Friday, April 10, 2015

CONFERTECH 2015

CONFERNTECH 2015 telah diadakan di Riverside Majestic Hotel, Kuching daripada 6-9 April 2015 yang dianjurkan oleh MARDI. Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi ini dianjurkan bersama dengan Jabatan Pertanian, FAMA, MOMA, LPNM, MARA, LKIM, TEKUN, Jabatan Perikanan dan juga Jabatan Verterinar.  Ia disokong oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan juga oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Seramai lebih 300 peserta hadir dalam persidangan ini yang terdiri penyelidik, agen pengembangan, pensyarah, aktivis pertanian dan sebagainya. Persidangan ini diadakan setiap dua tahun sekali ini dibuat dengan tujuan memberikan pemindahan teknologi hasil penyelidikan untuk disampaikan kepada golongan sasaran. Sebanyak 17 kertas pembentangan diberikan dalam persidangan ini dengan 5 sesi iaitu Sesi Inovasi Teknologi dalam Sektor Agromakanan, Sesi Teknologi dalam Agromakanan, Sesi Inovasi Pemindahan dan Sesi Pengkomersialan Teknologi , Sesi Inovasi Pemasaran Agromakanan dan juga Sesi Kejayaan Pemindahan Agroteknologi. Pembentangan Ucaptama diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertajuk "Peranan Pemindahan Teknologi terhadap jaminan dan keselamatan makanan negara". Sebanyak 17 kertas kerja oral dan 140 hasil kajian dalam bentuk poster dipamerkan sepanjang persidangan ini. Pada hari ke 3 diaturkan lawatan teknikal dan pusat tarikan pelancong seperti Kampong Budaya Sarawak, Pusat membuat Kek Lapis, Kilang Pasu dan sebagainya dengan bayaran. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai persidangan ini untuk maklumat dan pengetahuan pembaca semua.


Persidangan ini dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu a/k Numpang yang memberikan sokongan terhadap usaha penyelidikan untuk kemajuan pertanian dalam negara. Sebagai contoh beliau menyatakan penyelidikan mengenai projek pembiakan Ikan Terubok dan ikan Emparau telah dilakukan di Sarawak sejak sekian lama sehingga menghasilkan penemuan. Katanya ussaha penyelidikan perlu dilakukan untuk meningkatkan bekalan makanan dalam negara dan seterusnya untuk pasaran eksport. Persidangan ini diceriakan lagi dengan penyerahan dokumen MOU diantara MARDI dengan Persatuan Usahawan Kek Lapis Sarawak untuk kedua pihak menjalankan kerjasama dalam penyelidikan menghasilkan kek lapis yang sihat (Kurang menggunakan gula). Produk 'Kek Lapis Sihat' yang menggunakan gula dari tumbuhan (stevia) dilancarkan dengan hasil kajian yang dilakukan. Walau pun ia baru dan harganya agak tinggi tetapi ia mempunyai pontensi baik terutama dikalangan mereka yang bermasaalah dan ada diabetis. Lawatan VVIP keruang pameran poster diadakan selepas majlis perasmian.


