Tuesday, January 20, 2015

BELIMBING BULUH - PROJEK KOMERSIL

Pokok belimbing buloh (Averrhoa bilimbi) adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 4-6 meter. Pokok ini menyerupai pokok belimbing besi (Star Fruit atau Averrhoa carambola) dari segi taksonomi dan pencirian tumbuhan. Daunya berwarna hijau muda dan berzaiz kecil dengan ukuran 5-8 cm x 2-4 cm dan bersusunan bersilang. Batangnya berkayu dengan kulit yang berwarna coklat bercorak putih atau kehijauan. Bunganya kecil berwarna ungu kemerahan dan mempunyai 3 kelopak dan stigma berwarna putih. Bunga keluar dari bahagian batang dan dahan pokok belimbing buluh sepanjang tahun (Walau pun ada musim tertentu agak kurang). Buah belimbing Buluh berwarna hijau muda terang yang bulat lonjong berukuran 2-3 cm garispusat dan 4-6 cm panjang. Terdapat beberapa biji dalam buah berwarna putih kehijauan didalamnya.Belimbing buloh digunakan sebagai bahan masakan untuk menambahkan keenakan masakan harian seperti Masak Kari, Masak Asam Pedas, Masak Ikan Cili Api, Masak Ikan lemak Pedas, Masak Daging Salai Cili Api dan sebagainya. Di Pahang Sambal Hitam Belimbing Buloh merupakan sejenis makanan tradisi terutama disekitar Raub, Jerantut dan Kuala Lipis. Jika hendak makan segar biasanya di makan dengan sedikit garam kerana rasa masam. Di India Belimbing Buluh digunakan sebagai masakan masalla. Di kampong saya dulu ketika Hari Raya saya memang mencari Halwa Belimbing Buluh yang mempunyai rasa manis dan masam. Belimbing buloh juga boleh di buat jeruk yang memang sedap rasanya. Kini Belimbing Buloh telah pun di jadikan makanan ringan yang di minati setelah dijerukkan atau di buat Halwa dan sering kita jumpa di pasar malam. Satu hari nanti kita hendak melihat belimbing buloh di jadikan makanan kesihatan dalam bentuk jus, pil, serbuk, kapsul dengan pelbagai teknologi yang mungkin akan di terokai. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu laporan akhbar mengenai projek komersil perintis penanaman belimbing buloh di Pahang sebagai satu usaha murni untuk pembangunan buah jenis nadir ini dibawah Program EPP1- Pembangunan Kluster Herba dibawah Kementerian Pertanian.


LAPORAN AKHBAR
UTUSAN MALAYSIA
ARKIB : 25/02/2014

Tiga kampung perintis projek belimbing buluh


Ahmad Nazlan Idris (empat dari kiri) menyerahkan pokok 
belimbing buluh kepada penduduk di Kampung Gintong, 
Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 24 Feb. - Tiga buah kampung di sini menjadi perintis kepada projek tanaman belimbing buluh dalam usaha menjadikan tanaman tersebut sebagai produk komersial di daerah ini. Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pihaknya telah menyerahkan sebanyak 3,000 anak pokok belimbing buluh kepada penduduk di tiga kampung terbabit iaitu Kampung Gintong, Bukit Puas dan Bukit Genting. Jerantut merupakan sebuah daerah yang terkenal dengan masakan tradisional termasuk sambal hitam yang menggunakan belimbing buluh sebagai bahan-bahan utamanya. Dulu buah ini boleh diperoleh dengan harga murah, namun sekarang harganya semakin meningkat sehingga mencecah RM40 sekilogram kerana permintaan tinggi di pasaran," katanya di sini baru-baru ini. Menurutnya, peningkatan harga buah itu adalah disebabkan kekurangan bekalan. Jadi, kita mengambil langkah untuk menjadikan belimbing buluh sebagai tanaman komersial di samping menjana pendapatan penduduk luar bandar," ujarnya. Ahmad Nazlan berkata, selain diusahakan secara meluas, belimbing buluh juga boleh ditanam di kawasan yang terdapat di belakang rumah. Beliau memberitahu, tanaman tersebut tidak memerlukan penjagaan rapi serta boleh mengeluarkan hasil dalam masa singkat.

Buah ini banyak kegunaannya terutama dalam resipi masakan Pahang dan saya harap penduduk mendapat manfaat daripada projek tanaman ini dan akan berkembang pada suatu hari nanti sekali gus boleh menjadikan daerah ini sebagai pengeluar belimbing buluh utama," jelasnya. Pokok Belimbing Buloh lazim di tanam menggunakan bahan tanaman dari mengetut dan jarang menggunakan biji benih. Bagaimana pun ada petani menggunakan kaedah keratan atau dari anak benih yang tumbuh di pangkal pokok dewasa. Penanaman secara komersial monocrop jarang di buat kerana tenaman ini tidak ada permintaan komersil secara besar-besaran atau pun ekspot tidak seperti belimbing besi (Carambola). Setiap rumah di kampong menanam pokok untuk kegunaan sendiri atau pun jika banyak akan dihantar kepasar atau dijual di pasar malam dengan harga satu longgok RM 1.00 (Lingkungan 6-10 biji). Pokok ini boleh di tanam walau pun ada sedikit naungan di keliling rumah.

Pokok mula berbuah selepas 1.5-3 tahun di tanam jika dijaga dengan baik. Berikan baja organik dan baja NPK 15:15:15 untuk tumbesaran dan baja Buah NPK 12:12:17:2 untuk menggalaknan pengeluaran bunga dan buah belimbing buloh. Antara musuh tanaman pokok buloh adalah seperti serangan aphid dan koya serta jelaga pada musim lembab. Lalat Buah (Bactocera carambolae) juga kadang-kadang menyerang pada peringkat awal buah (walau pun buah masam) menyebabkan bentuk buah bengkok atau berkedut sedikit. Buat cantasan agar ketinggian pokok sesuai untuk memudahkan menuai atau mengutip hasil. Cantasan pembentukan di dari peringkat awal penanaman untuk kita mendapatkan banyak cabang seimbang dan buat 'topping'. Buah belimbing buluh yang matang berwarna hijau gelap atau yang terlalu matang akan menjadi hijau kekuningan. Jika tidak di petik buah akan gugur diatas tanah dengan sendiri dan busuk. Petik buah menggunakan tangan dan basuh sebelum di makan atau di proses. Satu pokok belimbing buloh dewasa mempu menghasilkan antara 5-15 kg buah belimbing buluh setahun atau lebih lagi jika di jaga dengan sempurna. Buah ini tahan di simpan selama 5-10 hari tanpa apa-apa rawatan dan tahan lebih lama lagi jika disimpan dalam suhu sejuk. Kepada mereka yang suka makan buah masam atau mereka yang mengidam (Ibu mengandung) tiada masaalah dengan rasa buah belimbing buloh yang masam.  Wasallam....


TANAM BELIMBING... BULUH JENISNYA...
KAWASAN PAHANG...PERINTIS JADINYA...
BENIH DIEDAR... DITANAM BANYAKNYA...
SAMBAL HITAM... RAMAI PEMINATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 310, Hotel Jelai, 
Raub, Pahang, 
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.