Wednesday, July 6, 2016

USIA PANJANG - ORANG HUNZA BUKAN MITOS

USIA PANJANG  merupakan satu kelebihan seseorang dalam menjalani hidup dengan sihat dan ceria. Berapakan purata umur yang dikatakan mempunyai usia panjang?... Adakah mereka yang melebihi umur 70 tahun, 80 tahun atau lebih 100 tahun?. Sebenarnya usia panjang bukan MITOS lagi kerana ujud dibeberapa negara dimana ada ramai yang mempunyai usia panjang. Terdapat beberapa negara didunia yang mempunyai warga yang purata usia mereka panjang. Selain daripada faktur genetik dan tabiat permakanan, fatur kecerdasan mental dan kurang stress dikatakan berkait rapat dengan usia panjang. Cadangan pihak KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk menganjakkan umur mereka untuk pengeluaran penuh pencarum daripada 55 ke 60 tahun mendapat bantahan pelbagai pihak yang menyifatkan ramai akan meninggal dunia terlebih dahulu sebelum menikmati wang persaraan mereka. Ini kerana semua bantahan itu memang berasas kerana data terkini menunjukkan jangka hayat rakyat Malaysia sekarang hanyalah 75 tahun!. Ini bermakna seseorang itu hanya mempunyai 20 tahun untuk menikmati wang berkenaan sebelum meninggal dunia. Dalam kes lain penulis merujuk laporan dimana di peringkat dunia termasuk di negara-negara maju dilaporkan bahawa jangka hayat manusia adalah di bawah 100 tahun. Untuk rekod hanya terdapat 455,000 orang berusia lebih 100 tahun pada 2009 dan bilangan itu adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan 7 bilion penduduk dunia sekarang. Kini penulis membuat rujukan dimana pada zaman moden ini, usia tertua yang disahkan secara rasmi hanyalah sehingga 122 tahun dan rekod itu dipegang warganegara Perancis, Jeanne Calment yang meninggal dunia pada 1997. Artikel subuh 1 Syawal1437 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai usia panjang yang menjadi tajuk perbincangan untuk dijadikan bahan rujukan. Penulis subuh ini mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua'. Penulis mohon doa agar diberikan kesihatan untuk usia panjang agar dapat terus menulis blog seterusnya dengan lebih berkualiti.


Bilangan yang sangat sedikit itu telah membuatkan kita tertanya-tanya, bilakah teknologi yang akan membolehkan manusia hidup lebih lama dan sentiasa kelihatan muda akan dicipta?. Jawapannya masih samar-samar lagi walaupun terdapat dakwaan sedemikian dalam mitos Atlantis iaitu sebuah pulau legenda yang pertama kali disebut oleh ahli falsafah Yunani Purba, Plato yang didakwanya wujud dunia lain sebelum muncul tamadun Mesir dan China. Didalam kes tamadun itu dikatakan wujud bangunan khas yang dikenali sebagai 'Temple of Rejuvenation' di mana tubuh dan organ badan seseorang itu diimbas bagi mengesan apa yang dikatakan ketidakseimbangan sebelum saintis menggunakan mesin khas lain bagi meremajakannya semula. Satu-satunya masyarakat yang dikatakan mampu hidup lama didunia ialah penduduk 'Hunza' yang beragama Islam. Mereka dikatakan berupaya hidup sehingga 145 tahun. Dilaporkan terdapat kira-kira 87,000 penduduk itu yang hidup di kawasan lembah bergunung-ganang di wilayah Gilgit–Baltistan iaitu di utara Pakistan (Saya melawat Pakistan sekitar Islamabad pada Disember 2015). Dakwaan tersebut sehingga kini tidak dapat disahkan secara saintifik dan ia sebaliknya berdasarkan pada kisah-kisah yang ditulis oleh pengembara yang pernah melawat kawasan berkenaan. Salah seorang daripada kes atau cerita mereka ialah pakar perubatan dari Ireland iaitu Robert McCarrison yang pernah berkhidmat di kawasan yang didiami masyarakat Hunza dari 1900 hingga 1935.


