KOBIS BULAT (Brassica oleracea) merupakan sejenis sayuran yang popular ditanam dan dimakan diseluruh dunia semenjak zaman dahulu daripada keluarga Brasicaceae. Terdapat lebih daripada 400 spesis kobis diseluruh dunia dengan pengeluaran sebanyak 70.1 juta metrik tan setahun. Laporan FAO terkini menyatakan negara China merupakan pengeluar utama sayuran kobis diseluruh dunia sebanyak 32.8 juta metrik tan setahun atau 47% daripada pengeluaran kobis dunia. Ini diikuti dengan negara India (8.5 juta mt/ tahun) dan Rusia (3.3 juta mt/tahun). Selapas itu dua negara berikutnya adalah Jepun (2.3 jta mt/tahun) dan Korea Selatan (2.1 juta mt/tahun). Nama lain bagi jenis Kobis Bulat adalah seperti Round Cabbage (Inggeris) dan juga Kol (Indonesia). Dalam banyak rujukkan bentuk Kobis adalah berbagai daripada yang berbentuk Bulat, Konical, Flat dan juga ada yang Kerinting (Curly). Mengenai warna daun pula sayuran kobis mempunyai warna Daun seperti Hijau, Putih, Merah atau Ungu. Lazimnya varieti Utama yang popular ditanam dan dimakan terdiri daripada kumpulan WHITE HEAD VARIETY. Dari segi kegunaannya pula kobis ini boleh dimakan mentah, dimasak goreng, sup atau boleh diproses menjadi makanan jeruk (Kimchi). Kebanyakan penggunaan kobis di Malaysia adalah sama ada dimasak sebagai sayur atau dijadikan jeruk. Sayuran kobis didapati mempunyai bahan SULFUR yang mana ia boleh mengubati masaalah seperti ULSER. Malaysia ada menanam kobis terutama di 3 kawasan tanah tinggi iaitu di Cameroon Highland (Pahang), Lojing (Kelantan) dan Kundasang di Sabah. Keluasan tanaman kobis bulat sekitar 960 hektar CHE setahun dengan pengeluaran sebanyak 11,500 metrik tan setahun (Sumber: Laporan statistik tanaman Jabatan Pertanian 2014). Jika dicampur dengan jenis kobis lain yang ditanam jumlah keluasan semua adalah sekitar purata 1,400 hektar CHE setahun termasuk tanaman Kobis Cina. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis kobis yang perlu diketahui oleh orang kita sekadar menambah ilmu pengetahuan anda. Artikel ini terbahagi kepada 3 perenggan iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3.
JENIS KOBIS... ADA 7 SEMUANYA...
Sayuran kobis memang antara jenis sayuran yang paling banyak dimakan oleh manusia. Kajian menunjukkan perkapita pengambilan kobis didunia adalah sebanyak 105 kg seorang setahun. Kadar ini adalah pengambilan untuk semua jenis kobis. bagaimana pun penduduk China dikatakan memakan kobis dengan kuantiti yang banyak didunia iaitu sebanyak 300 kg seorang setahun!. Info yang penulis dapati daripada Laporan AgroMakanan Kementerian Pertanian 2014 mendapati purata rakyat Malaysia makan kobis cuma sekitar 3.3 kg seorang setahun sahaja. Dalam laporan dari jurnal dilaporkan orang lelaki Cina dikatakan mempunyai umur yang amat panjang kerana banyak makan kobis dan kurang diserang masaalah penyakit prostat. Dianntara khasiat kesihatan dari makanan sayuran kobis termasuk membantu merawat sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan (awet muda). Dalam penulisan lain dinyatakan kobis mampu menurunkan berat badan oleh sebab bagi setiap secawan kobis cuma mengandungi 15 kalori sahaja. Kobis memang kaya dengan bahan serat yang membantu untuk mengekalkan air dalam badan dan ia baik untuk menangani sembelit dan masalah berkaitan. Selain itu kobis memang kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin iaitu vitamin A, C, E dan vitamin B yang diperlukan oleh badan manusia. Cara makan kobis ini ada pelbagai cara dan sebaiknya adalah jika dimakan mentah sebagai salad.
