KESAN KEMARAU di TKPM Lanchang amat dirasai untuk tahun 2016. Ini kerana kemarau yang berlarutan semenjak 2014, 2015 dan 2016 didapati telah menjejaskan proses pertumbuhan tanaman dan juga penghasilan di TKPM tersebut menurut laporan kajian oleh pengurusan projek tersebut. TKPM LANCHANG adalah singkatan kepada Taman Kekal Pengeluaran Makanan Lanchang yang terletak di Daerah Temerloh, Pahang. TKPM ini merupakan satu projek TKPM paling luas di Malaysia dengan keluasan fizikal 3,600 hektar (10,000 ekar) yang mula dibangunkan semenjak tahun 2008. Daripada keluasan tersebut seluas 3,026 hektar telah pun dibangunkan dan kawasan seluas 2,292 hektar telah ditanam dimana sebahagian daripadanya telah mengeluarkan hasil. Kawasan yang dahulu hutan telah mula dibangunkan dengan membersihkan kawasan dan membuat infrastruktur ladang seperti jalan masuk utama, sistem pengairan, pembentung, kolam, jalan ladang, parit sempadan dan sebagainya. Projek ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan dibawah kelolaan Jabatan Pertanian dengan bertujuan untuk menyediakan kawasan tanaman makanan khususnya buah-buahan dan sayuran kepada negara untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan untuk aktiviti hiliran atau tujuan pemprosesan. Beberapa tanaman yang sesuai dikenalpasti dikawasan ini seperti tanaman Buah Nangka (Artcarpus heterophyllus), Betik (Carica papaya), Kelapa Pandan (Cocos nucifera), Nenas (Ananas commosus), Belimbing Besi (Averrhoa carambola), Herba, Sayuran dan beberapa jenis tanaman selingan lain. Kini tanaman utama di TKPM Lanchang telah pun ditentukan sebagai Tanaman Nangka. Hampir 80% nangka yang ditanam adalah varieti Tekam Yellow (J33). Nagka jenis lain yang ada ditanam di TKPM Lanchang ini adalah seperti Varieti Mastura (J37) dan Nangka Subang Chap Boy (J38). TKPM Lanchang merupakan salah satu daripada 18 lokasi TKPM diseluruh Negeri Pahang dan 76 buah TKPM diseluruh Malaysia yang telah dibangunkan semenjak RMK ke 9 dan RMK Ke 10. Kini TKPM merupakan satu kawasan pengeluaran makanan yang utama di negara ini dengan pelbagai jenis produk makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan. Projek TKPM ini melibatkan ramai petani dengan sistem pertanian yang lebih terancang dan berjaya. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kajian kesan kemarau di TKPM yang terluas di Malaysia iaitu TKPM Lanchang sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua.
Daripada rekod yang diperolehi daripada Jabatan Meteorlogi Malaysia didapati terdapat 3 kali berlakunya kawasan yang agak kering di tengah-tengah Semenanjung Malaysia termasuk di TKPM Lanchang, Temerloh, Pahang. Rekod menunjukkan tempoh kemarau TKPM Lanchang secara serius berlaku pada tahun 2014 dari Bulan Januari hingga Bulan Mac (3 bulan) dan pada tahun 2015 daripada bulan Januari hingga Bulan Mac (3 bulan). Taburan hujan adalah paling minima di TKPM Lanchang (Sila lihat rajah sebelah). Bagaimana pun keadaan ini lebih teruk pada tahun 2016 iaitu dari bulan Januari hingga Bulan Mei (Tempoh selama 4.5 bulan). Selain daripada kurang hujan dikawasan TKPM Lanchang, keadaan suhu yang tinggi sehingga mencecah 38 - 39 Celcius menyebabkan kesan lebih teruk diprojek ini. Walau pun terdapat beberapa peringkat pertumbuhan tanaman tetapi pokok nangka muda yang baru ditanam dan kekurangan serius sumber air menyebabkan ada berlaku kematian tanaman tersebut. Dalan satu tinjauan yang dilakukan kepada beberapa pengusaha yang ditemuduga dinyatakan bahawa ada pengusaha menyatakan bahawa umumnya produktiviti pengeluaran buah nangka telah jatuh sekitar 35% - 50% akibat kemarau panjang. Didapati melalui pemerhatian juga terdap beberapa pokok nangka menjadi 'stress' dan ada yang mati (2%) iaitu merupakan satu jumlah yang signifikan untuk dibincangkan. Paling terjejas dikawasan pokok yang ditanam diatas kawasan berbukit dan air tidak sampai dilokasi tersebut.
