Saturday, October 31, 2015

AUR DENGAN TEBING

AUR atau BULUH atau Bamboo adalah tumbuhan daripada keluarga Poaceae yang diketagorikan sebagai tumbuhan rumpai (weeds plants) yang merupakan sejenis tumbuhan ang paling cepat tumbuh (fastest growing plants) didunia. Tumbuhan aur atau rumpun buloh di Malaysia memang tidak asing kerana ia selalu tumbuh secara semulajadi terutama dikawasan kampong yang mempunyai kawasan sungai dan tanah agak lembab. Orang dulu-dulu amat rapat dengan tumbuhan serbaguna ini yang menjadi sebahagian daripada tumbuhan yang digunakan dalam pelbagai fungsi untuk kehidupan harian. Maka ia telah dijadikan satu peribahasa Malayu yang popular iaitu "Bagai Aur dengan tebing"  yang memberikan makna 'Hubungan yang rapat antara satu dengan lain dan saling bantu membantu' dalam masyarakat kita. Perkara ini dijadikan satu norma atau adat yang perlu diamalkan oleh masarakat kita di Malaysia sama ada dikampong, dibandar, dipejabat atau dimana sahaja komuniti berada. Pemilihan pokok aur mendapat tempat dikalangan ahli-ahli bahasa kita bilamana mereka melihat pokok aur yang berada ditebing sungai berfungsi sebagai tumbuhan yang mampu untuk menghalang hakisan tanah dari tebing sungai. Ini disebabkan pokok aur yang tumbuh mempunyai sistem pengakaran yang kukuh disekitar rumpunnya. Rumpun aur ini kukuh sehingga aliran air sungai yang deras tidak mampu menghakiskan larian tanah tebing yang ada rumpun buluh. Kawasan sungai bertebing yang tiada pohon buluh lazimnya akan terhakis apa lagi kalau ia berada dikawasan selekoh sungai. Oleh itu keujudan rumpun buluh ditebing sungai juga membolehkan kelestarian (sustainablility) dalam suatu ekosistem sungai semulajadi dimana ia juga memberikan banyak kebaikan kepada hidupan lain. Artikel petang Ahad ini sambil penulis menonton TV1 iaitu Perlumbaan Grand Prix Petronas Motocup Racing Pusingan ke 10 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu peribahasa 'Seperti aur dengan tebing' dan kaitannya dalam bidang pertanian serta ekosistem tempatan untuk rujukkan.


Terdapat banak jenis buloh atau pokok aur yang tumbuh didunia ini dengan sekitar 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Industri buloh ini amat popular terutama di negara jiran Indonesia dimana kebanyakan pusat perlancongan mereka akan dihiasi dengan produk berasaskan buloh. Di Filipina terdapat satu Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Buluh yang menjalankan kajian tumbuhan ini. Rebung Buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok untuk dijadikan makanan sayuran berkhasiat. Rebung Buluh keluar dipermukaan tanah untuk ia terus membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adakah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Ia adalah satu perkara subjektif yang perlu dibuat kajian dalam negara. Bagaimana buloh atau aur yang tumbuh ditebing sungai ini boleh dapat dimanafaatkan dalam masyarakat?. Dalam saya membuat tinjauan peribadi, ada juga mendapati belum beberapa buah kertaskerja khusus untuk aktiviti menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Peribahasa seperti aur dengan tebing bagaimana pun sering dijadikan panduan kepada pakar landskap dalam mencantikkan kawasan taman bunga dan pesidir sungai atau tebing sungai agar ia cantik, menahan hakisan dan juga dapat dituai hasilnya untuk tujuan diproses menjadi hasil kraftangan.


Terdapat beberapa jenis buluh tumbuh di Malaysia dimana antara aur yang paling banyak terdapat dikawasan tebing sungai. Anda boleh baca artikel tulisan saya mengenai buluh (Sila klik disini), (Sila Klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Ada jenis buluh yang digunakan dimana ia juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Buloh Betong adalah ang paling terkenal dikalangan masyarakat kerana ia telah dijadikan tajuk filem melayu yang popular ieitu "Anak Buloh Betong" yang telah ditayangkan berkali-kali di TV tempatan. Pokok Buloh Betong dikatakan antara jenis buloh yang mempunyai batang besar dan sering tumbuh ditebing sungai. Ia mampu menghasilkan REBUNG yang besar dan pada penulis buluh ini antara jenis buloh yang menghasilkan rebung paling enak dan manis. Anda boleh menbaca lebih daro 10 artikel saya tulis mengenai buluh dalam blog ini untuk dijadikan rujukkan. Sila baca sebahagian artikel tersebut dengan (Sila Klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila klik Disini). Penulis juga ada kini menanam serumpun Buloh Rebung Madu atau sebenarnya Buloh Padu didepan rumah di Putrajaya untuk diambil rebungnya. Memang ada keluaran rebung buluh yang ditanam ini tetapi ia juga mengikut cuaca. 


'Seperti Aur Dengan Tebing' adalah satu daripada peribahasa yang diajar kepada murid sekolah sehingga kini. Ia memberi makna perlunya muafakat dan saling bantu membantu dikalangan semua orang sepertimana akar rumpun buloh membantu tebing sungai agar tidak runtuh akibat hakisan air (Sila lihat foto disebelah). Kebenarannya memang ujud dimana tebing sungai yang ada pokok buloh tidak akan terhakis walau pun berlaku banjir besar dan laluan air deras. Rumpun buloh ini juga memang memberikan naungan kepada tanah dan permukaan air dalam sungai dimana ianya meberikan rasa nyaman kepada organisma lain seperti cacing dalam tanah, serangga halus dipangkal pokok, ikan dalam sungai dan sebagainya. Akar buloh pada tebing sungai juga kukuh dengan gumpalan ang kuat dan tidak boleh dihakiskan dengan mudah oleh aliran air. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
SEPERTI AUR... DENGAN TEBING...
TEPI SUNGAI... KAWASAN GENTING...
BANYAK JENIS...IA BUKAN ASING...
ARTIKEL DITULIS...HOBI SEIRING...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilaah Persekutuan,
Malaysia
(5 Muharam 1437)  