(1) KOBIS BULAT
Kobis bulat adalah sejenis kobis yang paling asas (Basic) dan paling banyak ditanam dan dipasarkan diseluruh dunia (Sila lihat foto diatas). Kobis jenis ini lazimnya berbentuk bulat dengan isi yang Padat (Solid texture). Kobis Bulat memang jenis kobis yang tahan Lama sama ada ia berwarna HIJAU (Green) atau KEPUTIHAN (Whitish) atau diantara keduanya. Ia paling sesuai untuk diguna sebagai sayuran dengan menggoreng atau dibuat sup atau dimakan mentah sebagai salad. Memang ramai yang suka makan kobis ini mentah begitu sahaja kerana kebanyakan kobis ini manis dan berair. Ia juga sesuai dijadikan ulam dicecah dengan sambal belacan. Kepada sesiapa yang suka makan 'ayam penyet' pastinya akan disertakan hirisan kobis bulat dan kacang panjang sebagai ulam. Ini kerana kebanyakan kobis bulat memang mempunyai rasa yang MANIS dan lazimnya memang berbentuk Bulat (HEAD SHAPE). Dari segi ukuran saiznya daripada sebesar bola Softball hingga sebesar Bola Keranjang (Basketball size). Kobis jenis ini paling tahan disimpan lama dalam setor dan disahkan dimakan oleh paling ramai manusia. Laporan mendapati harga pasaran kobis jenis ini agak murah sehingga sederhana mengikut musim. Dinegara China ia dijual pada harga ladang hanya RM0.30 sekilogram. Kobis bulat boleh dan mudah didapati sepanjang tahun. Terdapat banyak varieti kobis bulat yang ditanam tetapi dua jenis yang popular di tanam di Cameroon Highland adalah Jenis Kobis Manis dan yang ditanam di Kundasang adalah Jenis Kobis Batu.
(2) KOBIS MERAH / UNGU
Kobis ini agak unik kerana ia berbentuk bulat yang sama dengan Kobis Bulat. Antara perbezaan yang nyata adalah pada warnanya iaitu sama ada MERAH (Red) atau UNGU (Purple) atau MARGENTA. Lazimnya saiz kobis jenis ini kecil sedikit dari kobis bulat. Ia mempunyai tekstur yang padat dan isi yang lembap dan memang agak berat. Kobis jenis ini lazimnya lebih mahal daripada kobis bulat biasa dan jenis ini paling sesuai dimakan sebagai SALAD atau pun ia dimakan mentah. Kobis ini memang agak jarang di masak goreng atau pun dibuat Sup. Ini kerana jika kobis merah dimasak atau dicelur maka warnanya akan bertukar menjadi warna biru apabila di masak. Bagi mengelakkan berlaku maka sebaiknya kita campurkan dengan sedikit cuka atau perahan air limau (Citrus) dengan betul. Warna merah atau ungu pada kobis jenis ini menunjukkan ia mengandungi bahan anthocyanin yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

(3) KOBIS SAVOY
Kobis Savoy agak unik namanya dikalangan orang Malaysia kerana bunyinya pelik tetapi ia mudah dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Curly cabbage'. Ini kerana ia mempunyai bentuk yang Kerinting dengan wana iaitu Putih Kehijauan. Warna dibahagian daun kehijauan dan batangnya agak putih. Kobis Savoy dikatakan atau digelar sebagai kobis ‘Paling Cantik’ kerana bentuknya. Ia mempunyai jenis daun yang agak jarang (more loosely layered). Lazimnya ia adalah berwarna Hijau dan ada juga kobis ini yang berwarna Merah. Dari segi penggunaan ia lebih sesuai untuk di goreng atau dimasak sup. Dari segi rasa ia lazimnya adalan mempunyai tekstur lebih lembut dan ramai juga yang memakannya secara makan mentah sebagai Salad dimana enak jika ditambah dengan perasa seperti Myonis. Harga kobis ini sederhana dan ianya adalah ringan. Bersambung pada Part 2 dan Part 3. Wasallam!.

KOBIS BULAT ... PALING UTAMA...
KOBIS MERAH...JUGA KOBIS CINA...
BANYAK DIMAKAN...DIMANA-MANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(14 Muharam 1347H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.