TIMUN BULU (Cucumis sativus) merupakan sejenis sayuran buah timun yang popular ditanam dikawasan Daerah Mersing, Johor dan Daerah Rompin, Pahang serta ada ditanam juga disekitar Daerah Kota Tinggi, Johor. Pada penulis blog yang pernah bertugas di Daerah Mersing, Johor banyak kali membuat tinjauan teknologi kekawasan Projek Sayuran Komersil Kg Seri Pantai yang mencapai kelusan 280 ekar masa itu sekitar tahun 1997 - 2000. Tanaman sayuran komersil diprojek ini terdiri daripada jenis tanaman sayuran berbuah seperti Cili, Timun, Petola, Peria, Kacang Panjang, Bendi serta beberapa jenis sayuran daun terutama bayam, sawi dan sebagainya. Bagaimana pun agak unik apabila beberapa petani tetap suka menanam 'Timun Bulu' yang mendapat pasaran baik di Singapura terutama dari kaun Cina. Tanaman timun bulu ini merupakan tanaman yang menjalar daripada keluarga Cucurbitaceae iaitu sama dengan tanaman timun, tembikai dan beberapa jenis lagi. Penulis sebenarnya kenal dan dapat melihat dan mendengar sayuran 'Timun Bulu' semasa kali pertama bertugas di Mersing, Johor pada tahun 1997 dahulu selepas kembali dari bertugas hampir 2 tahun lebih di Negeri Sarawak. Tanaman Timun Bulu pada penulis blog semacam buah timun yang besar berwarna hijau gelap apabila matang dan uniknya dikulit luarnya ada kelihatan seakan bulu yang melekat. Buahnya tidak sama dengan jenis timun buasa yang juga luas ditanam kerana ia tidak sesuai dimakan segar atau dijadikan ulam makan sate atau dicicah dengan sambal belacan. Penulis blog diberitahu beberapa petani yang sudah lebih 10 tahun menanam timun bulu ini dimana ia kebanyakannya adalah untuk dimasak sebagai sayur tumis air atau pun dibuat sup sahaja. Dalam penulis blog saya ada cari dan membuat beberapa rujukkan di internet memang tidak jumpa sesiapa yang melaporkan sayuran jenis timun bulu ini. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya menulis mengenai perkara asas dan teknikal timun bulu untuk dijadukan bahan rujukkan semua.
Dalam teknologi penanaman timun bulu memang ia memerlukan sistem para atau kerja penyediaan junjung. Timun bulu ini adalah tanaman yang memerlukan junjung atau penyokong untuk membolehkan pokok memanjat dan memudahkan semasa proses penuaian. Bagimana pun tinjauan penulis blog mendapati kini petani yang menanam timun dengan cara fertigasi gantung dimana ia adalah semakin popular dijalankan (Sila lihat foto disebelah). Cara untuk menanam timun bulu ini dengan cara fertigasi gantung lebih menguntungkan petani yang mempunyai kawasan tanah rendah sering banjir. Sistem memacang tiang dan para secara tradisional dilakukan dengan memacakkan kayu berukuran 5 cm x 5 cm x 6.5 meter panjang setiap jarak tiga meter dimana ia kemudian perlu diregangkan dawai kasar. Dawai ini diikat antara puncak kayu beruti dan sambungkan tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas. Sebaiknya petani menggunakan paku untuk memasang dawai. Tali sistem diguna bagi membantu anak pokok memanjat apabila telah berumur dua minggu. Tanaman timun bulu ini merupakan tanaman yang memerlukan sistem pengairan samaada menanam diatas tanah atau sistem fertigasi. Pokok timun memerlukan air yang banyak untuk capai tahap kelembapan yang cukup untuk pertumbuhan yang lebih subur, Penyiraman sebaiknya dibuat dua kali sehari di peringkat awal penanaman (kecuali jika hujan) dan dikurangkan sekali sehari bila pokok besar dan sistem memungut hasil. Rumpai merupakan satu ancaman kepada aktiviti menanam timun bulu dikawasan kebun. Pengawalan rumpai adalah penting untuk menjamin hasil yang tinggi, kawasan tanaman perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan persaingan dalam mendapatkan zat makanan, air, cahaya dan ruang. Adanya rumpai juga menjadi perumah bagi perosak dan penyakit tanaman. Kerja merumpai perlu dilakukan setiap minggu dengan pelbagai cara. Pembajaan tanaman timun bulu dijalankan mengikut jadual yang sudah disyorkan dimana jenis baja yang disyorkan ialah 70 kg N:140 kg P2O5:200 kg K2O untuk setiap hektar tetapi ia bergantung pada keadaan tanah disesuatu kawasan dan juga sistem tanaman. Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 sesuai untuk pembajaan pertama dimana ia boleh di gunakan dengan kadar 30gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 cm dari rumpun pokok serta dikambus. Pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK biru 12:12:7 dengan kadar 40-50 gm/pokok diselangkan setiap dua minggu. Kerja membuat pemangkasan tidak perlu dilakukan kecuali bila terdapat terlalu banyak daun atau dikenali sebagai mabuk daun. Penyusunan pucuk timun bulu ini yang jatuh melempai bagaimana pun perlu dilakukan untuk tanaman timun fertigasi gantung. Tanaman timun bulu memerlukan kawalan perosak dan penyakit. Ini kerana antara serangga perosak yang biasa menyerang timun bulu ialah kutu afid . kumbang daun dan lalat buah. Lazimnya serangan adalah pada bahagian daun, bunga dan buah muda. Jika serangan teruk menyebabkan daun rosak dan 'berkerekot' dan buah berubah bentuk, menjadi terbantut dan busuk. Daun dan buah yang diserang deengan perosak ini perlu dimusnahkan serta selalu menjaga kebersihan kawasan kebun. Dalam keadaan perlu lakukan semburan dengan jenis racun perosak yang sesuai. Penyakit yang biasa menyerang tanaman timun bulu adalah kulapok berdebu. Penyakit ini akan menyebabkan tompok misilia putih dan berdebu pada permukaan daun, daun bertukar kekuningan, perang ,kering dan berkedut. Pokok timun bulu yang diserang kurang berbuah dan kecil saiznya. Serangan kulapok downy ialah pada daun,terdapat bintik berbentuk bersiku siku ,berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun, lapisan bawah diselaputi spora dan akhirnya menjadi perang dan mati, buah akan terbantut, pastikan daun yang diserang dimusnahkan. Jika serangan teruk sembur dengan racun kulat yang sesuai.
Tanaman timun bulu yang dijaga dengan baik akan mula membuat pungutan hasil selepas sebulan lebih menanam. Lazimnya pokok timun bulu ini akan mula berbunga selepas tiga atau empat minggu ditanam. Hasil boleh dituai dalam 10 hari iaitu selepas proses pendebungaan berlaku atau lima dan enam minggu selepas ditanam. Buah timun bulu ini boleh dikutip sebaiknya ia cukup tua apabila mencapai panjang antara antara 15 dan215 cm. Bergantung kepada penjagan dimana buah muda mempunyai kulit kasar, warna hijau tua dan berkilat serta kulit agak keras dibanding timun biasa. Peringkat kematangan yang sesuai untuk pasaran ialah buah timun yang berwarna hijau gelap kepada hijau cerah dan berkilat dan ada seakan bulu. Tanda lain adalah sudah tiada duri pada buah dan benang sari dihujung buah telah tanggal. Mengenai kualiti buah timun lazimnya bentuk timun yang lurus dan sekata, warna ¾ bahagian keseluruhan permukaan berwarna hijau sederhana gelap, tekstur buah rapuh dan bebas dari penyakit, rosak dan kekotoran adalah baik. Buah timun dipetik dengan memotong tangkainya menggunakan gunting untuk mengelakkan batangnya rosak. Timun dmasukkan dalam bakul dan akan digredkan mengikut saiz dan kualiti. Tanaman timun bulu masih aktif untuk pasaran tempatan dan paling popular adalah untuk pasaran eksport. Di laporkan lebih 65% hasil tanaman timun bulu daripada Mersing dan Rompin adalah untuk dieksport ke Singapura. Buah Timun Bulu selalunya akan dibawa masuk kedalam kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Singapura sebagai salah satu daripada sayuran yang disukai pelaut kerana ia agak tahan lama untuk sebagai buah segar. Ini kerana timun bulu yang dimasak sup atau ditumis mampu menaikkan selera pelaut dan buah itu sendiri agak tahan disimpan lama. Sup timun bulu yang dimasak bersama daging ayam atau daging lembu merupakan antara hidangan enak yang sering dimasak dan sesuai unruk ia dihidangkan (Sila lihat foto disebelah). Penulis ada beberapa kali makan sayur timun bulu yang dimasak sendiri dirumah setelah diberi untuk mencuba beberapa biji selepas melawat kebun timun bulu komersil. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TIMUN BULU ...DIBERIKAN NAMA...
MACAM LABU AIR... BENTUKNYA...
DI ROMPIN, MERSING...LUASNYA...
DIBUAT SAYUR... PELAUT SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Sepayang (Anugerah 5 Bintang),
Rompin, Pahang,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1437H).
Kemaskini pada 15 Dzulhijjah 1444H
Bersamaan 3 Julai 2023.
DI Taman Cendana, Melaka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.