Friday, October 30, 2015

CILI KERING - PROSES MEMBUATNYA

CILI KERING (Dried chillies) merupakan bahan masakan yang menghasilkan rasa pedas kepada makanan dan amat penting untuk orang Malaysia. Negara mengimport banyak tan cili kering untuk kegunaan domestik dan juga diproses kepada bentuk lain seperti cili boh. Harga cili kering kini agak mahal daripada RM8.00 - RM14.00 sekilogram bergantung kepada kualiti, premis jualan dan kadar permintaan dan penawaran. Pengeluaran cili kering di Malaysia kurang dilaporkan kerana ia bukan menjadi satu industri yang popular dikalangan petani dan usahawan. Mereka lebih banyak menanam cili besar dan cili padi untuk jualan segar (Fresh chillies) kerana lebih menguntungkan dan dapat pasaran lebih baik dan cepat. Penulis dapati hanya varieti Cili Bangi (CN7) yang dikatakan sesuai untuk diproses menjadi cili kering di Malaysia. Penelitian penulis juga mendapati adalah lebih murah untuk kita membeli cili kering import daripada mengeluarkannya dalam negara walau pun kajian terperinci perlu dijalankan. Industri Cili untuk dijadikan cili kering ada ditanam dan diproses dinegara jiran Indonesia berdasarkan daripada lawatan penulis semasa berkursus disana beberapa tahun dahulu. Cili kering merupakan salah satu produk cili yang paling mudah untuk ditanam atau pun untuk diproses. Cili segar yang dituai dari varieti khusus (lazimnya yang berbuah banyak dan masak serentak) dipilih yang kemudian dipetik hasilnya dan perlu dijemur dibawah sinaran matahari. Cili ini perlu dikeringkan sampai kadar kandungan airnya berada di bawah 5%. Setelah itu cili kering yang siap digred dan dibungkus ianya perlu disimpan atau pun untuk dipasarkan. Ada juga pengusaha yang lazimnya memproses cili kering ini dengan digiling sampai halus menjadi cili boh (cili cair atau cili paste) dan juga cili serbuk (cili bubuk) untuk dipasarkan. Cili kering dan cili serbuk (powder chillies) merupakan salah satu komoditi hasil pertanian yang dapat dieksport mengikut harga dipasaran. Cili serbuk juga sesuai diproses menjadi berbagai produk lain yang diproses seperti sos, sambal atau pelbagai produk pedas lainnya. Artikel malam Isnin ini sambil menonton Berita TV3 jam 8 saya berkarya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai proses mebuat cili kering hasil dari pemerhatian penulis di Indonesia dan membuat rujukkan sebagai satu panduan dan bahan bacaan teknikal.

Teknologi memproses cili segar kepada cili kering dan cili serbuk adalah teknologi yang mudah, ringkas dan juga agak praktikal. Penanaman cili untuk dijadikan cili kering di India dan beberapa negara pengeluar lain disesuaikan dengan musim. Cili yang telah masak dituai dari pokok dan terus dijemur dibawah sinaran matahari selama beberapa hari. Hanya cili yang berwarna merah sahaja yang dituai dan cili masih hijau tidak akan dituai untuk dijadikan cili kering. Cili segar masak ini perlu dibuat grading dengan membuang cili yang busuk, rosak atau tidak berkualiti. Dibeberapa negara cili ini dijemur diatas para atau ada juga yang meletakkannya diatas jalanraya yang kurang dilalui kenderaan seperti apa yang dilakukan dalam foto disebelah. Ia dijemur pada musim panas dimana kurang hujan dan cepat kering. Bagaimana pun di Indonesia cara menyediakan cili kering agak berbeza dimana cili segar di celur dalam larutan Kalsium metabisulfit atau Natrium bisulfit yang manas selama 3 minit. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pengeringan dan tidak busuk diserang kulat. Kadar penggunaan bahan larutan sulfit panas dengan kepekatan sekitar 0.2%. Kalsium metabisulfit atau bahan natrium bisulfit sebanyak 20 gram dilarutkan ke dalam setiap 20 liter air yang bersih. Kemudian larutan ini dipanaskan sampai mendidih dan setelah mendidih maka api perlu dikecilkan sekadar menjaga larutan tetap mendidih.

Dalam kes tertentu ada pengusaha yang akan membelah cili cara membujur dan biji tidak perlu dibuang. Pembelahan ini akan dapat mempercepatkan proses pengeringan tetapi ia sesuai untuk pasaran tempatan sahaja. Walaupun demikian perlu ada pertimbangan ekonomik yang perlu diberikan disebabkan kegiatan proses ini akan banyak memerlukan tenaga dan biaya. Proses Mencelur (Blanching) ini penting dijalankan dimana cili segar perlu dicelupkan dalam larutan sulfit panas. Cili perlu dicelupkan ke dalam larutan sulfit panas dan digaul rata selama 3 minit. Setiap 1 kg cili segar lazimnya memerlukan sebanyak 2 liter larutan sulfit. Setelah itu maka cili ini akan diangkat dan ditoskan. Biji dari cili yang telah dibelah banyak yang terlepas pada semasa proses pencelupan. Biji yang terlepas juga perlu diangkat dan ditoskan. Larutan ini boleh digunakan berulang-ulang kali. Seterusnya adalah proses Pengeringan. Setelah proses celur ini atau blanching maka cili tersebut beserta bijinya segera dijemur atau dikeringkan jemur dibawah natahari atau sebaiknya mengguna alat pengering (Oven). Lazimnya suhu pengeringan tidak boleh lebih dari 750C dan suhu terbaik adalah 700C. Pengeringan ini perlu dilakukan sampai kadar air dalam cili menjadi kurang dari 9%. Cili yang kadar air telah mencapai 9% akan terasa kering jika diramas dengan telapak tangan kita dapat meraskannya. Cili kering yang siap ini perlu dibungkus dengan pembungkus plastik yang tertutup rapat. Karung plastik yang dilapisi plastik tipis untuk tujuan menahan wap air dari luar masuk kedalam. Plastik ini juga dapat digunakan untuk menyimpanan cili kering dalam jumlah besar. Cili kering ini sesuai disimpan di tempat kering dan tidak panas.

Menyediakan Cili Serbuk (Powder) atau cili bubuk di Indonesia merupakan proses seterusnya untuk pasaran tempatan dan juga eksport. Cili kering perlu dikisar atau dinamakan sebagai proses penggilingan. Terdapat beberapa jenis mesin pengisar yang sesuai untuk mengisar cili kering dan kemudian ia perlu menjalani pproses penapisan. Cili kering digiling sampai menjadi serbuk halus (50 mesh) dengan menggunakan hammer mill untuk proses membuat cili serbuk dengan kuantiti yang banyak. bagai mana pun proses mengisar dapat juga dengan cara menggunakan blender jika jumlah bahan yang akan diolah tidak banyak dibuat sendiri dirumah. Cili serbuk ini yang siap ditapis perlu disimpan dalam botol kaca atau botol plastik yang kedap udara dengan penutupnya ketat. Cili ini diisikan dalan jar kecil dan mudah dibawa keluar negara. Daripada pengalaman penulis lazimnya orang Thailand amat suka membawa cili serbuk semasa berada diluar negara sebagai gahan yang dicampurkan kedalam makanan yang dihidangkan. Cili serbuk sesuai ditabur keatas makanan untuk menambah kelazatan makanan tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!.

