Monday, April 18, 2016

INDUSTRI TERNAKAN BABI - APA ISUNYA?


INDUSTRI TERNAKAN BABI (Sus barbatus) di Malaysia adalah merupakan satu cabang sektor ternakan di negara ini yang dijalankan secara komersial dengan tertakluk kepada kawalan tertentu. Terdapat banyak jenis (species) babi dikenalpasti sesuai dijadikan haiwan ternakan. Babi atau khinzir ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi adalah haiwan omnivor dimana ia memakan daging dan juga tumbuh-tumbuhan. Selain itu haiwan babi dianggap salah satu mamalia yang 'paling pintar' dimana ia dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan haiwan anjing dan kucing. Babi digelar haiwan yang kotor dann dinyatakan didalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam. Dalam Islam ada jelas ayat beri keterangan mengenai haiwan ini dimana maksudnya adalah "Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145). Dalam kes lain dinyatakan babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Sementara itu dikalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7 dan 8: "Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh." Larangan ini juga terdapat dalam Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 dan 8:, Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4: , dan Book of Isaiah, Chapter 66, Verse 17. Walau pun ternakan babi atau khinzir ini sangat sensitif dengan orang Islam di Malaysia dan sering juga menjadi isu dalam masyarakat Malaysia tetapi ternakan ini masih terus di laksanakan pemeliharaannya oleh penternak dengan populasi sebanyak 1.711 juta pada tahun 2010 (Sumber: Laporan Agromakanan MOA, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2010). Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini akan membincangkan ststus indudtri ternakan babi dan juga beberapa isu berkaitan dengan ternakan haiwan najis ini.


Memang agak kurang artikel yang ditulis mengenai ternakan babi ini dan dibincang dalam blog teknologi pertanian berbanding dengan industri ternakan lembu, kambing, ayam dan ternakan ikan. Bagaimana pun maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) telah menunjukkan iaitu sebanyak 1.844 juta ekor babi telah di sembelih di rumah sembelihan diseluruh negara pada tahun 2010 (Dari mana lebihan yang disembelih itu?) sedangkan rekod penternakan hanya sekitar 1.711 juta ekor pada tahun yang sama. Adakah berlaku 'under reporting' atau ada ladang babi haram tidak diketahui pihak berkuasa?. Daripada rekod JPV dan MOA juga menunjukkan pengeluaran daging babi tempatan adalah sebanyak 254,000 metrik tan dengan nilai pengeluaran hasil sebanyak RM 1.682 juta pada tahun 2010. Rekod JPV juga menunjukkan penggunaan daging babi di Malaysia adalah sebanyak 230,110 metrik tan setahun. Dilaporkan dalam beberapa jurnal dimana babi dianggap sebagai hidangan istimewa oleh Orang Cina dan juga Orang Jerman yang menjadikannya sebagai hidangan istimewa. Ada pelbagai masakan ala Jerman yang mengutamakan daging babi. Babi dari segi sains dan dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum dimana sebelum ia diuji kepada manusia. Malah jantung babi pernah dilaporkan untuk digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk untuk sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai. Begitu rapatnya hubungan antara manusia dan babi.

Disebabkan haiwan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai dengan manusia maka terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesis (cross spesies). Sekiranya ini berlaku maka wabak teruk seperti JE telah berlaku di Malaysia kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru yang berlaku. Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah pun menyebabkan kematian dan ia menimbulkan dua pilihan, menghapuskan (pindahkan) manusia yang berhampiran kawasan ternakan babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan babi yang terdapat dalam kawasan tersebut mesti dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling (Sila lihat foto cara pembasmian babi terlibat dengan virus JE Nipah di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan)Babi juga adalah merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Dalam kajian makmal, daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu untuk menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi membolehkan cacing pita merebak. Dari kenyataan diatas memang ayat Quran bertepatan melarang mengenai haiwan babi ini didekati oleh manusia terutama umat Islam.

Laporan kajian pihak tertentu  telah menunjukkan populasi ternakan babi di Malaysia telah berkurangan daripada sejumlah 2.036 juta pada tahun 2005 kepada 2.020 juta pada tahun 2007 dan menurun kepada 1.711 juta pada tahun 2010.  Ini kerana pelbagai isu ujud yang disebabkan oleh aktiviti penternakan babi telah berlaku dan dilaporkan. Dimanakah sebenarnya untuk pengetahuan anda kawasan penternakan babi yang utama di Malaysia?. Laporan JPV menunjukkan pada tahun 2010 populasi ternakan, penternak dan ladang babi adalah memang terbanyak di Negeri Perak dengan 506,305 ekor diikuti dengan Negeri Pulau Pinang (ada 320,867 ekor) dan ketiga jatuh kepada Negeri Johor (sebanyak 288,468 ekor). Seterusnya adalah Negeri Selangor dengan 236,062 ekor diikuti dengan Negeri Sarawak (207,906 ekor). Lain-lain negeri memelihara kurang dari 100,000 ekor didahului dengan Sabah (90,499 ekor), Melaka (51,216 ekor), Pahang (4,016 ekor), Perlis (1,593 ekor), Negeri Sembilan (549 ekor) dan Kelantan (412 ekor).  Dua negeri yang tidak ada dilapor ada ternakan babi pada 2010 adalah Terengganu dan Wilayah Perekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Statistik populasi babi ini mungkin berubah pada tahun 2015 dimana penulis akan kemaskini laporan tersebut apabila mendapat data terkini yang disahkan.

