Tuesday, April 12, 2016

POKOK KEKABU - ADA POTENSI?

POKOK KEKABU (Ceiba pentandra) merupakan sejenis tumbuhan yang dipandang sepi oleh rakyat Malaysia kerana ia selalunya tumbuh liar dan 'tidak dipedulikan'. Pokok kekabu atau nama lain di Indonesia sebagai pokok KAPOK adalah sejenis tumbuhan liar dimana penulis juga dapati kebanyakannya hidup secara tumbuh sendiri di beberapa kawasan di negara kita dan negara Asia Tenggara yang lain. Pokok yang dari keluarga Malvaceae ini tumbuh menegak ini hidup sendiri tanpa penjagaan seperti tanaman lain iaitu di beberapa kawasan tropika lain di dunia dan kurang diambil perhatioan serius. Penulis menjangka kemungkinan generasi muda kini kurang mengenali tumbuhan pokok kekabu ini kerana kegunaannya yang semakin berkurangan dalam kehidupan harian namun masih ada memilih cara tradisional ini untuk dikutip hasilnya. Pokok ini mampu tumbuh tinggi sehingga 60-70 meter daripada paras tanah dengan saiz ukurlilit batang mencecah maksima 3 meter didalam hutan. Pada batangnya sering keluar duri besar dan ianya akan hilang apabila duri tersebut gugur apabila pokok semakin dewasa. Pokok kekabu juga mempunyai jenis daun iaitu 'palmate' dengan ada 5-9 helai daun dalam satu tangkai. Daunnya berwarna hijau berukuran sekitar 20 cm panjang. Ia juga ada menghasilkan buah lengai yang berbentuk selinder lonjong panjang dan berwarna hijau semasa muda (Sila lihat foto diatas sekali). Buahnya keluar dengan banyak setiap pokok dimana apabila matang buahnya mengandungi bahan seperti kapas lembut (Fiber) berwarna putih kekuningan dan banyak biji kecil berwarna hitam. Fiber lembut ini sebenarnya mengandungi bahan Lignin dan Selulos. Buah yang masak sama ada gugur sendiri atau dipetik boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Fiber seperti kapas ini yang dikutip dan dijadikan bahan asas untuk membuat Tilam, Barang Mainan, Bantal Kekabu, Lapis cushion, Bantal Golek atau Bantal Kapok. Pokok Kekabu amat jarang ditanam petani secara monokrop seperti tanaman lain kerana ia dikatakan tidak ekonomik dan mengambil ruang yang banyak untuk tumbuh. Bagaimana pun pokok kekabu yang tubuh sendiri didalam kebun lazimnya bilamana biji benihnya yang dibawa oleh haiwan atau bawaan angin dan air tumbuh sendiri. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan kekabu yang mudah ditanam dan tumbuh sendiri dimana hasilnya boleh dijadikan bantal kekabu, tilam kekabu dan sebagainya. 


Pokok kekabu yang tumbuh liar sering dibiakan melalui biji kecil berwarna hitam yang terkandung dalam buahnya (atau sesuai dipanggil sebegai buah lengai). Pokok kekabu yang besar akan dapat menghasilkan buahnya yang banyak dan memuncak sekitar bulan Mei dan Jun. Pada masa ini akan banyak buah dimana ia akan pecah dan biji didalamnya akan jatuh kebawah untuk menjadi anakbenih. Ada juga bijinya yang akan dimakan burung, diterbangkan oleh angin atau dibawa arus air untuk tumbuh dikawasan baru yang sesuai. Pada penulis menanam pokok kekabu mudah sahaja dengan ambil anakbenih yang ada disekitar kawasan pokok kabu dewasa atau menyemai menggunakan biji matang dalam polibeg semaian. Pokok kekabu amat naik dimana ia cepat tinggi dan selalu kadar pertumbuhannya ketara. Ia akan mengeluarkan cabang dari peringkat awal pertumbuhan. Batang pokok kekabu diketegorikan bukan dari jenis kayu keras yang mahal sebaliknya adalah dari jenis kayu yang agak lembut. Pokok kekabu hidup mudah dan subur walau pada tanah yang marginal. Ia akan mula mengeluarkan hasil sekitar 3-5 tahun selepas ditanam. Sepokok kekabu dewasa yang tinggi sehingga 30 meter mampu mengeluarkan sebanyak 160 - 220 buah kekabu setiap pokok. Buah pokok kekabu yang masak akan bertukar warna kulitnya daripada warna hijau kepada warna coklat. Apabila buahnya masak maka kulitnya akan pecah.