CILI KERING ... KEPERLUAN SEMUA...
CILI DIPILIH... DIJEMUR LAMANYA...
KAEDAH DITULIS... RUJUKKAN ANDA...
CILI SERBUK... PRODUK DIBAWA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Orecint 11, Putrajaya,
Wilayan Persekutuan,
Malaysia.
(6 Muharam 1437H)

Thursday, October 29, 2015

KESAN JEREBU 2015 - PERTANIAN

JEREBU TAHUN 2015 merupakan satu fenomena luar biasa berbanding dengan kes-kes jerebu yang berlaku pada saban tahun sebelum ini. 'Jerebu' atau haze ini boleh dimaksudkan dengan tingginya partikel terampai dalam udara dan telah mempunyai berbagai maksud. Jerebu kali ini pastinya adalah disebabkan oleh kesan kebakaran (terutama tanah gambut) di Sumatra dan Borneo yang amat panjang berlaku dalam sejarah iaitu hampir 3 bulan bermula daripada Bulan Ogos - Hujung Oktober 2015. Banyak kesan negatif akibat jerebu yang berlaku daripada aspek ekonomi, kesihatan dan kesan kepada alam persekitaran. Tiga negara yang terjejas teruk adalah Indonesia sendiri, Singapura dan Malaysia walau pun di Selatan Thailand ada dilaporkan terjejas juga sedikit. Ramai orang awam yang dilaporkan terkesan sehingga meninggal dunia di Indonesia (sehingga 18 orang ketika artikel ini ditulis) akibat sesak nafas atau penyakit berkaitan pernafasan. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Indonesia dilaporkan melebihi dari 1,000 mata dibeberapa lokasi pembakaran berbanding dengan bacan IPU sihat adalah bila bacaan IPU dibawah 100 mata. Paling teruk dilaporkan di Malaysia sekitar 300 mata keatas sedikit dan ianya dalam kategori 'Tidak Sihat'. Bayangkan berapa ribu tan asap yang berjaya dikeluarkan di Indonesia akibat kebakaran hutan dan tanah gambut dan di eksport kenegara lain untuk satu jangkamasa yang lama. Ketika saya menaiki pesawat ke Kuching, ke Langkawi dan beberapa destinasi lain tidak dapat melihat apa-apa disepanjang perjalanan kecuali warna putih asap. Sektor penerbangan antara yang paling teruk terjejas dimana banyak penerbangan dibatalkan di lapangan terbang yang terlibat. Penerbangan ke lokasi domestik adalah yang paling teruk terjejas dengan kerugian jutaan ringgit. Ramai juga yang takut menaiki kapalterbang ketika jerebu dan terpaksa menggunakan laluan darat seperti bas, keretapi dan teksi. Sektor pelancungan juga terjejas teruk akibat jerebu yang terus berpanjangan. Ramai para pelancong yang datang ke 3 negara ini merasa rugi kerana kesan jerebu dan sebahagian besar mereka membatalkan perjalanan untuk datang ke negara ada jerebu. Bagi sektor kesihatan juga menyaksikan ribuan dan mungkin jutaan pesakit berkaitan dengan sistem pernafasan, gatal mata, sesak nafas dan sebagainya. Sekolah-sekolah juga terpaksa ditutup untuk beberapa lama dimana semasa ini peperiksaan akhir tahun serta peperiksaan besar PMR, SPM dan STPM sudah dekat. Mungkin silibus pelajaran tahunan tidak dapat dihabiskan oleh guru pada tahun ini. Bagaimana pun penulis menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kesan jerebu berpanjangan ini dalam sektor pertanian dan perkara yang berkaitan dengannya.


Apakah jerebu memberi kesan keburukan dan kebaikan dalam sektor pertanian?. Penulis fikir lebih banyak kesan keburukan daripada kebaikan. Pertama sekali saya ingin membawa kepada kesan jerebu pada tanaman kelapa sawit (Elaeis guineensis) yang luasnya melebihi 4.2 juta hektar di Malaysia. Jerebu teruk akan menyebabkan sinaran cahaya matahari tidak dapat diterima oleh bahagian daun kelapa sawit untuk menjalankan proses fotosintesis. Ini kerana cahaya amat diperlukan dalam proses fotosintesis selain daripada air, oksijan dan juga nutrien. Pokok kelapa sawit akan kurang menghasilkan buah sekitar 8 bulan selepas jerebu. Akibatnya adalah dimana buah berkurangan atau saiz tandan kelapa sawit juga menjadi kecil. Ada juga kemungkinan buahnya menjadi ringan atau tiada berbuah langsung (Sila lihat foto disebelah). Asap tebal yang terus menghalang cahaya ini berpanjangan menyebabkan proses menyediakan makanan pokok tersebut untuk tumbesaran dan pengeluaran tandan buah terjejas. Dijangka dalam bulan Jun - Ogos tahun 2016 pengeluaran tandan segar sawit (FFB - fresh fruit bunch) akan menurun. Kadar pengurangan hasil ini juga akibat sepanjang musim jerebu ini memang kurang hujan turun dan berlaku kekurangan air untuk diambil oleh tanaman kelapa sawit amat signifikan kesan nagatifnya. Berkemungkinan kadar penurunan hasil sawit diantara 10 -15% atau lebih daripada itu lagi mengikut lokasi dan bacaan IPU. Kalau pada waktu itu harga kelapa sawit masih rendah macam sekarang, maknanya pekebun kecil sawit akan terus kurang pendapatan dari kebunnya. Satu kajian lebih saintifik perlu dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang ini untuk dijadikan panduan untuk semua dimasa akan datang.


Perkara kedua juga masih berkaitan dengan industri kelapa sawit. Pokok kelapa sawit mempunyai sistem pendebungaan kacukan silang (cross pollination) untuk menghasilkan tandan buah. Teknologi menggunakan kumbang pendebunga sawit iaitu Elaeidobius kamerunicus telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun hujung 1970'an lagi dan menyebar keseluruh negara pada awal 1980'an. Kumbang ini akan mencari makan pada jambak bunga kelapa sawit dan membawa debunga daripada bunga jantan kepada bunga kelapa sawit betina. Maka akan berlaku proses pendebungaan yang cekap secara bantuan oleh kumbang ini. Kumbang ini berkepak dan terbang daripada pokok kepokok lain untuk menjalankan pendebungaan. Kumbang ini akan bertelur pada jambak bunga jantan yang mereput dan kitaran hidupnya berterusan. Sama seperti serangga lain, serangga kumbang ini akan bermasaalah untuk terbang jika banyak asap dan berjerebu. Sistem komunikasi serangga akan bercelaru atau terputus dalam keadaan berasap dimana ini menyebabkan ia kurang bergerak untuk proses pollination kelapa sawit. Perkara ini akan menyebabkan proses pendebungaan akan menjadi rendah kejayaannya. Apabila pendebungaan kurang atau gagal maka seterusnya tandan sawit menjadi tidak menjadi atau saiznya kecil sahaja atau tidak didebunga dalam kes serius. Dalam jerebu untuk jangkamasa lama kumbang ini akan cepat mati kerana kadar pembiakan juga mengurang akibat proses mengawan yang juga kurang berlaku. Kajian saintifik mengenai hipotesis ini perlu dijalankan lebih lanjut.


