Tuesday, May 19, 2015

LEBAH TUKANG - KITARAN HIDUP

LEBAH TUKANG (Xylocopa spp) atau LEBAH KAYU atau Carpenter bees merupakan sejenis serangga seperti lebah atau kumbang dengan badan lebah besar dan berbulu. Laporan saintis menyatakan terdapat kira-kira 500 spesies lebah kayu dalam 31 subgenus diseluruh dunia termasuk di Malaysia. Nama lebah kayu ini datang daripada fakta dimana lebah ini suka membina sarangnya dengan mengorek lubang dalam kayu mati, buluh atau di kayu balak (kecuali dalam subgenus Proxylocopa) dan ada spesis lebah ini yang suka membuat sarang dalam tanah. Lebah tukang ini merupakan sejenis serangga perosak kayu bagi beberapa orang tetapi sebenarnya ia juga merupakan sejenis spesis lebah yang mengunjungi bunga tumbuhan dan membantu proses pendebungaan. Penulis juga telah menulis artikel bagaimana lebah tukang ini amat baik dan berkesan dalam membantu proses pendebungaan pokok Durian Belanda (Annona muricata). Bunga durian belanda mempunyai masaalah pendebungaan yang agak serius terutama jika ditanam dikawasan yang sentiasa lembab, kurang tiupan angin, pokok kurang subur, jumlah pokok sedikit, jarak tanaman berjauhan atau pun kekurangan serangga agen pendebunga (Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini dan Sila Klik Disini dan Sila Klik Disini). Ada kemungkinan penanam pokok durian belanda menternak lebah tukang dikawasan kebunnya agar ia meningkatkan kapasiti proses fertilization (pendebungaan) bunga durian belanda. Pokok durian belanda perlukan pendebungaan berbantu bagi tingkatkan hasilnya. Artikel subuh Ahad ini saya menulis kitaran hidup lebah tukang dalam "Anim Agro Technology" bertujuan bagi menambah dan memindahkan ilmu penulis kepada pembaca blog ini yang dikunjungi lebih 5.5 juta pembaca sejak 7 tahun ianya disediakan.


Persoalan pertama adalah berapa lamakan kitaran hidup lebah tukang ini?. Beberapa info yang penulis rujuk nyatakan ia boleh hidup selama satu (1) tahun. Kitaran kali ini dimulakan dengan peringkat lebah tukang dewasa bertelur dalam batang kayu reput atau kayu didalam lubang sarang. Satu lubang mempunyai beberapa biji telur dan apabila menetas diberikan makanan debunga selama 1-2 bulan. Ia menjadi larva dan pupa sebelum begerak keluar menjadi dewasa. Peringkat dewasa ia akan hidup selama setahun dengan mencari debunga dan nektar sebagai sumber makanannya. Lebah tukang dewasa ini akan mencari pasangannya dan 'mating' dimana lebah tukang jantan akan mati selepas itu. Lebah tukang betina akan kembali mencari sarang lama atau sarang baru untuk bertelur. Lebah betina akan bertelur dan menyambung kitaran hidup dimana ia boleh hidup lebih lama iaitu sekitar setahun setengah selepas bertelur dan anaknya menjadi dewasa. Kitaran hidup lebah tukang di kawasan tropika dengan kawasan temperate agak berlainan kerana pada musim sejuk lebah tukang hanya tinggal dalam sarangnya sahaja. Di Malaysia ia boleh aktif sepanjang tahun dan membiak setiap masa membolehkan populasinya cepat membiak jika makanan dan cuaca mengizinkan.


Lebah Tukang ini dengan mana warna badan lazimnya adalah Hitam (Black) dengan tanda jalur atau tompok kuning pada badannya. Memang agak sukar untuk membezakan taksonomi kumbang tukang dimana lazimnya ia mempunyai mata kompoun yang besar. Lebah Tukang Jantan dapat dikenali dengan mempunyai saiz mata kompoun lebih besar berbanding dengan Lebah Tukang Betina. Dalam spesis lebah lebah tukang antara yang juga mempunyai saiz paling besar, kuat, berkilat, berbulu dan mampu menyengat (lebah betina sahaja). Lebah tukang mengorek kayu dan membuat lubang dengan menggunakan getaran badannya dan gunakan rahang pada mulutnya (mandibles) dan hanya akan membuat satu terowong sahaja. Terowong ini dikorek dengan tepat berukuran  6 mm (0.63 inci) ditengah batang kayu atau ditepi hampir sisi. Lebah tukang tidak menjadikan kayu sebagai makanan sebaliknya hanya makan debunga dan nektar daripada tumbuhan sahaja. Debu kayu yang dikorek bagaimana pun dikeluarkan melalui lubang diluar kayu dan sebahagian lagi dijadikan dinding sel untuk telur dan larvanya. Fungsi terowong ini sebenarnya untuk bertelur, larva, pupa dan menyimpan makanan samada debunga atau nektar mencukupi untuk keperluan anaknya (Sila rujuk foto dibawah). Anda juga boleh membaca artikel mengenai lebah tukang dalam penulisan lain. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada anda. Wasallam!.
LEBAH TUKANG... LEBAH KAYU...
BUAT LUBANG...SAIZ TERTENTU...
TEROWONG...  BERTELUR DULU...
SATU TAHUN... UMUR BERLALU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 204, Hotel Kowloon,
Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(20 Rejab 1436H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.