Wednesday, March 16, 2016

CERMIN MUKA - KAWAL MONYET?


BENARKAH CERMIN MUKA BOLEH DIGUNA SEBAGAI CARA MENGAWAL MONYET?.... Ini merupakan satu petua atau temuan dari usaha inovasi seorang usahawan Kelulut di Kg Kuala Sentul, Daerah Maran, Pahang. Pengusahanya iaitu Zalyka telah memulakan usaha menternak kelulut dikeliling rumahnya semenjak 4 tahun lalu. Persoalannya dimana adakah cara ini betul-betul berkesan dan ia  mungkin merupakan satu perkara yang boleh diamalkan?. Perkara ini saya akan dibincangkan dalam tulisan kali ini. Ini kerana projek ternakan kelulut yang dilakukan usahawan muda ini berada bersebelahan dengan belukar dan hutan sederhana tebal yang ada monyet didalamnya. Kawasan hutan membekalkan sumber nektar yang baik untuk kelulut. Selain itu terdapat haiwan lain seperti beruang dan babi hutan yang dikatakan pernah mendekati sarang kelulut tersebut. Katanya sebanyak 150 sarang koloni pernah dikumpulkan tetapi banjir besar berlaku pada Disember 2014/2015 telah merosakkan dan memusnahkan sebanyak 40 sarang kelulut  dimana ini menyebabkan kerugian yang banyak. Jenis kelulut diternak adalah Trigona itama (85%) dan bakinya adalah Trigona thoracica. Kebanyakan bekalan kelulut tersebut dibekalkan daripada penduduk orang asli berhampiran yang dibeli dengan harga RM200 satu log pada masa itu (tahun 2012). Kini harga log kelulut telah meningkat hampir 2-3 kali ganda yang dijual oleh orang asli tersebut akibat permintaan yang tinggi dipasaran. Pengubahsuaian teknologi dilakukan usahawan ini dimana kini semua sarang kelulut diletakkan diatas para besi setinggi 1.2 meter dari paras tanah yang bertujuan untuk menyelamatkan bila berlaku naik air kesan dari masaalah banjir (Sila lihat foto paling bawah). Walau pun aktiviti menguruskan kelulut ini agak sukar kerana faktur ketinggiannya tetapi ia menjamin tidak akan 
ditenggelami air semasa banjir. Pengusaha menggunakan tangga aluminium untuk mengutip madu asli dan menyelenggara koloni. Madu Asli kelulut yang dihasilkan dibotolkan dengan jenama iaitu 'MADU KELULUT KUALA SENTOL' dan dijual dengan harga pasaran. Apa pun artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini saya minat untuk membincangkan salah satu amalan yang dilakukan oleh pengusaha ini iaitu menggunakan cermin muka sebagai satu kaedah mengawal kehadiran monyet daripada datang untuk menganggu dan merosakkan log kelulut.


MONYET, Kera atau Monkey merupakan haiwan mamalia yang selalu menjadi musuh kepada manusia dalam bidang pertanian. Haiwan yang selalu hidup berkumpulan ini mempunyai 2 kumpulan iaitu Suborder Strepsirrhini seperti Lemur, Kongkang dan Galago dan Suborder Haplorhini iaitu Tarsier, Monyet dan Mawas. Penulis yang membuat rujukkan dari sumber lain mendapati monyet merupakan rumpun primat haplorin yang memberi makna 'berhidung kering'.  Rumpun primat ini yang umumnya mempunyai ekor terdiri daripada 260 spesis yang ujud sehingga kini. Kebanyakan spesis monyet tinggal atau mendiami pokok terutama dikawasan hutan tropika atau belukar yang boleh membekalkan makanan. Bagaimana pun ada juga spesis monyet yang berada diatas tanah seperti babun. Kebanyakan monyet aktif pada waktu siang (diurnal) dan tidak aktif pada malam hari. Monyet umumnya disifatkan sebagai haiwan sedikit berakal, cerdas, aktif dan sering mengganggu manusia untuk mendapatkan makanan dari hasil dikebun. Mereka sering dibunuh dengan senapang atau ditangkap dengan dipasang perangkap monyet sebelum dialihkan kelokasi lain yang dikhususkan sebagai sancuary haiwan ini. Kawasan hutan khas selalu dijadikan lokasi penempatan semula haiwan monyet yang ditang. Bagaimana pun penduduk disekitar penempatan semula monyet selalu menerima masaalah serangan monyet tersebut dan dibawa berbincang dibanyak peringkat. Kehadiran monyet tersebut mengganggu aktiviti pertanian.

