Friday, November 6, 2015

KOPI - ULAT DAUN KOPI (PART 2)

ULAT DAUN KOPI (Cephonodes hylas L) merupakan sejenis kupu-kupu yang mana menjadi serangga perosak penting kepada tanaman kopi (Coffea spp). Ulat yang keluar dari kupu-kupu ini akan merosakkan tanaman kopi dengan memakan daun yang muda atau pun yang tua (Sumber rujukkan: Risalah Teknik Pertanian Bil. 12, 1980, Jabatan Pertanian Malaysia karya Samsudin Sauda dan Mohamad Omar). Biasanya daun kopi yang muda akan dimakan dulu. Penulis juga merujuk daripada beberapa buku lain dalam usaha untuk menyediakan artikel ini. Dalam keadaan serangan yang teruk mengakibatkan semua daun dimakan habis botak sehingga pokok tidak berdaun. Kerosakkan akibat serangan serangga ini amat cepat berlaku abalia keadaan cuaca dan suhu dipersekitaran sesuai. Kalau begitu serangannya maka pokok akan tiada daun akibatnya pokok kopi tidak berhasil untuk sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun. Ini disebabkan apabila pokok tidak berdaun maka tidak akan ada penyaluran makanan untuk pertumbuhan daun-daun baru seterus tumbesaran pokok, pengeluaran bunga dan juga buah kopi. Keperluan baja tanaman bertambah untuk pulihkan tanaman. Bagaimana pun penulis juga maklum bahawa serangan serangga ini tidak menyebabkan pokok mati walau pun ianya boleh berlaku jika tidak dikawal dengan baik. Walau pun tanaman kopi di Malaysia hanya tinggal 3,217 hektar sahaja pada 2014 (Sumber: Laporan ststistik, Jabatan Pertanian Malaysia 2104) namun kalau berlaku serangan oleh ulat daun kopi akan menjejaskan lagi pengeluaran hasilnya. Artikel pagi Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangga perosak tanaman kopi iaitu Ulat Daun Kopi untuk dijadikan bahan rujukkan teknikal kepada semua.


Kupu-kupu dewasa (Cephonodes hylas) ini sangat mudah dikenali kerana kedua-dua sayap hadapan dan belakang yang cerah dengan urat-urat berwarna hitam jelas dilihat (Sila lihat foto sebelah). Dibahagian atas thorax kupu-kupu ini berwarna hijau dan segmen pertama, kedua dan ketiga abdomennya berwarna kuning kehijauan. Segmen seterusnya adalah berwarna keperangan. Bulu-bulu pada ekor berwarna hitam. Dibawah bahagian kepala dan thorax berwarna putih melanjur sehingga ke segmen pertama hingga keempat. Kesemua enam kaki berwarna putih kecuali dibahagian hujung kaki perang kehitaman. Antenna (sesungut) pula berwarna kehitaman dan kecil dipangkal membesar dihujungnya. Ukuran kepak diantara 45-52 mm dan panjang badan hingga keekor sekitar 24 - 32 mm. Biasanya kupu-kupu betina lebih besar daripada kupu-kupu jantan. Seekor kupu-kupu betina mampu bertelur 90 biji seumur hidup yang memakan masa 10 hari (Corbett dan Yusope, 1932). Kajian mereka mendapati kupu-kupu jantan hanya hidup selama 6 hari sahaja sementara kupu-kupu betina selama 7 hari dengan purata bertelur hanya purata 12 biji seekor. Uniknya kupu-kupu ini aktif siang dan malam berbanding dengan kebanyakkan kupu-kupu lain yang aktif pada malam hari sahaja.


Kawalan Kimia perosak ini secara mudah adalah dengan semburan racun kimia seperti Trichlorphon (Dipterex dengan kekuatan a.i. 1%) atau Dieldrin. Racun lain mengikut risalah teknikal lama seperti BHC, Acepthate, Malathion, Carbaryl dan Endosulfan. Bagaimana pun bagi kawasan yang luasnya melebihi 2 hektar boleh dijalankan semburan asap (fogging) dengan kadar 1 bahagian dieldrin dengan 1.5 bahagian disel adalah sangat signifikan. Cara ini mampu membunuh serangga diperingkat serangga dewasa dan peringkat ulatnya sekali yang terdapat pada daun kopi.  Jika kadar serangan kecil dan tidak meluas memedai dengan semburan pada lokasi terlibat sahaja dengan satu pilihan racun yang sesuai. Apa pun dinasihatkan tindakan awal amat perlu dalam mengawal perosak ini. Bagi kawalan secara bukan kimia boleh digunakan khidmat musuh semulajadi. Empat jenis serangga yang menjadi musuh semulajadi adalah seperti Ooencrytus malayensis (Hymenoptera: Encyritidae) yang akan memparasit telur kupu-kupu ini. Bagaimana pun jenis serangga yang berkesan memakan ulat-ulat perosak ini adalah dinamakan Sycamus leucomesus (Sila lihat foto disebelah). Ia merupakan kaedah kawalan semulajadi yang agak berkesan. Musuh semulajadi ke 3 adlah serangga dinamakan Forcipomyia hiritpis dan Exorista sorbilans (Sila anda lihat foto dibawah). Walau pun serangga kawalan semulajadi ini telah dikaji sudah lama tetapi ada saintis yang masih meragukan akan keberkesanannya. Cara kawalan kimia didapati paling berkesan untuk kawalan penyakit secara cekap, berkesan dan ekonomik. Dalam banyak prnulisan saya dapatu salah satu cara mengawal ulat ini yang berkesan adalah dengan memungut ulat-ulat ini yang terdapat pada daun pada peringkat awal serangan dan musnahkan. Jika ada ulat ini pada daun dengan bilangan sedikit maka ia boleh dilakukan tetapi jika sudah banyak memang sukar.



Seranngan ulat C. hylas ini biasanya bermula dengan cara bertompok-tompok yang melibatkan hanya 3-5 pokok sahaja semesa pemeriksaan kebun dijalankan. Bagaimana pun jika pekebun kopi jarang melawat kebun atau tidak kenal akan ulat daun kopi ini memang perlu mendapatkan informasi dan latihan.Satu lagi panduan yang perlu petani faham adalah dimana biasanya serangan ulat ini hadir pada bulan januari hingga Mei setiap tahun dimana ketika itu adalah musim panas dimana serangga lazimnya cepat membiak. Pekebun perlu memeriksa dibahagian bawah daun masa ini dan kawal peringkat awal untuk mengelakkan kerugian yang besar. Kebersihan kebun kopi adalah faktur penting dilakukan oleh petani untuk mengelakan kawasan untuk pembiakan serangga perosak.  Sampah sarap dan rumpai perlu dibuang dari kebun kopi. Kebun kopi yang bersih akan mengelakkan populasi ulat dan kawasan pembiakan yang mengurangkan kemungkinan serangan. Diharap artikel ini memberi info berguna kepada semua. Wasallam!.
ULAT DAUN KOPI... IA MERBAHAYA...
MAKAN DAUN KOPI... TUA DAN MUDA...
DAUN BOTAK... BUAH KOPI TIADA...
PERLU DIKAWAL ...DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Kopi Catimor,
Kg Bundu Tuhan, Ranau,
Sabah, Malaysia.
(18 Muharam 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.