Buah kekabu amat unik kerana ia akan bermula dengan buah muda yang berwarna hijau kulitnya dan kemudian akan matang dan buah tersebut akan pecah kulitluarnya. Apabila kulit luar telah pecah maka akan kelihatan fiber berwarna putih terkeluar daripada buah tersebut. Kemudian fiber berwarna putih kekuningan akan jatuh atau terbang ditiup angin kencang.Didalam fiber yang ringan seperti kapas ini sebenarnya mengandungi bahan Lignin dan Selulos yang tinggi. Ia juga membawa biji kekabu berwarna hitam yang kecil semasa diterbangkan angin bersama kapas atau jatuh kebawah. Biji ini merupakan satu cara pembiakan tumbuhan ini didalam keadan liar. Buah ini sebaiknya dikutip dengan memanjant dan memetiknyaatau dikumpulkan jika jatuh kebawah. Bagaimana pun untuk dikumpulkan bagi tujuan mengambil fiber lembut atau bijinya ia dikutip dengan memenjat agar ia bersih dan belum rosak akibat jatuh kena tanah. Fiber ini yang lembut seperti kapas amat sesuai untuk dijadikan bantal kekabu, tilam kekabu, bantal kecil kekabu, kerusi kenderaan kereta dan sebagainya. Fiber ini amat tahan lama jika dibuat bantal sehingga belasan malahan ada yang dakwa lebih 20 tahun. Bantal kekabu juga setanding harganya dengan jenis bantal sintetik yang dijual dipasaraya.


Persoalan penulis adalah adakah petani yang menanam kekabu secara monokrop dan komersil di negara kita atau pun dinegara jiran?. Adakah tumbuhan ini memberikan keuntungan atau pulangan yang baik kepada petani?. Apakah amalan agronomi tanaman ini dan perosak yang sering menyerang tumbuhan ini?. Bagaimana hendak dapatkan benih berkualiti dan menanam dari varieti yang baik?. Semua persoalan ini aak sukar dijawap secara teknikal kerana tanaman kekabu tidak pernah digalakkan atau disyorkan oleh mana-mana saintis dan agronomist. Pokok kekabu pada pengalaman penulis amat mudah ditanam dimana-mana jenis tanah asalkan ia mempunyai saliran yang baik. Ia merupakan tanaman yang cepat membesar dan mudah pengurusannya. Pokok kekabu yang ditanam dengan mengambil bijibenih dibawah pokok induk boleh dilakukan petani. Apa yang penting kemudiannya adalah dimana hendak membeli benih atau cara menjual hasilnya. Belum banyak laporan mengenai serangan penyakit dan serangga perosak tanaman ini. Bagaimana pun penulis pernah melihat serangan ulat pengek batang dan ulat makan daun muda dikamppong dahulu. Kepada sesiapa yang ingin menanam pokok kekabu secara monokrop dankomersil boleh mencubanya jika ada pasaan dan kemahuan. Mana tahu nantu penanam pokok kekabu komersil boleh mendatangkan pendapatan lumayan... Selkian wasallam!.
POKOK KEKABU... TINGGINYA...
POKOK LIAR...HUTAN DUDUKNYA...
BUAH MATANG... FIBER DALAMNYA...
DIBUAT BANTAL... MEMANG ELOKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Budu, Lipis, 
Pahang, Malaysia.
(23 JamadilAkhir1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.