Monyet yang berada berhampiran kampong sering menganggu usahawan kelulut Zalyka semenjak 4 tahun lalu. Monyet ini lazimnya akan datang pada waktu siang hari ketika tidak ada orang dirumah. Monyet akan cuba membuka haif super yang mengandungi madu asli dan memakan madunya dan ia merosakkan dengan menjatuhkannya. Oleh itu langkah pertama dilakukan pengusaha adalah dengan memasang pagar chainlink disekeliling kawasan kelulut. Ini membantu mengurangkan serangan babi hutan dan haiwan lain juga. Bagaimana pun monyet masih mampu memasukki kawasan ternakan beberapa kali dalam setahun terutama ketika kurang makanan dihutan atau bukan musim buah-buahan. Kawalan dengan kaedah iaitu memasang serta menggantung cermin muka dilakukan semenjak 3 tahun lalu. Cermin muka di gantung dengan tali diletakkan dibeberapa lokasi terutama laluan monyet masuk. Ia digantung 1.5 kaki diatas paras tanah dan palang kayu (Sila lihat foto disebelah). Menurut pengusaha, setelah cermin muka dipasang didakwa kadar kehadiran monyet dikawasan kelulut semakin berkurangan dengan ketara. Walau pun ia bukan satu kesan yang pasti (proven data) sama ada pemasangan cermin muka berjaya mengurangkan kadar kehadiran monyet tetapi ianya adalah memang berjaya. Penulis juga kurang pasti akan dakwaan ini kerana mungkin monyet yang dulu datang menganggu sudah mendapat sumber makanan lain yang lebih baik. Apa pun pengusaha berpuashati dengan kaedah kawalan yang dilakukan ini dengan memasang lebih daripada 15 cermin muka disekeliling lokasi.


Inovasi memasang cermin muka yang digantung banyak unit dikawasan projek kelulut ini satu usaha murni. Adakah mungkin monyet akan pegang cermin muka yang digantung dan melihat mukanya sendiri dan ia ketakutan dan terus lari?. Secara teorinya monyet tersebut mungkin menganggap apa yang dilihat dalam cermin adalah monyet lain yang bukan gerombolannya dan ini menakutkannya. Kesian simonyet yang melihat mukanya sendiri dalam cermin!. Memang monyet tidak cantik atau tidak hansem!. Kesan kilauan cermin muka juga mungkin menakutkan monyet untuk mendekati cermin muka tersebut yang berpusing-pusing ditiup angin. Terdapat berbagai saiz cermin muka yang digantung (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya ada beberapa cara atau petua untuk mengatasi masaalah serangan monyet yang menganggu aktiviti pertanian. Antaranya adalah dengan memelihara haiwan Anjing dikawasan kebun kerana salakkan anjing akan menakutkan monyet dan babi hutan. Cara lain dengan memasang perangkap monyet yang diberikan umpan buah-buahan didalamnya seperti buah pisang dan sebagainya. Cara lain dengan menangkap monyet dan muka serta badannya dicat dengan cat warna merah atau putih dan dilepaskannya. Apabila monyet dicat ini balik dan mengikuti kelompoknya menyebabkan monyet yang lain akan ketakutan. Artikel ini bentangkan satu petua yang dilakukan oleh usahawan kelulut sebagai satu usaha mengurangkan kehadiran monyet dari menyerang sarang kelulut. Semua ia memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.

Kumpulan pegawai dan pengusaha kelulut buat tinjauan teknologi.

PASANG CERMIN..CERMIN MUKA...
IA DIGANTUNG... MERATA-RATA...
MONYET TAKUT...SATU IDEA SAJA...
KAJIAN LANJUT... PERLU DIUSAHA...

By,
M Anem,
Senior agronomist,
Kg Kuala Sentul, Maran,
Pahang, Malaysia.
(5 JamadilAkhir 1437H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.