Monday, December 8, 2014

KOPI - PEMBAJAAN KOPI

KOPI (Cofea lspp) merupakan tanaman minuman yang ditanam daripada keluarga Rubiaceae yang ditanam secara tunggal atau selingan. Tanaman kopi didunia adalah seluas 11.12 juta hektar dengan Brazil merupakan negara penanam terluas didunia iaitu 2.15 juta hektar (19%) diikuti dengan Vietnam (1.057 juta hektar ) dan Colombia (0.88 juta hektar). Malaysia hanya mencatitkan keluasan 3,764 hektar tanaman kopi dengan pengeluaran sebanyak 14,739 mt bernilai 11.79 juta pada tahun 2013. Kawasan penanaman kopi utama di Malaysia adalah di Sabah iaitu seluas 2,220 hektar (59% dari jumlah keluasan Malaysia) diikuti dengan Johor seluas 1,116 hektar (30%), Sarawak (193 hektar) dan Selangor (64 ha). Selain itu terdapat seluas 0.4 hektar ditanam di Kedah (Dipercayai dari Jenis Robusta) dan hanya 0.4 hektar di Pahang pada tahun 2013 (Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia 2013). Pokok kopi seperti tanaman lain memerlukan pembajaan untuk hidup subur dan mampu menghasilkan buah yang banyak serta berkualiti. Jarak penanaman kopi di Malaysia yang disyorkan adalah 3m x 3m (empat segi sama) yang memberikan kepadatan tanaman sebanyak 900 pokok sehektar atau dengan jarak 3.5 meter x 3.5 meter dalam sistem segitiga sama yang memberikan kepadatan 945 pokok sehektar. Pembajaan jenis kopi liberica yang sesuai diberikan bergantung kepada jenis tanah dan umur pokok. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" teknologi mengenai sistem pembajaan kopi berdasarkan nota ceramah yang saya berikan kepada penanam kopi di sekitar Johor sekitar tahun 2000 dahulu. 

Bagi jenis Tanah Lanar (Siri Selangor dan Siri Kangkong) lazimnya sebelum menanam anakbenih kopi dimasukkan sebanyak 170 gm CIRP dan 150 gm GML (Kapor) kedalam lubang penanaman. Pembajaan pada tahun pertama menggunakan baja NPKMg 18:11:5:2.5 dengabn kadar sebanyak 150 gram sepokok setahun yang diberikan dengan 4 kali aplikasi. Ini bermakna pembajaan tahun pertama perlu dilakukan 3 bulan sekali. Berikan juga kapor GML sebanyak 100 gram sepokok yang dipecahkan setiap 6 bulan aplikasi. Pada tahun kedua pula baja yang sama diberikan pada kadar 250 gram sepokok juga dibaja setiap 4 bulan  untuk mendapatkan pertumbuhan yang baik. Tahun kedua jumlah GML diberikan sebanyak 200 gram sepokok. Bagaimana pun pembajaan pada tahun ke 3 diubah jenis baja iaitu menggunakan baja NPKK 17:8:17dengan kadar 350 gram sepokok setahun diberikan sebanyak 3 pecahan (setiap 4 bulan). baja kaporGML pula sebanyak 300 gram sepokok juga iberikan 2 pecahan (setiap 6 bulan). Pembajaan pada tahun ke 4 dan seterusnya (Peringkat reproduktif) baja NPK 17:8:17 diberikan dengan kadar 500 gram (setengah kg) setiap pokok setahun dengan 3 pecahan (4 kali setahun ) dan kapor sebanyak 300 gram sepokok (2 pecahan atau 6 bulan sekali).

Bagi jenis Tanah Gambut lazimnya sebelum menanam anakbenih kopi dimasukkan sebanyak 170 gm CIRP dan 200 gm GML (Kapor) dan 10 gram Kuprum Sulfat kedalam lubang penanaman. Pembajaan pada tahun pertama menggunakan baja NPKMg 18:11:5:2.5 dengabn kadar sebanyak 200 gram sepokok setahun yang diberikan dengan 4 kali aplikasi. Ini bermakna pembajaan tahun pertama perlu dilakukan 3 bulan sekali. Berikan juga kapor GML sebanyak 100 gram sepokok yang dipecahkan setiap 6 bulan aplikasi. Pada tahun ke 2 pula baja yang sama diberikan pada kadar 400 gram sepokok juga dibaja setiap 4 bulan  untuk mendapatkan pertumbuhan yang baik. Tahun kedua jumlah GML diberikan sebanyak 300 gram sepokok ditambah kuprum sulfat sebanyak 10 gram sepokok sekali baja.  Bagaimana pun pembajaan pada tahun ke 3 diubah jenis baja iaitu menggunakan baja NPKK 17:8:17dengan kadar 700 gram sepokok setahun diberikan sebanyak 3 pecahan (setiap 4 bulan). baja kapor GML pula sebanyak 400 gram sepokok juga iberikan 2 pecahan (setiap 6 bulan) dan baja Kuprum sulfat sebanyak 15 gram sepokok setahun. Pembajaan pada tahun ke 4 dan seterusnya (Peringkat reproduktif) baja NPK 17:8:17 diberikan dengan kadar 1,000 gram (satu kg) setiap pokok setahun dengan 3 pecahan (4 kali setahun ) dan kapor sebanyak 500 gram sepokok (2 pecahan atau 6 bulan sekali) dan baja kuprum sulfat sebanyak 20 gram sepokok. 

Bagi jenis Tanah Bukit (Siri Renggam) lazimnya sebelum menanam anakbenih kopi dimasukkan sebanyak 170 gm CIRP dan 150 gm GML (Kapor) kedalam lubang penanaman. Pembajaan pada tahun pertama menggunakan baja NPKMg 18:11:5:2.5 dengabn kadar sebanyak 200 gram sepokok setahun yang diberikan dengan 4 kali aplikasi. Ini bermakna pembajaan tahun pertama perlu dilakukan 3 bulan sekali. Berikan juga kapor GML sebanyak 100 gram sepokok yang dipecahkan setiap 6 bulan aplikasi. Pada tahun kedua pula baja yang sama diberikan pada kadar 400 gram sepokok juga dibaja setiap 4 bulan  untuk mendapatkan pertumbuhan yang baik. Tahun kedua jumlah GML diberikan sebanyak 200 gram sepokok.  bagaimana pun pembajaan pada tahun ke 3 diubah jenis baja iaitu menggunakan baja NPK 17:8:17 dengan kadar 600 gram sepokok setahun diberikan sebanyak 3 pecahan (setiap 4 bulan). baja kapor GML pula sebanyak 300 gram sepokok juga iberikan 2 pecahan (setiap 6 bulan). Pembajaan pada tahun ke 4 dan seterusnya (Peringkat reproduktif) baja NPK 17:8:17 diberikan dengan kadar 800 gram (setengah kg) setiap pokok setahun dengan 3 pecahan (4 kali setahun ) dan kapor sebanyak 400 gram sepokok (2 pecahan atau 6 bulan sekali). Begitulah teknologi pembajaan pokok kopi di Malaysia berdasarkan informasi yang penulis rujuk untuk makluman semua. Wasallam.


MEMBAJA KOPI..AMALAN PERLU...
LAIN JENIS TANAH...PASTIKAN DULU...
BAJA DITABUR...TENTUKAN WAKTU...
POKOK SUBUR ... HASIL BERMUTU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Plot Tanaman Kopi Liberica,
Kg Sungai Balang,
Muar, Johor,
Malaysia.
(19 Safar 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.