Thursday, January 14, 2016

SISTEM AEROPONIK - APA HEBATNYA

SISTEM AEROPONIK (Aeroponic) adalah satu sistem tanaman dan proses membesarkan tumbuh-tumbuhan di udara atau pun dengan semburan berkabus terus kepada akar tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Perkataan "aeroponik" berasal dari perkataan Yunani yang bermakna aero (udara) dan ponos (usaha). Teknologi ini berbeza daripada sistem penanaman hidroponik, aquaponik dan Sistem in-vitro (kultur tisu tumbuhan) konvensional. Daripada segi konsep, ia tidak seperti 'Hidroponik' iaitu teknologi yang menggunakan larutan nutrien cecair sebagai medium pertumbuhan dan mineral penting untuk mengekalkan pertumbuhan tumbuhan. Ia berlainan juga dengan teknologi 'Aquaponik' yang menggunakan air dan sisa buangan ikan dalam sistem pusingan air. Apa yang lain dimana teknologi 'Aeroponik' dilakukan dengan tanpa medium pembesaran. Bagaimana pun ketiga-tiga sistem diatas masih tidak menggunakan tanah sebagai media tanaman. Teknologi ini amat kurang diketaui atau pun diamalkan oleh petani dan peminat tanaman hidroponik disebabkan banyak faktor. Bagaimana pun saya berfikir teknologi Aeroponik masih dikategorikan sebagai sejenis hidroponik kerana ia masih menghantar nutrien penting baja pokok melalui air yang disembur kepada bahagian akar tanaman. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai hidroponik, aquaponik dan sebagainya sebelum ini. Artikel ke 3,729 malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apa sebenarnya akan kehebatan teknologi penanaman dipanggil sebagai Aeroponik untuk dijadikan bahan rujukkan.


Malaysia masih mempunyai tanah pertanian yang luas dan untuk beralih kepada teknologi Aeroponik penulis fikir ianya memerlukan kos yang amat tinggi dan tenaga kerja yang mahir untuk mengendalikan teknologi tanaman Aeroponik. Hidroponik sebagai asas teknologi pertanian dimasa hadapan masih dilihat sebagai satu pilihan pada masa akan datang dimana teknologi pertanian baru ini adalah cara baru menanam tanpa tanah. Berbeza dengan kaedah hidroponik yang memerlukan akar tanaman direndam dalam nutrien dan air, kaedah aeroponik memerlukan ruang udara antara akar pokok dan paip yang menyemburkan nutrien dan air untuk melembapkan dan menyuburkan pokok (Sila lihat rajah diatas). Proses penanaman bermula dengan percambahan biji benih dimana setelah dua hari tumbuh di dalam bilik percambahan maka anak pokok itu dipindahkan ke tapak semaian dan dibiarkan selama dua minggu sebelum diletakkan di atas palong di dalam rumah hijau. Di rumah hijau itulah dimana sayur-sayur berkenaan akan dibiarkan membesar sehingga sampai masa untuk dituai. Palong-palong di rumah hijau itu diperbuat daripada polistyrene untuk mengelak penyerapan haba. Di bahagian tengah palong diletakkan paip yang mempunyai alat semburan yang direka khas pada jarak yang tertentu. Alat penyembur itu akan menyemburkan nutrien dan air yang telah disejukkan ke bahagian akar tanaman pada kekerapan tertentu. Ruang yang ada antara paip dan akar tumbuhan itu membolehkan tanaman memperolehi bahan oksigen secukupnya untuk pembesaran yang lebih cepat dan sihat.