Ternakan babi sering menimbulkan banyak masaalah kepada alam sekitar dimana najis dan sistem buangan air kumbahan menjadi ancaman kepada kualiti air. Semasa saya bertugas di Melaka selama 14 tahun (1982-1996) ada satu kawasan iaitu di Kg Paya Mengkuang, Masjid Tanah dari dulu lagi memelihara banyak ratus ribu ekor (malah katanya sehingga juta ekor) babi dan menyebabkan air di Kuala Sungai Tuang menjadi tercemar dan berbau busuk. Aktiviti ternakan tersebut masih berterusan sehingga kini walau pun kerajaan negeri cuba mengantikan aktiviti ternakan babi dengan projek pertanian lain seperti tanaman orkid, ayam dan juga projek perindustrian. Masih dilaporkn ujud sebanyak 51,216 ekor direkodkan pada tahun 2010 dilokasi tersebut. Walau pun banyak komplen diajukan kepada penternak-penternak tersebut tetapi belum banyak perubahan. Pada masa sekarang pun pada awal pagi jika kita ke Pantai Teluk Gong di Masjid tanah akan dapat bau busuk akibat dari aktiviti ternakan tersebut. Sebenarnya populasi ternakan babi paliing ketara sangat berkurangan akibat kes serangan Virus Nipah (Virus JE) yang meragut banyak nyawa di kawasan ternakan Bukit Pelandok Negeri Sembilan beberapa tahun dulu. Akibatnya kerajaan telah menguatkuasakan kaedah penternakan babi sehingga air kumbahan darli kandang babi mesti memenuhi piawaian atau standard bersih sebelum di lepaskan kedalam sungai atau parit. Kes Virus Nipah atau Virus JE ini telah membuka mata di seluruh dunia bahawa ternakan babi memang merbahaya dan mengancam nyawa manusia jika tidak di urus dengan baik. Populasi babi mesti dikawal oleh kerajaan seperti di beberapa negara  maju dimana ternakan ini memang tidak dibenarkan lagi dipelihara sesuka hati. Sistem ternakan tertutup dan moden seperti di negara maju walau pun ianya memerlukan kos yang tinggi perlu di ujudkan di Malaysia. Ini menjamin tidak ada pencemaran bau, air kumbahan dan isu-isu tempatan yang akan timbul. . .


Dalam kes lain penulis juga diberitahu kawasan Kampong Teratai di Daerah Muar (Sekarang jadi Daerah Ledang) juga terdapat lebih dari 200,000 ekor ternakan babi dan jumlah ini sebenarnya hampir 4 kali ganda dari penduduk sedia ada di mukim tersebut. Lokasi ternakan babi tersebut yang terletak di pertengahan Sungai Muar iti memungkinkan jika berlaku kecuaian dalam sistem ternakan maka air kumbahan akan masuk kedalam sungai Muar. Pihak Syarikat Air Johor pula mempunyai rumah pam di bahagian bawah sungai dimana ia mungkin disedut sama untuk diproses dijadikan air minuman yang mungkin tercemar. Diharap pihak SAJ akan sentiasa yakin dengan logi penalisan mereka dan membuat pemantauan kualiti air dan bacaan  'BOD' semasa aktiviti memproses air bersih untuk dihantar kekampong saya. Sebenarnya banyak negara maju telah mengubah cara menternak babi atau tidak menternak babi secara lama atau tradisional. Industri ternakan babi perlu dikaji semula cara perlaksanaannya di Malaysia dengan penguatkuasaan akta ternakan agar tidak banyak masaalah timbul di masa akan datang. Hanya Terengganu sahaja negeri yang dilaporkan bebas daripada ternakan babi di Malaysia dan diucapkan tahniah kepada rakyat negeri Terengganu iaitu 'Negeri Bebas Babi (NBB)' daru dulu, kini dan selamanya agaknya. Kepada negeri yang banyak ternakan babi perlu di buat pemantauan dan penguatkuasaan lebih rapi agak tidak menggangu kesejahteraan penduduk tempatan dari pelbagai isu yang mungkin timbul berkaitan dengan ternakan tersebut. Sekian. Amigos!.
MENTERNAK BABI... BANYAK ISUNYA...
BABI PENGOTOR...MENCEMAR SEMUA....
BERBAU BUSUK... NAJIS SEGALANYA...
BACA ARTIKEL...CANGGIH INFONYA.... 

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Pantai Tanjung Bidara 
(Sebelah Pantai Paya Mengkuang),
Masjid Tanah, Melaka,
Malaysia
(17 April 2016)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.