Sunday, July 24, 2016

MINYAK KELAPA VS KELAPA SAWIT (Part 1)



POTENSI KELAPA (Cocos nucifera) berbanding dengan KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) kini menjadi sumber menjadikan minyak masaak (cooking oil) yang penting. Beberapa perbincangan hangat dalam beberapa forum dan dikalangan petani dan syarikat mengenai potensi kedua jenis minyak masak ini banyak dibincangkan. Ini kerana harga buah kelapa sawit yang rendah menyebabkan beberapa perbincangan dilakukan untuk mereka menanam kelapa sebagai satu alternatif dalam meningkatkan pendapatan. Buah kelapa kini mempunyai potensi pasaran yang luas seperti kelapa sawit jika diusahakan secara komersial. Kini keluasan penanaman kelapa di Malaysia menurun daeipada 110,000 pada tahun 2000 kepada hanya seluas 85,600 hektar pada tahun 2015 (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia 2015). Pada masa ini bahan Minyak Masak atau minyak makan di katakan sebagai salah satu bahan keperluan makanan harian yang penting bagi penduduk di dunia ketiga. Walau pun penggunaan minyak kelapa semakin kurang diperkatakan tetapi tujuan penanaman kelapa kini disasarkan kepada menghasilkan kelapa muda untuk minuman dan juga kelapa tua. Di Malaysia sahaja penulis dapati permintaannya ialah kira-kira 35,000 metrik tan sebulan. Minyak makan biasanya yang ada dipasaran domestik dan dunia kini diperbuat dari minyak kelapa sawit, kelapa, kacang, jagung dan jenis tumbuhan lain. Di Malaysia, minyak kelapa sawit menjadi sumber minyak makan yang terpenting. Berapakah keperluan minyak makan ini didalam penyediaan makanan dan hidangan kita setiap hari?. Penulis dapati kebanyakan keluarga minyak masak atau minyak makan digunakan untuk menggoreng dan menumis. Terlalu banyak hidangan kita setiap hari yang memerlukan proses penggorengan. Antaranya adalah untuk menggoreng ikan, ayam dan sayuran kepada goreng pisang, keladi, ubi, keropok malah makanan asas seperti roti, tepung dan nasi pun perlu digoreng. Kini minyak masak menjadi barang kawalan dari segi pengeluaran dan harga oleh kerajaan. Apa penulis menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi penggunaan minyak kelapa dan minyak kelapa sawit dan potensi penanaman kelapa berbanding dengan kelapa sawit.

Semasa menumis selalu kita tidak boleh mengelak dari menggunakan minyak. Namun kuantiti minyak yang kita gunakan setiap kali menumis akan menentukan berapa banyak minyak yang kita telan setiap hari. Kini walaupun minyak pada asasnya dianggap sebagai bahan perantara untuk memasak makanan tetapi didapati sebahagian besar darinya akan berakhir didalam perut sebagai sebahagian dari kandungan bahan makanan yang digoreng (Sila lihat minyak sawit komersil disebelah)Ikan, ayam, telur, roti, tepung dan sayuran goreng yang kita makan mengandungi terlalu banyak kandungan minyak sehingga seolah-olahnya kita sebenarnya memakan atau meminum minyak. Ini pastinya sesuatu yang janggal kerana pasti tidak ada orang yang sanggup meminum minyak untuk kenyang setiap hari. Sebenarnya minyak selalu hanya digunakan untuk menggoreng kerana ia berupaya untuk menjadikan bahan makanan yang digoreng tersebut menjadi kering dan rangup. Bagi golongan yang sudah menjadi peka kepada bahan makanan, mereka akan berjaga-jaga tentang apa makanan yang mereka makan. Minyak makan mengandungi kandungan lemak yang sangat tinggi dimana didakwa boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan selain dari menyebabkan badan menjadi gemuk. Jadi golongan ini akan cuba mengelakkan dari menggunakan minyak makan untuk memasak. Cabarannya ialah bagaimana kita boleh mengelak dari menggunakan minyak untuk memasak dan masih lagi berupaya memasak makanan yang sedap dan menarik hati.

Baru-baru ini wujud satu kaedah baru memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro. Ketuhar ini telah diwujudkan sebagai kaedah baru bagi memasak yang boleh mengubah kadar dan kaedah penggunaan minyak. Misalnya menggunakan sampul khas yang direka bentuk untuk menjadikan haba terjerat di dalam sampul dimana ketuhar gelombang mikro boleh digunakan untuk memasak makanan seperti ayam, daging, chip kentang dan sayuran menjadi garing dan rangup tanpa perlu menggoreng (Sila lihat foto disebelah). Ini juga merupakan satu kaedah penting yang boleh mengelakkan penggunaan minyak untuk memasak dan menjadikan makanan kita lebih menarik. Pastinya di masa hadapan banyak lagi jenis masakan yang boleh disediakan dengan cara menggunakan ketuhar microwave dan sampul microwave di atas. Dahulu kita terpaksa menggunakan minyak walau pun hanya untuk memanaskan makanan seperti daging dan roti di dalam kuali. Ini ialah disebabkan kuali boleh menjadi hangus tanpa minyak. Minyak masak ini berupaya untuk menyebarkan haba ke seluruh bahagian makanan yang sedang di masak. Ini menjadikan masakan lebih cepat di masak dan rata masaknya. Dalam beberapa jenis masakan seperti di dalam proses 'menggoreng telur dan ikan' dimana kita boleh menggunakan air sebagai ganti kepada minyak. Telur yang 'di goreng' dengan air dinamakan porched egg adalah lebih sedap rasanya daripada telur yang digoreng dengan minyak. Jumlah lemak yang dimakan pun berkurang dengan banyak menjadikan telur ini makanan yang sangat sihat. Begitu juga dengan ikan yang 'digoreng' dengan sedikit air di dalam kuali yang 'non-stick'. Mungkin kita boleh mencuba banyak lagi kaedah memasak menggunakan air sebagai gantian kepada minyak ini.