Dari segi teknologi, semburan air sejuk itu macam dapat ‘menipu’ tanaman sehingga membolehkan kita menanam sayur iklim sederhana di kawasan rendah dan panas seperti di negara kita dengan jayanya. Antara dua elemen penting dalam proses aeroponik ialah air dan bekalan elektrik. Kaedah dan teknologi aeroponik merupakan kaedah yang paling menjimatkan air iaitu menggunakan hanya kira-kira 10 peratus air yang digunakan dibandingkan dengan kaedah hidroponik. Lebihan air semburan yang tidak diserap oleh akar di palong akan dikumpulkan dan disalurkan kembali ke tempat penyejuk untuk dikitar semula dalam proses untuk semburan berikutnya. Teknologi aeroponik perlu digalakkan untuk dibuat oleh rakyat Malaysia di sebabkan kos bahan makanan yang semakin tinggi dan faktur keselamatan makanan itu sendiri. Konsep ini perlu diselaraskan dengan apa yang dinamakan 'Urban Agriculture' atau pertanian bandar yang semakin mendapat perhatian dikalangan penghuni bandaraya. Sayuran yang dihasilkan dengan cara Aeroponik terbukti mempunyai lebih berkualiti, hygenic, sihat, segar, rangup, bersih, aroma lebih baik dan ujud citarasa yang lebih tinggi. Sayuran aeroponik dapat menarik minat dikalangan masyarakat menengah ke atas dikawasan urban. Sistem aeroponik dapat memberikan manfaat bagi petani yang tidak mempunyai kawasan tanam kebun dimana sistem ini tidak memerlukan tanah tetapi hanya guna media tanaman seperti Styrofoam yang akarnya bergantung diudara. Ia amat sesuai dibuat dikawasan pekarangan rumah. Prinsip dari aeroponik adalah dimana kepingan styrofoam dibuat lubang-lubang tanaman dengan jarak 15 cm dengan menggunakan tray tanaman maka anakbenih sayuran yang berakar diletakkan pada lubang tanam tersebut. Akar tanaman akan terjuntai bebas ke bawah dimana ada sprinkler (misting) yang menyembur kabus larutan baja ke atas sehingga mengenai akar.


Dalam memahami sistem aeroponik kita boleh mendapatkannya set lengkap yang dijual dipasaran atau membuat sendiri dengan ilmu kemahiran yang mencukupi setelah hadir kursus. Diantara peralatan yang di perlukan untuk membuat sistem Aeroponik adalah seperti Sistem Sprinler Kabus (Misting sprinkler), Jet Pump (pam air), Nozzle Sprinkler, Paip Paralon atau PVC, Paip Etilen, Rokcwool, Media tanaman Styrofoam, Larutan Baja dan biji benih sayuran terpilih. Ia perlu dipasang dilokasi khusus dengan ada cahaya matahari atau pun mentol lampu mencukupi (Sila lihat foto disebelah)Penggunaan sprinkler dapat menjamin ketepatan waktu penyiraman, jumlah air dan keseragaman agihan air di permukaan tanah secara terus-menerus selama jangkamasa penanaman dengan kos tenaga kerja rendah. Cara tersebut dapat menhasilkan wap atau kabus air di udara sekeliling tanaman serta memberikan lapisan air kepada akar dimana ini akan menurunkan suhu disekitar daun dan mengurangkan proses evapotranspirasi. Sistem semburan kabus dapat diatur secara berselangseli (intermittent) atau nyala-mati (on-off) silih bergantia dengan menggunakan alat 'timer'. Jika sistem tidak berfungsi selama 15 minit atau lebih lama ditakuti tanaman akan layu. Bila pam air dimatikan selalunya air semburan larutan yang melekat pada akar dapat selama 15-20 minit sahaja. Ada yang lakukan dimana semburan kabus ini hanya diberikan pada siang hari saja. Namun disyorkan cara ini kurang sesuai dilakukan kerana boleh menyebabkan terencat jika cuaca kering. Antara jenis dayuran yang sesuai gunakan sistem ini seperti jenis-jenis Salad (Varieti Lettuce keriting hijau, Salad Romaine, Butterhead, Batavia, Lollo rossa, Iceberg, Head lettuce), Pak Choy Hijau dan Pak Choy Putih, Choy Sim dan Kailan. Tanaman kesukaan ramai iaitu Kangkung dan Bayam juga sesuai ditanam secara Aeroponik. Jenis tanaman yang sering ditanam secara Aeroponik biasanya dari jenis sayuran daun yang waktu tuaiannya satu bulan sahaja. Produk hasil tanaman aeroponik semakin mendapat tempat dipasaraya dengan pengguna tetap membelinya walau harga agak lebih tinggi. Ini kerana pengguna yang tahu hasil tanaman aeroponik tahu bahawa prosuk tersebut lebu rangup, rasa lebih enak, tiada tanda rosak atau cacat, bersih dan memang mengandungi zat mencukupi akibat semburan air baja yang lengkap. Semuga anda dapat info berguna membaca artikel ini. Wasallam!...

SISTEM AEROPONIK... APA DIA...
KABUS AIR..AKAR SEMBURNYA...
PRODUK BERKUALITI..MAHALNYA...
RASA RANGUP.. KENA CUBA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 13, Desaminium Flora,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(27 RabiulAwal 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.