Thursday, April 14, 2016

ADA AIR ADALAH IKAN

Peribahasa ADA AIR ADALAH IKAN merupakan sebuah peribahasa yang sering digunakan dalam bahasa persuratan dan percakapan dikalangan masyarakat kita sejak dahulu. Peribahasa ini memberi maksud sebagai "Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki". In memang penulis fikir amat bertepatan dengan motivasi kepada semua orang yang ingin mencapai kejayaan dalam hidup. Dalam pada itu masyarakat kita memang percaya bahawa rezeki akan diperolehi jika mereka berkerja kuat, rajin, berusaha dengan bersungguh-sungguh dan percaya bahawa 'rajin usaha tangga kejayaan'. Bumi Malaysia yang subur untuk sektor pertanian, perikanan dan ternakan membolehkan tanah tersebut diusahakan sehingga menjadikan ia sumber rezeki yang melimpah ruah. Malaysia adalah negara dimana ramai orang asing (foreign workers) mencari rezeki halal dengan pelbagai sektor daripada sektor perladangan, pembuatan, kilang, perkhidmatan dan pelbagai lagi. Peribahasa ini amat sesuai mereka gunaka dimana mereka akan terus tinggal di Malaysia dan bekerja walau pun gaji mereka agak rendah berbanding dengan rakyat tempatan. Mereka lebih percaya dengan peribahasa diatas walau pun terpaksa tinggal dirumah yang kurang selesa kerana menyimpan wang untuk dihantar balik kenegara mereka. Laporan media tempatan memaklumkan bahawa nilai matawang Malaysia yang keluar dalam setahun mencecah sebanyak RM70 billion pada 2015 berbanding hanya RM50 billion pada tahun 2010. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu peribahasa yang dikupas secara ilmiah yang berkaitan air, ikan dan teknologi berkaitan.


Air (Water) dengan formula H2O merupakan salah satu unsur penting dibumi yang mana ia boleh berada dalam bentuk Cecair selain daripada Pepejal (Solid) dan Udara (Air). Air adalah unsur yang penting bagi semua bentuk kehidupan yang diketahui dibumi dan dilaporkan ia tiada atau sedikit terdapat di planet lain. Air menutupi hampir 71% permukaan bumi dalam bentuk laut dan lautan berwarna biru jika dilihat dari atas langit. Dilaporkan pada masa ini terdapat 1.4 trilion kilometer kubik (330 juta liter³) air yang tersedia di bumi. Bahan Air sebenarnya menjadi laut dengan menjadi air masin dan juga sebagai lapisan-lapisan air batu (ais) yang berada di kutub urata dan selatan serta berada dipuncak-puncak gunung. Ikan dan beberapa haiwan lain sebenarnya hidup didalam air sebagai habitat semulajadinya. Penulis dapati air juga ujud dalam bentuk wap dan awan yang kemudian turun menjadi hujan yang membasahi bumi. Malaysia adalah negara yang selalu menerima hujan banyak dimana air mengalir dalam sungai, tasik, kolam, tali air, empangan, lopak, paya dan sebagainya. Air ada dikenali sebagai air tawar, air payau dan air masin. Apa yang pelik adalah air dalam bentuk keras iaitu air batu(iceberg) dan boleh dijumpai dalam peti sejuk atau dikutub utara atau kutub selatan. Kitaran air sangat unik dalam ekosistem daripada proses pengwapan, berkumpul menjadi awan, hujan dan larian air dipermukaan tanah sebelum dialirkan kesungai yang menuju kelaut dan pusingan tersebut akan berulang semula. Apa juga pun keperluan air tawar adalah menjadi sumber air penting untuk minuman dan kegunaan domestik lain serta unsur utama dalam sektor pertanian. Semua tumbuhan perlukan air apa lagi tanaman seperti padi sawah yang memang hidup direndam dalam air. Sebenarnya air bersih penting bagi kehidupan manusia. Apa pun kini untuk mendapatkan air tawar dari air laut boleh kita lakukan dengan cara osmosis terbalik(Reverse osmosis) iaitu teknologi memproses menapis air laut dengan teknik menggunakan tekanan disalirkan melalui suatu membrane tapisan. Sistem ini disebut SWRO (Seawater Reverse Osmosis) dan banyak digunakan pada kapal laut atau pusat memproses air bersih di pantai dengan bahan asas daripada air laut. Terdapat beberapa negara didunia ini yang masih kekurangan air tawar dan menggunakan teknologi SWRO walau pun kos bagi produk air tawar tersebut adalah tinggi berbanding dengan penapisan air cara kovensional. 


