Saturday, November 26, 2016

LANDAK - KENALI DIA

LANDAK (Pocupine) merupakan sejenis haiwan liar yang terdapat di negara kita sebagai haiwan dilindungi. Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang memang unik kerana ia mempunyai banyak duri tajam dibadannya. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti kalau dimelayukan jadi 'babi berduri'. Daripada beberapa rujukan dalam lamanweb dinyatakan yang keluarga landak terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Hystricidae dan juga Jenis ErethizontidaeRujukkan mendapati antara sub-famili dibawah Erethizontidae adalah Jenis Coendou, Sphiggurus, Erethizon, Echinoprocta dan Jenis Chaetomys. Sementara itu dibawah sub-famili Hystricidae adalah Atherurus, Hystrix, Thecurus dan juga Trichys. Laporan menunjukkan jenis landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae. Secara amnya haiwan unik landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa ianya terancam maka tindakan landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. apa yang menarik adalah dimana seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau dan haiwan pemangsa lain. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri musuh mereka maka tindakkan haiwan landak akan terus mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracak. Sesetengah landak turut berlari menuju kepada musuhnya dengan laju dan ini akan menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut. Bagaimana pun bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti jenis Landak Trichys lipura di Borneo. Artikel malam ini sambil menonton TV2 cerita hindustan, saya menulis rencana bertajuk 'Landak - Kenali Dia' dalam blog popular "Anim Agro Technology" mengenai haiwan unik ini.

Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak yang dikenalpasti iaitu dari Famili Hystricidea iaitu spesies Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan Atherurus macrourus (Landak Nibung). Ketiga-tiga spesis landak ini mungkin anda boleh lihat dalam beberapa buah zoo seperti di Zoo Negara, Zoo Melaka, Zoo Taiping dan beberapa zoo lain. Anda boleh baca artikel saya mengenai indsutri menternak Landak Raya dalam rencana tulisan saya sebelum ini sebagai rujukkan (Sila Klik Disini). Artikel ini menjelaskan bagaimana haiwan landak ini diternak dan dijual serta dijadikan sejenis makanan hebat kategori Daging Eksotik yang agak mahal harganya. Jangan lepas peluang anda untk klik dan baca artikel ini yang sangat informatif mengenai ciri haiwan landak yang berbagai ini. Landak kebiasaannya bersaiz antara 63-80 cm (25 hingga 32 inci) panjang dengan ekor sepanjang 10 -13 cm (4.5 hingga 5 inci). Landak liar dewasa lazimnya mempunyai berat antara 12 - 35 paun (Berapa kilogram?) dengan badannya berbentuk agak bulat dan bergerak perlahan sahaja jika tidak diganggu. Haiwan Eksotik landak ini mempunyai tubuh yang tegap, berkepala kecil, telinga kecil, kaki yang pendek dan ekor yang pendek dan tebal. Kaki hadapan landak mempunyai empat buah jari sementara kaki belakang landak mempunyai lima jari. Setiap jari mempunyai cakar yang panjang yang membolehkan landak mengupas kulit pokok atau memanjat pokok untuk mencari makanan dan berlindung.

Landak adalah sejenis haiwan yang mempunyai gigi yang kuat untuk membantu mereka memakan tumbuhan keras seperti kulit pokok. Landak juga memerlukan bekalan kalsium yang banyak bagi menghasilkan duri baru bagi menggantikan duri pada bahagian yang gugur. Duri landak semasa dikampong dahulu sering digunakan sebagai 'alat penunjuk' ketika belajar membaca Al Quran. Ini kerana hujungnya yang tajam dan keras amat sesuai digunakan bagi menunjukkan ayat-ayat Quran oleh tok guru yang mengajar mengaji. Kini bulu landak ada dijual dibeberapa kedai kraftangan dan cenderahati sebagai satu barangan hiasan kraf yang bernilai tinggi kerana ia amat cantik dan tahan lama. Selain itu landak sebagai haiwan liar akan bertindak aggressive dengan mengundurkan diri sebelum ia berlari pantas menuju musuhnya mereka dengan sehingga duri landak itu menikam musuhnya. Duri landak yang senang tercabut akan terbenam dan tertinggal kedalam tubuh musuh mereka menyebabkan mush akan lari atau berundur. Sistem pertahanan landak ini membolehkan ia terus survive dalam hutan kecuali jika jumpa manusia ia akan dibedil dan dimakan dagingnya. Penulis dulu memang puas makan daging landak ketika zaman kank-kanak dahulu kerana ia mudah diperolehi disekitar kawasan kampong di Muar, Johor dan arwan bapa merupakan pemburu hebat dengan mempunyai selaras senapang patah.

