Belimbing Buloh (Averrhoa bilimbi) adalah sejenis pokok buah jenis Belimbing dari Keluarga Oxalidaceae yang terdapat di negara kita. Buah Belimbing Buluh yang terdapat di Malaysiakebanyakannya masam seperti yang terdapat 2 pokok de kampong saya di Muar, Johor. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Mollucas, Indonesia dan juga hidup subur di seluroh kawasan Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, India Selatan, Sri Lanka dan Myanmar. Buah Belimbing Buluh adalah sangat masam dengan purata pH 4.0 - 4.7 dan ditanam sebagai tanaman campuran di keliling rumah. Pokok belimbing buloh adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 4-6 meter. Pokok ini menyerupai pokok belimbing besi (Star Fruit atau Averrhoa carambola) dari segi taksonomi dan pencirian tumbuhan. Daunya berwarna hijau muda dan berzaiz kecil dengan ukuran 5-8 cm x 2-4 cm dan bersusunan bersilang. Batangnya berkayu dengan kulir berwarna coklat bercorak putih atau kehijauan. Bunganya kecil berwarna ungu kemerahan dan mempunyai 3 kelopak dan stigma berwarna putih. Binga keluar dari bahagian batang dan dahan pokok belimbing buluh sepanjang tahun (Walau pun ada musim tertentu agak kurang). Buah belimbing Buluh berwarna hijau muda terang yang bulat lonjong berukuran 2-3 cm garispusat dan 4-6 cm panjang. Terdapat beberapa biji berwarna putih kehijauan didalamnya.
Kajian saya di beberapa buku mendapati buah belimbing adalah masam tetapi mengandungi zat makanan berguna untuk kesihatan manusia. Setiap 100 gram bahagian buah yang boleh di makan mengandungi 94 g air, Protin (0.62 g), Serat (0.6 g), Ash (0.4 g), Kalsium (0.34 mg), Ferum, (1.01 mg), Niacin (0.302 mg), Thiamine (0.010 mg), Riboflavin (0.021 mg), Cartene (0.025 mg) dan Asid Askorbik sebanyak 15.6 mg yang menyebabkan rasa buah belimbing buloh masam. Kultivar yang ada di Malaysia adalah Belimbing Buloh Tempatan yang masam dan belum ada laporan yang saya dengan kultivar Belimbing Buluh di Malaysia yang manis. Terdapat laporan dari rakan saya di Filipina (Ms Cyntia - peserta kursus ASEAN Tropical Fruit 2011 di Serdang - saya beri lecture) kata ada jenis Belimbing Buloh di Filipinan jenis manis di panggil 'BALIMBING' dan jenis biasa yang masam di panggil sebagai Kultivar ' KAMIAS'. Pokok Belimbing Buloh lazim di tanam menggunakan bahan tanaman dari mengetut dan jarang menggunakan biji benih. Bagaimana pun ada petani menggunakan kaedah keratan atau dari anak benih yang tumbuh di pangkal pokok dewasa. Penanaman secara komersial monocrop jarang di buat kerana tenaman ini tidak ada permintaan komersil secara besar-besaran atau pun ekspot tidak seperti belimbing besi (Carambola). Setiap rumah di kampong menanam pokok untuk kegunaan sendiri atau pun jika banyak akan dihantar kepasar atau dijual di pasar malam dengan harga satu longgok RM 1.00 (Lingkungan 6-10 biji). Pokok ini boleh di tanam walau pun ada sedikit naungan di keliling rumah.
Membuat sambal hitam belimbing buluh memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang khusus. Mereka yang pandai masak bagaimana pun boleh membuat sendiri dengan baca resepi dari internet sahaja. Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah Belimbing Buluh Segar dalam 500 gram, Bawang merah kecil (7 biji), Bawang putih (5 ulas), Cili padi (15 tangkai atau lebih jika suka pedas), Ikan bilis kopek (1 cawan), Minyak untuk menumis (1 cawan), Kicap lemak manis sedikit, Garam dan Gula mengikut rasa. Cara masak dimulakan dengan proses dimana belimbing buluh segar dibersihkan dan direbus dalam periuk tanpa air hingga ia hampir kering dan bewarna hitam. Sebaiknya gunakan api yang kecil dan kacau sekali sekala. Seelok nya gunakan periuk yang sudah lama dan tidak guna lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan susah hendak bersihkan semula. Belimbing buluh ini direbus sampai belimbing yang telah diletakkan sedikit garam sehingga bertukar kepada warna kehitaman dab lazimnya buah belimbing akan lembut.Jika api kecil kadang-kadang mengambil masa selama 3 jam lebih. Proses seterusnya adalah proses memasak sambal. Mulakan dengan mengambil bahan cili api,ikan bilis,bawang besar ditumbuk kasar atau boleh gunakan pengisar (blender kering). Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk dalam kuali serta dikacau hingga separuh masak. Kemudian dimasukan belimbing dan dikacau rata hingga masak. Masukan garam dan gula serta sedikit kicap untuk kita mendapatkan rasa lemak. Apabila telah masak maka ia boleh dihidangkan atau disimpan dalam peti ais untuk tahan lama. Pembotolan dan pembungkusan dengan rapi membolehkan sambal hitam belimbing buluh tahan lama sebelum dimakan. Dalam majlis kenduri seperti Majlis Perkahwinan di kawasan pahang Tengah makanan ini sering dihidangkan untuk para tetamu seperti juga popularnya rojak buah di Johor. Semuga artikel ini menambah ilmu pembaca semua. Wasallam!.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.