GANDARUSA (Justicia gendarussa) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan herba dari keluarga Acanthaceae yang tumbuh dikawasan tropika beriklim panas lembab seperti dinegara kita. Beberapa nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Daun Ganda Rusa, Kisi-kisi (Melayu) dan Bo Gu Dan (China) atau Gandarussa (English) dengan nama sinomim lain juga dipanggil sebagai Justicia vulgaris. Saya telah pun jumpa tumbuhan ini di Taman Herba Negeri Perak, Gopeng dan juga di Taman Florikultur, Pusat Pertanian Serdang, Selangor yang ditanam untuk pameran dan kajian saintifik. Tumbuhan ini mendapat nama 'Ganda Rusa' saya fikir memang ada kaitan dengan haiwan rusa yang bermungkinan haiwan tersebut dipercayai suka makan pucuk tumbuhan ini. Sehingga kini penulis pun belum jumpa terdapat petani atau usahawan di negara kita yang menanam ganda rusa secara monokrop dengan tahap komersil. Maklumat mengenai keluasan tanaman ini yang ditanam di Malaysia juga tidak ada laporan rasmi dari mana-mana sumber rasmi kerajaan. Mendengar namanya pun mungkin pembaca akan tertanya-tanya apakah sebenarnya tumbuhan yang juga boleh dikelaskan sebagai 'Tanaman Herba' ini dari segi marfologi dan amalan agronomi. Banyak juga yang ,ungkin tidak tahu akan apakah kegunaan dan khasiat tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis membuat rujukkan dari beberapa sumber dan membuat temubual dengan beberapa individu yang tahu dan pernah terlibat dengan tumbuhan ini. Salah satu daripada testimoni yang diperolehi dimana khasiat dari tumbuhan ini yang terbaik adalah kerana ia didakwa mampu menghilangkan sakit kepala apabila sesiapa mengambilnya. Walau pun belum lagi banyak lagi artikel mengenai kajian saintifik dan teknologi agronomi penanaman pokok ganda rusa yang dapat kita rujuk tetapi rasanya ia mudah untuk ditanam. Sesiapa yang hendak menanam secara komersil boleh melakukannya jika mereka mempunyai bahan tanaman, pengetahuan teknikal dan paling penting adalah apa yang boleh dibuat dengan tanaman ganda rusa ini. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai herba Ganda Rusa untuk kita menambah lagi ilmu pengetahuan kita yang berminat dalam teknologi pertanian membaca blog ini.
Tananam ganda rusa dari segi marfologinya adalah sejenis tumbuhan renek yang tumbuh menegak dengan kadar ketinggiannya mampu mencapai 1.5 - 2.0 meter. Tumbuhan ini juga mempunyai dahan yang sederhana lembut berwarna gelap (sama ada hitam atau hijau) dan mempunyai cabang yang mengeluarkan daun (Lihat juga struktur foto pokok ganda rusa disebelah). Daripada beberapa rujukkan yang saya baca, terdapat dua varieti atau jenis pokok ganda rusa cuma dibezakan dengan warna batang. Dua varieti yang dikenalpasti adalah Jenis Batang Hitam (satu varieti) atau Jenis Batang Hijau (varieti lain). Penelitian penulis dari beberapa testimoni dan temubual mendapati jenis batang hitam dipercayai lebih baik kerana ia mengandungi lebih khasiat dan sesuai dijadikan bahan herba berbanding dengan batang warna hijau. Jenis Daunnya Hijau lazimnya mempunyai warna hijau cerah kekuningan dengan keadaan permukaan atas daun yang lebih berkilat dan licin. Daunnya dari jenis daun tunggal berbentuk panjang tirus 'laceolate' dengan ukuran sekitar 5 - 20 cm dan lebar 2 - 6 cm juga ia bergantung kepada kesuburan pokok dan usia daun. Pucuk tumbuhan ini menghasilkan daun muda yang bersaiz kecil dibandingkan dengan daun yang keluar dari bahagian tengah dan bawah pokok.
Pokok Ganda Rusa mempunyai bunga yang bersaiz kecil dan keluar dibahagian atas pucuk dahan apabila usianya sudah matang (Lihat foto sebelah). Bunganya mempunyai beberapa kelopak berwarna putih krim dengan berbentuk macam 'trompet' yang pendek. Susunan bunga juga berlapis-lapis yang keluar dari ketiak daun dengan 3 - 6 kuntum bunga dengan susunan seakan spiral. Saya dapati tidak banyak tulisan melaporkan mengenai buah pokok ganda rusa ini. Bahagian akar juga mempunyai akar tunjang serta akar serabut yang lembut. Pembiakan tumbuhan herba ganda rusa ini dipercayai atau lazimnya boleh dilakukan dengan menggunakan teknik keratan batang (vegetative reproduction). Sebaiknya jika hendak memilih bahan tanaman, pilih batang sihat serta saiz sederhana dengan beberapa mata tunas dan potong sepanjang 10 -15 cm. Jika ada yang ingin menanam didalam pasu maka sebaiknya keratan ini boleh dicucuk terus dalam tanah dipasu dan siram sehingga ia tumbuh. Pemilihan media tanaman dalam pasu adalah tanah campuran atau peatmoss dan saya syorkan ditambah dengan gel tanaman (plant gel). Bahan Plant gel merupakan satu bahan yang berfungsi sebagai 'empangan kecil' atau mini resevoir untuk menyimpan air dalam pasu atau tanah untuk satu jangkamasa agak lama. Jadinya kalau pasu tidak disiram beberapa hari kerana balik kampong tidak jadi masaalah kerana akar akan mendapat air daripada gel tersebut. Jika hendal menanam diatas tanah dikawasan keliling rumah, disyorkan agar keratan batang tadi disemai dulu dalam polibeg sehingga tumbuh sebelum dialihkan keladang untuk ditanam.
