Wednesday, April 20, 2016

SERANGAN RPW DIDUNIA

KUMBANG RED PALM WEEVIL atau ringkasnya RPW kini merupakan satu ancaman serius kepada tanaman daripada keluarga Arecaceae seperti pokok kurma, kelapa, kelapa sawit dan pokok ornamental palmae lain. Terdapat banyak jenis dan spesis kumbang RPW diseluruh dunia tetapi dua jenis yang mengancam di Malaysia adalah Rhynchophorus ferrugineus (Olivier) dan Rhynchophorus vulneratus . Kumbang ini sebenarnya telah dilaporkan semenjak lama dahulu terutama apabila serangan terhadap pokok kurma dan pokok hiasan palmae lain berlaku. Gambar diatas menunjukkan bagaimana pokok palma yang tumbang dan menghempap sebuah kereta di Sepanyol akibat diserang kumbang RPW ini. Kes seperti ini telah juga dilaporkan menyebabkan kematian dibeerapa negara dimana mereka bertindak terus membuat pemantauan akan kerosakkan pokok hiasan palma dengan kerap. Dalam laporan oleh Jabatan Pertanian, serangan RPW ini berlaku pada banyak jenis tumbuhan Arecaceae seperti Sago palm (Metroxylon sagu), Thorny palm (Oncosperma horrida), Nibung palm (Oncosperma tigillarium), Cuban royal palm (Roystonea regia)Canary Island palm (Phoenix canariensis), Date palm (Phoenix dactylifera), East Indian wine palm (Phoenix sylvestris), Regal palm (Roystonea regia)Hispaniola palm (Sabal blackburniana)Chinese windmill palm (Trachycarpus fortunei) dan Washington palms (Washingtonia spp). Artikel petang Sabtu ini saya memerah otak menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai status serangan RPW diseluruh dunia hasil pembentangan rakan saya semasa seminar.

Semasa artikel ini ditulis, dilaporkan bahawa RPW telah hadir sebagai perosak di banyak negara. Negara yang telah disahkan ada serangan RPW adalah Bahrain, Indonesia, Jordan, Philippines, Sri Lanka, Burma, Iraq, Kuwait, Qatar, Thailand, Egypt, Iran, Oman, Saudi Arabia, United Arab Emirates, India, Japan, Pakistan dan Spain. Ia telah mula dikenalpasti menyerang tanaman kurma di Iraq padatahun 1920, diikuti dengan serangan di Arab Saudi (1985), Iran (1990), Mesir, Sepanyol, China sehingga dinegara Perancis pada 2005 (Sila lihat foto disebelah). Kini serangan RPW telah dilaporkan berlaku di California USA pada tahun 2010 dimana aktiviti untuk pemantauan dan pemusnahan dinegara tersebut diperhebatkan. Spesis RPW yang menyerang USA dikenali sebagai R. pulmarum iairu ianya bersaiz kecil daripada spesis yang ada di negara lain. Bagi kawasan tropika spesis yang paling merbahaya dan digeruni adalah R. ferungineus yang mampu menyerang pokok palma dengan masa yang lebih cepat tanpa diketahui simptom serangan jika tidak dibuat pemantauan. Bagaimana pun spesis ini mudah masuk perangkap yang dipasang untuk mengetahui kehadirannya. RPW jenia ini juga menjadikan makanan daripada buah yang tetapai (fermentable fruits) seperti kurma, apel, sirap, gula tebu dan nenas.

Pokok kurma merupakan jenis tanaman hiasan yang paling disukai oleh pusat-pusat peranginan dan hotel. Pokok ini dibawa masuk daripada negara asal seperti di Timur Tengah dan ditanam dengan tujuan untuk mencantikkan landskap. Bagaimana pun pada masa membawa masuk anakpokok tersebut dipercayai kumbang RPW masuk sekali kenegara pengimport. Sepanyol dan Italy antara negara yang banyak menanam pokok palma ini terutama untuk kawasan pelancongan. Kini setelah beberapa tahun, pada 2010 dibuat peraturan khusus dimana proses pemantauan berterusan dilakukan untuk periksa tahap serangan RPW ini dan usaha memusnahkan dilakukan dengan bersistem. Pokok palma yang ada diperiksa terutama dibahagian pucuknya bagi melihat tanda serangan berlaku atau tidak. Mereka akan menggunakan truk khas untuk kawasan pokok tinggi (Sila lihat foto disebelah). Kadar serangan RPW terhadap pokok jenis ini akan direkodkan dan dibuat pengesyoran kawalan agar ia tidak menyebabkan kemalangan dan kemusnahan pokok lain.  

Dalam pada itu pokok yang telah sah diserang dengan RPW akan di kawal dengan cara menebang dan membakar. Mereka menggunakan alat menebang pokok tersebut dan dikumpulkan (Sila lihat foto disebelah). Pokok tersebut dicincang hancur dan ada yang dimasukkan mesin meracik sehingga menjadi hancur. Ia kemudian dibakar sehingga musnah. Ini kerana larva RPW yang ada didalam batang palma ini boleh terus hidup jika ia dibiarkan tanpa dimusnahkan. Dinegara Arab pula pokok kurma yang disahkan diserang RPW akan ditebang dengan mesin dan dihancurkan (Sila lihat foto dibawah) agar ia tidak memusnahkan kawasan tanaman kurma komersil lain. Kes paling teruk dilaporkan di beberapa negara pengeluar utama kurma seperti di Iraq, Iran dan Libya dimana dilaporkan kes serangan RPW telah memusnahkan banyak pokok kurma yang berkualiti dari negara tersebut. Kita di Malaysia telah dilaporkan ada serangan RPW yang dikesan oleh Jabatan Pertanian menyerang pokok kurma dan pokok kelapa. Kes serangan ini sedang dipantau oleh Jabatan Pertanian melalui pelbagai program kesedaran dan memasang perangkap untuk memantau kadar kehadiran dan serangan. Kalau diluar negara pokok kurma merupakan antara tanaman utama sasaran RPW maka wajarlah di Malaysia dibuat pemantauan terhadap pokok ini yang ditanam oleh Majlis Daerah atau Individu tertentu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
NAMA RPW... TERDAPAT DIDUNIA...
POKOK HIASAN ... SASARAN DIA...
PERLU DIKAWAL...DENGAN SEGERA...
BAGAIMANA PULA... DIMALAYSIA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Latihan Pertanian,
Inderapura, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(1 Rejab 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.