Ditinjau dari beberapa lokasi didapati kadar pertumbuhan pucuk baru hampir tiada pada pokok matang dan pokok muda. Jika diteliti lagi akan didapati bahawa saiz fizikal daun adalah kecil-kecil dan bilangan daun juga adalah berkurangan daripada biasa. Malahan terdapat juga ranting dan dahan yang mempunyai daun yang mudah kering dan ia juga mudah gugur. Kekurangan air menyebabkan beberapa pokok terjejas sehingga menjadikan warna daun menjadi kekuning kuningan atau berwarna pucat dan juga berwarna hijau pudar menunjukkan simptom pokok sudah tidak segar. Didapati juga bilangan tunas air juga amat berkurangan dan ini memang ketara pada kawasan kebun yang terang dan tiada rumput dikebun tersebut. Bagaimana pun mana-mana pokok nangka yang mempunyai sistem pengairan didapati bahawa keadaan pokok adalah normal kecuali berlaku keadaan dimana bilangan tunas air juga berkurangan. Beberapa kebun yang mempunyai air mencukupi kerana ada sumber bekalan air seperti ladang nangka Gemilang Sdn Bhd didapati keadaan pokok segar 100% dan sihat. Beberapa buah kolan takungan air juga telah kering atau airnya sangat sedikit serta tidak mencukupi untuk tanaman.
Menganalisa seterusnya akan kesan kemarau dan suhu panas di TKPM Lanchang penulis dapati bahawa bahagian bunga buah nangka amat berkurangan atau bagi sesetengah kebun hampir tiada langsung. Kesan kemarau ini juga menjadikan putik nangka dan buah kecil yang ada dan tidak kuat akan gugur ketanah. seterusnya secara umumnya juga didapati saiz buah nangka adalah kecil (purata hanya berat di antara 3kg - 12kg) berbanding dengan purata berat buah nangka normal diantara 15-20 kg sebiji. Dari sudut ini kiraan menunjukkan berat buah berkurangan (Sekitar 35%- 60%). Dalam kes lain didapati juga kesan kemarau menyebabkan ada sebahagian buah nangka yang kecil menjadi lembik apabila dipetik. Ini kerana kekurangan air melemahkan struktur buah tersebut. Secara umumnya juga didapati dimana bentuk fizikal buah nangka menjadi tidak seragam iaitu ada pelbagai rupebentuk dan seakan sebagai buah yang 'Kecut. Didapati juga buah nangka cepat masak iaitu sekitar 1 - 2 minggu masak awal dari sepatutnya dimana banyak berlaku keadaan 'Masak Layu'. Kesan kemarau memang memberi kesan amat ketara kepada keseluruhan pertumbuhan pokok nangka dan beberapa pokok lain di TKPM Lanchang.
Meneliti lebih lanjut penulis membuat analisa kepada bahagian isi buah nangka kena kemarau. Didapati ketebalan ulas nangka berkurang atau dam kata lain isinya menjadi nipis. Warna isi walau pun berwarna masih kuning tetapi tidak menyerlah dimana seakan sedikit pucat. Apabila ulas buah nangka diuji dimakmal didapati kadar kemanisan buah bertambah iaitu ianya lebih manis dari buah yang dituai pada bulan-bulan sebelumnya. Didapati kandungan isi atau ulas buah nangka per biji buah sekitar 30% - 40%. Ini berbeza dengan buah nangka yang didalam keadaan normal iaitu sekitar 50%-60%. Tetapi ada juga kes dimana terdapat buah nangka tiada isi atau tiada ulas buah didalamnya dan hanya ada jerami sahaja. Ada juga buah nangka yang mempunyai bahagian empulur banyak. Ia menjadikan kualiti buah secara keseluruhan adalah kurang berkualiti dan menyebabkan tidak boleh dijual atau menerima harga rendah daripada RM2.50 iaitu purata harga ladang nangka sekilogram. Kesan kemarau ini amat meresahkan beberapa pengusaha yang kedudukannya berjauhan dengan sumber air dan suhu panas.
