Kilang ini dimulakan secara kecil-kecilan oleh pengasasnya sekitar tahun 1959 (sama dengan umur penulis). Ia telah diusahakan dengan bangunan rumah kedai kecil yang menggunakan cara tradisional memproses kopi (Sila lihat foto disebelah). Pada waktu tersebut ramai petani sekitar Daerah Tenom menanam kopi jenis Liberica dan Robusta yang mendapat galakkan daripada Jabatan Pertanian Sabah. Oleh kerana tidak ada jalanraya maka kebanyakan biji kopi perlu diproses agar ia boleh mendapatkan pendapatan. Penghubung yang ada cuma laluan keretapi dari Tenom ke Kota Kinabalu membawa hasil pertanian. Keretapi tersebut kini masih berfungsi sebagai daya tarikan pelancong dengan jarak sekitar 170 km dari bandar Kota Kinabalu. Kini selain daripada biji kopi tempatan, kilang Yit Foh ada menggunakan biji kopi mentah jenis Robusta yang diimpot melalui syarikat tempatan yang beroperasi di Kota Kinabalu. Harga biji kopi robusta keluaran tempatan dibeli sekitar RM8.50 sekilogram. Biji kopi ini diproses untuk menghasilkan sekitar 12 produk berasaskan kopi dengan pelbagai jenama Kopi Tenom.
Encik Alex membuat penerangan beberapa peralatan dan mesin untuk menyediakan minuman kopi. Paling asas adalah alat membancuh kopi digelar 'Vietnam Coffee Maker' yang berharga sekitar RM10 satu set. Air panas dicurah terus diatas serbuk kopi dan seterusnya ia sedia untuk diminum. Alat kedua buatan Jepun menggunakan teknik 'vacuum filter' yang berharga RM2,500 memberikan citarasa sebenar keenakan dan kepahitan kopi yang disediakan. Bagaimana pun air kopi yang menggunakan mesin pembuat kopi berharga RM10,000 menggunakan tekanan (pressure) didapati memberikan rasa kopi paling pahit (tidak pernah minum kopi sepahit ini!). Kopi pahit tanpa gula ini telah ekstrak semua yang terkandung dalam serbuh kopi tersebut. Menuurut Alex jika minum kopi ini akan mengurangkan kemungkinan Parkinson Disease. Penulsi bagaimana pun berjaya menghabiskan 2 cawan kecil kopi terpahit ini (Sila lihat foto sebelah). Ramai dikalangan ahli rombongn yang tidak mengethui teknik-teknik minum kopi sebenar tanpa gula yang mencabar.
Teknologi menggoreng kopi merupakan identiti produk kopi kilang ini yang dikekalkan semenjak lama dulu. Seorang pekerja perlukan masa selama 2 tahun untuk menjadi tukang goreng dengan cara unik ini (Sila lihat foto disebelah). Setiap proses penggorengan memerlukan masa 2 jam sebelum ia disejukkan dan seterusnya dikisar mengikut jenis produk. Kilang ini mempunyai sijil MESTI, Sijil HALAL, GMP dan pelbagai keperluan dalan operasi sebagai kilang makanan. Serbuk kopi yang dikisar akan dihantar kepada unit penyediaan produk seterusnya kepada unit pembungkusan. Bergantung kepada jenis produk, teknik pembungkusan juga disesuaikan dimana bungkusan kecil dalam sachet kini mendapat permintaan yang amat tinggi berbanding dengan bentuk serbuk kopi campuran. Pembungkusan dilakukan secara semi-auto dengan kapasiti pengeluaran disesuaikan. Pemerhatian penulis mendapati kilang ini mampu meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran dimasa akan datang dikawasan bersebelahan sebagai unit pengeluaran baru.
Kopi Tenom kini digabungkan dengan konsep Agrotourism. Pelancong yang berkunjung ke Daerah Tenom boleh melawat Taman Pertanian Sabah sejauh 15 km dari kilang kopi Yit Poh yang ada beribu-ribu koleksi janaplasma pelbagai tnaman tropika dari seluruh dunia. Alex juga memaklumkan ada 15 ekar tanah yang menanam kopi robusta boleh dikunjungi pelancong an bagaimana ia diuruskan. Pengurus kilang mendakwa beliau akan membeli sebanyak mana kopi robusta tempatan asalkan petani memberikan biji kopi berkualiti (Sila lihat foto pemilik kilang disebelah). Potensi tanaman kopi di Sabah amat tinggi terutama dibeberapa daerah seperti di Tenom, Daerah Ranau, Sipitang, Sook dan Nabawan. Jabatan Pertanian Sabah menyasarkan seluas 241 hektar melibatkan seramai 88 orang petani tanaman kopi baru di 5 daerah ini sehingga 2015. Daerah Tenom yang mempunyai tanah subur mampu memberikan hasil kopi terutama jenis robusta untuk diproses dikilang yang semakin dikenali produknya. Semuga industri kopi akan terus maju di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya dimasa akan datang. Wasallam!...
KOPI TENOM... SATU INDUSTRI...
ASAL TEMPATAN....BIJI KOPI...
PROSES UNIK... CARA SENDIRI...
PRODUK DIJUAL... IA BERKUALITI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Exibition Hall and Factory,
Kolang Kopi Yit Poh,
Tenom, Sabah,
Malaysia.
(6 Mac 2015)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.