Thursday, December 1, 2016

APAKAH MAKANAN MASA AKAN DATANG? (Part 3)

MAKANAN (Food) merupakan keperluan asasi untuk manusia bagi menyambung kehidupan. Pameran Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2016 telah memilih tema 'Our Food Our Future' seperti logo diatas yang akan dilangsungkan daripada 1 - 11 Disember 2016. Pameran terbesar di rantau ini akan diadakan di MAEP'S Serdang sebagai acara dwi- tahunan yang menyasarkan lebih daripada 3.5 juta pengunjung. Tema ini amat sesuai kerana menteri berkata "Food sovereignty is our right as a country to define and control our own food and agricultural systems, including protecting and regulating domestic agricultural production and trade, in order to achieve sustainable development objectives. It is vital for us to grow enough food to feed our people and reduce the nation’s dependence on food imports. We need to ensure that all Malaysians have access to sufficient, safe and nutritious food, now and in the future". YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Minister of Agriculture and Agro-based Industry, Malaysia. Kini penduduk dunia mencecah 7.5 billion dan meningkat dengan kadar sehingga 300,000 orang bayi dalam sehari. Mereka memerlukan makanan dengan jumlah yang juga terus meningkat setiap hari. Makanan utama rakyat Malaysia adalah nasi disamping juga ikan serta daging ayam serta sayuran dan buah-buahan. Penanaman padi masih menjadi agenda penting negara bagi membekalkan beras sekitar lebih 70% kadar kecukupan (SSL). Bagaimana pun pola permakanan rakyat Malaysia sudah sedikit berubah daripada bergantung kepada nasi kepada beberapa makanan lain. Mungkin dimasa kini kita masih boleh makan apa yang ada dengan mudah dan murah tetapi masa hadapan berkemungkinan akan menjadi susah mendapatkan makanan. Pertambahan jumlah penduduk dunia, benana alam, kos pengeluaran meningkat dan perebutan sumber makanan mungkin akan berlaku. Bahan makanan seperti sekarang semakin sukar atau mahal dan ini menyebabkan manusia akan berubah kepada sumber makanan lain sama ada yang semulajadi atau makanan tiruan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk iaitu apakah dia makanan yang mungkin akan ujud dimasa hadapan untuk difikirkan. Artikel asal daripada yang asalnya berbahasa Indonesia ini saya tulis semula dan diharap boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

6. SERANGGA (Insects)

SERANGGA (insects) merupakan hidupan yang mudah didapati dan dibiakkan jika ada teknik yang betul. Serangga terdapat beratus-ratus jenis dimana sebahagian besar adalah dari jenis perosak kepada tanaman dan sebahagian kecil sebagai serangga berguna seperti menjadi agen pendebungaan (pollination). Pada masa ini terdapat ternakan berasaskan serangga seperti ternakkan lebah madu (Apis spp), Ternakan Cengkerik, Ternakan Belalang Kunyit (Vollanga nigriconis) dan beberapa jenis serangga lagi. Dua puluh tahun dari sekarang akan terdapat aktiviti seperti “menternak mini serangga' lain seperti kumbang dan belalang juta. Isi dan daging serangga sangat berzat dan kaya serta mengandungi bahan protein dalam kuantiti yang didakwa sama dengan daging lembu. Penulis dahulu juga memang suka makan belalang kunyit semasa zaman kanak-kanak. Belalang kunyit digoreng ini memang enak dimana ia dijadikan makanan popular di negara seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja (Sila lihat foto disebelah). Serangga kurang mengambil air dalam cara peternakan dimana ia aktiviti ternakan dalam pertanian dengan kos pemeliharaan relatif murah. Saintis sebenarnya telah kenalpasti sekitar 1,400 spesies serangga yang sesuai dimakan manusia. Apa pun kemungkinan besar agak sukar untuk memberi asas keyakinan kepada orang ramai di negara kita sekarang untuk memakan serangga. Ini kerana ia masih dalam bentuk asli tetapi jika serangga tersebut diproses mungkin permintaan makanan asas serangga akan diterima ramai. Paling mudah serangga ini dikisar menjadi serbuk tepung (powder) dan kemudian dijadikan bahan asas makanan lain. Manusia yang telah makan hasilan produk serangga pada masa akan datang mungkin tiada masaalah memakannya apabila makanan asli sudah berkurangan aatau ketidakcukupan makanan dunia.