Setiap landak boleh mempunyai sehingga 30,000 duri. Setiap duri landak mempunyai curi unik dan cantik sebagai produk seni yang ada harga. Terdapat berbagai bentuk dan warna duri landak daripada jenis lurus dan juga jenis agak bengkok. Apabila ia ditusukkan pada badan musuh lazimnya ia melekat dan menyakitkan. Duri landak ini ada yang tercangkuk pada badan mangsa dan kekal dalam tubuh pemangsa apabila ditikam dan musuh akan lari. Daripada penelitian penulis mendapati haiwan landak biasanya hidup bersendirian dan aktif diwaktu malam. Bagaimanapun landak mampu bergerak pada siang hari sekiranya terpaksa. Landak dikatakan mempunyai daya ingatan yang kuat dan mudah berlajar sesuatu yang baru. Landak mempunyai tahap deria penglihatan yang biasa bagaimana pun ia mempunyai deria pendengaran dan deria bau amat tajam. Deria ini banyak membantu landak ketika merayau mencari makanan pada waktu malam. Landak di Malaysia mempunyai tempoh bunting selama 16 minggu atau hampir 100 hari. Landak ini mampu membiak sehingga 2 kali setahun. Sebagai haiwan mamalia maka landak melahirkan anaknya hidup-hidup. Anak landak mempunyai bulu yang masih lembut ketika dilahirkan dimana anak liar dianggarkan mampu untuk hidup sehingga dewasa selama 12- 15 tahun. Kajian saintis menlaporkan jenis landak yang dipelihara dan dijaga baik pula pernah direkodkan hidup sehingga 20 tahun.

Dalam keadaan semulajadi, lazimnya landak akan menggali lubang di dalam tanah iaitu sebagai sarang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimanapun selalunya landak juga akan menggunakan rongga kayu, batu dan sebagainya sebagai sarang mereka. Dalam beberapa laporan dari Perhilitan, landak di Malaysia juga mampu menyusaikan diri dengan pelbagai habitat, samaada dalam hutan dara atau hutan kedua (hutan yang ditanam semula) seperti ladang kelapa sawit. Landak memakan tumbuh-tumbuhan termasuk buah kelapa sawit yang gugur ketanah. Landak di kawasan hutan merupakan satu penanda tentang kehidupan fauna dirimba. Oleh kerana landak merupakan mangsa haiwan pemangsa seperti harimau maka kehadiran landak menunjukkan terdapatnya keseimbangan rantaian makanan dirimba dan jumlah haiwan dirimba berada dalam keadaan yang stabil. Memburu landak tidak dibenarkan untuk elakkan kepupusan haiwan unik ini di Malaysia. Bagaimana pun ada orang yang telah mampu untuk mengusahakan ternakan landak seperti artikal pautan yang saya nyatakan diatas. Daging landak mentah boleh dijual dengan harga diantara RM150 - RM180 sekilogram. Ia akan dimasak sebagai makanan daging eksotik yang semakin ramai telah meminatinya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!.
HAIWAN LANDAK... CANTIK BULUNYA...
LANDAK MALAYSIA... 3 JENIS SEMUA...
LANDAK RAYA... ADA DITERNAKNYA...
DAGING LANDAK... AMBOI SEDAPNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parti Bengkok,
Gersik, Ledang, Johor,
Malaysia.
(28 Safar 1438H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.