Kertas Utama membentangkan bagaimana signifikannya penggunaan teknologi pertanian kerana 70% peningkatan pengeluaran bahan makanan pada masa akan datang adalah dengan intensifikasi teknologi dan bukannya dengan pengluasan kawasan pegeluaran. Seluruh dunia kini kekurangan tanah untuk aktiviti pengeluaran makanan dan hanya menggunakan teknologi maka produktiviti akan dapat ditingkatkan. Kertas ke 1, 2 dan 3 membentangkan beberapa kejayaan dan penemuan teknologi didalam sektor pengeluaran Agro makanan iaitu sektor tanaman, sektor mekanisasi dan juga inovasi penternakan. Pembangunan teknologi padi perlu diteruskan untuk mencapai tahap saradiri penggunaan beras negara daripada sekitar 72% dimana negara kepada 100% sara diri beberapa tahun akan datang. Padi hibrid adalah antara kajian semenjak 2007 dan akan mula diedarkan kepada petani pada musim 2015/2016. Pengenalan pai Aerob juga didapati berpotensi untuk menjadi alternatif bagi penanaman padi di kawasan tanah terbiar dengan sistem pengairan minima. Pengeluaran padi Malaysia meningkat dari 2.51 juta mt daripada 2011 kepada 2.50 mt pada tahun 2012.  Teknologi sayur-sayuran Buah-buahan pula memberi keutamaan kepada jenis yang berpotensi untuk pasaran antarabangsa. Produk sayuran dan buah-buahan yang berkualiti, selamat dimakan dan produktiviti tinggi perlu diketengahkan. Buah seperti nangka J33 (Tekam Yellow) mempunyai potensi pasaran amat baik di China dengan jumlah permintaan yang tinggi. Projek TKPM Nangka seluas 3,000 hektar di Pahang didapati menepati kehendak pasaran ini.  Fokus penyelidikan adalah untuk menghasilkan varieti baru dengan tumpuan diberikan kepada kualiti ketulinan baka dengan kaedah yang murah tetapi cekap. Sektor Ternakan pula menyumbang 11.7% dalam KDNK pada 2013 dimana ia disumbangkan oleh sektor bukan ruminan dan sebahagian kecil dari sektor ruminan. Pengeluaran hasil ternakan sektor bukan ruminan seperti ayam daging dan telur melebihi SSL. Penggunaan reban Ayam Tertutup didapati memberikan produktiviti lebih tinggi, mesra alam sekitar dan lebih cepat daripada kaedah penternakan konvensional.

Kertas ke 4 membentangkan kemajuan teknologi didalam pembungkusan makanan. Ia menyatakan bagaimana pembungkusan makanan melibatkan lebih daripada 9,000 buah kilang makanan. Pelbagai kaedah dan sistem pembungkusan membantu industri mengekalkan kualiti produk mereka. Kertas ke 7 adalah berkaitan dengan Teknologi Marker Assisted Selection (MAS) memberi dimensi baru kepada industri pertanian negara. Kini Pusat CMDV merupakan pusat sehenti pengenataipan penanda molekul yang canggih. Teknologi ini mampu mengesahkan ketulenan benih dengan tepat dan pantas. Kertas ke 8 adalah bagaimana banyak mesin dan peralatan hasil kajian telah ada dipasaran untuk meningkatkan produktiviti. In termasuk beberapa alatan memprosesan makanan, alatan ladang, sistem dan rekabentuk, automasi serta aplikasi ICT.Peningkatan produktiviti dengan mengurangkan kos buruh dan bahan input menggunakan mekasisasi dan automasi berjaya melalui aplikasi teknologi.


Sesi 3 banyak berkisar mengenai bagaimana cara pemindahan dan pengkomersilan teknologi berlaku serta cabaran-cabarannya. Kertas yang dibentangkan oleh Jabatan Pertanian menjelaskan bagaimana canggih dan bagus sesuaitu teknologi itu tidak memberi impak jika sistem penyampaian teknologi melalui agen-agen pengembangan kurang berkesan. Perlu ada pemindahan teknologi daripada sumber dengan jelas dan nyata kepada agen pengembangan (melalui sistem pengembangan pertanian SPTP) untuk disampaikan kepada golongan sasar dengan betul. Pada masa ini sebagai contoh adalah penggunaan benih padi MR220CL2 yang telah tidak disahkan oleh Jabatan Pertanian menyebabkan ia telah menyebabkan kerosakan padi diserang penyakit. Pesawah membeli benih padi tidak sah kerana ia murah dan mudah didapati. Akibatnya padi yang sepatutnya dihantar kekilang beras dijual sebagai benih untuk tanaman musim berikutnya. Serangan penyakit karah yang disebabkan oleh benih tidak sah menjejaskan pesawah yang menggunakan padi sah. Ini merupakan cabaran patut diatasi oleh agen pengembangan dengan baik.  Beberpapa kertas lagi akan dibincangkan dalam artikel berlainan. Wasallam!.


INOVASI TEKNOLOGI...NAMA TEMA...
17 KERTAS... DIBENTANG SEMUA...
174 POSTER...DIPAPAR DIBACA...
PINDAH TEKNOLOGI... KETARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hotel Riverside Majestic, 
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(9 April 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.