Penanaman padi dari bulan Ogos - Oktober 2015 adalah dalam kategori tanaman MUSIM UTAMA. Lazimnya penanaman padi musim utama mencapai keluasan 660,000 hektar di Malaysia sehingga mampu membekalkan beras untuk negara. Pengeluaran padi dalam negara mampu untuk menampung kecukupan bekalan (Self Sufficient Level - SSL) dalam negara. Padi yang ditanam musim utama ketika jerebu kali ini adalah berlaku kebanyakannya pada peringkat bunting (Panicle initiation - PI) dikebanyakan skim utama jelapang padi negara. Dari segi saintifik, keperluan dan peranan cahaya matahari untuk proses fotosintesis adalah dikira sebagai signifikan bagi tanaman padi. Ini menyebabkan ada kemungkinan hasil padi yang akan dituai pada hujung Disember ini atau awal Januari 2016 akan rendah akibat jerebu (Sila lihat foto sebelah). Kekurangan hasil padi ini dianggarkan turun sekitar 5 - 15% bergantung kepada keseriusan Indeks IPU dan jangkamasa jerebu berlaku. Maklumat penentuan menilai hasil padi dilalukan dengan Teknik CCS setiap tahun secara sistematik. Sama-sama kita tunggu laporan rasmi penghasilan padi akibat kesan jerebu tahun hadapan. Bagaimana pun kemungkinan kerosakkan akibat serangan serangga perosak dan penyakit padi agak kurang ketika jerebu walau pun hipotesis ini perlu dikaji semula. Ini kerana populasi serangga perosak lazimnya menurun sedikit ketika jerebu.


Kemungkinan lain kesan jerebu dalam bidang pertanian adalah kurangnya aktiviti serangga perosak menyerang tanaman. Ini kerana serangga perosak akan 'stress' dalam udara berasap dan suhu kurang panas untuk membolehkan serangga ini bergerak aktif. Lazimnya keadaan jerebu memberikan stress kepada serangga perosak untuk mereka merosakan tanaman terutama tanaman makanan. Tanaman makanan ini tidak tinggi hasilnya kerana kurang proses fotosintesis atau tidak berkualiti tinggi juga, Kurangnya proses fotosintesis untuk penyimpanan makanan mengakibat hasil boleh berkurangan sekitar 10% daripada keadaan biasa. Penulis juga menyatakan kesan jerebu terhadap industri lebah madu dan kelulut. Daripada pemantauan dijalankan di Kg. Pulau, Kubang Kerian, Kelantan (Kurang terjejas jerebu) dan di Daerah Batu Pahat, Johor (yang terjejas teruk jerebu) memang amat signifikan dari segi penghasilannya. Hasil madu kelulut dari beberapa orang pengusaha di Johor amat sedikit malahan 'hampir tiada' dibeberapa lokasi berbanding dengan lebah kelulut di ternak di Taman Kelulut Lundang, Kota Bahru. Saiz koloni juga berbeza dimana di kawasan terjejas jerebu menjadi 'kecil dan kurang aktif' berbanding dengan kawasan tidak terjejas jerebu. Kesan jerebu menyebabkan kurang bunga mekar serta sumber nektar amat berkurangan. Ketika ini maka lebah atau kelulut akan makan madu simpanan mereka sendiri. Keadaan jerebu yang berpanjangan amat menjejaskan sektor pertanian secara teorinya. Walau pun data mengenai isu ini agak kurang, beberapa pihak perlu mengambil serius perkara ini. Perlu ada kajian saintifik mengenai perkara ini oleh mereka yang pakar membuat kajian. Semuga artikel ini sedikit memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!.
AKIBAT JEREBU.... KESANNYA APA...
SEKTORPENERBANGAN...TERUKNYA...
KELAPA SAWIT... KURANG HASILNYA...
KAJIAN JEREBU ..SIAPA KAJINYA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(14 Muharam 1437H)

Wednesday, October 28, 2015

MESIN RELAI JAGUNG MUDAH


MESIN RELAI JAGUNG merupakan satu peralatan  yang dicipta oleh sekumpulan pegawai Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan berjaya menjadi JOHAN dalam pertandingan Inovasi Jabatan Pertanian 2015. Perkara ini telah dapat diumumkan pada Majlis Hari Sambutan Inovasi Jabatan Pertanian Malaysia yang diadakan pada 13 Oktober 2015 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya. Ciptaan alat ini merupakan sebahagian daripada 21 hasil inovasi yang dipertandingkan pada tahun 2015 sebagai satu kejayaan yang amat dibanggakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Tempat kedua juga telah dimenangi oleh Negeri Kedah dengan inovasi penanaman cendawan jerami padi dibawah kawasan kebun getah. Apa juga pun maklumat ini telah dipaparkan oleh Akhbar Harian Metro pada Selasa 13 Oktober 2015 sebagai satu testimoni yang membangga Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Artikel tulisan wartawan Mohamad Husin ini agak ringkas sebagai berita akhbar dimana penulis akan menulis semula artikel ini berdasarkan kepada pengetahuan yang saya ada dan juga sebagai salah seorang penilai dalam pertandingan inovasi tersebut. Terdapat banyak jenis mesin yang telah dicipta oleh saintis dalam industri melerai biji dari tongkol jagung iaitu daripada jenis yang paling canggih dari jenis mesin yang beroperasi untuk memproses jutaan tongkol jagung sehingga kepada mesin yang sederhana dan alatan yang paling simpel untuk kegunaan surirumah. Negara pengeluar bijirin jagung utama dunia seperti USA, China mempunyai pelbagai jenis mesin pelerai jagung untuk kegunaan industri mereka sehingga mampu mengeksport bijirin jagung. Malaysia kini adalah negara pengimport bijirin jagung yang tegar dalam membawa masuk dengan banyak oleh beberapa syarikat pembuat makanan ternakan. Bagaimana pun artikel kali ini sambil melihat lalulintas sibuk dari tingkat 13, Hotel Imperial di Kuching Sarawak penulis hanya mengupas inovasi yang dihasilkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah yang berjaya menghasilkan mesin perelai biji jagung yang dapat membantu peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) dan suri rumah melakukan kerja itu dengan mudah dan cepat. Artikel dalam "Anim Agro Technology" ini mengenai alatan tersebut untuk dijadikan bahan bacaan umum kepada semua.



Daripada penerangan yang telah diberikan oleh kumpulan pencipta ini, mesin ini bersaiz kecil dan amat cekap untuk digunakan terutama oleh usahawan kecil dan sederhana. Mesin ini juga didakwa dapat menjimatkan masa dan tenaga dimana ia direka bagi menambah baik ciptaan mereka dalam megubahsuai mesin sedia ada di pasaran. Alat ini juga amat sesuai digunakan peniaga atau suri rumah untuk membuat jagung cawan, sayur campur, bubur atau ditinkan. Pada penulis yang meneliti alatan ini ia direka khas bagi tujuan memudahkan proses pemisahan antara biji jagung tanpa memerlukan tenaga kerja yang ramai. Dalam temubual dengan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Kejuruteraan Pertanian), Jabatan Pertanian Negeri Kedah Azahar Ibrahim berkata, pihaknya kini sedang dalam peringkat memperkenal dan mempromosi mesin perelai jagung ciptaan Pusat Kejuruteraan Pertanian (PKP) Telok Chengai, Alor Setar (Sila lihat foto paling atas). Beliau yang juga ketua projek berkenaan berkata, inovasi ini mula dilaksanakan pada Jun tahun lalu membabitkan lima kakitangan iaitu Mohd Zaidi Hassan, Mohd Fiqri Shaffie, Jamaludin Ariffin, Abdul Jabbar Tajudin dan Noor Afzai Nizam Abd Manap. Katanya sebelum ini kami mengumpul seberapa banyak maklum balas dari pengguna bagi menambah baik mesin berkenaan di pasaran. Ia juga bertujuan mengembangkan teknologi merelai jagung menggunakan mesin serta memperkenalkan teknologi penyediaan makanan yang lebih baik dan bersih.

