Monday, February 9, 2015

BAJA CHITIN ATAU CHITOSAN


BAJA CHITIN atau BAJA CHITOSAN adalah baja yang disediakan dari bahan asas dari lautan seperti kulit kerang, kulit ketam, kulit udang, siput dan sebagainya. Baja Chitin yang terdapat pada Crustaceans seperti ketam, kerang dan kulit udang adalah seperti satu 'keajaiban' apabila diberikan kepada tanaman.  Tindakbalas bahan ini seperti menghalang tanaman daripada diserang penyakit dan terus subur kerana ia menggalakkan bakteria pemakan chitin (chitin bacteria eating) terus membiak. Pada kebanyakan serangga yang terdapat dikeliling kawasan tanaman adalah mengandungi banyak unsur chitin didalam badannya. Bakteria ini akan memakan semua bahan chitin yang ada pada badan musuh tanaman termasuk serangga, telur nematodes dan juga kulat (fungus).  Chitin juga amat toleran dengan keadaan suhu agak sejuk dan panas melampau. Kajian menunjukkan bahan chitin jika diberikan pada tanaman akan mampu menggalakkan pengeluaran bunga dengan jangkamasa lebih lama. Ini termasuk pengeluaran bunga untuk tanaman sayuran seperti tanaman tomato, chili, kacang panjang dan sebagainya. Penggunaan baja chitin dan silicon didapati mampu meningkatkan hasil tanaman. Penggunaan baja ini di kalangan petani sayuran komersil di Malaysia masih ditahap sederhana dimana ia banyak diguna oleh petani yang tahu mengenai perkara ini dan mempunyai modal mencukupi kerana kos baja ini agak tinggi dipasaran. Bagaimana pun ia adalah berbaloi jika mengambilkira pulangan yang akan diperolehi oleh mereka yang menggunakannya. Artikel pada petang Ahad ini saya menulis artikel ke 3,210 dalam "Anim Agro Technology" mengenai Baja Chitin dan Baja Chitosan untuk bahan rujukan anda semua.


Baja Kulit Ketam (CRAB SHELL FERTILIZER) mengandungi bahan chitin yang akan menggalakkan pertumbuhan bakteria pemakan chitin dalam tanah. Salah satu jenama yang ada dijual dipasaran adalah keluaran Neptune's yang juga diperkayakan dengan unsur Nitrojen, Posforan, Kalium, Sulfur, Magnesium, Kalsium, Sodium, Zat Besi, manganese, Kuorum, Zinc dengan kadar pH sekitar 6.0. Sebenarnya bahan chitin merupakan bahan terbiar polisaccharide yang terdapat dalam alam semulajadi. Ia merupakan bahan dikelaskan sebagai 'Derivatif selulos' walau ia tidak terdapat pada organisma yang menghasilkan selulos. Dari segi sejarah, chitin telah dijumpai pada cendawan padan 1811 oleh Prof Henri di Perancis. Kemudian hanya pada tahun 1830 baru diberikan nama sebagai chitin yang berasal dari bahasa Greek yang memberi makna 'tunic' atau 'envelope'. Hanya pada tahun 1850 baru didapati bahawa hbahan chitin boleh dilarutkan dalam air olrh Prof C. Roughet. Kemudian pada tahun 1870 barulah dicidapati bahawa chitin boleh dijadikan kepada kompoun chitosan. Chitosan merupakan bahan polisaccharide dari Glucosamine yang terhasil daripadaa bahan chitin melalui proses penguraian pada molikul chitin. Pada zaman moden ini ia terhasil daripada memproses bahan terbuang daripada kulit ketam, kerang dan siput laut dan menjadi bahan penting untuk tumbuhan.


