Friday, May 15, 2015

MANGGIS - KEGUNAAN KULIT

MANGGIS (Garcinia mangostana Linn) merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang semakin kurang ditanam oleh petani. Kebanyakkan pokok manggis yang ada sekarang merupakan pokok tua yang ditanam pada program AID oleh Jabatan Pertanian dahulu.  Pokok manggis merupakan jenis pokok saka yang termasuk ke dalam keluarga Clusiaceae. Buah manggis dikenal dengan gelaran 'Queen of the fruit' atau ratu buah dimana yang menjadi 'King of the Fruits' pula adalah durian. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 7,414 hektar (2006) kawasan tanaman manggis di Malaysia dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun kepada hanya seluas 7,390 hektar pada tahun 2014 dengan pengeluaran sebanyak 28,350 metrik tan. Negeri Perak, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak menanam pokok manggis selain daripada Pahang. Daerah Batang Padang di Perak menanam paling luas tanaman manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu langat Selangor (300 ha) dan Daerah Segamat , Johor (288 ha). Kebanyakan buah manggis yang keluar bermusim pada bulan Julai - Oktober adalah untuk pasaran tempatan. Hanya sebahagian kecil sahaja (kurang dari 10%) buah manggis yang dieksport keluar negara. Buah manggis memiki bentuk yang bulat dengan buah muda berwarna hijau dan menjadi ungu kehitaman kulitnya apabila masak. Ia mempuntai isi yang berwarna putih krim dengan tekstur sedikit berserat namun lembut berjus. Rasanya sangat manis dan menyegarkan kerana buah manggis mengandungi banyak air. Walau pun isi buah manggis sangat enak tetapi ia cuma sebahagian daripada komponen buah selain bijinya dan kulitnya. Sebenarnya penulis hendak berkongsi info dengan pembaca bagaimana kulit buah manggis mempunyai nilai ekonomi. Pada kebelakangan ini kulit buah manggis menjadi begitu popular dimana hasil beberapa kajian ia mempunyai nilai dari segi menghasilkan produk untuk kesihatan. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 3,295 mengenai kegunaan kulit manggis sebagai satu bahan buangan yang boleh dijadikan industri yang berpotensi.


Kulit Buah Manggis masak yang dimakan isinya sering dibuang begitu sahaja. Mungkin sebelum kajian saintifik dilakukan ramai tidak mengetahui bahawa kulit buah manggis matang mengandung bahan Xanthone. Ia merupakan komponen aktif yang utama terdapat pada buah manggis disebut xanthones. Xanthone adalah sejenis senyawa polifenol yang baru ditemui yang secara biologi aktif dan secara strukturnya adalah hampir sama dengan bioflavanoids. Unsur ini jarang terdapat tumbuhan disekeliling kita kerana paling banyak ditemui hanya dalam dua keluarga tumbuhan sahaja. Pada masa ini terdapat sekitar 200 jenis xhantones alami yang telah diikenalpasti. Kajian menunjukkan sebanyak sekitar 40 jenis diantaranya telah dijumpai dalam buah manggis. Ini satu berita yang amat hebat!. Xanthone dan bahan produk sepertinya dipercayai terbukti memiliki beberapa kegunaan termasuk anti-inflamasi dan anti-radang (allergy). Komponen lain dari buah manggis huga memiliki kualiti sebagi ubatan termasuk bahan polisakarida, sterol, proanthocyanidins dan catechin. Adalah baik jika kulit manggis diproses dan dijadikan produk untuk menjaga kesehatan fungsi tubuh.


Buah manggis juga didapati mengandungi rendah kalori dan juga memiliki rasa yang lazat. Buah manggis amat sesuai dimakan oleh mereka yang sedang berdiet dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Terdapat 63 kalori per 100 gram buah manggis yang dimanan. Manggis memang sah tidak mengandungi lemak tepu dan kolesterol. Makan buah manggis juga dapat mencukupkan keperluan bahan serat tubuh sebanyak 13 peratus setiap per 100 gram. manggis memang kaya dengan Vitamin C yang dapat memenuhi keperluan vitamin C tubuh (12%) per 100 gram isi buahnya. Vitamin C merupakan vitamin larut air yang berfungsi sebagai antioksidan dan ia membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit seperti demam, flu, infeksi sehingga kemungkinan serangan kanser. Manggis juga mengandungi bahan Vitamin B Kompleks seperti jenis thiamin, niacin dan folate. Vitamin ini bertindak sebagai bahan penting dalam memetabolisma karbohidrat, protein, dan lemak dalam badan. Bagaimana pun sebaiknya pilih buah manggis yang berkualiti iaitu tidak busuk dan telah cukup masak untuk dimakan. 


