Monday, February 29, 2016

KELADI LAMBUK - ENAK GULAINYA


KELADI LAMBUK atau KELADI KEMUMU (Caladium spp) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae yang tumbuh dikawasan tanah subur yang agak lembab dalam negara kita. Keladi lambuk merupakan tumbuhan yang biasanya tumbuh secara meliar. Ia dilaporkan ada juga ditanam kerana kegunaannya sebagai satu jenis makanan terutama bahagian batangnya untuk dijadikan sayuran. Dari info yang penulis rujuk, keladi lambuk tidak seperti keladi jenis lain kerana batangnya tidak akan menyebakan kesan kegatalan dimana ia boleh dimakan mentah sebagai ulam. Penulis dapati ia amat popular do Pahang terutama di Raub, Tererloh serta Lipis sebagai satu bahan hidangan istimewa. Selain itu ia juga digunakan di Perak dan beberapa daerah di Selangor.  Keladi Lambuk atau Keladi Kemumu merupakan tanaman dari jenis keladi yang mungkin generasi baru sekarang agak kurang mengenalinya. Keladi ini mempunyai sedikit perbezaan dengan Keladi Cina secara umumnya dimana lazimnya warna tumbuhan dimana dari segi warna daunnya ia akan kelihatan hijau kebiruan sedangkan keladi cina atau keladi biasa selalunya mempunyai warna daun benar-benar hijau terang (Sila lihat foto sebelah dan dibawah). Bagaimana pun ciri khusus keladi lambuk atau keladi kemumu tidak seperti keladi biasa yang mana keladi biasa mempunyai getah juga bahagian kelopaknya dikatakan ada cecair (orang kampong kata 'racun') yang selalunya akan menyebabkan gatal-gatal jika tersentuh. Jika batang atau daun keladi biasa dimasak pun masih mendatangkan kesan gatal. Bahagian batang keladi lambok selalunya boleh dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam dimana ia juga dikenali sebagai lambuk oleh masyarakat sekitar Pahang dan Perak. Penulis kali pertama meikmati masak sayur keladi lambuk di Pekan Dong, Raub pada pertengahan Febuari 2016 semasa makan tengahari. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis sedikit info mengenai keladi lambok atau keladi kemumu dan kegunaannya dalam masyarakat kampong untuk dijadikan sayuran kepada semua peminat blog teknologi pertanian ini.



Keladi Lambuk sebenarnya sama dengan Keladi Cina dan keladi Mawar atau Keladi Minyak mudah ditanam dengan menggunakan anakbenih sulur. Benih daripada pokok induk yang matang dipotong dan disediakan lubang penanaman dengan jarak 1m x 1m sama ada diatas batas atau dalam barisan yang disediakan. Ia perlu diberi baja dan kawalan perosak sama seperti pokok keladi boleh dimakan lain dan apa yang kritikal adalah kawalan rumpai diperingkat awal penanaman. Tanaman keladi lazimnya akan kalah bersaing dengan beberapa jenis rumpai yang selalu membantutkan pertumbuhannya. Ada petua menanam keladi lambuk iaitu dengan menjauhkannya dengan keladi biasa kerana ditakuti akan menyebabkan gangguan kepada keladi lambuk menjadi gatal. Pokok keladi lambuk yang tumbuh dengan baik boleh dituai bahagian batangnya apabila saiz batang telah mencapai ukuran lebih dari 60 cm panjang dari pangkal ke daunnya. Lazimnya pada ketika ini ia boleh mencapai sehingga lebih dari 1.2 m panjang daripada paras tanah atau telah mencapai umur menghampiri tempoh 10 -12 bulan jika dijaga dengan baik. Cara untuk memilih batang keladi lambuk yang sesuai dengan meninjau kepada pokok induk dahulu dan biarkan rumpun anak yang tumbuh kemudian. Gunakan pisau tajam dan potong di bahagian sedikit atas tanah dan kemudian dibuang daunnya. Ikat dengan tali unuk dibawa pulang. Bagaimana pun ada juga yang mencabut terus rumpun pokok keladi lambuk jika kesemuanya sedia untuk dituai dan masih banyak simpanan dalam kebun atau memang memerlukan kuantiti yang banyak untuk masakan kenduri. Bagaimana pun bahagian perdu atau rizomnya boleh dipotong dan ditanam semula dilokasi sama atau lokasi lain. Tiga puluh rumpun keladi lambuk didapati boleh menghasilkan antara 50 - 60 batang (10 kg) batang keladi lambuk dalam masa seminggu.