Dari segi konsep, mesin perelai ini sama seperti mesin-mesin pengisar lain (Blender) cuma di bahagian tengahnya ada ruang untuk meletakkan tongkol jagung untuk meleraikan bijinya. Mereka mengambil masa enam bulan untuk mencari idea dan menyiapkan mesin pelerai ini. Ia menggunakan motor untuk menggerakkan mata alat pelerai. Beberapa proses modifikasi mata perelai dilakukan untuk disesuaikan dengan buah jagung bagi memastikan biji­nya relai dengan sempurna. Mata pemotong bersaiz 29 milimeter (mm) dipilih berdasarkan saiz optimum bagi setongkol jagung matang,” katanya. Mesin ini juga mudah dikendalikan dan tidak memerlukan tenaga kerja mahir. Mesin ini sesuai digunakan suri rumah dan peniaga yang ingin menjual jagung cawan. Ia hanya mengambil masa kira-kira 15 saat untuk meleraikan biji setongkol jagung. Pada masa ini harga mesin ini ialah RM200 dan boleh dibeli di Jabatan Pertanian Kedah melalui pesanan khas untuk ianya disiapkan dan difabrikasi. Dalam pada ini mereka menerima tujuh tempahan daripada peniaga yang berminat untuk menggunakan mesin ini dan ianya akan bertambah selepas ia mula diketahui oleh ramai pihak. Mereka yang berminat sebaiknya mengetahui bagaimana cara menggunakan dan penyelenggaraann yang perlu dibuat terutama dalam menyelaraskan mata pisau yang terdapat dialam mesin tersebut.


Mengulas lebih lanjut, kumpulan pencipta ini menyatakan bahawa sebelum mesin itu dicipta, tongkol jagung perlu dipotong atau dibelah terlebih dahulu sebelum bijinya dapat direlai. Selalunya proses merelai mengambil masa purata dua setengah minit bagi setiap tongkol jika menggunakan kaedah manual. Bagi isi jagung yang lembut, ia sukar direlaikan. Jika aktiviti melerai ini menggunakan pisau, peratusan isi yang melekat pada tongkol juga banyak dan merugikan. Mesin pelerai itu juga menjadi johan dalam pertandingan Hari Inovasi Jabatan Pertanian 2015 di Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Kuala Lumpur, Ogos lalu dimana penyampaian hadiah dilaksanakan pada 13 Oktober 2015. Meneliti kepada mesin tersebut saya dapati memang terdapat beberapa kelebihan mesin perelai jagung tersebut. Pertama dimana proses melerai biji jagung dijalankan dengan lebih cepat dan mudah, iaitu hanya 15 saat untuk setongkol. Ini dapat menjimatkan masa dan kos melerai biji jagung. selain itu mesin ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti penghadang. Bagaimana pun masih amat praktikan berbanding dengan kaedah meleraikan biji jagung secara manual. Ini kerana cara manual lazimnya akan memerlukan masa yang lama untuk meleraikan biji jagung serta ia memerlukan tenaga kerja mahir. Cara lama juga tidak mempunyai ciri keselamatan seperti tiada penghadang yang boleh menyebabkan risiko kecederaan pada pengguna. Sesiapa yang ingin menjadikan perusahaan melerai jagung manis (Zea mays) sebagai satu punca pendapatan boleh menggunakan mesin ini sebagai alat yang membantu mempercepatkan proses melerai biji jagung. Harga yang murah, tahan lama dan kecekapan mesin ini memang boleh dibanggakan. Tahniah kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah yang berjaya membangunkan inovasi yang simpel tetapi praktikal ini. Wasallam!..
Panel Juri semasa mesin ini dipertandingkan di Serdang, Selangor.
MESIN BLENDER...ASAL USULNYA...
DIPASANG MATA... MUDAH DIGUNA...
HARGA MURAH... PRAKTIKAL JUGA...
BELI SATU.. USAHAWAN AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1323, Hotel Imperial,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(21 Oktober 2015)

Tuesday, October 27, 2015

JENIS GULA - ADA BERAPA?



GULA (Sugar) adalah satu perkataan bagi sekumpulan jenis kristal karbohidrat yang boleh dimakan dengan rasa MANIS (Sweet). Dalam peribahasa Melayu ada dikatakan 'Ada Gula Ada Semut' yang membawa maksud dimana ada banyak sumber rezeki maka disanalah ramai berkumpul untuk mendapatkannya. Pemahaman mengenai gula ini juga mempunyai banyak variasi. Bagaimana pun dari segi saintifik lazimnya kandungan dalam gula adalah dikenali sebagai bahan seperti Sukros, Laktose dan Fruktose dimana bahan ini yang memberikan rasa manis pada lidah. Lidah manusia sendiri mempunyai deria seperti manis, masin, pedas, pahit, masam, tawar, kelat dan sebagainya. Deria rasa ini berbeza diantara manusia bergantung kepada umur, genetik dan sensitiviti seseorang. Penggunaan gula lazimnya dikaitkan dengan minuman yang ditambah gula untuk menyedapkan rasa. Bagaimana pun sebenarnya penggunaan gula berlaku dalam kebanyakan makanan daripada sayuran, biskut, susu pekat, aiskrim, kuih mueh dan banyak lagi. Tanpa gula banyak masakan yang kurang enak. Gula ini boleh didapai dalam pelbagai bentuk, jenama dan juga sumber bahan mentahnya. Belum banyak artike yang membincangkan mengenai jenis-jenis gula dan kegunaannya. Pda penulis setelah merujuk beberapa bulu dan artkel mendapati kini terdapat 4 jenis gula yang sepatutnya rakyat Malaysia tahu untuk dibincangkan dalam artikel ini iaitu Gula Pasir, Gula Batu, Gula Merah dan Gula Melaka atau Gula Apong. Di Malaysia ramai rakyatnya yang mengambil gula dalam makanan sehingga memberikan kesan negatif dimana jumlah pesakit diabetis dinegara kita adalah mendudukki tangga ke 4 tertinggi dirantau Asia. Gula banyak diambil dalam makanan dan minuman dimana tanpa gula orang Malaysia kata makanan tidak sedap. Gula yang banyak berada dipasaran adalah kebanyakannya dirujuk kepada bahan sukros yang mana ia paling banyak datang dari gula tebu dan gula bit. Walau pun begitu ada jenis gula lain yang digunakan di dalam industri penyediaan makanan tetapi paling biasanya atau lebih spesifik seperti jenis glukos, fruktos atau gula buah, air gula serta jagung fruktosa tinggi. Pada masa kini negara Brazil merupakan negara yan masih menghasilkan gula per kapita paling banyak didunia untuk pasaran domestik dan eksport. Artikel malam ini sambil melihat lalilintas di Jalan Chain Ferry, Butterworth saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis gula untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


