Tuesday, November 29, 2016

APAKAH MAKANAN MASA AKAN DATANG? (Part 1)

MAKANAN (Food) merupakan keperluan asasi untuk manusia bagi menyambung kehidupan. Pameran Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2016 telah memilih tema 'Our Food Our Future' seperti logo diatas yang akan dilangsungkan daripada 1 - 11 Disember 2016. Pameran terbesar di rantau ini akan diadakan di MAEP'S Serdang sebagai acara dwi- tahunan yang menyasarkan lebih daripada 3.5 juta pengunjung. Tema ini amat sesuai kerana menteri berkata "Food sovereignty is our right as a country to define and control our own food and agricultural systems, including protecting and regulating domestic agricultural production and trade, in order to achieve sustainable development objectives. It is vital for us to grow enough food to feed our people and reduce the nation’s dependence on food imports. We need to ensure that all Malaysians have access to sufficient, safe and nutritious food, now and in the future". YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Minister of Agriculture and Agro-based Industry, Malaysia. Makanan utama rakyat Malaysia adalah nasi disamping juga ikan serta daging ayam serta sayuran dan buah-buahan. Penanaman padi masih menjadi agenda penting negara bagi membekalkan beras sekitar lebih 70% kadar kecukupan (SSL). Kini jumlah penduduk dunia sebanyak hampir 7.5 billion dengan kadar kelahiran antara 200,000 - 300,000 orang bayi sehari yang mana perlukan makanan. Bagaimana pun pola permakanan rakyat Malaysia sudah sedikit berubah daripada bergantung kepada nasi kepada beberapa makanan lain. Mungkin dimasa kini kita masih boleh makan apa yang ada dengan mudah dan murah tetapi masa hadapan berkemungkinan akan menjadi susah mendapatkan makanan. Pertambahan jumlah penduduk dunia, benana alam, kos pengeluaran meningkat dan perebutan sumber makanan mungkin akan berlaku. Bahan makanan seperti sekarang semakin sukar atau mahal dan ini menyebabkan manusia akan berubah kepada sumber makanan lain sama ada yang semulajadi atau makanan tiruan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk iaitu apakah dia makanan yang mungkin akan ujud dimasa hadapan untuk difikirkan. Artikel asal daripada bahasa Indonesia ini saya tulis semula dan diharap boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

1. MEAT ANALOG (Daging tiruan)
Sudah banyak dibuktikan bahwa protein haiwan tidak mesti lebih baik dari protein buatan (Artificial protein). Harga daging semakin meningkat dan kemungkinan ia membawa masaalah kesihatan jika diambil berlebihan menghantui ramai orang. Kini timbul kesedaran umum untuk mengambil daging tiruan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Meat Analog' sebagai gantian (Sila lihat foto disebelah). Pembuatan daging tiruan ini disebut juga Texturized Vegetable Protein (TVP) telah lama dilakukan. Menurut Smith (1981) iaitu texturized vegetable protein (TVP) adalah salah satu jenis produk daging tiruan yang menyamai daging asli dalam beberapa ciri asas seperti dalam tekstur, flavour atau warna tetapi yang penting harganya murah dan selamat dimakan. TVP kini dapat dikelaskan sebagai produk pangan rekacipta protein yang dibuat untuk mendapatkan manfaat yang lebih baik daripada daging asli. Protein kering TVP ini memiliki kadar air 5-7% serta bila sudah dikeringkan akan mengembang semasa digunakan. Kebaikan dari pembuatan meat analog (daging tiruan) antara lain harga yang lebih rendah dengan ciri permakanan dan daya cerna yang setanding, tidak perlukan keadaan penyimpanan yang komplek seperti daging asli, mudah untuk disediakan (masak) dan kaedah penyimpanan serta kualiti produk yang lebih baik. Antara contoh dari makanan ini seperti bahan makanan dari kacang soya iaitu Tempe, Cendawan, Nasi, Bakso dan makanan protin soya vegetarian yang dikomersilkan.

2. Daging In-vitro
Mereka yang memilih makanan lain seperti vegetarian atau mereka yang menyanyangi binatang kini telah ada jenis daging baru yang boleh dimakan dan dinikmati. Saintis dari University of Maastricht di Belanda mengatakan dimana mereka menemui kaedah untuk menghasilkan daging tanpa membunuh haiwan ternakan. Mereka berjaya membuat dan memperkenalkan kepada masyarakat umum di Belanda sejenis hamburger yang pertama kali ditanam secara in-vitro. Kini untuk membuat makanan seperti hamburger mereka hanya menggunakan daging yang berasal dari sel induk. Menurut saintis tersebut jika sekitar sebanyak 10,000 sel induk dari ternakan yang diperlukan untuk menghasilkan daging tersebut. Dalam keadaan dalam makmal jumlah sel-sel induk ini kemudian meningkat lebih dari satu juta dan hasilnya produk hampir identikal atau sama dengan daging lembu semulajadi dari segi komposisi dan penampilannya. Para saintis percaya kajian ini sangat penting apabila jumlah penduduk dunia berkembang daripada 6.2 billion pada 10 tahun dulu kepada 7.5 billion sekarang dimana akhirnya akan ada kekurangan pengeluaran daging asli secara berskala besar dan murah. Produk yang bernama 'Daging in-vitro' ini masih dalam peringkat kajian lagi diharap akan menjadi kenyataan untuk dimakan. 

3. Makanan dari Alga (Rumpair)
Kalau dahulu orang tidak makan rumpai air atau alga laut tetapi kini ianya telah menjadi satu industri yang amat menguntungkan. Jenis alga adalah salah satu spesies yang paling popular masa kini sebagai makanan yang berkhasiat dan mempunyai permintaan yang tinggi terutama alga laut. Ia membantu dalam mengatasi masaalah kekurangan makanan dunia setelah dikomersilkan (Sila lihat foto disebelah). Alga ini mudah membiak dan boleh diproses didalam beberapa bentuk siap makan dan harga berpatutan. Orang Jepun antara komuniti yang telah makan produk alga sejak lama dulu sebagai makanan alternatif. Mereka juga akan memberi makan alga kepada manusia dan binatang. Walau pun alga dapat tumbuh di laut tetapi dengan teknologi terkini ia mudah dijaga dengan hasil yang lumayan.Alga juga boleh dijadikan bahan bakar menggantikan minyak petrol.
Artikel yang agak panjang dalam Anim Agro Technology ini bersambung dalam Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca.
Wasallam!..
MASA DEPAN...MAKANAN MANUSIA...
BAHAN ASLI...IA MAHAL HARGANYA..
ADA PILIHAN... DICARI SENTIASA...
BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pameran Halal Food Antarabangsa,
PWTC, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(19 Muharam 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.