Penulis juga menganalisa kesan kemarau dalam kesannya terhadap kos pengeluaran di TKPM Lanchang. Walau pun pada umumnya kos pengurusan ladang adalah berkurangan kerana tiada masalah rumput yang kritikal dan kurang aktiviti mengawal rumpai tetapi ia juga menyebabkan kelembapan yang kurang kondusif untuk pokok nangka. Ini kerana pertumbuhan rumput adalah terbantut atau pun tidak hidup kerana kurang air dan suhu panas. Perkara ini sebenarnya membuatkan semua kerja ladang menjadi mudah kerana tidak perlu melakukan aktiviti meracun rumpai serta membuat cantasan. Bagaimana pun perkara lain yang timbul adalah dimana tempoh bekerja pekerja ladang telah menjadi singkat kerana suhu yang tinggi. Rekos menunjukkan suhu setingga lebih dari 38 Celsius sejak jam 11.00 pagi sehingga 4.00 petang memang beberapa pekerja ladang terpaksa memberhentikan aktiviti kerana tidak tahan akan kepanasan diladang yang produktiviti menjadi rendah. Mereka digalakkan hanya membuat pembajaan yang dibuat dengan cara pemberian baja organan yang mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi. Secara umumnya juga aktiviti pengurusan penyakit dan perosak tanaman juga menjadi mudah kerana pada musim kemarau dan suhu panas didapati amat kurang serangan serangga dan penyakit. Hanya perosak seperti 'Kumbang Pengorek Batang' ada berlaku tetapi ia boleh dikawal dengan menyembur racun malathion atau cypermethrin sekali sebulan. Kejadian kes serangan kulat juga berkurangan didalam kebun musim kemarau dan panas ini. Bagaimana pun didapati serangan oleh babi hutan masih aktif disepanjang masa terutama diwaktu malam hari. Serangan perosak tanaman utama iaitu khinzir juga berkurangan dan hampir tiada. Sebenarnya salah satu elemen penting dalam penghasilan buah nangka yang berkualiti adalah pemberian air yang mencukupi. Ini kerana semua peserta projek tahu jika ada air maka pokok menjadi segar dan produktif. Kesannya jika ada air mencukupi makan buah yang terhasil lebih berkualiti , besar , berat, bentuk seragam, warna menawan, berisi tebal. Dari rujukkan Buku Asas Metamatik Jabatan Pertanian yang dirujuk menyatakan keperluan air untuk sepokok nangka sehari adalah berbeza mengikut umur pokok. Pada peringkat awal keperluan air pokok nangka sekitar 29.63 liter sepokok. Kadar ini terus meningkat kepada sebanyak 59.27 liter sepokok pada umur pertengahan dan sebanyak 88.90 liter sepokok pada peringkat pokok matang. Bagaimana pun jika dikiran dalam tempoh bulanan didapati keperluan purata air sebulan pokok nangka sebanya 2,667.07 liter sepokok. Pada penulis keperluan air di TKPM Lanchang perlu dipenuhi agar dapat memberikan penghasilan optima dengan beberapa pendekatan teknikal. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!..

TKPM LANCHANG... LUAS KAWASANNYA...
TANAMAN UTAMA.. TANAMAN NANGKA...
KEMARAU PANJANG...EL-NINO SEBABNYA...
PERLU DIRANCANG... BAGAIMANA CARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Lanchang,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(2 Muharam 1438H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.