Sunday, August 23, 2015

HERBA - KESUM (Part 3)

KESUM (Polygonum minus Huds) merupakan sejenis tanaman herba dalam kategori ulaman yang popular di negara kita sebagai perencah masakan. Nama Lain Kesum adalah seperti Phak phai (Thailand) atau Knotweed (lnggeris) iaitu daripada famili Polygonaceae. Penulis memang amat mengenali daun kesum kerana amar sering menggunakan malahan menanamnya di halaman rumah. Tanaman kesum berasal atau natif dari kawasan Asia Tenggara iaitu daripada Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia. la didapati tumbuh liar terutama di kawasan lembap seperti di tepi parit atau dekat dengan sungai dan tasik. la juga didapati hidup dengan subur di kawasan sejuk di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Daun kesum merupakan komponen yang paling sering digunakan bersama batangnya dalam masakkan. Selain daripada ia mudah didapati disekeliling rumah yang menanam, daun kesum selalu dijual di pasar basah, pasar malam, pasaraya, pasar tani dan kedai runcit dengan harga amat murah. Satu ikat daun kesum di pasar malam Bulit Baru, Melaka hanya dijual RM1.00 yang boleh digunakan untuk beberapa kali masakan terutamanya masakkan asam pedas special Melaka. Bagaimana pun tidak semua orang suka akan daun kesum terutama masyarakat Jawa di sekitar Muar dan Ledang berdasarkan kepada kajian rambang yang penulis jalankan sekitar tahun 2010 bersama Jabatan Pertanian. Artikel subuh 27 Ramadan 2015 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 4,412 mengenai herba tanaman kesum untuk dijadikan rujukkan. Artikel ini mempunyai beberapa Part iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3.


Tanaman kesum lazimnya akan mula menghasilkan hasil utama tanaman kesum   selepas 16-18 minggu ditanam di ladang. Kajian menunjukkan bahawa tanaman kesum boleh mencapai hasil lebih daripada 40 t/ha basah pada peringkat umur ini. Teknik menuai kesum untuk dikeliling rumah mudah dilakukan dengan memotong batangnya menggunakan tangan atau dengan pisau tajam. Bagaimana pun untuk ladang komersil, sebaiknya daun kesum dipotong lebih kurang 10 -15 cm dari aras tanah dengan menggunakan 'shear'. Bagi kawasan yang agak luas yang lebih 1 hektar sebaiknya menggunakan mesin 'sickle bar mower' dan 'reaper binder' boleh digunakan (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun pengendali mesin mesti cekap dalam meggunakan alat ini agar daun dan batang kesum tidak hancur kerana ia akan menjejaskan kualitinya. Mesin ini mudah dikendalikan dan cepat menuai hasil kesum dalam masa yang cepat dengan kuantiti banyak. Bagaimana pun ia perlu membuat 'sorting' dan grading selepas itu. Penuaian seterusnya bagi tanaman ratun boleh dilakukan setiap 14-16 minggu bergantung kepada keadaan tanaman dan kadar pertumbuhan tanaman itu. Aalan agronomi betul membolehkan hasil ratoon memberikan pulangan signifikan. Lazimnya pemerhatian menunjukkan bahawa penurunan hasil berlaku pada penuaian ketiga dan seterusnya. Oleh itu disyorkan tanaman kesum ditanam semula selepas 3 kali penuaian. Potensi hasil yang diperoleh bagi kesum segar ialah antara 80-100 t/ha setahun. Hasil ini berdasarkan tiga kali penuaian iaitu satu kali hasil utama dan dua kali hasil ratun bagi setiap pusingan tanaman. 

Daun kesum yang dituai boleh dikumpulkan dalam bakul sebelum dibawa ke rumah grading dan pembungkusan. Bagi jualan segar ia akan dibersihkan dahulu dari kekotoran seperti tanah sebelum dihantar kepada pemborong. Jika menjual runcit ia lazimnya akan dikat sebanyak 5-10 batang seikat dan dihantar kepada kedai runcit atau pasar. Perkara yang perlu dilakukan selepas dituai untuk tujuan pemprosesan adalah dimana daun kesum perlu dijemur terlebih dahulu di tempat yang teduh selama sehari bagi mengurangkan lembapan sebanyak 40% sebelum ia disuling. Proses penyulingan bagi kesum mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kandungan minyak pati yang diperoleh adalah dalam lingkungan 0.05%. Oleh itu, potensi hasil minyak pati bagi sehektar tanaman kesum ialah 40-50 kg bagi setiap pusingan tanaman (3 kali penuaian). Aktiviti memproses daun kesum untuk diekatrak masih kurang popular di negara kita tetapi ia dilakukan dibeberapa negara jiran sebagai satu industri yang aktif.

Anggaran kos pengeluaran sehektar tanaman kesum adalah perlu diteliti sama ada ia menguntungkan atau tidak. Ini keana penanaman daun kesum dianggap satu hobi sahaja oleh ramai orang kerana ia mudah ditanam, mudah dibeli dan harganya rendah. Kajian penulis mendapati keseluruhan anggaran kos menanam kesum sebanyak RM 11,500 sehektar termasuk permulaan (penyediaan tanah, bahan tanaman), kos penyelenggaraan dan kos harta modal seperti kos sistem pengairan dan alat penyuling. Ia juga termasuk kos bahan tanaman, pembelian baja dan kos upah kerja, terutama untuk penuaian dan penyulingan merupakan komponen kos yang agak tinggi. Bagi harta modal pula, kos alat penyuling dan bangsal mengambil sebahagian besar daripada kos tetap. Daripada kos pengeluaran ini, kos untuk menghasilkan satu kilogram daun kesum basah adalah lebih kurang RM0.10 sekilogram. Kos ini berdasarkan hasil basah sebanyak 80 t/ha dan kos pengeluaran sejumlah RM 11,050/ha, termasuk kos sistem pengairan dan mesin penuai. Kos untuk menghasilkan sekilogram minyak pati pula dianggarkan RM580 sekilogram dimana berdasarkan 40 kg minyak pati sehektar dan jumlah kos keseluruhan RM23,320. Walaupun minyak pati daripada kesum tidak terdapat di pasaran antarabangsa pada masa ini, maklumat yang diperoleh menganggarkan harganya dalam lingkungan US$300/kg. Bagaimana pun kajian  lanjut untuk teknologi ekstrak minyak kesum perlu dilanjutkan. Menjual daun kesum segar amat terhad pasarannya. Wallahualam!.

DAUN KESUM... SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM..SELALU DIGUNA...
AMBIL KERATAN... BENIH DISEDIA...
DIBERI BAJA... DITUAI SELAMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayan Perskutuan,
Malaysia.
(27 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.