Kepentingan Chitin dan Chitosan dalam sektor pertanian terus berkembang dari semasa kesemasa. Para saintin terus berfikir bagaimana untuk menggunakan bahan ini untuk dijadikan bahan pelindung tanaman secara biologi dimana ia menggalakkan pertumbuhan bakteria pemakan chitin pada tanah. Ini selaras dengan kesedaran ramai pengguna yang tidak mahu membeli produk-produk makanan mereka seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang disembur menggunakan baja kimia yang toksik. Merek juga lebih sedar penggunaan baja kimia toksik yang banyak akan menyebabkan berlaku akumulasi toksik pada tanah, tanaman, ternakan, perikanan dan dalam air sendiri yang membahayakan kepada kelestarian pertanian. Salah satu strategi dalam menambahbaik perlindungan tanaman (crop protection) adalah dengan mengamalkan kaedah biologi dan kurangkan mutasi kepada perosak tanaman. Tahap menjadi kekebalan dan ketahanan tumbuhan dan patogen banyak bergantung kepada banyak faktor termasuk peranan enzim pada sel tumbuhan seperti lignin, suberin dan juga silicum. Bahan chitosan yang tidak toksik didapati sesuai dijadikan bahan biopolimer organik yang mudah terurai menepati kehendak alam sekitar.


Chitosan didapati berfungsi dengan menghalang proses 'antifungal' dan 'antibacterial activities' dalam sistem tumbuhan. Semua bahan dalam chitosan didapati memberi kesan lama yang tidak merosakkan ekologi persekitaran. Ia boleh digunakan untuk banyak jenis tanaman. paling sesuai kerana cara penggunaan baja chitosan boleh disalurkan melalui sistem pengairan (terutamanya tanaman fertigasi) atau pun semburan terus pada pokok (foliar application). Penggunaan ini menghalang serangan oleh kulat dan ia juga membentuk lapisan kompoun fenolic yang menghalang sebarang kemasukan (penetration) sebarang patogen kulat. Chitosan menghalang reproduksi patogen termasuk menghalang gene yang akan mengeluarkan 'protease inhibators' yang menghalang serangan serangga pada tanaman. Ia juga bertindakbalas dengan formasi bahagian akar, pertumbuhan batang dan pembentukkan buah oleh hormon tumbahan.  Tumbuh-tumbahan tidak mengandungi chitosan tetapi mampu mengeluarkannya (secretion process) enzim Chitinase. Jika tumbuhan ini diberikan baja chitosan makan taumbuhan akan menyerapnya dan meningkatkan lagi aktiviti yang melibatkan enzim chitinase yang memnerikas hasil dimana tanaman akan tahan dari serangan penyakit. Terdapat dua jenis Produk Oligosaccharide Chitosan dipasaran dimana satunya mempunyai kompoun molikiular yang ringan dan satu lagi dengan kompoun molikul yang berat.


Selain daripada kesan ketahanan dari serangan penyakit tanaman, chitosan juga memberi kesan kepada akktiviti mikrob dalam tanah setelah pemberian baja ini. Ia juga memberi kesan signifikan pada media tanaman bukan tanah seperti dalam sistem fertigasi.  Ia membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik agar boleh diambil oleh tanaman. Ia membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah untuk dihantar kebahagian lain tanaman. Kecekapan pengambilan unzur baja oleh chitosam menyebabkan tanaman akan memberikan hasil buah dan daun lebih besar dan banyak. Ia juga memanjangkan tahap penyimpanan lebih lama (longer shelf-life) tuaian hasil. Hasil tanaman juga selamat dimakan keran atidak banyak kesan toksik. Baja chitosan yang dibuat dari produk laut seperti kulit kerang, ketam dan kulit udang adalah bebas toksik dan juga penggunaannya adalah selamat dan mera alam. Baja ini patut digunakan oleh petani dinegara kita agar mereka menghasilkan makanan berkualiti. Wasallam!.



BAJA CHITIN... CHITOSAN JUGA...
DARI LAUT... DIPROSES LAMA...
KESAN BAIK... SUBUR POKOKNYA...
HASIL BANYAK..SELAMAT JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(2 RabiulAkhir 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.