Pokok ganda rusa yang ditanam diatas tanah yang subur dan dijaga dengan baik cepat membesar. Kawasan dipilih ssebaiknya mempunyai sistem saliran baik kerana tumbuhan ini tidak tahan terendam air ketika musim hujan. Tanah yang baru perlu dibajak dan sebaiknya dibuat batas dan diberikan baja asas serta baja organik. Oleh kerana ia juga merupakan tanaman jenis herba maka cara penanaman juga perlu mengelakkan penggunaan bahan kimia. Keratan batang yang ditanam dengan jarak sesuai (0.5m - 1.0 m) sesuai disusun dalam batas. Apabila tumbuh maka sebaiknya batang akan keluar dari pangkal pokok dan naik keatas dengan cepat. Aktiviti awal adalah membuat cantasan pembentukkan bertujuan untuk mendapatkan lebih banyak cabang. Pastikan diberi baja organik seperti tahi ayam proses, tinja kambing dan baja kompos untuk tanaman ini dan pohon persijilan dibawah MyGAp iaitu MyOrganic. Penanaman pokok ganda rusa seperti juga pokok herba yang lain tidak dibenarkan menggunakan sebarang racun kimia. Elakkan daripada kawasan tanaman dari ditenggelami air kerana pokok yang sedia untuk dituai pun boleh rosak. Pemerhatian saya di dua lokasi dan taklimat dari pegawai bertugas menyatakan bahawa tanaman pokok ganda rusa tidak mempunyai masaalah serangan serangga perosak dan penyakit. Ini kerana tumbuhan tersebut memang tahan lasak dan mudah diselenggara. Tanaman ganda rusa boleh dituai setelah 4-6 bulan ditanam diladang jika ianya tumbuh dengan baik. Cara tuaian adalah dengan memotong batang tumbuhan tersebut dan dibawa kepusat pmprosesan. Ia juga boleh dikeringkan jika adal pasaran.
Beberapa dakwaan mengenai khasiat ganda rusa adalah seperti kemampuannya untuk memberikan kesan Analgetik, Diuretik dan juga sebagai Anti-spermatozoa. Mungkin ramai juga tidak pasti apakah sebenarnya kegunaan mengikut dakwaan klinikal ini. Bagaimana pun daripada beberapa laporan saya baca ada juga menyebut daunnya mengandungi bahan Alkoloid yang berkemungkinan akan menjadi racun jika diambil secara berlebihan oleh manusia. Bagaimana pun daun ganda rusa segar yang dilumatkan dengan bahan cili dan dijadikan pes kemudian diletakkan dibahagian kepala mampu menghilangkan sakit kepala dengan mujarab. Pes ini juga mampu merawat daripada kesan bisa patukkan ular, penyakit seriawan kanak-kanak, sakit tulang belakang, rheutisma, bengkak, rambut gugurdan juga kembung perut. Ada juga beberapa testimoni yang menyatakan bahawa masaalah kecacingan dan juga rawatan lepas ibu bersalin boleh dilakukan dengan tumbuhan ganda rusa. Walau pun telah ada kajian klinikal dengan saintifik tetapi maklumat sebenar mengenai kegunaan daun ganda rusa ini masih kurang. Sebaiknya kajian dan penyelidikan ganda rusa ini terus dijalankan untuk dimenafaatkan pada masa akan datang. Semuga artikel ini memberikan ilmu tambahan kepada pembaca semua. Wasallam!...
DAUN GANDA RUSA... HIJAU WARNANYA...
MUDAH DITANAM...BANYAK KHASIATNYA...
SAKIT KEPALA...MAMPU DIUBATINYA...
MINAT MENANAM... MANA BENIHNYA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Saujana
Presint 11, Putrajaya,
Malaysia
(30 RabiulAhkri 1434H)
Diposting pada 24 September 2015
(Hampir 1.5 tahun selepas ditulis dan dikemaskini)

Produk Kapsul Ganda Rusa di Indonesia. |
MUDAH DITANAM...BANYAK KHASIATNYA...
SAKIT KEPALA...MAMPU DIUBATINYA...
MINAT MENANAM... MANA BENIHNYA?...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Saujana
Presint 11, Putrajaya,
Malaysia
(30 RabiulAhkri 1434H)
Diposting pada 24 September 2015
(Hampir 1.5 tahun selepas ditulis dan dikemaskini)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.