Kalau diatas mempaparkan isi buah manggis, penerangan berikut adalah mengenai cara membuat Jus Kulit Manggis. Ketika makan buah manggis, kulitnya dibuang sebaliknya dikumpulkan dan disimpan untuk dijadikan jus kulit buah manggis. Dalam kulit manggis tersebut terdapat khasiat yang berguna dan baik bagi kesihatan. Jus kulit buah manggis jika diamalkan minum selalu akan memberikan tahap kesihatan kepada pengamalnya. Minuman jus dari kulit buah manggis dikenali dengan nama 'Sirap xanthone'. Amat mudah menyediakan sendiri di rumah dengan cara memilih kulit manggis segar dan cuci bersih kulit buah manggis. Kemudian direbus dalam 4 gelas air bersih sehingga ia menjadi 2 gelas saja (separuh sahaja). Sejukkan dan ia boleh diminum secara rutin 2-3 kali sehari mengikut kesesuaian. Anda juga bisa menyesuaikan akan citarasa jus buah manggis dengan menambah madu atau bahan perisa lain yang disukai.


Diantara khasiat jus kulit manggin adalah seperti mengubati masaalah Pecah bibir (Sariawan) bahan kandungan vitamin C pada manggis juga berfungsi untuk menyembuhkan sariawan (Sila lihat foto disebelah). Cara membuat rawatan untuk mengubati sariawan dengan menyediakan kulit buah dari dua biji buah manggis segar yang dicuci dan dipotong-potong kulitnya terlebih dahulu. Rebus kulit manggis dengan 3 gelas air sehingga susut berkurang separuh (50%). Setelah air rebusan sejuk maka ia ditapis dan hasil rebusan dan buat untuk berkumur. Jus ini juga boleh atasi masaalah cirit birit.
Buah manggis menjadi buah yang cukup popular di Filipina dimana mereka menggunakan hasil rebusan daun manggis dan kulitnya untuk mengatasi berbagai gejala penyakit seperti menurunkan suhu tubuh semasa demam, mengatasi cirit birit dan gangguan saluran kencing. Kandungan bahan xanthone dalam kulit dan buah manggis bersifat anti- proliferasi dan apoptosis yang efektif untuk menghalang pertumbuhan sekaligus menghancurkan sel-sel kanker. Buah manggis juga mengandungi bahan mineral seperti kuprum, manganese dan magnesium. Kalium merupakan komponen penting dari sel dan cairan tubuh untuk membantu mengawal degupan jantung dan tekanan darah. Buah manggis berikan perlindungan terhadap kemungkian kejadian 'stroke' dan penyakit jantung koronari.


Kesan sampingan dari kulit Buah Manggis sama seperti berbagai bahan herba lain dimana tubuh tentu akan mengalami perubahan 'anti-reation' terhadap pegambilan buat kali pertama. Apa yang biasanya terjadi dari kesan sampingan dari pengambilan ramuan kulit manggis adalah seperti mengalami Allergi Ringan. Tandanya adalah seperti berlaku kulit menjadi kemerahan, terjadinya pembengkakan, rasa gatal-gatal pada beberapa bahagian tubuh dan ada kemungkinan kulit jadi bersisik. Kesan lain adalah seperti dimana sendi terasa ngilu, sakit kepala, sakit sendi, perut mual atau rasa kembung. Kesan lain seperti kesan insomnia dan gangguan seperti jantung berdebar. Kulit manggis mengandungi kadar resin, serat kasar dan tanin yang boleh mengakibatkan gangguan pencernaan jika mengambilnya terlalu banyak. Sebaiknya ambil dengan kadar yang sesuai. Apa juga pun mereka yang bermasaalah perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala dengan pakar kesihatan kerajaan atau swasta. Ujian kesihatan ini yang akan memberikan keputusan yang tepat. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada anda. Wasallam!...


KULIT MANGGIS...DIBUANG SAJA...
BOLEH DIKUMPUL...ADA GUNANYA...
KALAU DIREBUS... MINUM AIRNYA...
JUS KULIT MANGGIS...HEBATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Buah-buahan Kelompok,
Kg Cohong, Jasin,
Melaka, Malaysia.
(19 Rejab 1436H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.