Thursday, June 18, 2015

PENGEMBANGAN PERTANIAN ELEKTRONIK

PENGEMBANGAN PERTANIAN ELEKTRONIK merupakan satu kaedah pemindahan teknologi maklumat berkaitan pertanian dan lain-lain perkara berkaitan kepada pelanggan (Clientelle) secara elektronik. Ini termasuk menggunakan alatan massmedia eletronik seperti Television, Radio, Talipon dan paling terkini dan canggih melalu laman website. Kaedah ini kini lebih praktikal dan berkesan mengikut tahap peredaran semasa teknologi pertanian, tahap pendidikan petani dan lebih cepat disampaikan kepada pelanggan.  Kaedah atau cara pengembangan konvensional dahulu dijalankan oleh manusia atau lebih sesuai oleh agen-agen pengembangan yang berstruktur atau yang tidak berstruktur. Teknologi pertanian sebenarnya sentiasa berubah-ubah mengikut masa, kesesuaian, lokasi, adaptasi, Budaya dan sebagainya. Perubahan ini walau pun sedikit, perlu diperolehi oleh petani bagi mendapatkan pendapatan tinggi melalui peningkatan kadar produktiviti ladang dan peningkatan kualiti produk. Pelbagai teknologi baru dan lama sebenarnya mampu untuk diaplikasi dalam pengeluaran ladang dan pengurusan agronomi. Artikel subuh ini sambil menikmati kedinginan disubuh hari dari aras 4 di hotel Cameroon Highland, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pengembangan pertanian serara elektronik bagi bahan bacaan ringan.


Kaedah konvensional pengembangan pertanian adalah melalui manusia dengan agen-agen pengembangan mendapatkan ilmu melalui latihan formal atau tidak formal dan disebarkan kepada petani-petani lain. Agen-agen pengembangan terdiri daripada pegawai-pegawai pengembangan dari organisasi berstruktur seperti pihak kerajaan, pihak swasta, NGO dan sebagainya. Di Malaysia, agen pengembangan kerajaan termasuk mereka yang menjalankan aktiviti pengembangan pertanian seperti agen pengembangan di Jabatan Pertanian, JPV, Jabatan Perikanan, RISDA, FELDA, FELCRA dan banyak lagi. Di pihak swasta pula, agen pengembangan adalah mereka yang terlibat terus dengan industri pertanian seperti Eksekutif Pemasaran Produk Pertanian, Penjual/ Pengedar Produk Pertanian, Syarikat berasaskan pertanian dan sebagainya. Dipihak Non-Government Organisation (NGO), terdapat banyak persatuan yang dibentuk dikalangan petani dan pihak-pihak lain yang terus aktif menjalankan juga aktiviti pengembangan pertanian mengikut kelompok mereka. Peranan semua kategori agen pengembangan diatas membantu didalam pemindahan teknologi pertanian sejak dahulu lagi. Teknik dan kaedah pemindahan teknologi berbeza mengikut sistem masing-masing mengikut kesesuaian. Pertemuan bersemuka diantara agen-egen pengembangan dengan pelanggan atau petani merupakan satu kaedah yang praktikal dan berkesan.


Agen Pengembangan yang menjalankan sistem pemindahan teknologi pertanian secara bersemuka dengan pelanggan perlu bertemu dengan pelanggan. Diantara kaedah yang dijalankan adalah melalui Kursus, Ceramah, Perjumpaan secara individu, Hands-on training, Program Promosi, Tunjuk ajar, Petak Demonstrasi, Lawatan Sambil Belajar, Pameran dan sebagainya. Agen pengembangan dan pelanggan dapat maklumat terus daripada komunikasi bersemuka dan lazimnya ia adalah sangat berkesan. Contohnya Program Pameran MAHA anjuran Kementerian Pertanian yang diadakan setiap 2 tahun sekali dan HPPNK Tahunan dapat mengumpulkan berjuta-juta petani serta usahawantani berjumpa dengan agen-agen pengembangan. Kaedah ini sangat praktikal dimana pelanggan akan datang dan melihat sendiri akan teknologi pertanian terkini dan dapat berbincang terus dengan agen-agen pengembangan pertanian. Pada tahun 2012 sahaja lebih 3.5 juta pengunjung hadir pada pameran MAHA Interntional yang diadakah di MAEPS, Serdang, Selangor. Pameran berskala besar ini amat signifikan dalam pemindahan teknologi pertanian secara langsung dimana banyak pihak terilbat daripada sektor kerajaan, swasta, NGO dan juga antarabangsa. 


Kaedah pengembangan pertanian melalui elektronik kini menjadi semakin popular. Pengembangan melalui media elektronik seperti TV, Radio dan lamanweb adalah diantara kaedah yang maju. Paling popular digunakan pemindahan teknologi melalui elektronik adalah melalui laman website yang mana ianya boleh di capai oleh pelbagai lapisan pelanggan daripada golongan petani, pelajar universiti, pentadbir,  pendidik, peniaga, pegawai pengembangan, usahawan, murid sekolah dan semua individu yang mencari maklumat. Kadar capaian melalui internet kini melangkaui masa dan lokasi dimana ianya boleh dicapai (access).  Kalau dahulu hanya orang tertentu dan lokasi tertentu sahaja yang mampu mencapai internet, kini boleh dikatakan capaian ini di Malaysia amat tinggi. Dimana-mana sahaja kita berada boleh mendapat capaian melalui internet menggunakan talipon mudah alih pintar (Smart handphones) yang amat canggih dan pantas ini. Dengan menggunakan pelbagai 'search engines'  yang ada, kita hanya perlu menaip apa juga tajuh atau maklumat teknologi pertanian, maka dalam beberapa saat sahaja lamanweb berkaitan akan keluar pada skrin.  Maklumat didalam bahasa Inggeris amat banyak boleh dicari tetapi maklumat teknologi pertanian didalam Bahasa Malaysia agak kurang. Antara beberapa blog mengenai teknologi pertanian disediakan oleh pihak kerajaan melalui pelbagai Jabatan dan Agensi yang ada diperingkat pusat dan negeri. Terdapat juga lamanweb yang disediakan oleh pihak syarikat atau peniaga yang menghasilkan dan menjual produk-produk pertanian yang boleh dicapai.  Sebagai contoh blog "Anim Agro Technology" ini merrupakan satu saluran pemindahan teknologi dalam lamanweb yang dikjunjungi seramai purata 8,000 orang sehari atau seramai 240,000 oelawat sebulan. Blog ini yang menerbitkan setiap hari satu artikel boleh di capai dengan menaip lamanweb www.animhosnan.blogspot.com mampu memberikan info berguna. Selain itu, banyak lamanweb peribadi penulis-penulis blog berkaitan pertanian yang berwibawa dan memberikan maklumat terkini dan tepat serta relevant dengan keadaan semasa. Wasalllam!.


TEKNOLOGI PERTANIAN... ADA DIMANA...
CARA LAMA... PENGEMBANGAN BIASA...
ORANG BERCERITA... PELBAGAI DIKATA...
KAEDAH ELEKTRONIK...JUGA BERJAYA... 


By,

M Anem
Crown Imperial Court
Brinchang, Cameroon Highland
Pahang, Malaysia
(4 Mac 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.