Tuesday, April 14, 2015

PADI BUKIT (Part 4) - KAWALAN PENYAKIT

PENAMANAN PADI BUKIT (Oryza sativa) di Malaysia hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja sebagai tanaman untuk kegunaan sara diri terutama dikawasan pendalaman dan rumah panjang. Kawasan penanaman padi bukit dilakukan secara tradisional dengan menggunakan tenaga tulang empat kerat dikawasan lereng bukit dan kawasan tanah yang beralun. Padi bukit ditanam dikawasan yang kering, tidak ada sistem pengairan dimana ia memang bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Penulis yang bertugas di Sarawak selama 2 tahun lebih dan sering melawat kawasan pendalaman memang biasa dengan aktiviti penanaman padi bukit ini. Padi bukit juga saya perhatikan ditanam dengan beberapa jenis tanaman lain seperti ubikayu, keledek, jagung, kacang tanah dan beberapa lagi. Dikawasan tertentu juga tanaman padi bukit akan ditanam dicelah-celah kebun lada hitam atau kawasan penanaman baru kelapa sawit. Padi bukit memang dijadikan amalan pertanian pindah-randah dengan penggunaan input pertanian amat minima sekali. Di Pahang dan Perak juga ada ditanam padi bukit dikawasan perkampongan orang Asli. Purata hasil tanaman padi bukit adalah rendah dimana ia kurang daripada 1 mt/ha (Purata nasional sekitar 0.74 mt/ha) berdasarkan Laporan CCS Jabatan Pertanian. Tanaman padi bukit lazimnya dilakukan dengan menebang hutan atau belukar baru dan ditanam satu musim sebelum bertukar kekawasan lain. Hasil yang rendah membolehkan petani menggunakan hasilnya untuk dimakan sendiri sahaja. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam dalam "Anim Agro Technology" mengenai KAWALAN PENYAKIT tanaman padi bukit berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan membuat beberapa rujukan teknikal.

(1) PENYAKIT REPUT SELUDANG

Penyakit ini berpunca dari Saroclasium oryzae yang menyebabkan seludang reput dan patah akibatnya tangkai padi tidak terhasil. Ia mungkin berpunca dari serangan serangga perosak diperingkat awal sebelum kulat tumbuh. Cuaca dalam kelembaban tinggi dan terlebih baja N menyebabkan ia mudah berlaku. Elakkan menanam terlalu rapat dan musnahkan sisa tanaman yang ada petogen tersebut. Semburan racun kulat seperti Carbendazim, Mancozeb dan Benomyl pada sukatan dan masa tepat membantu mengurangkan risiko serangan penyakit ini.

(2) PENYAKIT BINTIK PERANG TIRUS

Penyakit ini disebabkan oleh Cercospora oryzae dengan kejadian sering berlaku jika tanah kurang unsur K. kawalan dilakukan dengan rawatan biji benih menggunakan racun kulat Benomyl dimana ia lazimnya mengurangkan intensiti serngan. Semburan dengan racun kulat seperti Difennoconazloe, Propiconazole, Carbendazim, Mancozeb dan Benomyl pada sukatan dan masa tepat membantu mengurangkan risiko serangan penyakit ini.

(3) PENYAKIT REPUT BATANG

Penyakit ini disebabkan oleh Sclerotium oryzae yang masuk melalui luka dan berpunca dari tanah. Cuaca dalam kelembaban tinggi dan terlebih baja N menyebabkan ia mudah berlaku. Bakar sisa tanaman termasuk jerami padi untuk memusnahkan patogen tersebut. Aktiviti mengapor dan membaja pada masa tempat membantu mengurangkan intensiti serangan.  Penggunaan racun kulat seperti Benomyl mampu mengawal perebakkan penyakit ini. 

(4) PENYAKIT BERTIH

Penyakit bertih disebabkan oleh Kulat Ustilaginoidea virens Cooke dimana sering berlaku pada cuaca lembap dan hujan. Kawalan dilakukan dengan elak guna baja N berlebihan dan sentiasa guna beni bebas penyakit. Sebaiknya sisa tanaman yang ada dikebun dimusnahkan dengan membakar. Jika berlaku serangan boleh sembur racun kulat seperti Propiconazole dengan kadar dan cara yang betul.

(5) PENYAKIT BINTIK PERANG

Penyakit Bintik Perang berpunca dari Rynchosporium oryzae juga ketuka keadaan sekitar basah. Cara kawalan dengan gunakan benih bebas penyakit dan elakkan mengguna unsur N berlebihan dan jangan menanam terlalu rapat. Penggunaan racun kimia seperti Propinazole atau Difenoconazole dan Epoxiconazole boleh dilakukan dengan cara seperti disyorkan.

(6) PENYAKIT LECUR DAUN

Penyakit Lecur Daun pula disebabkan oleh Helminthosporium oryzae dimana kulat ini disebarkan melalui udara. Punca serangan daripada birijin yang berjangkit dan sisa tanaman atau rumpai. Penulis juga dapati melalui laporan bahawa jangkitan sering terjad dikawasan tanah kurang subur.

(7) PENYAKIT PUDAR BIJI PADI

Penyebab penyakit ini dikenalpasti sebagai Sarocladium, Biporis, Alternaria, Gerlachia, Fusarium dan Poma. Keadaan keliling dengan kelembapan tinggi menyebabkan ia berlaku. Jarakankan penanaman untuk kurangkan risiko dan penyemburan dengan racun kulat dengan spktrum mengurangkan kadar merebak penyakit ini.

Semuga artikel ini boleh dijadikan rujukkan dalam 5 siri penulisan mengenai Padi Bukit dan lain-lain artikel berkaitan.



PADI BUKIT.. KENAL PENYAKITNYA...
PERLU DIPANTAU.. PILIH KAWALNYA..
CARA AGRONOMI... SESUAIKANNYA..
GUNA RACUN... JIKA PERLUKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
IPS Semonggok, CMM Sarawak,
Semenggok, Kuching,
Sarawak.
(25 JamadilAkhir 1436H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.