Fauziah Johan menunjukkan ubi jembut yang dijual
di gerainya di Ayer Hitam, baru-baru ini.
Menambah fakta mengenai jualan ubi jembut ini, Fauziah menyatakan ubi jembut di gerainya selalunya laris dijual terutama pada cuti umum atau hujung minggu kerana jumlah pelanggan masa ini biasanya bertambah dua kali ganda pada hari berkenaan. Mereka datang dari dalam negeri dan datang luar negara sepertii daripada Singapura untuk membeli pelbagai produk industri asas tani termasuk kentang jembut ini. Selain dari menjual produk ubi jembut ini terdapat beberapa bahan jualan lain yang mana ia mendapat permintaan tinggi terutama dimusim cuti seperti ubi kayu, ubi keledek, pisang dan pelbagai jenis kerepek. Gerai beliau setakat ini tidak lagi pernah terputus bekalan ubi jembut ini kerana stok disediakan dengan baik daripada pembekal termasuk dari petani dibawah bimbingan Jabatan Pertanian. Ubi Jembut ini memang terkenal dimana antara ciri marfologi kenapa ia dipanggil sebagai ubi jembut adalah terdapat akarnya pada hujung bahagian bawah seperti jembut (Jembut bermakna 'rambut' dalam dialek jawa Tempatan). Di kalangan masyarakat setempat dan pada waktu ini orang luar daerah ini pun menggemarinya untuk dimakan dengan kelapa parut, gula atau garam selepas direbus. Bagaimana pun penulis hanya makan terus selepas direbus dengan membuang kulitnya terlebih dahulu semasa suam panas.
Ubi Kemili (Coleus tuberosus) merupakan sejenis tanaman jenis umbisi dari keluarga Roxburghiaceae juga dikenali dengan Ubi Keling tetapi dikalangan kaum Jawa di Muar,Johor dikenali dengan nama "Kentang Jembut". Tanaman ini adalah sama famili dengan pokok bunga 'Ati-ati' yang banyak ditanam dikawasan rumah atau pokok bunga coleus. Pokok ini dipercayai natif dan tumbuh secar liar dikawasan hutan dan kebun terutama dikawasan tanah yang baru dibuka khasnya kawasan tanah gambut. Tiada maklumat rasmi mengenai jumlah keluasan tanaman ubi kemili di catitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Ini kerana tanaman ini merupakan tanaman kurang penting yang hanya terdapat di Johor, Perak, Selangor dan Sarawak terutama jika terdapat masyarakat Jawa. Saya membuat anggaran terdapat sekitar 8 - 10 hektar tanaman ini secara CHE dengan mengambilkira penanaman secara kecil-kecilan yang dibuat. Daripada pemantauan saya dibeberapa negeri, tidak ada petani yang menanam tanaman ubi kemilii secara monokrop dengan kawasan luas sebaliknya ditanam secara poket atau diatas batas sahaja. r Penulis menganggarkan mungkin terdapat kira-kira 15 - 25 Hektar tanaman ubi kemili iaitu keluasan CHE. Tanaman ubi kemili adalah sejenis pokok menjalar diatas tanah serta mempunyai akar rambut. Daunnya berwarna hujau muda dan berkerinting serta permukaan daun yang agak berbulu. Batangnya berwarna hijau muda dan lembut. Buah ubi kemili berada di bahagian akar pokok yang terbentuk dari akar yang membengkak. Saiz buah berbeza-beza dari ukurlilit 3 - 6 cm dan mempunyai kulit yang lembut berwarna hitam. Isinya berwarna putih jernih dan apabila dimasak akan menjadi putih. Ubi kemili mengeluarkan bau yang harum dan enak apabila di masak atau direbus .
Kaedah penanaman ubi kemili amat mudah dengan menggunakan benih daripada keratan batang ubi kemili. Keratan batang dicucukan diatas tanah yang gembur atau diatas batas tanaman. Amalan arwah bapa saya ialah dengan mencucukkan keratan sepanjang 25 -30 cm (Sebaiknya yang ada akar serabut) diatas tanah gambut sedalam 10-15 cm bahagian pangkal dalam tanah. Tanah gambutbekas tanah bakar merupakan kawasan terbaik untuk tanaman ubi kemili. Jarak tanaman disyorkan 30 cm x 50 cm (Lihat foto sebelah). Pembajaan jarang-jarang dilakukan oleh penduduk kampung jika ditanam atas bekas tanah bakar dimana terdapat banyak unsur P dan K dalam tanag selain daripada N daripada baja kompos. Pemerhatian telah saya buat dan adalah disyorkan dibubuh sebanyak 20-30 gm setiap rumpun baja NPK 15:15:15 dan kemudian baja 12:12:17:2 apabila pokok mulai berbuah. Tidak banyak maklumat mengenai amalan agronomi tanaman ini ditulis oleh pakar-pakar pertanian di Malaysia. Ubi kemili mulai berhasil lingkungan 10-12 bulan selepas ditanam. Rumpun pokok perlu di buka dibahagian tengah dan di tutup atau perlu dikambus dengan tanah gembor. Kaedah ini bertujuan uuntuk menggalakkan pertumbuhan akar dan umbisi ubi kemili daripada batang yang ditimbus didalam tanah. Kerja menimbus dan menutup tanah dengan menggunakan cangkul atau tajak tetapi bahagian pucuk disekeliling tepr mesti terdedah kepada cahaya matahari (Sila lihat foto sebelah). Jika pokok ubi kemili dibiarkan tumbuh begiru sahaja tanpa ditimbus, jumlah hasil umbisi yang terhasil adalah kurang. Kaedah menuai ialah dengan mencabut rumpun ubi kemili dan umbisi buahnya akan terikut. Kutip biji buah yang tertinggal dalam tanah. Bersihkan daripada tanah dengan membasuh dengan air menggunakan bakul buluh atau bakul plastik untuk membuang tanah. Hanya ubi kemili yang bersih sahaja boleh direbus untuk terus dimakan. Bagi tujuan ubi kemili yang hendak dijual tidak perlu dibasuh dulu dan biarkan tanah melekat kerana ianya menjamin ketahanan dan juga kesegarannya.
Ubi kemili sedap di rebus dan dimasukkan garam perasa. Hidangkan semasa ia masih panas dan dimakan ketika hujan turun diatas pondok didalam kebun dan memang amat menyelerakan (Sila lihat foto sebelah). Belum ada aktiviti untuk memproses produk ubi kemili yang penulis jumpa dan ada dilaporkan. Penulis amat mengemari ubi kemili dan ada dijual di Air Hitam, Johor dengan harga antara RM 4.00 - RM 5.00 sekilogram. Generasi baru kini mungkin tidak kenal dengan produk baik ini yang saya kira sebagai Produk Organik. Pendedahan kepada petani dan golongan muda perlu dijalankan agar tanaman ini tidak pupus dan boleh dijadikan produk berpotensi. Diharap rendana ke 4,211 ini mampu memberikan info berguna kepada pembaca semua. Makan ubi jembut mengenyangkan tetapii jangan makan berlebihan kerana ia akan menyebabkan sering buang angin. Apa pun penanaman ubi jembut ini perlu diteruskan oleh petani selagi ada permintaan baik di Bandar Air Hitam, Johor. Wasallam!!.
UBI JEMBUT... UBI KEMILI SAMA...
BERSAIZ KECIL... HITAM WARNANYA...
ISINYA PUTIH... LEMAK ENAK RASANYA...
PEKAN AIR HITAM...BANYAK DIJUALNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pekan Air Hitam, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(4 Safar 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.