Tuesday, December 27, 2022

TERNAKAN PUYUH PEDAGING (Part 2)

BURONG PUYOH PEDAGING
 (Cortunix japonica) atau Quail (English) merupakan sejenis burung yang boleh diternak. Burung ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyoh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan burung. Pengeluaran daging puyoh di Malaysia sebanyak 3,260 metrik tan pada tahun 2013 dan pengeluaaran telur puyoh pula direkodkan sebanyak 1,760 mt pada tahun yang sama. Kajian JPV juga mendapati kadar penggunaan daging puyoh sebanyak 0.104 kg seorang setahun dan penggunaan telur puyoh sebanyak 0.063 kg pada tahun 2013. Rekod JPV juga ada menunjukkan terdapat seramai 82 orang penternak burung puyoh daging dan 22 orang penternak puyoh telur di Malaysia. Kebanyakan penternak berada di sekitar Melaka, Selangor, Perak dan Johor. Negeri-negeri lain agak kurang bilangan penternak puyoh. Kajian juga mendapati terdapat 12 usahawan atau syarikat yang mengeluarkan dan menjual anak puyoh daging dan seorang pengeluar telur baka. Ada kepercayaan orang ramai menyatakan telur dan daging burung puyoh mengendungi kolesterol yang tinggi tetapi kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar menyatakan sebaliknya. Daging puyoh mendapat permintaan yang tinggi dar semasa kesemasa dan mengandungi kandungan lemak yang rendah. Hidangan daging puyoh goreng ada dijial di Pasar Tani, Pasar Malam, Restoren, Hotel-hotel dan banyak lokasi lagi. Lazimnya daging puyoh berempah akan dijual RM 4.00 - RM5.00 seekor bergantung kepada saiz dan premis jualan. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ternakan burung puyoh daging dalam 3 siri untuk dijadikan bahan bacaan dan bahan rujukan semua pembaca blog ini. 

Sistem Pengurusan atau pun s
istem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Lazimnya sistem ini satu peringkat umur puyuh berada didalam satu bangsal. Sistem ini akan menitikberatkan cara pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan ini akan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam kotak perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat. Bekalan anak puyuh yang digunakan untuk pengeluaran daging adalah Japanese Quail (Coturnix japonica). Bekalan anak puyuh untuk pedaging dari pengusaha tempatan lazimnya dari jenis penelur. Akan tetapi ada terdapat penternak puyuh baka yang akan juga menggunakan puyuh berbadan besar yang diimpot dari negara luar. Dari segi rupa dan diskripsi kedua puyuh jenis pedaging dan penelur adalah dari jenis yang sama. Bezanya adalah bagi kegunaan pengeluaran daging puyuh ini telah menjalani pemilihan dan pembiakan untuk menghasilkan daging yang lebih. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dari Institut Kemajuan Ternakan Ayam telah menghasilkan puyuh jenis pedaging (Dari jenis Coturnix japonica) hasil dari pemilihan dan pembiakan yang dijalankan. Puyuh ini telah diberi nama sebagai PUYUH IKTA. Tentukan pengusaha mendapat bekalan anak puyuh pedaging dari pembekal anak puyuh pedaging IKTA keluaran Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Ini mempastikan bahawa pengusaha mendapat anak puyuh berkualiti tinggi.


Pengurusan penternakan peringkat perindukan dilakukan dimana d
alam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 -14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover (alat pemanas). Selalunya sebanyak 1,000 ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 cm persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan. Dulang makanan yang berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 cm digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8cm digunakan. Makanan dan minuman akan diberi tanpa had. Didalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas. Pada peringkat pembesaran didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk proses menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram sekor. Sila lihat Lampiran 2 untuk piawaian puyuh pedaging IKTA. Puyuh akan ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual (mengeluarkan telur) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari.

Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Jumlah atau bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak. Lazimnya hendaklah diberikan keluasan lantai sebanyak 209 sentimeter persegi seekor. 
Pemakanan Puyuh lazimnya diberi makanan dari jenis 'Quail Starter mash' atau Makanan Permulaan Puyuh. Tentukan pengusaha menggunakan makanan jenis ini untuk mempastikan pembesaran yang cepat. Di lapangan banyak pengusaha puyuh pedaging tempatan tidak menggunakan makanan dari jenis ini. Makanan permulaan ayam pedaging digunakan dengan meluas bagi memberi makan puyuh pedaging. Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat makanan ternakan tidak menjual makanan puyuh pedaging kerana volume yang kecil. Walaubagaimanapun pengusaha besar boleh mendapatkan makanan puyuh pedaging dengan rundingan terus kepada pengeluar makanan. Kesihatan burung puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan 'flighty behaviour' dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa.mArtikel ini ditulis dalam 3 segmen iaitu Part 1m Part 2 dan Part 3 yang mesti dibaca semua. Semuga artikel ini berikan faedah kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam....
MENTERNAK PUYOH... ADA RAHSIA...
TEMPAT SUNYI.... IA AMAT SUKA...
PUYOH DISEMBELIK..DIBEKUKAN DIA...
GORENG BEREMPAH .. ADUH ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Puyoh,
Kg Paya Redan, Pagoh,
Muar, Johor,
Malaysia.
(1 Safar 1436H).
Kemaskini pada 1 JamadilAkhir 1444H
Bersamaan 25 DIsember 2022.
Merry Christmas!...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.