ADA GULA ADALAH SEMUT merupakan satu peribahasa yang selalu kita gunakan dan dengar. Semut (ants) merupakan sejenis serangga berkoloni yang hidup rapat dengan manusia. Ia mampu hidup dalam banyak keadaan dan hampir terdapat diseluruh pelosok dunia kecuali kawasan Artik dan Antartik. Peribahasa 'Ada gula adalah semut' memberi maksud iaitu "Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul". Peribahasa ini dalam buku rujukkan yang saya baca memberikan satu contoh ayat iaitu "Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut". Dalam negara Malaysia kini menjadi tumpuan warga luar seperti daripada Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Pakistan, India dan banyak lagi negara untuk mereka datang bekerja. Jumlah mereka kini mungkin mencecah 2 juta dengan sebahagian besar bekerja dalam bidang pembinaan, pertanian, perkhidmatan, orang gaji dan perkilangan. Bermakna Malaysia adalah sebuah negara yang 'BERGULA' kerana banyak semut dari dalam dan luar negara berkumpul untuk mendapat kerja, kesenangan dan seterusnya kemewahan. Kemana sahaja anda pergi akan nampak atau dilayan oleh warga asing seperti di Pam Minyak, Restoran Makanan Segera, Supermarket seperti Mydin, Jaga Keselamatan di Kompleks Membeli Belah, Lapangan Terbang KLIA dan banyak lagi. Mereka datang untuk mengambil dan menyedut gula-gula yang bertaburan di bumi Malaysia dari setiap sudut. Sumbangan mereka pada pembangunan negara memang tidak dapat dinafikan. Apa pun rakyat Malaysia tidak seharusnya membiarkan gula yang bertabran ini diambil secera berterusan dan rakus oleh semut dari luar ini. Memang tepat kalau peribahasa ini boleh dapat digandingkan dengan peribahasa lain "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' atau "Masuk kandang kambing Mengembek, Masuk Kandang Lembu Menguak". Kuala Lumpur dan Lembah Kelang sahaja mempunyai ramai penduduk dimana pertumbuhan ekonomi dikawasan ini amat besar sekali. Mereka berkereta kepejabat atau tempat kerja dimana saya lihat sebuah kereta hanya dipandu oleh seorang sahaja. Amat jarang sekali sebuah kereta penoh dengan penumpang dan ini menyebabkan kesesakan lalulintas (jem) dan kesukaran meletak kereta di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peribahasa ada gula adalah semut sebagai satu kertas infomasi yang boleh dirujuk.
SEMUT (Ants) merupakan sejenis serangga yang hidup berkoloni atau bersosial dari keluarga Formicidae isitu satu kumpulan serangga Hymenoptera. Rasanya semua orang pernah lihat dan kenal akan semut kerana haiwan ini mudah dijumpai di merata tempat sama ada didalam rumah, kebun, bangunan tinggi, kawasan gurun, kawasan lembah dan sebagainya. Laporan saintis dari Wikepedia menyatakan terdapat 22,000 spesis semut yang terdapat diseluruh dunia tetapi hanya sebanyak 12,500 spesis sahaja yang telah di klasifikasikan didalam data mengenai hidupan semut. Semut juga merupakan sejenis serangga paling tua didunia semenjak pra-sejarah dahuli melebihi 130 juta tahun berbanding dengan hidupan lain. Kita di Malaysia sering menjumpai semut denan beberapa jenis yang popular seperti Kerengga, Semut Api, Semut Gatal, Lebah, Tabuan, Semut Gula, Semut Hitam dan banyak lagi. Ada jenis semut yang berbisa gigitannya dan ada yang tidak mengigit langsung. Semut lazimnya mempunyai sepasang sesungut dan 3 bahagian badan iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen.
