Wednesday, December 17, 2014

KOPI - MACAM-MACAM CERITA

KAFIEN (Caffiene) terkenal akan kemampuannya dalam menstimulasi tubuh dan pemikiran manusia. Tubuh kita akan menyerap kafein yang dihasilkan daripada serbuk dan biji kopi (Coffea spp) secara cepat dimana kafein tersebut lazimnya akan dapat menstimulasi metabolisma tubuh manusia dan dapat membantu meningkatkan pemikiran dan konsentrasi. Kesan tersebut selalunya dapat bertahan hingga 2-5 jam setelah kopi yang mengandungi kafien diminum. Daripada beberapa kajian yang dijalankan selepas pengambilan bahan kafein secara sederhana (moderate) sebanyak 300 mg per hari dianggap sesuai dan memadai bagi tubuh. Jumlah kafein tersebut pada umumnya ada terkandung dalam ukuran pengambilan sebanyak 3-4 cawan atau cangkir kopi serbuk biasa atau sekitar 4-5 cawan/ cangkir kopi larut jenama NESCAFÉ atau pun sebanyak 4 bekas/ kaleng minuman bertenaga atau pun dari 400g minuman asas coklat. Saya hanya mengambil minuman kopi sekitar secawan sehari pada waktu pagi dengan kekerapan hanya dua hingga tiga hari sekali. Itu pun ada campuran susu dalam kopi tersebut atau menggunakan paket /sachet ready-mix kopi 3-in-one. Kajian menunjukkan penggunaan perkapita kopi oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak 0.86 kg setahun seorang. Lazimnya kebanyakan hotel berbintang akan menghidangkan kopi setiap main menu diruang makan begitu juga dengan beberapa restoren bertaraf bintang. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mecam-macam cerita mengenai kopi dan kepentingannya dalam kehidupan manusia seharian.

Mula-mula saya akan menerangkan tiga jenis utama tumbuhan kopi yang sering ditanam didunia iaitu jenis Kopi Arabika (Coffea arabica) yang menguasai 70% pengeluaran kopi dunia dan jenis Kopi Robusta (Coffeea canephora) yang telah menguasai 28% keperluan dunia. Namun di Malaysia jenis kopi yang banyak ditanam adalah jenis Kopi Liberika (Coffea liberica) iaitu hanya 2% sahaja ditanam diseluruh dunia. Perkataan Robusta dari kataasal "robust" yang bermakna ia lebih kuat daripada jenis Arabika dimana pokok kopi jenis ini dapat tumbuh di dataran rendah. Ciri-ciri tanaman kopi Robusta lebih kuat dan memiliki kadar keasidan yang lebih rendah. Biasanya tumbuhan ini ditanam di Vietnam, Brazil dan Indonesia.  Tanaman kopi arabika sering tumbuh di kawasan tanah yang lebih tinggi iaitu biasanya pada ketinggian dataran mencapai lebih dari 800 m sampai 2,500 m. Kopi Arabika memiliki aroma yang lebih khas dan kadar keasidannya lebih sesuai. Negara seperti Brazil, Colombia, Etiopia, Amerika Tengah, Mexico, India dan Afrika Timur adalah beberapa negara yang dikenal dengan penanaman dan pengeluaran tanaman kopi Arabika yang tinggi kualitinya. Pada masa kini jenis kopi arabika adalah kopi yang paling banyak dihasilkan di seluruh dunia terutama untuk pasaran ekspot dari negara pengeluar.

Seluruh dunia mungkin pernah mendengar jenama NESCAFE yang menghasilkan kopi segera yang paling popular didunia. Kini terdapat banyak produk jenama nescafe dipasaran daripada jenis yang biasa sehingga kepada pelbagai jenis perasa dan nama unik dalam pelbagai pembungkusan. Laporan menyatakan disekitar Asia Tenggara kopi jenis robusta adalah yang sering digunakan untuk produk Nescafe. Merujuk kepada lamanwen NESCAFE mendapati syarikat ini memberikan banyak inisiatif dimana NESCAFÉ menyebarkan tanaman kopi kepada komuniti penanam kopi di seluruh dunia. Mereka akan meneliti tanaman-tanaman kopi dan memilih yang terbaik untuk ditanam di tempat yang khusus dan sesuai dengan tanah dan iklim untuk tanaman tersebut. Amalan ini didapati telah membantu petani kopi secara kontrak farming atau yang komersil dalam mengeluarkan biaya yang lebih rendah namun boleh mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi.  Mereka mengujudkan apa dinamakan sebagai NESCAFÉ Plan untuk industri pengeluaran kopi yang bertanggung jawab. Penanaman kopi berpengaruh pada industri dan masyarakat. Tujuan mereka adalah untuk meninggalkan jejak lingkungan seminima mungkin sekaligus menciptakan nilai bersama terasa pada masyarakat.

