Thursday, September 17, 2015

TUDUNG BUAH NENAS - INOVASI V2

TUDUNG BUAH NENAS?. Pelik bukan bunyinya kepada kebanyakan orang yang tidak mengetahui tentang peranan dan kepentingannya. Ingatkan hanya perempuan Muslimah sahaja yang pakai tudung tetapi rupanya buah nenas pun kena pakai tudung juga. Bagaimana pun kali pertama baca tulisan saa dan lihat foto diatas mungkin anda faham akan makna artikel yang saya akan tulis kali ini. Kali pertama saya menulis mengenai perkara ini adalah pada 16 April 2012 dimana ia telah mempaparkan penemuan saya mengenai cap buah nenas ketika itu (Sila klik disini). Tidak saya menyangka pada Jun 2015 saya dapat berjumpa dengan pencipta tudung buah nenas ini dengan membentangkan Versi Tudung Nenas Version 2 yang lebih baik dan juga pelbagai guna dalam pertandingan inovasi pertanian Jabatan Pertanian 2015. Encik Tan Sey Tai merupakan usahawan nenas dan juga pencipta tudung nenas yang berjaya dalam mengatasi masaalah kejadian risiko Penyakit Mata Hantu pada buah nenas di Malaysia. Kejadian serangan penyakit ini adalah disebabkan oleh Sinaran Cahaya Matahari yang berlebihan dan suhu tinggi atau panas dimana ianya akan boleh menyebabkan penyakit mata hantu. Beliau telah memperkenalkan tudung versi 1 pada tahun 2006-2007 dimana ia banyak digunakan sekitar negeri Johor terutama penanam nenas dikawasan tanah gambut. Jenis tudung telah digunakan hampir 10 tahun oleh ramai petani dengan spesifikasi yang mempunyai diameter 19 cm berbanding dengan versi 2 yang diperkenalkan pada 2015 dengan diameter lebih besar iaitu 24 cm dan beberapa ciri tambahan. Artikel petang ini sementara menunggu berbuka puasa saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai inovasi penggunaan tudung buah nenas versi 2 sebagai satu teknologi baru yang boleh digunakan oleh penanam nenas komersil hasil inovasi En Tan. 


Penyakit Mata Hantu adalah dimana buah nenas akan menjadi busuk dan ia tidak boleh dituai atau dimakan (Sila lihat foto disebelah). Kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pekebun nenas jika berlaku serangan Penyakit Mata Hantu pada musim tertentu amat teruk jika tidak dikawal. Pada masa ini juga daripada pemerhatian penulis mendapati bahawa berlaku kesukaran mendapat bilangan tenaga kerja yang berpatutan dalam industri penanaman nenas. Tenaga kerja perlu bagi mengunting dan membalut nanas dimana cara tradisional dengan menggunakan bahan jaring (net), kelambu dan suratkhabar telah menyebabkan ramai penanam nenas mencari pilihan alternatif yang murah dan effisien. Kos bagi menggunakan peralatan lain seperti kelambu, net dan suratkhabar tinggi kerana perlu sentiasa ditukar baru pada setiap musim penanaman dan diganti pada musim akan datang. Ini kerana bahan tersebut rosak atau reput setelah dijemur selama setahun lebuh (Nenas Moris 10-12 bulan dan Nenas MD2 sehingga lebih 14 tahun lamanya). Bahan tradisional ini tidak boleh diguna berulang kali. —Penggunaan suratkhabar, net atau kelambu juga sering menyebabkan kualiti hasil buah nenas hanya dapat 10% sahaja daripada keseluruhan potensi tuaian hasil. Ini menyebabkan berlaku kesukaran untuk memenuhi permintaan pelanggan kerana kuantiti hasil yang berkualiti tidak tercapai.

Inonasi oleh En Tan ini bermula pada tahun 2006 dan berterusan sehingga kini (Sila lihat foto disebelah). Pada masa dulu ramai penanam nenas menggunakan kain, kertas surat khabar, net atau guni sebagai pelindung buah nenas. Ia menyebabkan buah nenas mudah diserang penyakit buah hantu dan menghasilkan buah nenas yang masam, warna tidak seragam dan bentuk buah yang tidak menarik. Cara lama ini menyebabkan kualiti buah nenas rendah tetapi memerlukan kos bahan yang tinggi dan kos pemasangan yang juga tinggi. Ia perlukan satu teknik baru untuk mengatasi masaalah ini. Maka diperkenalkan Tudung nenas Plastik Kecil MD2 pada 2006-2007 dimana ia berukuran 9.5 cm tetapi hanya sesuai pada buah berzaiz kecil sahaja. Jenis ini tidak boleh diguna untuk buah nenas bersaiz besar dan cuma tahan 1 atau 2 kali penggunaan sahaja. Ini kerana ia perlu dipecahkan kerana jambul nenas terlalu besar dan menjadikan tudungnya rosak. Penelitian penulis di ladang nenas di Kluang mendapati ia telah meluas digunakan dengan kos sekitar 60 sen sekeping. Versi ini juga banyak digunakan untuk jenis nanas kecil seperti MD2 dan Josapine serta beberapa varieti lain. 


Jenis Tudung Nenas MD2 Versi 2 adalah lebih besar dan tahan lama dengan berukuran 12 cm. Model ini sesuai digunakan untuk semua saiz buah nenas sama ada ia bersaiz kecil, sederhana atau besar dan juga untuk semua varieti nenas. Ia juga lebih tahan lama sehingga 10 musim penggunaan (bermakna melebihi 10 tahun) dan hanya mengambil masa sekitar 2.5 saat untuk memasangnya (Sila lihat foto disebelah). Teknik penggunaan tudung versi 2 mampu meningkatkan kuantiti dan kualiti buah nenas sehingga 90% dan ini amat mengemberikan penanam nenas. Kajian menunjukkan ia telah berjaya mengatasi masaalah Mata Hantu Buah Nenas dan kejadian amat rendah malahan selalunya tidak ada kes. Keseluruhannya dengan penggunaan tudung nenas versi bari ini mampu untuk meningkatkan kualiti produk serta dapat meningkatkan kualiti hasil tanaman dengan tiadanya penyakit mata hantu akibat dari tembusan sinaran cahaya matahari. Ia juga telah meningkatkan tahap kemanisan, warna dan bentuk buah nenas yang seragam. Selain itu ada bonus bagi pengguna Topi MD2 dengan terhasilnya jambul yang boleh digunakan untuk upacara keagamaan. Dalam kelebihan inovasi didapati ia telah menambah kecekapan dengan meningkatkan kadar penghasilan dapat ditingkatkan sehingga 90%. Seterusnya ini akan meningkatkan kadar jualan dan peningkatan jualan meningkat sehingga 90%. Ia juga telah menjimatkan kos operasi dengan pengurangan tenaga kerja, dimana topi Nanas ini boleh digunakan berulang kali dan juga boleh dikitar semula. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Tan pada no HP konteks 012 - 7125282. Semuga anda faham akan tudung buah nenas. Wasallam!.




TUDUNG NENAS... INOVASI BARU...
ELAKAN MASSALAH...MATA HANTU...
MURAH DAN TAHAN...GUNA SELALU...
AMAT PRAKTIKAL...JANGAN TUNGGU...

By,
M Anem,
Room 505, Hotel PineTree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(21 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.