Keluarga semut yang hidup dalam koloni memang pelik berbanding dengan serangga lain kerana didalam koloni mereka mempunyai kasta masyarakat iaitu Ratu(Queen), Jantan (Drone), Pekerja (Workers) dan Askar (Army) seperti rajah sebelah. Mereka mempunyai fungsi dan tugas khusus didalam koloni untuk menjalankan aktiviti harian. Tugas Ratu adalah untuk bertelur seberapa banyak telur selepas proses mengawan dengan semut jantan. Pada kebanyakan jenis semut seperti Lebah dan Anai-anai, lazimnya semut jantan akan mati selepas proses mengawan. Bagaimana pun banyak juga spesis tertentu yang semut penjantan tidak mati selepas mengawan. Golongan pekerja lazimnya bertugas mencari makanan, membina sarang, memberikan makan kepada larva dan sebagainya. Askar pula menjaga koloni daripada dicerobohi oleh musuh dengan menggunakan sengatan atau gigi. Koloni semut atau lebah memang merupakan satu masyarakat sosial yang sangat baik untuk dicontohi oleh manusia dalam kehidupan bermasyarakat.
GULA (Sugar) adalah satu perkataan bagi sekumpulan jenis kristal karbohidrat yang boleh dimakan dengan rasa MANIS (Sweet). Dalam peribahasa Melayu ada dikatakan 'Ada Gula Ada Semut' yang membawa maksud dimana ada banyak sumber rezeki maka disanalah ramai berkumpul untuk mendapatkannya. Pemahaman mengenai gula ini juga mempunyai banyak variasi. Bagaimana pun dari segi saintifik lazimnya kandungan dalam gula adalah dikenali sebagai bahan sepertiSukros, Laktose dan Fruktose dimana bahan ini yang memberikan rasa manis pada lidah. Lidah manusia sendiri mempunyai deria seperti manis, masin, pedas, pahit, masam, tawar, kelat dan sebagainya. Deria rasa ini berbeza diantara manusia bergantung kepada umur, genetik dan sensitiviti seseorang. Penggunaan gula lazimnya dikaitkan dengan minuman yang ditambah gula untuk menyedapkan rasa. Bagaimana pun sebenarnya penggunaan gula berlaku dalam kebanyakan makanan daripada sayuran, biskut, susu pekat, aiskrim, kuih mueh dan banyak lagi. Tanpa gula banyak masakan yang kurang enak. Gula ini boleh didapai dalam pelbagai bentuk, jenama dan juga sumber bahan mentahnya. Belum banyak artike yang membincangkan mengenai jenis-jenis gula dan kegunaannya. Pda penulis setelah merujuk beberapa bulu dan artkel mendapati kini terdapat 4 jenis gula yang sepatutnya rakyat Malaysia tahu untuk dibincangkan dalam artikel ini iaitu Gula Pasir, Gula Batu, Gula Merah dan Gula Melaka atau Gula Apong. Di Malaysia ramai rakyatnya yang mengambil gula dalam makanan sehingga memberikan kesan negatif dimana jumlah pesakit diabetis dinegara kita adalah mendudukki tangga ke 4 tertinggi dirantau Asia. Gula banyak diambil dalam makanan dan minuman dimana tanpa gula orang Malaysia kata makanan tidak sedap. Gula yang banyak berada dipasaran adalah kebanyakannya dirujuk kepada bahan sukros yang mana ia paling banyak datang dari gula tebu dan gula bit. Walau pun begitu ada jenis gula lain yang digunakan di dalam industri penyediaan makanan tetapi paling biasanya atau lebih spesifik seperti jenis glukos, fruktos atau gula buah, air gula serta jagung fruktosa tinggi. Saya berharap tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
ADA SEMUT ...DISITU ADA GULA...

BANYAK REZEKI...RAJIN BEKERJA...
ORANG ASING..RAMAI JUMLAHNYA...
NEGARA MAJU ... ITULAH MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(8 Safar 1437H)
ORANG ASING..RAMAI JUMLAHNYA...
NEGARA MAJU ... ITULAH MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(8 Safar 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.