IKAN (Fish) pula tergolong dalam benda hidup iaitu daripada kumpulan haiwan yang tinggal dalam air dan mempunyai tulang belakang. Terdapat tiga jenis ikan secara asas iaitu IKAN AIR MASIN dan IKAN AIR TAWAR dan diantaranya adalah IKAN AIR PAYAU. Selain daripada ikan ini ditangkap sebagai sumber makanan protin bagi manusia, terdapat juga jenis ikan yang dijadikan sebagai ikan hiasan. Didapati antara beberapa ciri-ciri haiwan ikan adalah seperti ia memang hidup di dalam air sama air tawar, air payau atau air masin. Lazimnya juga ikan mempunyai sisik yang berlendir mengikut spesis dan jenis serta ia mempunyai sirip untuk bergerak (Sila lihat rajah disebelah). Haiwan ikan memang bernafas melalui insang yang menyedut air dan mengambil udara darinya. Kebanyakkan ikan adalah membiak secara bertelur sama ada banyak atau sedikit. Apa yang pasti adalah ikan merupakan haiwan berdarah sejuk. Pada masa ini dilaporkan terdapat lebih daripada 32,000 spesis ikan diseluruh dunia yang menjadikannya antara kelas vertebrata terbesar dalam kepelbagaian spesis haiwan. Ikan secara umumnya dapat dibahagikan kepada beberapa kategori utama iaitu Jenis Ikan Bertulang Keras (29,000 spesis), Jenis Ikan Bertulang Rawan (970 spesis) dan juga Jenis Ikan Tanpa Rahang (108 spesis). Apa pun ikan merupakan jenis haiwan sejak zaman purba yang mampu melalui adaptasi sehingga kekal pada hari ini. 


Peribahasa 'dimana ada air disitu ada ikan' amat relevan dijadikan panduan ramai. Sama seperti ikan dilaut lazimnya jika lubuk tersebut banyak sumber makanan seperti dikawasan tukun. Kawasan tukun didalam laut merupakan dimana terdapat banyak planton yang menjadi sumber makanan atau rezeki kepada pelbagai jenis ikan dilaut. Tukun atau terumbu karang juga menjadi tempat perlindungan dan pembiakan ikan sehingga populasi disekelilingnya dikerumuni dengan ikan (Sila lihat foo disebelah). Kawasan terumbu karang juga membekalkan makanan kepada ikan dan juga menjadi tumpuan ikan untuk hidup mencari rezeki (Sila lihat foto dibawah sekali). Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dengan jumlah penduduk sekitar 30 juta dan mempunyai tenagakerja asing mencecah 3-4 juta (termasuk PATI dan yang legal. Kalau orang luar boleh berkampong di negara kita yang banyak peluang pekerjaan maka tidak mustahil jika negara kita merupakan lubuk rezeki bagi mereka seakan tukun buatan atau batu karang dalam laut. Diharap artikel ini mampu memberi info kepada pembaca semua. Wasallam !...

DIMANA ADA AIR... IKAN PUN ADA..
IAnya KIASAN.. SATU PERIBAHASA..
DIMANA TINGGAL..REZEKI ADA...
PEKERJA ASING... KAUT SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Padang Permai, Jalan Sg Lembing,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.