Sunday, July 26, 2015

TANAMAN TERAPI - APA DIA?

TANAMAN TERAPI (Therapy plants) kini semakin mendapat perhatian ramai orang terutama mereka yang terlibat dalam industri landskap dan hiasan dikawasan perumahan. Ini kerana terdapat banyak tujuan dalam menanam tanaman landskap dikeliling rumah sama ada untuk kecantikan atau tujuan lain. Selain menghias laman rumah masyarakat dahulu kebanyakannya memilih pokok yang berunsurkan budaya, kegunaan harian, makanan dan ubat-ubatan sebagai salah satu elemen terapi. Perkara ini amat kurang dibincangkan kerana ia telah menjadi amalan biasa orang dahulu bagi tujuan terapi, bekalan makanan seperti ulaman dan memberikan pulangan secara tidak langsung. Terdapat banyak pilihan bagi kita untuk memilih jenis-jenis tanaman yang sesuai dan memberikan terapi kepada penghuninya. Mereka yang belajar mengenai landskap, herba dan makanan ulaman lazimya akan faham jenis-jenis tumbuhan atau tanaman yang sesuai dengan kombinasi antara warna, aroma, citarasa, keserasian dan kesesuaian dengan lokasi penanaman. Bagaimana pun pada asasnya apa yang saya faham ada 5 jenis atau kategori tanaman yang boleh disesuaikan untuk ditanam dan memberikan terapii yang berkesan. Tumbuhan tersebut terdiri daripada Pokok Mesra Alam, Pokok Aromatik, Pokok Penyedap Rasa, Pokok Berwarna dan Pokok Herba. Kesemuanya ini akan digabungkan dalam satu lokasi dengan penyusunan dan kegunaan yang berbeza-beza. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peranan tumbuhan atau 'softscape' dan pemilihan beberapa contoh tumbuhan yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana terapi di laman untuk dijadikan bahan rujukkan.

Kategori Pertama dalam memilih pokok Terapi adalah dari jenis Pokok Mesra Alam. Tanaman yang dipanggil sebagai tumbuhan mesra alam mempunyai fungsi menyamankan udara dengan meninggikan kelembapan dan menurunkan suhu di sekeliling secara lebih efektif berbanding dengan tanaman yang lain. Tumbuhan ini mampu menukarkan karbon dioksid kepada oksijan dan membekalkannya kepada penghuni dikawasan tersebut. Tumbuhan jenis ini juga boleh digunakan sebagai tanaman dalam rumah yang mampu menyah gas-gas toksin seperti formaldehyde, ammonia dan xylene daripada cat, permaidani rumah serta gas masakan. Ramai dikalangan kita kurang mengetahui akan keburujkan gas-gas toksin yang ujud dalam rumah tanpa disedari yang datangnya daripada cat, perabot, pakaian, pati ais, gas masakkan, karpet dan banyak lagi. Contoh tanaman yang boleh dijadikan pilihan antaranya golden Cane Palm (Dypsis lutescens), Jenjuang (Dracaena deremensis) dan Pokok Beringin (Ficus benjamina). Lazimnya tumbuhan ini akan mmberikan kesejukkan dan teduhan yang baik kepada persekitaran. Bagaimana pun perlu disesuaikan saiz pokok dan kanopi pokok dengan tanaman lain yang bersesuaian dengan tanaman lain yang mesra alam ini.  

Jenis kedua adalah jenis Pokok Aromatik iaitu jenis tumbuhan yang mampu menghasilkan aroma atau bau-bauan yang sesuai. Ada jenis pokok aromatik yang mengeluarkan aroma sepanjang masa, ada yang hanya siang hari sahaja dan lebih menarik adalah yang mengeluarkan bau wangi pada malam hari. Apabila memilih jenis tanaman aromatik sebaiknya dilakukan kerja awalan dan memerlukan sedikit kajian mengenai jenis tumbuhan yang mempunyai nilai atau maksud tertentu kepada pengguna yang akan menggunakan laman. Dikampong dahulu ramai dikalangan mereka akan menanam beberapa jenis pokok aromatik disekeliling kampong atau rumah dimana selain daripada menghasilkan aroma lazimnya ia digunakan dalam beberala majlis lain dan juga untuk tujuan perubatan tradisional.  Penulis dapati diantara tombuhan aromatik yang sesuai ditanam dikawasan keliling rumah sebagai tanaman terapi seperti Pokok Cempaka (Michelia champaka) ditanam untuk bau dan juga bunganya sesuai digunakan sebagai bahan bagi individu yang mengamalkan mandi bunga. Amalan mandi bunga sebenarnya satu amalan terapi yang amat baik diamalkan walau pun kin jarang-jarang dipraktikkan. Tanaman lain yang beraromatik seperti Pokok Kemuning (Murraya paniculata), Pokok Melur (Jasminum sambac) dan Pokok Bunga Kesidang (Vallaris glabra). Pokok bunga kesidang yang saya tanam ditepi rumah telah berumur 10 tahun dan sering mengeluarkan bau-bauan yang wangi diwaktu malam bersebelahan dengan bilik tidur. 

