Friday, August 14, 2015

HERBA - SELASIH (Part 1)

SELASIH (Ocimum basilicum Linn) adalah merupakan tumbuhan jenis herba yang kurang dikenali oleh orang kebanyakan walau pun mereka gemar minum air sirap biji selasih. Kini penanaman pokok selasih digalakkan untuk menghasilkan herba yang menghasilkan produk untuk kesihatan. Nama lain bagi selasih dalam bahasa asing seperti Sweet Basil, French Basil (lnggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic), Bai horapa (Thai) dimana tumbuhan ini adalah daripada keluarga Lamiaceae (labiatae). Selasih merupakan satu daripada spesies tumbuhan yang secara umumnya dikenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimum ini dan spesies 'basilicum' merupakan jenis yang terpenting. la telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak patio. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Amerika Selatan. Tumbuhan ini kini telah tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemisfera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 meter tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam di kawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri. Penulis sendiri hanya lihat pokok selasih yang ditanam disekeliling rumah untuk dijadikan tanaman hiasan dan mendapatkan hasilnya.  Maklumat mengenai keluasan tanaman selasih di Malaysia tiada maklumat setelah penulis membuat rujukka dengan Laporan Statistik Keluasan Tanaman Herba, Jabatan Pertanian Malaysia. Ini mungkin tanaman selasih kurang mendapat perhatian untuk ditanam secara meluas. Artikel Malam Raya Ke 3 tahun 2015 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman selasih atau bunga selasih untuk dijadikan bahan rujukkan dalam Part 1 dan Part 2..


Bagi mengenali ciri-ciri marfologi tanaman selasih adalah mudah dengan membuat penelitian. Selasih adalah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30-90 cm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk ovat. Di negara ini biasanya tanaman dari biji benih berbunga selepas lebih kurang 75 hari selepas ditanam di ladang. Bunganya terdapat di bahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma. Mengenai khasiat dan kegunaan tanaman selasih digunakan dalam kehidupan harian masyarakat tempatan semenjak lama dulu. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan tertentu dan memberikan aroma untuk membahkan selera. Di negara Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah dijadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan. Di samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering. Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri minyak wangi, farmaseutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaat bauan dan perisa yang asli. Tanaman ini bagaimana pun kurang dikomersilkan di negara kita sebaliknya dinegara lain.


Tanaman ini boleh ditanam di berbagai­ jenis tanah daripada jenis tanah subur kepada jenis tanah yang kuranag subur dengan kaedah penanaman yang disesuaikan. Walau bagaimanapun, jenis tanah yang ringan seperti 10m atau 10m berpasir dengan tahap kesuburan yang sederhana dan mempunyai saliran yang baik adalah yang paling sesuai. Keadaan kemasaman tanah ialah pH 4.3-8.2. Tanah yang mudah bertakung air dan mempunyai kandungan liat yang tinggi didapati tidak sesuai bagi penanamannya kerana tumbuhan ini tidak tahan kepada keadaan air bertakung dan kering pada setiap peringkat pertumbuhannya. Keadaan hari yang panjang dan suhu yang tinggi diperlukan bagi pertumbuhan pokok dan pengeluaran minyak pati yang tinggi. Bagi penanaman komersil, sebaiknya kawasan hendaklah di bajak dengan menggunakan bajak piring sedalam 25-30 cm diikuti dengan bajak penggembur putar lebih kurang 1-2 minggu kemudian. Pembajakan dengan penggembur putar dapat menggemburkan tanah melalui pengurangan saiz ketulan tanah di samping memusnahkan atau mengurangkan masalah rumpai. Parit digali di tempat­tempat yang bersesuaian bagi pengaliran air yang berlebihan terutama pada musim hujan. Baja CIRP (Christmas Island Roekphosphate) pada kadar 280 kg sehektar (5 gliubang) digunakan sebagai baja asas.


Penyediaan benih tanaman atau anakbenih selasih amat mudah dilakukan. Tanaman ini boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang namun secara biji benih lebih banyak digunakan. Bijibenih selasih mudah didapati daripada lengai yan telah matang dan bijinya dikeluarkan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun bagi kedua-dua cara sebaiknya disediakan kotak semaian dengan medium 50% pasir dan 50% tanah boleh digunakan. Anak benih disimpan dalam eti simpanan yang sejuk untuk tahan lama. Lazimnya kaedah pembiakan secara biji benih mudah dilakukan dan cepat. Bagi pembiakan cara ini sebanyak 2-4 biji disemai ke dalam setiap petak semaian dan kemudian ditutup nipis dengan lapisan tanah halus. Bijibenih mesti disiram selepas aktiviti penyemaian. Penyiraman dilakukan setiap hari sekiranya perlu untuk memberikan percambahan benih yang seragam. Percambahan bermula selepas tiga hari disemai sehinggalah lebih kurang tujuh hari. Anak benih dipelihara sehingga mempunyai 4-5 peringkat helai daun. Tempoh masa dari penyemaian biji sehingga tanaman di ladang adalah lebih kurang 6-7 minggu. Sebanyak 200-300g biji benih diperlukan bagi penanaman seluas satu hektar. Bagi tujuan kaedah pembiakan secara keratan disyorkan agar bahan tanaman diperoleh dari keratan batang pokok yang mempunyai 3-4 pasang daun. Keratan dibuat pada buku keempat dari bahagian pucuk. Penanaman ke ladang boleh dilakukan selepas lebih kurang empat minggu kemudian. Artikel ini bersambung kepada Tanaman Herba Selasih Part 2. Wasallam!.
NAMA SELASIH... MUDAH TANAMNYA...
DARIPADA BIJI.... KERATAN JUGA....
PERLU DISIRAM.... DIBERI BAJA...
SUDAH BERHASIL... KUTIP BIJINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(3 Syawal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.