Sebut sahaja gula-gula saya terfikir akan Gula-gula Kopiko yang membawa pengalaman rasa kopi pertama kepada ramai individu. Kini Kopiko bukan sahaja menghasilkan gula-gula kegemaran ramai malah pelbagai variasi kopi pra campuran yang semakin mendapat perhatian peminat minuman kopi. Nama Kopiko sememangnya gah dalam dunianya sendiri namun pasti ramai yang tidak tahu ia berasal dari daerah Cikupa, Tangerang iaitu dua jam perjalanan darat dari Jakarta Pusat, Indonesia. Terdapat dua kilang besar di tapak seluas 17 hektar. Terdapat pelbagai jenis biji kopi yang digunakan Kopiko bagi membuat minuman kopi pra campuran dan serbuk kopi untuk pelbagai produk lain.  Di setiap peringkat pemprosesan kopi mereka menitikberatkan penilaian kualiti yang tinggi dan ketat supaya produk yang terhasil setanding dengan pengalaman dan namanya. Biji kopi yang tiba di dua kilang ini akan melalui proses penggredan di mana hanya biji kopi menepati kriteria sebagai biji kopi terbaik saja akan digunakan. Ia kemudian dipanggang mengikut kepanasan berbeza mengikut jenis produk yang akan menggunakannya. Kelebihan Kopiko adalah biji kopinya dipanggang tanpa bahan tambahan lain yang meniru rasa kelemakan kopi. Cara panggang yang tepat akan memberi rasa dan aroma asli yang sempurna tanpa perlu menambah bahan perisa. Proses terakhir adalah di mana biji kopi yang sudah dipanggang sempurna akan dikisar kepada beberapa jenis kisaran, bersesuaian dengan jenis hidangan kopi yang akan disediakan. Ekstrak kopi dihasilkan melalui beberapa proses yang dikendalikan mesin dan kemudian serbuk ekstrak kopi ditambah gula atau krim sebelum dibungkus. Selepas melepasi peringkat kawalan kualiti terakhir, ia dieksport ke lebih 50 negara seluruh dunia termasuk Malaysia. 

Kini dengan pemasaran Kopiko seperti L.A Coffee (kopi rendah asid) ia telah mendapat sambutan hangat dari pengguna di Malaysia. Ini kerana L.A Coffee mempunyai rasa kopi sebenar malah ia mempunyai kelebihan di mana ia kurang asid berbanding kopi lain di pasaran. Kopiko menjadi jenama pertama di Asia yang menghasilkan kopi jenis ini. Kopi yang rendah asid lebih baik untuk perut jadi mereka yang meminumnya tidak berasa kembung perut atas memulas seperti yang selalu dialami bila meminum kopi biasa. Rasanya tetap mewah dan asli malah terdapat juga variasi di mana pengguna boleh memilih sendiri kandungan gula yang ingin diletakkan dalam kopi kerana gula diasingkan dalam bungkusan lain. Kepelbagaian ini dibuat kerana syarikat mengambil kira pendapat serta cadangan pengguna dan sentiasa ingin keluar dengan produk yang sofistikated mengikut keperluan semasa. Dengan penghasilan pelbagai minuman kopi yang berkualiti kini Kopiko bukan dikenali sebagai gula-gula kopi sahaja tapi satu jenama gaya hidup untuk semua peringkat umur dan latar belakang. Begitulah pelbagai cerita berkaitan kopi dan produk kopi yang hebat diiklankan di TV setiap hari. Adakah kopi akan masih kekal sebagai minuman yang diambil oleh manusia dan kita di Malaysia semakin kurang menanam kopi sendiri dan banyak bergantung kepada pengimpotan dimasa akan datang. Wasallam!.


PRODUK KOPI... BANYAK JENAMA...
SEBUT NESCAFE...TAK YAH TANYA...
Nm KOPIKO...DULU GULA-GULA...
LA COFFEE... PRODUK BARUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Belibelah Alamanda,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(12 Safar 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.