Jenis Ketiga adalah Pokok Penyedap Rasa iaitu tanaman yang boleh dimakan serta berguna atau juga dipanggil sebagai 'Edible Landskape'. Tanaman ini semakin menjadi pilihan pengguna laman dan ia merupakan sebahagian daripada landskap rumah (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya selain daripada mempunyai nilai estetiktanaman ini juga juga bertindak sebagai bahan antioksidan dan dapat membantu didalam proses penghadaman. Penulis selalu dapati dalam usaha menambahkan nilai estetik maka teknik mengatur cara penanaman yang betul seperti ketinggian tumbuhan dan jarak yang sesuai perlu diambil kira. Contoh tanaman yang boleh dipilih termasuk jenis Peria Katak (Momordica subangulata), Pegaga (Centella asiatica) dan Pudina (Mentha arrensis). Tanaman ini memang berkhasiat dan menambah selera untuk dijadikan ulaman makanan. Tanaman untuk masakan juga boleh digunakan sebagai tanaman hiasan di halaman yang juga berfungsi sebagai tanaman terapi. Contoh pokok masakan yang boleh digunakan termasuk kacang telang, serai kayu, serai, pokok mengkudu dan pokok kantan. Kesemua tanaman ini mudah ditanam dan diuruskan penjagaanya.

Kategori ke empat dalam memilih tanaman terapi adalah Jenis Pokok Berwarna (coloured tree)Selain pokok berwarna daripada menceriakan suasana sebaiknya penggunaan tumbuhan berwarna cerah juga mampu merangsang deria penglihatan pengguna laman. Tumbuhan berwarna ini sama ada dibahagian bunga, daun, batang dan buahnya akan memberikan 'attraction' kepada mata sebagai satu rawatan semulajadi. Terdapat banyak tumbuhan berwarna dengan pilihan bergantung kepada keserasian dan minat masing-masing. Diantara contoh tumbuhan berwarna yang boleh menjadi pilihan adalah seperti Bunga Pukul 10 (Turnera ulmifolia) seperti foto disebelah, Bunga Kertas (Bougainvillea spp) dan Pokok Melati Cina (Wrightia antidysentrica). Pokok Bunga Pukul 10 yang berwarna putih dengan hitam kekuningan ditengahnya juga menjadi minat serangga lebah madu dan kelulut untuk datang mengutip nektar bagi diproses menjadi madu. Kalau kita duduk melihat Bunga Pukul 9 ini diantara pukul 9 sehingga jam 2 petang tentunya berpeluang melihat serangga ini datang dan pergi tanpa henti. Itu juga merupakan terapi semulajadi yang sangat baik. Bunga kertas adalah bunga berwarna paling sering ditanam disekeliling laman banyak kawasan rumah. Bunga yang mekar dengan warna terang akan memberikan kesan terapi buat pemiliknya.


Kategori k 5 adalah jenis Tanaman Herba
dimana tanaman ini lazimnya selain dari mempunyai warna yang menarik, pokok herba juga menjadi pilihan tanaman di laman terapi kerana ia bertindak sebagai penutup bumi, penghadang rendah dan penunjuk arah di sepanjang laluan. Banyak jenis dan pilihan tanaman herba yang sesuai ditanam dikawasan laman rumah bergantung kepada kesediaan kawasan dan kegunaannya. Diantara beberapa jenis tanaman herba yang popular ditanam adalah seperti Violet Filipina (Barleria cristata), False Lavender (Angelonia salicariaefolia) dan Pokok Bunga Api (Crossandra infundibuliformis). Perlu juga diingatkan ketima memilih tanaman terapi jangan gunakan penggunaan pokok atau tumbuhan yang mempunyai duri, toksik dan racun di tanam dalam laman terapi. Ini kerana tumbuhan ini boleh mengkhayalkan atau memberi efek halusinogenik dan kadang-kadang boleh membawa maut dimana kita mungkin tidak menyedarinya walau pun tumbuhan tersebut cantik dipandang mata. Ramai yang bertanya mengenai spesies tumbuhan yang beracun kerana ada antara tumbuhan ini sering ditanam di laman kerana bunganya yang cantik. Antara spesies tumbuhan beracun yang kita tidak tahu kesannya kepada pengguna ialah Pokok Kecubung (Datura metel) dan Pokok Buta-buta (Excoecaria cochinchiensis). Kesan daripada pokok kecubung (Sila lihat foto disebelah) dimana ia mendatang keran bahaya kepada kita. Diharap artikel subuh Jumaat ini dapat memberikan maklumat berguna kepada anda. Wasallam!.

POKOK TERAPI... JENIS APA...
PERLU DIPILIH...DARI MANA...
ADA 5 JENIS...BOLEH DIBACA...
SUDAH TAHU...HATI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(8 Syawal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.