Tuesday, March 17, 2015

LIMAU - JENIS PEROSAK (Part 2)


TANAMAN LIMAU (Citrus spp) merupakan jenis tanaman penting diseluruh dunia dan menjadi industri utama bagi beberapa negara. LIMAU MANIS merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga ke sederhana. Limau Manis (Citrus suhuensis) yang memang popular di Malaysia dari jenis Limau Madu (Citrus chinensis), Limau Langkat, Limau Mandarin dan beberapa jenis lagi. Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke bujur. Pokok limau manis memang mempunyai sistem perakaran akar tunjang. Varieti Limau Madu dan Limau Mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada pembentukan kepak (wing) pada tangkai daun. Pada kebiasannya daun pokok limau berwarna daripada hijau muda ke hijau tua. Pada sesetengah varieti dibahagian daun terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas. Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam. Bunga terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-ranting muda. Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum. Bunga mempunyai 5 kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik. Stamennya yang banyak dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya(anther) berwarna kuning. Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga. Keluasan tanamn limau manis di Malaysia berjumlah 1,890 hektar dari pelbagai varieti seperti Limau Manis, Limau Bali, Limau Kasturi dan sebagainya pada tahun 2012. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai jenis perosak (Part 2) bagi tanaman limau untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.


(6) KOYA atau "Mealy bugs"
Koya  (Planococcus citri Russo.) adalah sejenis serangga ini menyerang pucuk, daun matang, ranting dan buah. Bahagian yang diserang akan mempunyai tompok-tompok putih akibat koya (Sila lihat foto disebelah). Koya sering menyerang pokok buah-buahan termasuk limau dimana ia memberi kesan sampingan kehadiran koya ialah terdapatnya kulapuk hitam pada bahagian bawah daun dan permukaan buah. Ini adalah hasil dari pertumbuhan kulat keatas embun madu yang dikeluarkan oleh koya. Pokok akan kelihatan seperti berjelaga. Kehadiran koya boleh dikawal dengan membuat semburan campuran minyak putih dan racun serangga dapat mengawal perosak ini. Cantasan yang sempurna juga mampu mengurangkan kehadiran koua pada tanaman limau.

(7) PELOMBONG DAUN atau "Leaf Miners" 
Ulat Pelombong Daun (Phyllocnistis citrella Staint) adalah sejenis derangga yang berwarna hijaudimana ia mengorek ke dalam daun dan menghisap cecair sap epidermis (Sila lihat foto disebelah). Serangan berlaku pada bahagian daun limau dimana setiap ulat berada dalam satu lombong dengan bersinar keperakan dan berkelok-berkelok. Kesan serangan akan menyebabkan daun menjadi cacat, berkedut-kedut dan bergulung. Selalunya terdapat kepompong berwarna oren di tepi daun. Serangan serius menyebabkan gangguan proses fotosintesis dan kecacatan pada daun. Larva korek dan makan tisu dalam daun. Daun menjadi cacat dan berkedut atau bergulung. Sembur racun hamama dimethoate 0.1% b.a. setiap dua minggu sekali.


(8) KEPINDING atau "Stink Bug" 
Kepinding (Rhynchocoris humeralis Thnbg dan Rhynchocoris serratus Don.) adalah serangga yang berwarna coklat atau juga berwarna hijau ini menghisap cecair dari bahagian daun muda, pucuk dan buah pelbagai jenis buah-buahan termasuk buah limau. Daun pucuk limau yang dihisap akan menjadi layu dan kering (Sila lihat foto disebelah). Antara simptom serangan adalah dimana buah limau yang diserang akan berongga di bahagian isinya. Dalam keadaan lain serangan di peringkat putik boleh menggugurkan putik dan buah limau. Serangga ini boleh dikawal dengan membuat tinjauan ladang yang kerap dan memungut peringkat nimfa dan dewasa dengan tangan. Semburan racun serangga jenis umum boleh mengawal prosak ini.