(1) GULA PASIR
Gula Pasir merupakan jenis gula yang paling banyak dijual, di gunakan dan dikenali ramai pengguna. Gula pasir lazimnya berwarna putih kristal dengan butiran seperti pasir dan saiznya sama ada Gula Pasir Kasar atau pun Gula Pasir Halus (Sila lihat foto disebelah). Terdapat juga jenis gula pasir yang berbentuk seperti kiub (cube form) yang digunakan untuk tujuan tertentu sahaja. Ia paling luas digunakan surirumah dan peniaga restoran dalam masakan dan minuman. Kebanyakan kilang makanan dan minuman yang berskala mega juga menggunakan gula jenis ini (gula pasir) sebagai bahan ramuan utama untuk perasa manis. Gula ini adalah yang paling selalu digunakan dimana saiz butirannya yang kecil menyebabkan ianya mudah larut dalam air. Seterusnya gula pasir mudah digunakan untuk makanan dan juga minuman. Tetapi tahukah anda gula itu terpaksa diubah menjadi gula darah dan ini akan mengambil masa hanya 3 minit sahaja?. Kajian menunjukkan gula darah inilah yang akan ditukar oleh pankreas kepada tenaga untuk kita gunakan. Lazimnya masa yang diperlukan untuk menukar gula darah hasil daripada gula pasir ini lebih kurang 140 minit. Kenapa ia mengambil masa lama sangat kalau begitu?. Ini disebabkan proses pembuatan gula pasir didapati memerlukan suhu setinggi 400 °C. Laporan saintifik mendakwa dimana semakin tinggi suhu digunakan untuk membuat sesuatu makanan maka semakin lama masa yang diambil untuk makanan itu untuk dicerna. Kalau purata 5 gram gula pasir diambil oleh kita dalam satu hari (lebih kurang ½ senduk) diambil maka bakinya akan tersimpan dalam darah setelah hanya sebahagian sahaja digunakan. Perkara ini akan memberikan kesan negatif jika simpanan gula ini tidak dapat digunakan oleh manusia dan tidak dicerna. Maka gula itu akan ditukar kepada lemak atau pun akan kekal sebagai gula darah dan akhirnya ia memberikan kesan menderita sebagai pesakit diabetes. 

(2) GULA BATU
Gula Batu adalah jenis kristal seperti batu granit yang tidak sekata bentuknya dan ia lazimnya berwarna putih jernih (Sila lihat foto disebelah). Gula ini pula mudh dikenali kerana bentuknya macam batu (dah nama pun gula batu). Selalunya ia berwarna putih jernih dimana proses untuk pembuatannya juga sama dengan gula pasir cuba ia berketul besar dan tidak dihancurkan seperti gula pasir bertapis. Maklumat juga menyatakan gula batu dipanaskan pada suhu yang lebih rendah daripada gula pasir. Lazimnya gula ini digunakan dalam membuat kuih seperti agar-agar, air minuman dan jika seseorang ada masaalah kesihatan iaitu 'batuk' pun sesuai untuk gula batu ini dikemam dalam mulut. Amalan ini boleh mengurangkan gatal tekak dan seterusnya batu. Apa pun sebaiknya jika batuk perlu mendapatkan rawatan doktor. Masa yang diperlukan untuk ditukar menjadi gula darah juga 3 minit dan masa yang diperlukan untuk ditukarkan menjadi tenaga ialah 3 minit iaitu sekitar 46 kali ganda lebih cepat berbanding masa yang diperlukan oleh gula pasir. Jika purata gula darah yang berjaya diproses sehari ialah 60 gram (lebih kurang 6 senduk) maka iia adalah 12 kali ganda lebih pantas daripada gula pasir diproses menjadi tenaga. Ini menunjukkan lebih banyak gula ditukar menjadi tenaga yang diperlukan. Sebagai perbandingan boleh dikatakan gula yang menjadi lemak atau kekal sebagai gula darah adalah lebih baik pada gula batu. Perkara ini juga menunjukkan gula batu lebih sihat berbanding gula pasir. Tapi hanya jika gula batu yang asli yang mempunyai kesan sebegitu. Kalau dibuat daripada gula pasir yang dileburkan semula maka kesan bahayanya sama saja macam gula pasir..

(3) GULA MERAH
Gula Merah pula lazimnya berasal daripada hasil sampingan pproses pengilangan gula tebu. Gula ini mempunyai warnanya coklat kemerahan sehingga kepada warna coklat gelap kehitaman. Gula ini ada juga yang menyebutnya sebagai Molases bergantung kepada bentuk dan cara pembuatannya. Gula ini sesuai dijadikan bahan kuih muih dan minuman. Kuih Kasui antara jenis kuih yang perlukan gula merah atau kadang-kadang menyamai dengan Gula Melaka. Dalam laporan saintifik dilaporkan bahawa waktu yang diperlukan untuk menukar gula merah kepada gula darah juga adalah 3 minit. Begitu seterusnya proses masa untuk menukar daripada gula darah kepada tenaga juga 3 minit juga bermakna jumlah waktu diperlukan semuanya adalah 6 minit. Ini bermakna masa yang diambil dalam proses ini adalah sama dengan gula batu. Laporan pakar menunjukkan dalam satu hari 90 gram (lebih kurang 9 senduk) gula darah boleh berjaya diproses oleh organ manusia iaitu hampir 1.5 kali ganda lebih banyak diproses berbanding gula batu. Ini bermakna lebih banyak gula merah akan dapat ditukar kepada tenaga berbanding yang disimpan. Secara teorinya kita boleh katakan gula merah ini adalah jenis gula yang tersihat antara tiga jenis gula ini.


(4) GULA MELAKA
Gula Melaka adalah jenis gula yang dihasilkan daripada pokok kelapa (Cocos nucifera). Mayang pada pokok kelapa akan dipotong dan air nira akan dikutip dalam tabung khas yang digantung sepanjang masa. Air nira yang dikutip setiap pagi dan petang dikumpulkan dan dimasak sehingga air nira menjadi pekat dan dimasukkan dalam acuan khas untuk ia membeku. Gula Melaka atau Gula Apong ini mempunyai warna coklat cerah dan lembut jika ia masih baru dan merupakan gula Melaka Tulin. Ini kerana terdapat jenis 'Gula Melaka Tiruan' yang mana ia diproses dari gula pasir yang dimasak dan dijadikan gula melaka yang agak keras dan hitam sedikit warnanya. Gula melaka amat sesuai dibuat kuih kasui, inti onde-onde, air minuman, masakan berasaskan gula melaka dan sebagainya. Gula Melaka adalah gula yang paling baik dari segi kesihatan berbanding dengan jenis gula yang lain. Dalam artikel ini penulis ingin katakan bahawa mengikut ranking gula pasir merupakan yang paling susah untuk dicerna oleh pankreas. Sementara itu gula merah dan gula melaka adalah yang paling senang untuk dicerna oleh pankreas kita. Bagaimana pun dinasihatkan untuk tidak mengambil atau makan gula merah dengan kuantiti banyak. Mengikit pakar permakanan paling banyak yang boleh diproses dalam satu hari pun hanya 90 gram. Lebihan gula tersebut akan bertukar menjadi lemak atau kekal sebagai gula darah. Sebenarnya ada lagi jenis gula daripada sumber makanan seperti bijirin dan sayuran yang menyumbang kepada kandungan gula dalam badan kita. Berwaspadalah mengambil gula terutama mereka yang ada masaalah diabetis. Wasallam!...
JENIS GULA ..... EMPAT SEMUANYA...
BANYAK LAGI...BERBEZA BENTUKNYA...
GULA PASIR... PALING UTAMA GUNA...
KURANGAN AMBIL GULA.. BAGUSNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2213, Hotel New York,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(13 Muharam 1437H)

