIKEL...BERSAMA-SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Roon 513, Hotel D Hotel,
Bandar Iskandar,
Perak, Malaysia
(21 Zulhijjah 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.