Saturday, July 11, 2015

RUMPUT LAUT - MANAFAAT HEBAT


RUMPUT LAUT (Sea weeds) adalah tumbuhan marin yang membentuk hamparan hijau di kawasan pesisiran laut negara beriklim tropika, sederhana sejuk dan kawasan mediterranian (Sila lihat foto diatas). Rumput laut adalah husipan akuatik marin yang dijumpai dibeberapa lokasi di persisir laut Malaysia sebagai satu ekosistem penting dalam menjamin kehidupan organisma di laut. Terletak di tenggara benua Asia, negara kita Malaysia yang beriklim tropika antara habitat yang digemari pelbagai spesies rumput laut. Negara kita juga mempunyai kekayaan spesies rumput laut tertinggi di dunia iaitu antara 12 hingga 15 spesies daripada keseluruhan 60 spesies di seluruh dunia selain daripada negara jiran Indonesia dan Australia. Rumput laut adalah satu-satunya tumbuhan berbunga yang mendiami kawasan pesisir laut atau muara sungai secara separa tenggelam atau sepenuhnya teng­gelam hanya beberapa meter di bawah permukaan air laut. Pada masa sama buah daripada spesies seperti Enhalus acoroides sering menjadi makanan mentah bagi nelayan pesisir. Masyarakat yang tiada maklumat sering kali menyalah tafsir 'rumput laut' sebagai 'rumpai laut'. Selain namanya yang hampir sama, kekeliruan juga boleh disebabkan kedua-duanya hidup di habitat sama. Ternyata terumbu karang dan rumpai laut adalah lebih mesra sebagai ‘telinga’ berbanding rumput laut. Majoriti rakyat negara ini juga didapati masih kurang mengambil tahu serta tidak mengenal sama sekali rupa bentuk rumput laut dan tidak menyedari kewujudannya di kawasan pesisir laut negara ini. Artikel subuh 9 Ramadan ini saya menuls lagi selepas bersahur dalam "Anim Agro Technology" mengenai rumput laut seperti dilaporkan dalam Akhbar tempatan untuk ia dijadikan bahan bacaan.

Sekumpulan pakar penyelidik Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai Prof Mazlan dengan dibantu pelajar Doktor Falsafah (PhD) Syarifuddin dan Nurul Nadiah telah menjalankan satu kajian berkaitan pemetaan dan pengiraan biojisim rumput laut di negara ini (Sila lihat foto disebelah). Pihaknya menjalankan kajian dengan tujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi satelit dan bidang ‘remote sensing.’ Semenjak pertengahan 2013, kajian ini sudah dimulakan dengan menjadikan beting Merambong di Johor sebagai kawasan utama kajian selain sekitar Pulau Tinggi dan Pulau Sibu di Mersing. Jika negara lain seperti Australia sudah lama dapat menganggarkan biojisim rumput laut mereka di air jernih dan terdedah ketika air surut, namun ia berbeza bagi negara ini apabila rumput laut hidup bukan saja di air jernih, malah di air kurang jernih dan majoritinya sentiasa tenggelam di dasar laut. Imej satelit yang mudah dan tengah digunakan bagi pemantauan taburan dan juga pengiraan biojisim rumput laut ialah siri Landsat yang terdiri daripada Landsat Thematic Mapper (TM), Enhanced Thematic Mapper (ETM+) dan yang terkini Operational Land Imager (OLI). Menerusi spesifikasi 30 meter tiap piksel dan memanfaatkan ‘jalur spectrum nampak’, pemetaan dan anggaran biojisim di dasar pesisir laut dapat dipetakan melalui data ‘remote sensing. Sebenarnya litupan rumput laut di perairan negara ini yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun tidak menunjukkan perubahan ketara sepanjang tahun.

Faktor cuaca tidak memberi implikasi yang signifikan terhadap dinamika perubahan biojisim rumput laut di negara ini. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan perubahan dilakukan manusia di kawasan pesisir laut negara ini. Lazimnya habitat popular rumput laut seperti dikawasan Merambong menunjukkan impak negatif yang ketara dari segi taburan dan biojisimnya selepas aktiviti penambakan pasir di kawasan berdekatan dijalankan sejak awal tahun lalu. Kawasan ini sejak lebih kurang sedekad lalu ‘disibukkan’ dengan laluan kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan sebuah pelabuhan tersibuk di dunia iaitu Pelabuhan Singapura. Kini banyak rumput laut yang mati akibat kekurangan oksigen dalam air. Hal ini menyebabkan ikan segera berhijrah ke tempat lain dan banyak yang mati akibat kebocoran minyak daripada kapal membawa pasir. Produk berinovasi amat diperlukan bagi memudahkan penganggaran biojisim secara lebih praktikal dan lebih efektif supaya kehadirannya lebih dihargai masyarakat. Penggubalan polisi bagi mengurus ekosistem pesisir negara ini dengan lebih berkesan perlu disemak semula termasuk mengambil kira kepentingan memelihara dan memulihara habitat rumput laut di negara ini.

Pemantauan berterusan terhadap projek pembangunan pesisir perlu dilakukan dan tindakan diambil perlu selaras dengan usaha mengekalkan keseimbangan alam semula jadi. Ia dapat dilakukan dengan bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan imej satelit bagi melaporkan dinamika taburan geografi rumput laut. Rumput laut khazanah alam yang nilainya lebih tinggi berbanding kawasan hutan hujan tropika dengan keluasan sama jika diambil kira aspek perkhidmatannya dalam menyeimbangkan ekosistem global sebagaimana dilaporkan penyelidik global. Rumput laut mampu mempercepat proses mendapan yang dibawa dari darat ke dasar laut bagi mengurangkan pencemaran air. Ia antara pengeluar utama bagi rantaian makanan di ekosistem pesisir. Ia adalah tembok pertahanan semula jadi yang mampu mengurangkan hakisan ombak terhadap kawasan hutan paya bakau dengan memperlahankan halaju ombak. Pukulan ombak yang kuat secara berulang kali ke pokok bakau di tebing laut mampu menghakis tanah yang dicengkam akar pokok berkenaan. Kajian mengenaii perkara ini perlu diteruskan dimasa akan datang. Wasallam!.
RUMPUT LAUT... KAJIAN DIMULA...
RUMPAI LAUT... IA BERBEZA...
LAPORAN AKHBAR...DIBACA..
BERI INFO... DITULIS SEMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Pemuda, Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 Ramadan 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.