Cabaran kepada pakar masakan hari ini ialah untuk mencipta resepi dan kaedah memasak yang boleh mengelak daripada menggunakan minyak. Di dalam memasak daging, ayam dan ikan misalnya, kita boleh bergantung kepada minyak yang akan keluar sendiri dari bahan daging di atas semasa memasak untuk menolong kita menghasilkan masakan yang sempurna. Minyak kelapa sawit sebenarnya mempunyai banyak lagi kegunaan selain dari untuk memasak makanan. Di dalam industri pengangkutan, minyak kelapa sawit boleh diubah menjadi bahan bakar yang lebih berkesan dari petrol seperti biodiesel (Sila lihat foto disebelah). Walau pun kaedah mewujudkan bahan bakar seperti petroleum ini masih belum cukup berkesan pada masa ini namun satu masa nanti pasti ia akan menjadi satu industri yang besar. Minyak kelapa sawit yang diproses juga boleh digunakan bagi menghasilkan minyak pelincir untuk digunakan di dalam enjin kenderaan. Ini juga satu keluaran yang penting dan akan mewujudkan sebuah industri yang berdaya maju. Di dalam industri perkilangan barangan tembikar, seramik dan barangan logam, minyak kelapa sawit boleh digunakan di dalam proses penyaduran dan proses untuk menjadikan keluaran cantik dan berkilat. Ini perlu dikembangkan lagi bagi menjadikan industri ini sebagai industri yang sangat penting kepada negara. Baru-baru ini juga saintis di UPM dan UTM telah berjaya mengumumkan penemuan penyelidikan mereka yang berjaya memisahkan satu bahan yang sangat penting dari minyak sawit mentah. Bahan ini yang dikenali sebagai 'beta carotene' dimana ia juga merupakan bahan yang amat penting di dalam industri phamaceutical dan industri kosmetik dunia. 

Di masa lepas bahan 'beta carotene' ini diperoleh dari bahan sayuran khususnya carot dari bahan warna kuning dan sayuran tersebut. Masalahnya dengan carot ialah hasil beta carotene yang dihasilkan tidak tinggi keluarannya (yield). Ini menyebabkan harga beta carotene menjadi sangat tinggi iaitu USD1,500 sekilogram. Penyelidik dari kedua-dua universiti di atas telah mewujudkan kaedah baru proses memisahkan beta carotene dari minyak sawit mentah menggunakan dua kaedah yang berbeza dan kedua-duanya mewujudkan kadar hasil yang agak tinggi. Bagi setiap tan minyak sawit mentah ujud sebanyak 0.7 kilogram beta carotene dapat dihasilkan. Apa yang paling penting di dalam kedua-dua kaedah di atas adalah kualiti minyak sawit mentahnya tidak terjejas dan masih boleh digunakan untuk menghasilkan minyak masak. Sebenarnya pada masa ini kebanyakan pengeluar minyak masak akan 'membasuh' minyak mentah tadi sehingga warnanya yang kekuningan hilang menjadi putih. Ini adalah untuk menyamakan kualiti minyak makan yang dihasilkan dengan minyak masak yang dihasilkan dari bahan lain seperti kacang soya dan kacang tanah. Apa yang juga menarik ialah bahan beta carotene yang dihasilkan dari minyak sawit ini dikatakan mengandungi zat yang sangat penting sehingga ia dikatakan dapat untuk mengelakkan penyakit kenser, mengelakkan dari gejala lemah tenaga batin dan mengelakkan gejala cepat tua. Industri pengeluaran beta carotene ini boleh dijadikan sebuah industri yang sangat berdaya maju di Malaysia. Lebih penting dari itu jika industri ini dapat dibangunkan dimana ia akan menaikkan nilai penghasilan dari industri minyak kelapa sawit sekurang-kurang dua kali ganda disebabkan kita akan menghasilkan minyak dan bahan beta carotene. Artikel ini bersambung pada Part 2 untuk dibaca. Wasallam!!!...

MINYAK MASAK...BANYAK JENISNYA...
MINYAK SAWIT...KELAPA DAN SOYA..
PELBAGAI PRODUK... UNTUK DIGUNA...
BACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Syawal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.