Monday, October 26, 2015

PENGKOMERSILAN TANAMAN TEBU - KOSMO!

PENGKOMERSILAN TANAMAN TEBU adalah artikel yang diterbitkan oleh Akbar Kosmo! pada hari AHAD, 25 Oktober 2015. Ia merupakan sisipan khas akhbat tersebut dimana banyak laporan lain diterbitkan pada akhbar tersebut dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Akhbar ini mempunyai SUBTAJUK : MOA ambil beberapa inisiatif galak golongan belia terlibat secara aktif dalam sektor pertanian. Artikel tulisan wartawan Farhana Hanim Mohd Mydin ini disiarkan dalam satu muka penoh. Bagaimana pun terdapat sedikit kesilapan dalam penulisan tersebut dimana unit keluasan dinyatakan adalah 'ekar' dimana ia sepatutnya dalam unit 'Hektar' seperti yang saya betulkan dalam tulisan ini. Ia dimulakan dengan 'TEBU merupakan salah satu tanaman yang diusahakan oleh penduduk Malaysia sejak dahulu lagi. Tebu dengan nama saintifiknya Saccharum Officinarum, tebu merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan gula. Hasil penanaman tebu itu dijadikan gula menerusi aktiviti pemprosesan seperti yang dilakukan oleh beberapa syarikat yang beroperasi di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Selain itu, tebu dijadikan air minuman serta dijual kepada peniaga-peniaga kecil. Bagaimanapun, golongan petani pada masa kini tidak berminat untuk menanam tebu. Sebaliknya mereka lebih cenderung kepada tanaman lain yang dianggap lebih menguntungkan sedangkan tanaman tebu berpotensi untuk dikomersialkan dan boleh diusahakan secara ladang mahupun kecil-kecilan. Justeru, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengambil beberapa langkah inisiatif seperti menganjurkan kursus, menggalakkan penggunaan teknologi serta inovasi untuk menarik golongan belia di negara ini menyertai pertanian secara aktif terutamanya dalam sektor penanaman tebu.

Timbalan Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur, Jabatan Pertanian Malaysia, Mohd. Anim Hosnan berkata, tanaman tebu negara terus meningkat dengan tanaman seluas 6,807.75 hektar pada 2014 dengan hasil sebanyak 58,664 tan metrik. “Jumlah itu meningkat berbanding hanya 1,475.21 hektar pada tahun 2006 dengan pengeluaran sebanyak 10,559 tan metrik seterusnya meningkat 3,237.08 hektar pada tahun 2010 de­ngan pengeluaran sebanyak 28,410 tan metrik. “Hampir 80 peratus tebu tersebut digunakan adalah kegunaan domestik sementara sekitar 20 hingga 25 peratus adalah untuk pasaran eksport terutama ke Singapura,” katanya ketika ditemui Agroprenuer di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Wisma Tani, Putrajaya baru-baru ini. Mohd. Anim memaklumkan bahawa dianggarkan 6,500 hingga 8,500 tan metrik tebu telah dieksport ke Singapura pada tahun 2014. “Johor merupakan negeri paling luas menanam tebu iaitu seluas 1,363.24 hektar dengan hasil 20,454 tan metrik diikuti dengan Negeri Sembilan seluas 553.51 hektar (11,519 tan metrik) dan Sarawak seluas 437.37 hektar (hasil 4,009 tan metrik),” kata­nya. “Di daerah Muar, Johor terdapat dua orang usahawan mengeksport tebu. Seorang berpusat di Pekan Bukit Pasir dan seorang lagi di Sungai Balang dan mereka ini merupakan pengeksport tebu segar ke Singapura. “Sebagai makluman, harga satu kotak tebu eksport yang mengandungi 20 hingga 30 batang dijual pada harga antara RM15 hingga RM20 bergantung kepada permintaan,” ujarnya.


Mengulas lanjut, Mohd. Anim berkata, tanaman tebu di Malaysia yang ditanam untuk penghasilan gula kini sudah tidak aktif lagi kerana sebahagian besar ladang tersebut telah ditanam dengan pokok getah. Bagaimanapun, beliau berkata, penanaman oleh pekebun yang berskala kecil lebih komersial untuk jualan air tebu segar manakala pengusaha besar terutama di Johor menjalankan perniagaan untuk pasaran tempatan dan eksport. Tebu biasanya dieksport sebagai produk akhir seperti air tebu yang dipek. Beliau turut memberitahu, tebu kuning merupakan antara tebu yang ditanam secara meluas di Malaysia. “Tebu kuning mempunyai daun yang berwarna hijau dan batang yang kulitnya berwarna kuning. Penanaman tebu menggunakan batang tebu yang dipotong sepanjang 30 hingga 40 sentimeter (cm) dan mempunyai tunas. “Benih batang tebu pula dipilih dari rumpun yang telah cukup matang. Jarak penanaman disyorkan ialah 0.3 meter x 1.5 meter. Kepadatan tanaman tebu kuning pula ialah 2,400 pokok sehektar. “Parit atau lurah penanaman digali sedalam 25 hingga 30 sentimeter dan aturkan benih tebu dan timbus dengan tanah. Baja asas diletakkan sebelum menanam tebu. “Tebu yang ditanam memerlukan cahaya matahari melebihi 80 peratus dan hanya kawasan lapang serta kawasan penanaman semula getah atau kelapa sawit sesuai untuk tanaman tebu,” jelasnya. Dalam pada itu, Mohd. Anim berkata, MOA sentiasa memberi ruang dan peluang kepada petani untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai penanaman tebu melalui kursus-kursus yang dijalankan oleh jabatan serta agensi-agensi di bawah MOA. “Setakat ini, beberapa kursus mengenai tebu telah dibuat dan mendapat sambutan amat menggalakkan. Modal yang diperlukan untuk memulakan penanaman tebu secara ko­mersial ialah sekitar RM20,000 untuk satu ekar dan penjagaannya tidak cerewet serta mudah untuk diuruskan,” katanya.