(9) PENGOREK KULIT LIMAU atau "Rind Borer" 
Perosak Ulat Pengorek Kulit Limau (Prays endocarpa Meyr.)  ini menyerang jenis limau yang mempunyai kulit tebal seperti limau bali atau Pomelo atau Grapefruit. Ulat ini akan mengorek ke dalam kulit buah dan mengeluarkan serpihan tahinya ke permukaan buah (Sila lihat foto disebelah). Buah yang diserang akan kelihatan buruk dan tidak licin kulitnya atau semacam ada bonjolan dimana ini akan menurunkan nilai komersialnya. Serangan ulat ini boleh dikawal dengan menyembyr menggunakan jenis racun serangga di peringkat putik sebelum aktiviti membalut buah yang juga akan dapat mengawal perosak ini. Larva sering mengorek dan memakan tisu. Dewasa menghisap cecair dari buah. Timbunan sisa makanan akan kelihatan pada lubang yang dikorek. Kumpul dan musnahkan buah yang diserang. Menggunakan bahan penarik jantan untuk mengurangkan populasi serangga jantan.


Dalam menanam limau, pemilihan benih amat penting dimana kita kena pastikan bahawa pemilihan pokok penanti menjadi faktor utama penanaman pokok limau. Pokok penanti telah diperkenalkan untuk menangani masalah penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza. Biasanya anak pokok 'mandarin' dan 'sweet orange' yang dibiakkan secara tut tidak dapat dielakkan daripada serangan penyakit tersebut. Oleh yang demikian pokok penanti yang digunakan hendaklah rintang terhadap kedua-dua penyakit ini. Kajian mendapati varieti Troyer Citrange digunakan sebagai pokok penanti untuk 'sweet orange' manakala varieti Cleoptra digunakan sebagai pokok penanti untuk tanaman limau mandarin. Varieti-varieti seperti Poncisrus trifoliate (L) Raf. Rangpur Line, Cleoptra mandarin dan Citrumelo didapati rintang terhadap kedua-kedua penyakit ini. Namun varieti-varieti ini tidak dapat mengawal penyakit 'greening'. Penggunaan P. trifoliata sebagai pokok penanti akan mengakibatkan pertumbuhan awal yang kurang memuaskan di ladang kerana pokoknya kerdil. Banyak varieti limau yang asli seperti limau nipis dan citron didapati kurang tahan terhadap kedua-dua penyakit ini. Oleh yang demikian, jenis-jenis limau dan citroid lain perlulah dinilai sebelum dijadikan sebagai pokok penanti.


Aktiviti dalam pemilihan pokok penanti untuk benih limau yang baik ditentukan oleh lima kriteria iaitu faktur ketahanan terhadap penyakit reput batang phythopthora dan juga bersesuaian dengan iklim dan keadaan tanah di tempat yang ditanam. Ketiga ia mesti bersesuaian dengan varieti limau pilihan yang dicantumkan dan mampu memberi hasil yang maksima ataupun memuaskan. Benih mestilah toleran terhadap penyakit phythopthora dan virus tristeza Petani hendaklah mencantum mata tunas lebih tinggi ke atas pokok penanti (25-30 cm dari paras tanah) supaya batang pokok baka tidak kena percikan air dari tanah dan tidak disyorkan mencantum lebih 30 cm kerana masalah pertumbuhan. Terdapat lebih banyak kelebihan daripada masalah yang timbul daripada penggunaan pokok penanti untuk tanaman limau di Malaysia. Kadangkala pokok penanti yang digunakan menghasilkan buah yang berasa masam dan mengambil tempoh yang lebih lama untuk berbuah. Tetapi dengan adanya pokok penanti, petani mampu mengelakkan tanaman limau daripada diserang oleh penyakit phythopthora dan penyakit virus tristeza yang menjadi faktor utama kurangnya hasil tanaman limau. Di samping itu, pokok penanti yang tumbuh biasanya pada paras yang renek dan ia memudahkan pengurusan harian petani-petani tanaman limau. Kebanyakan daripada pokok penanti yang berkualiti masih diimport dari negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia dan ia juga boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian, MARDI dan daripada nurseri-nurseri yang terpilih. BIji benih untuk varieti 'Rangpur Lime' boleh didapati dengan mudah tetapi varieti ini kurang tahan terhadap penyakit reput batang. Semuga artikel dua episod ini mampu memberi info berguna kepada pembaca "Anim Agro Technology" semua. Wasallam!.


TANAM LIMAU... PEROSAK ADA...
5 JENIS... PART 2 BERCERITA....
PERLU DIKETAHUI...KAWAL DIA...
PART 1... PERLU BACA  JUGA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Southern Region Biosecurity Lab,
Department of Agricukture,
Ayer Hitam, Johor,
Malaysia.
(14 JamadilAwal 1436H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.