Diantara amalan permakanan utama penduduk Hunza ialah aprikot terutama biji yang telah dikeringkan. Makanan buah-buahan lain ialah epal, pear, pic, ceri dan beri hitam. Sayur-sayuran pula ialah ubi kentang, kacang buncis, kacang pis, lobak merah, lobak putih, labu, bayam dan salad. Kajian mendapati makanan ini kebanyakannya adalah segar dari ladang dan dimakan mentah atau separuh masak (Pastinya ditanam secara organik dan tidak menggunakan racun kimia). Mereka juga tidak menggunakan racun serangga dan baja kerana lokasi terpencil dan hanya gunakan input pertanian semula jadi. Kajian terbaharu yang dilakukan oleh saintis mendapati buah-buahan dan sayur-sayuran segar terutama dari hutan atau yang ditanam secara organik yang dimakan dalam tempoh tiga jam selepas dipetik mempunyai bilangan 'biophoton' paling banyak. Mereka juga tidak memakan gula atau tepung putih yang diproses oleh kilang dan sebaliknya memakan tepung gandum dan barli berwarna perang yang mempunyai kandungan vitamin E tinggi yang dijadikan sebagai capati (Sila baca artikel saya mengenai capati - Sila klik disini). Mereka juga gemar memakan kekacang seperti walnut, kacang hazel dan badam. Orang Hunza juga bukan vegetarian sepenuhnya kerana mereka turut memakan daging khususnya ayam tetapi dalam jumlah yang sangat sedikit pada musim perayaan dan majlis perkahwinan. Mereka juga minum susu, yogurt dan keju. Bagaimanapun kebanyakan sumber protein dan lemak ialah daripada tumbuh-tumbuhan. Satu lagi rahsia masyarakat Hunza dapat hidup lama ialah mereka makan dalam jumlah yang sedikit iaitu hanya dua kali sehari dan tidak pernah bersarapan. Mereka bangun pada pukul 5 pagi untuk bekerja dan hanya berhenti untuk makan pada kali yang pertama pada pukul 12 tengah hari. Dari semasa ke semasa mereka juga berpuasa bagi merehatkan organ pencernaan.


Aktiviti berjalan mendaki bukit sejauh 15 hingga 20 kilometer merupakan rutin harian masyarakat itu. Aktiviti berkenaan merupakan kaedah senaman paling mudah dan murah. Selain kuat ibadat dengan bersembahyang, masyarakat Hunza juga mengamalkan teknik-teknik yoga seperti cara sistem pernafasan secara perlahan, mendalam dan berirama bagi merehatkan tubuh mereka. Satu lagi prinsip yang dipegang oleh orang Hunza ialah mereka tidak pernah bimbang mengenai apa yang akan berlaku pada masa depan dan mereka juga tidak menghiraukan segala apa yang telah berlaku pada masa lalu. Seperti juga kanak-kanak mereka hanya memikirkan tentang waktu sekarang dan menganggap itulah sahaja yang perlu difikirkan oleh seseorang pada setiap masa. Kerana prinsip itu jugalah masyarakat Hunza sentiasa gembira dan tidak pernah merasa tertekan (stress) sepanjang hidup mereka. Laporan mendapati masyarakat Hunza juga tinggal di kawasan bergunung-ganang dengan udara yang bersih dan dingin tanpa pencemaran dimana merekan sentiasa terdedah kepada cahaya matahari. Mereka juga minum air beralkali daripada glasier (salji cair) yang tidak dicampur dengan sebarang bahan kimia seperti klorin dan fluorida. Dalam satu kajian oleh pemenang Hadiah Nobel dari Romania, Dr. Henri Coanda dan saintis Amerika Syarikat (AS), Dr. Patrick Flanagan mendapati air yang diminum oleh masyarakat Hunza unik kerana mempunyai kelikatan yang berbeza berbanding air paip iaitu kadar kealkalian yang tinggi dan ion hidrogen negatif yang banyak. Kepada masyarakat Hunza yang mempunyai usia panjang dikawasan gunung dan pendalaman yang masih belum tercemar. Kita kena elakkan 'work stress' yang menyebabkan hidup akan pendek umur jika tidak dikawal dengan baik. Wallahualam!!!.



USIA PANJANG...ANUGERAHNYA...
MAKAN SEDIKIT... RAJIN PUASA...
CONTOH TERBAIK... ORANG HUNZA...
AGAMA ISLAM... PAKISTAN LOKASINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(30 Ramadan 1437H) 
SELAMAT HARI RAYA 1437H!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.