Sunday, October 25, 2015

TEMBIKAI BOCHIL - APA DIA?

TEMBIKAI (Citrullus lunatus var lunatus) merupakan sejenis buah-buahan yang ditanam secara komersil di Malasia daripada keluarga Cucurbitaceae. Tanaman ini diusahakan secara berterusan oleh petani yang mempunyai kemahiran, tanah yang sesuai, pekerja mahir serta pasaran yang terjamis. Antara negeri yang luas menanam tembikai adalah Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu untuk pasaran segar dan juga eksport. Terdapat banak varieti atau jenis tembikai yang ditanam di Malaysia daripada tembikai isi merah atau tembikai isi kuning dengan berbentuk bulat atau lonjong. Benih tembikai adalah jenis hibrid yang diimport daripada luar negara. Penanaman tembikai telah dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan termasuk oleh Harian Metro pada 20 Oktober 2015 sebagai satu testimoni bagaimana buah tembikai mampu memberikan pendapatan ang lumayan jika dilaksanakan dengan betul. Dalam akhbar tersebut ia dimulakan dengan ayat iaitu setiap kali musim buah-buahan, antara yang menjadi ‘rebutan’ ialah durian, rambutan, langsat dan manggis. Namun, permintaan terhadap tembikai bochil madu juga tetap tinggi dalam kalangan masyarakat walaupun ia bukan buah bermusim (Sila lihat foto diatas). Menurut ahbar tersebut dinyatakan iaitu berbanding tembikai biasa, tembikai bochil madu lebih digemari kerana lebih manis dan tiada biji menyebabkan harganya sedikit mahal. Penulis cuba mencari apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai 'Tembikai Bochil' ini tetapi tiada makluumat, Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis semula satu laporan akhbar bertajuk 'Tembikai Bochil, Tiada Biji' sebagai satu bahan rujukan anda semua. 

Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan tembikai itu menjadi pilihan ramai sebagai alternatif untuk menghilangkan dahaga selain air kelapa. Bagaimana pun penulis dapati tanaman tembikai memang perlukan air melalui sistem pengairan untuk tumbuhan menjalar ini tumbuh subur dan kurang diserang penyakit untuk menghasilkan buah tembikai yang manis. Penanaman tembikai lazimnya memerlukan sistem pengairan sama ada sistem pengairan renjis (Sprinkler system) atau sistem pengairan titis (Drip irrigation). Kos pemasangan sistem ini akan membolehkan petani dapat memberikan air mencukupi untuk musim panas dan kering. Kini menyedari permintaan mengalakkan telah ramai petani ang menanam pokok tembikai bochil madu mengikut jadual ditetapkan bagi memastikan penawaran terhadap buah itu mencukupi terutama untuk pasaran domestik atau eksport. Petani bagaimana pun perlu berhati-hati dengan ada juga kemungkinan akan berlaku lambakan sehingga menyebab­kan harganya menjunam. Jika harga jualan tembikai murah walau pun tanaman menjadi dan banak hasil bueh tembikai dihasilkan ianya kurang menguntungkan. Penelitian saya ketika bertugad di Mersing, Johor dahulu dimana beberapa usahawan penanam tembikai akan mengelakan bulan-bulan tertentu dimana masa itu biasanya harga akan rendah.

Berbalik kepada laporan akhbar, antara keistimewaan lain yang dimiliki tembikai bochil madu ialah saiznya mampu mencecah 20 kilogram (kg) berbanding tembikai biasa. Bagi Razani Abd Rani, 40, daripada Kampung Batu Rakit, Kuala Terengganu berkata permintaan terhadap tembikai yang tinggi menyebabkan dia memajak tanah orang sekitar 10 ladang tembikai di Lembah Bidong, Setiu dan Tembila, Besut bagi memastikan bekalannya mencukupi sehingga hujung tahun. Setiap ladang mempunyai keluasan setengah hektar atau lebih dan purata hasil buah tembikai bagi setiap ladang antara 10 hingga 20 tan. Selalunya lambakan pernah berlaku apabila penawaran tembikai terlalu tinggi menyebabkan berlaku kerugian dan ia berpunca daripada sikap petani sendiri yang menanam tembikai tidak mengikuti jadual ditetapkan. Jadual penanaman tembikai secara tradidinya hanya diketahui oleh kelompok penanam tembikai mengikut keadaan cuaca, harga pasaran dan juga kemungkinan serangan perosak dan penyakit.Mereka telah belajar daripada kesilapan itu dimana kini ramai petani diminta menanam mengikut keperluan dan berjadual supaya tidak berlaku lebihan yang akhirnya merugikan mereka sendiri.

Merujuk kepada pengalaman seorang petani yang berpengalan iaitu Encik Razani berkata, dia pernah memajak ladang tembikai seluas satu hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 48 tan pada satu-satu masa dan ia dipasarkan di sekitar Kuala Terengganu selain dihantar ke negeri lain mengikut permintaan. Tugas beliau sebenarnya dahulu adalah sebagai pemasar tembikai ke seluruh tempat supaya tidak berlaku lambakan, malah secara tidak langsung membantu petani kecil-kecilan memasarkan hasil mereka dengan harga berpatutan dan tidak merugikan. Beliau hanya bertindak sebagai pemudah cara dan membuat bayaran mengikut harga patut dan menjualnya dengan harga pasaran bagi memastikan tembikai yang dikeluarkan terjual. Menurutnya, mengikut harga jualan semasa, tembikai dijual dengan harga RM1.50 sekilogram dan sebelum ini 80 sen hingga RM1 sekilogram. Dalam pada itu FAMA berkata bahawa masalah lambakan tembikai pernah berlaku di negeri ini dan ia bukan masalah serius kerana sentiasa dipantau. Sebenarnya jika petani menanam mengikut jadual, masalah lambakan tidak berlaku dan harga tembikai tidak akan jatuh teruk. Mereka sudah memaklumkan kepada semua petani supaya menanam tembikai mengikut jadual supaya masalah itu tidak berlaku pada masa akan datang. Apakah dia dan bagaimana sebenarnya jadual penanaman tembikai yang dikatakan ini?. Akan dibincangkan dalam artikel yang lain. Wasallam!.

TANAM TEMBIKAI... SATU USAHA...
TEMBIKAI MERAH...KUNING JUGA...
IKUT JADUAL... PASARAN DIJAGA...
ELAK LAMBAKKAN... MAIN HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1323, Hotel Imperial,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(9 Muharam 1437H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.