Demikian sisipan khas Kolum Agropreneur kelolaan MOA dengan KOSMO yang telah dilaporkan untuk bacaan umum. Wartawan telah membuat temuduga dengan penulis pada 16 Oktober 2015 dipejabat. Semuga artikel ini memberi menjadi bahan bacaan dan sebagai sumbangan penulis kepada semua. Wasallam!.
AKHBAR KOSMO... ADA BERITA...
HARI AHAP..SISIPAN TERBITANNYA...
TAJUK KHAS.. TEBU POTENSINYA...
MENJADI BUKTI... INFO BERGUNA...

By,
M Anem,
senior Agronomist,
Room 2213, Hotel New York,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(12 Muharam 1437H).
Akhbar diterbitkan siang tadi Ahad 25/10/15.

Sunday, October 25, 2015

TEMBIKAI BOCHIL - APA DIA?

TEMBIKAI (Citrullus lunatus var lunatus) merupakan sejenis buah-buahan yang ditanam secara komersil di Malasia daripada keluarga Cucurbitaceae. Tanaman ini diusahakan secara berterusan oleh petani yang mempunyai kemahiran, tanah yang sesuai, pekerja mahir serta pasaran yang terjamis. Antara negeri yang luas menanam tembikai adalah Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu untuk pasaran segar dan juga eksport. Terdapat banak varieti atau jenis tembikai yang ditanam di Malaysia daripada tembikai isi merah atau tembikai isi kuning dengan berbentuk bulat atau lonjong. Benih tembikai adalah jenis hibrid yang diimport daripada luar negara. Penanaman tembikai telah dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan termasuk oleh Harian Metro pada 20 Oktober 2015 sebagai satu testimoni bagaimana buah tembikai mampu memberikan pendapatan ang lumayan jika dilaksanakan dengan betul. Dalam akhbar tersebut ia dimulakan dengan ayat iaitu setiap kali musim buah-buahan, antara yang menjadi ‘rebutan’ ialah durian, rambutan, langsat dan manggis. Namun, permintaan terhadap tembikai bochil madu juga tetap tinggi dalam kalangan masyarakat walaupun ia bukan buah bermusim (Sila lihat foto diatas). Menurut ahbar tersebut dinyatakan iaitu berbanding tembikai biasa, tembikai bochil madu lebih digemari kerana lebih manis dan tiada biji menyebabkan harganya sedikit mahal. Penulis cuba mencari apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai 'Tembikai Bochil' ini tetapi tiada makluumat, Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis semula satu laporan akhbar bertajuk 'Tembikai Bochil, Tiada Biji' sebagai satu bahan rujukan anda semua. 

Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan tembikai itu menjadi pilihan ramai sebagai alternatif untuk menghilangkan dahaga selain air kelapa. Bagaimana pun penulis dapati tanaman tembikai memang perlukan air melalui sistem pengairan untuk tumbuhan menjalar ini tumbuh subur dan kurang diserang penyakit untuk menghasilkan buah tembikai yang manis. Penanaman tembikai lazimnya memerlukan sistem pengairan sama ada sistem pengairan renjis (Sprinkler system) atau sistem pengairan titis (Drip irrigation). Kos pemasangan sistem ini akan membolehkan petani dapat memberikan air mencukupi untuk musim panas dan kering. Kini menyedari permintaan mengalakkan telah ramai petani ang menanam pokok tembikai bochil madu mengikut jadual ditetapkan bagi memastikan penawaran terhadap buah itu mencukupi terutama untuk pasaran domestik atau eksport. Petani bagaimana pun perlu berhati-hati dengan ada juga kemungkinan akan berlaku lambakan sehingga menyebab­kan harganya menjunam. Jika harga jualan tembikai murah walau pun tanaman menjadi dan banak hasil bueh tembikai dihasilkan ianya kurang menguntungkan. Penelitian saya ketika bertugad di Mersing, Johor dahulu dimana beberapa usahawan penanam tembikai akan mengelakan bulan-bulan tertentu dimana masa itu biasanya harga akan rendah.

Berbalik kepada laporan akhbar, antara keistimewaan lain yang dimiliki tembikai bochil madu ialah saiznya mampu mencecah 20 kilogram (kg) berbanding tembikai biasa. Bagi Razani Abd Rani, 40, daripada Kampung Batu Rakit, Kuala Terengganu berkata permintaan terhadap tembikai yang tinggi menyebabkan dia memajak tanah orang sekitar 10 ladang tembikai di Lembah Bidong, Setiu dan Tembila, Besut bagi memastikan bekalannya mencukupi sehingga hujung tahun. Setiap ladang mempunyai keluasan setengah hektar atau lebih dan purata hasil buah tembikai bagi setiap ladang antara 10 hingga 20 tan. Selalunya lambakan pernah berlaku apabila penawaran tembikai terlalu tinggi menyebabkan berlaku kerugian dan ia berpunca daripada sikap petani sendiri yang menanam tembikai tidak mengikuti jadual ditetapkan. Jadual penanaman tembikai secara tradidinya hanya diketahui oleh kelompok penanam tembikai mengikut keadaan cuaca, harga pasaran dan juga kemungkinan serangan perosak dan penyakit.Mereka telah belajar daripada kesilapan itu dimana kini ramai petani diminta menanam mengikut keperluan dan berjadual supaya tidak berlaku lebihan yang akhirnya merugikan mereka sendiri.

Merujuk kepada pengalaman seorang petani yang berpengalan iaitu Encik Razani berkata, dia pernah memajak ladang tembikai seluas satu hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 48 tan pada satu-satu masa dan ia dipasarkan di sekitar Kuala Terengganu selain dihantar ke negeri lain mengikut permintaan. Tugas beliau sebenarnya dahulu adalah sebagai pemasar tembikai ke seluruh tempat supaya tidak berlaku lambakan, malah secara tidak langsung membantu petani kecil-kecilan memasarkan hasil mereka dengan harga berpatutan dan tidak merugikan. Beliau hanya bertindak sebagai pemudah cara dan membuat bayaran mengikut harga patut dan menjualnya dengan harga pasaran bagi memastikan tembikai yang dikeluarkan terjual. Menurutnya, mengikut harga jualan semasa, tembikai dijual dengan harga RM1.50 sekilogram dan sebelum ini 80 sen hingga RM1 sekilogram. Dalam pada itu FAMA berkata bahawa masalah lambakan tembikai pernah berlaku di negeri ini dan ia bukan masalah serius kerana sentiasa dipantau. Sebenarnya jika petani menanam mengikut jadual, masalah lambakan tidak berlaku dan harga tembikai tidak akan jatuh teruk. Mereka sudah memaklumkan kepada semua petani supaya menanam tembikai mengikut jadual supaya masalah itu tidak berlaku pada masa akan datang. Apakah dia dan bagaimana sebenarnya jadual penanaman tembikai yang dikatakan ini?. Akan dibincangkan dalam artikel yang lain. Wasallam!.

TANAM TEMBIKAI... SATU USAHA...
TEMBIKAI MERAH...KUNING JUGA...
IKUT JADUAL... PASARAN DIJAGA...
ELAK LAMBAKKAN... MAIN HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1323, Hotel Imperial,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(9 Muharam 1437H)