Batang keladi lambuk adalah lembut dan semestinya sebelum dimakan batang keladi lambuk perlu disiat kulitnya dan direndam seketika dalam air garam. Ramai berkata ia memang sedap dicicah mengikut selera masing-masing sama ada dengan budu, sambal belacan, sambal kelapa dan lain-lain pencicah buatan sendiri sebagai ULAM. Batang keladi lambuk sebenarnya amat enak dan lebih popular dijadikan sebagai bahan utama masakan seperti Masak Lemak. Pada penulis ia amat enak dan lazat jika batang keladi kemumu atau keladi lambuk di masak lemak cili api atau asam rebus bersama udang, ayam atau paling sedap dengan daging. Isinya yang lembut dan 'spongy' memang cukup enak dimakan dengan nasi putih panas ketika makan tengahari. Laun lain seperti ikan bakar, ayam goreng dan ikan kering akan menyebabkan memang cukup meyelerakan. Selain itu penulis juga terjumpa dengan menu masakkan keladi lambuk yang digoreng bersama ikan sardin atau juga ada yang goreng dengan belacan sahaja. Ada juga dilaporkan batang keladi yang dimasak akan gatal tetapi petua yang boleh dilakukan adalah dimana cara untuk hilangkan miang keladi ialah masukkan buah pinang atau sesudu minyak masak ke dalam masakan keladi. Ini selalu dilakukan untuk masakan gulai tempoyak keladi.  Selain daripada ia sedap di buat ulam dimakan mentah dicicah sambal tempoyak ia juga didapati sesuai digoreng dengan campuran cili hidup berperencah daging. Kajian harga menunjukkan harga pasaran sekitar Pasar Tani Mega Putrajaya adalah sekitar RM4-5 sekilo bergantung kepada kuantiti dan kualiti.


Menyediakan menu masakan keladi lambuk masak lemak mudah disediakan dengan ada ilmu dan kemahiran. Bahan-nahan diperlukan adalah seperti 3 batang keladi lambuk yang dipotong dengan anggaran panjang 12 inci, 2 peket cendawan, 100 grm udang kertas kecil, 1 helai daun kunyit, 1.5 cawan santan atau jumlah secukupnya, 1 keping asam keping serta sedikit minyak untuk menumis. Sebagai bahan ramuan bahan yang perli ditumbuk sehingga lumat adalah 10 biji cili api, 2 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1 cm kunyit hidup, 1 cm halia, 1 batang serai yang perlu diracik dan garam kasar secukup rasa. Cara memasak resepi ini dengan membasuh dan membersihkan batang keladi lambuk kemudian disiat kulit luar dan di potong nipis dengan cara menyerong sepanjang 1-2 inci. Kemudian dibersihkan cendawan dan disiat-siat kecil dimana kemudian bersihkan udang dan ditoskan serta diketepikan dulu. Kemudian adalah membersih dan mengupas semua kulit bawang kemudian tumbuk lumat bawang bersama cili api, serai, kunyit hidup dan garam kasar. Selapas itu adalah proses memanaskan periuk atau kuali dengan 2-3 sudu besar minyak masak. Masukkan ramuan tumis dan bahan tumbuk digoreng sampai wangi dan kemudian perlu dimasukkan santan dan kacau biar sampai hampir mendidih. Seterusnya adalah memasukkan semua potongan keladi lambuk tadi dan cendawan. Proses mengacau dibuat sehingga ia sekata sehingga sampai batang keladi masak dan cendawan masak sepenuhnya. Masukkan semua udang dan daun kunyit yang diracik serta asam keping tadi dan kacau semua bahan. Boleh dimasukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga sekata dan biar sampai udang dan semua cendawan masak. Kacau lagi dan apabila cendawan cukup masak maka ia ditutup api dapur serta sedia untuk dihidangkan masak lemak keladi lambuk ini. Amat enak dimakan dengan nasi putih. Semuga anda dapat info berguna daripada tulisan kali ini. Wasallam!.

KELADI LAMBUK... KEMUMU SAMA...
MUDAH TUMBUH.. DIMANA SAHAJA...
BATANG DIAMBIL...DIBERSIH SEGERA...
DIMASAK GULAI... AMBOI ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pekan Dong, Raub,
Pahang, Malaysia.
(18 JamadilAwal 1427H)
Lawatan teknikal pertanian ke Daerah Raub.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.