7.  MAKANAN LAUT (Seafood)

MAKANAN LAUT atau 'seafood' dahulu merupakan makanan asasi kepada penduduk miskin dari kawasan terasing seperti kepulauan terpencil. Bagaimana pun kini jika anda datang berkunjung ke restoren Seafood bermakna ada adalah orang mempunyai duit yang banyak untuk menikmatinya. Seafood adalah kumpulan jenis makanan yang berasal daripada laut seperti ikan, ketam, udang, sotong, rumpair dan sebagainya. Laut yang merupakan komposisi terbanyak pada mukabumi diplanet ini mampu menghasilkan seafood yang banyak jika ada kaedah tertentu untuk meghasilkannya. Hasilan laut yang kaya dengan sumber protin ini merupakan makanan alternatif pada masa akan datang dimana ia lebih menyihatkan berbanding dengan bahan makanan daripada daging merah atau pun daging putih. Sistem penternakkan akuakultur mampu menghasilkan banyak hasilan laut seperti ikan, udang dan sebagainya jika dikomersilkan. Pada saya orang Malaysia dikira beruntung kerana mempunyai sumber seafood yang banyak jika dibandingkan dengan orang yang tinggal di Mongolia atau Beijing yang sukar dapatkan bekalan makanan seafood atau kalau ada harganya tinggi. Produk akuakultur dan perikanan akan menjadi makanan terus penting dimasa akan datang.



8. HAIWAN-HAIWAN KECIL (Small animal-pets)
Terdapat banyak jenis haiwan kecil atau pets yang ujud disekeliling kita seperti Tikus, Tupai, Arnab dan sebagainya. Tikus (rats) merupakan sejenis haiwan kecil yang paling cepat membiak dan tinggal berhampiran dengan manusia. Keujudan tikus menyamai dengan tamadun manusia dan terdapat beratus jenis tikus daripada yang kecil sehingga jenis yang besar. Terdapat penyakit yang dibawa oleh tikus yang juga didapati membahayakan manusia. Bagaimana pun tikus mungkin menjadi makanan alternatif dimasa hadapan jika ia murah, selamat dimakan dan mudah diternak. Kini dibeberapa negara dilaporkan memakan tikus yang dimakan dengan kaedah menggoreng, menyalai, dibuat sate dan dibuat sup (Sila lihat foto disebelah). Selain itu terdapat banyak jenis tupai yang sesuai dijadikan makanan dimasa akan datang. Tupai banyak ditemui di Amerika Serikat dimana ia dimakan dimana mereka mendakwa daging tupai menjadi alternatif makanan. Para pemburu pun menyebut daging tupai sebagai sumber makanan masa depan. Pemburu Amerika William Hovey Smith yang menggambarkan dirinya sebagai penggemar kegiatan memburu dan amat menyukai gulai tupai yang dibuat dari hasil buruannya sendiri. Mereka sudah menjadikannya sebagai santapan sejak zaman penjajahan dulu. Arnab adalah sejenis haiwan kecil yang cepat untuk membiak, manja dan mempunyai daging yang banyak. Apa pun bila disebut sahaja daging arnab ramai dikalangan kita yang rasa kesian kerana ia dianggap sebagai haiwan peliharaan yang comel dan manja. Daging arnab sesuai dijadikan alternatif sumber daging dimasa akan datang. Kini para saintis mesti melakukan banyak kajian untuk mempastikan haiwan-haiwan kecil ini diternak secara komersil seterusnya dijadikan bahan maknan alternatif yang selamat dimakan, muran dan mudah didapati dimasa akan datang. Sila baca sekali artikel Part 1, Part 2 dan Part 4, Wasallam!!!...

AKAN DATANG...MAKANAN MANUSIA...
SEMAKIN KURANG...MAHAL HARGANYA..
PELBAGAI PILIHAN... DICARI SENTIASA...
BACA ARTIKEL... MENAKUTKAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pameran Halal Food Antarabangsa,
PWTC, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(19 Muharam 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.