Wednesday, May 6, 2015

BURGER CENDAWAN TIRAM KELABU

BURGER CENDAWAN TIRAM KELABU merupakan satu produk baru berasaskan cendawan yang baru dipopularkan di negara kita. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulminorius) atau dulu dipanggil sebagai Pleurotus cajor-saju merupakan sejenis cendawan biasa yang paling banyak diusahakan berbanding dengan dengan cendawan jenis lain. Malaysia sebuah negara beriklim tropika yang mempunyai cuaca panas dan lembab serta mempunyai bahan asas mencukupi untuk memajukan industri tanaman cendawan sepanjang tahun. Jika dibandingkan dengan negara yang beriklim sejuk, kita mempunyai potensi besar memajukan sektor ini dengan perancangan dan perlaksanaan yang betul. Laporan oleh Jabatan Pertanian menunjukkan bahawa di Malaysia terdapat seramai 428 orang usahawan cendawan yang sedang bergiat aktif dalam industri ini pada tahun 2014 dengan menghasilkan sebanyak 30,500 kg sehari (30.5 metrik tan sehari) atau sekitar 10,675 metrik tan cendawan segar setahun. Kebanyakan cendawan ini adalah untuk kegunaan domestik dan hanya sebahagian kecil cendawan segar diekspot kenegara jiran. Kini telah ada pilihan untuk memproses cendawan ini menjadi Burger Cendawan. Penulis mendapatkan info ini daripada Confrentech 2015 yang diadakan du Kuching, Sarawak dari 6-9 April 2015. Dalam masa yang sama, Malaysia juga merupakan 'net importer' produk cendawan dari luar negara terutamanya jenis cendawan kering bernilai RM150 juta setahun terutama daripada negara China berbanding dengan nilai ekspot cendawan segar hanya RM45 juta setahun. Penggunaan cendawan dinegara kita adalah tinggi terutama ia digunakan sebagai makanan kesihatan dan juga berkhasiat. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai cara membuat dan kehebatan cendawan tiram untuk dijadikan bahan rujukan. Ini merupak artikel ke 3,246 dalam penulisan saya.

Burger Cendawan merupakan pilihan terkini dan terbaik berbanding dengan Burger Daging atau Burger Ayam atau Burger Ikan. Burger cendawan boleh diangkat sebagai subttute terutama kepada mereka yang vegetarian. Ia merupakan jenis makanan sihat dimana ia rendah kandungan lemak dan amat rendah kandungan kolesterol. Kini kajian menunjukkan burger cendawan tiram kelabu (Sila lihat foto disebelah) mengendungi B-Glucan yang membantu dalam mengurangkan kolesterol dalam badan. Walau pun untuk mendapatkan bekalan burger cendawan masa kini agak sukar kerana ia produk baru, terdapat beberapa usahawan tempatan yang membuat burger ini secara kecil-kecilan untuk dipasarkan. Agak sukar untuk kita mencari burger cendawan ini dipasaraya kerana belum ramai usahawan yang mampu menghasilkannya secara komersil. Penulis setakat ini pun hanya berpeluang 3 kali makan burger cendawan ketika bertugas di Muar dan sempena Pameran MAHA beberapa tahun dulu.

Membuat Burger Cendawan sendiri amat mudah dimana kita boleh membuatnya sendiri. Proses membuat burger cendawan melibatkan beberapa proses iaitu bermula dengan menyediakan cendawan tiram kelabu yang dibersihkan. Ia kemudian akan dipotong kecil-kecil dengan pisau tajam. Kemudian ia dicuci lagi dengan air bersih dan direbus. Ia akan ditoskan daripada airnya. Kemudian bahan cendawan ini perlu dikisar dengan blender sehingga hancur dan diadun atau digaul dengan sebati bersama ramuan membuat burger. Kemudian ia dimasukkan dalam mesin pencetak burger dalam bentuk bulat. Ia perlu disejubekukan dengan pantas. Ia perlu disimpan sentiasa dalam freezer agar tahan lama. Memasak burger cendawan amat mudah sama seperti burger daging. Panaskan kuali dan letakkan burger cendawan dan goreng sehingga masak. Masukkan burger ini kedalam roti dan bubuh ramuan lain seperti sos cili, myonis, daun salad, timun, tomato dan sebagainya dan boleh dihidangkan.

Jadual 1: Kandungan Nutrisi Burger Cendawan

Khasiat Burger Cendawan adalah berkhasiat seperti Jadual 1 yang dipaparkan diatas. Setiap 100 gram burger cendawan mengandungi kelembapan sekitar 65.1 g, Protin sihat (8.3g), Abu (2.3g), Serat Makanan (5.5g) dan banyak bahan galian seperti tertera. Apa yang penting dan istimewa adalah kandungan bahan Beta-Glucan yang sangat baik untuk kesihatan. Bahan ini dipercayai sangat baik sebagai salah satu untuk anti kanser.  Kelebihan burger cendawan dari segi jhasiat dan kesihatan memang tidak dapat dinafikan. Sekarang ini berapa agaknya harga yang dikenakan untuk satu set burger cendawan?. Adakah ia lebih murah atau lebih mahal daripada burger daging?. Asas perkiraan dengan mengambil harga runcit sekilorgam cendawan tiram kelabu sekitar RM10.00 sekilogram, kita boleh dapat antara 10 - 15 keping burger cendawan bergantung kepada kemahiran pembuatnya sama ada tebal atau nipis. Jadi anda boleh kira sendiri harga yang sesuai untuk menjual burger cendawan. Selamat mencuba!.
BURGER CENDAWAN... APA DIA...
IA PRODUK BARU... KENA CUBA....
CENDAWAN TIRAM.. ASASNYA...
MEMANG ENAK...JIKA PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dewan MPS, Seremban,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1436H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.