Wednesday, January 11, 2023

BURUNG WALIT - KOSTING DI MALAYSIA

TERNAKAN BURUNG WALIT
(Collacalia fuciphaga) adalah satu industri yang semakin popular dirantau ini. Burung walit merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur diatas udara dengan pantas. Burung ini adalah daripada keluarga Apodidae ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang atau kecil dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing. Lazimnya bahagian kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pokok atau pada tali wayar eletrik. Dilaporkan ia berlainan dengan burung layang-layang yang ada menghinggap. Burung walit secara alami memang mempunyai kebiasaan tinggal di dalam gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sehinga amat gelap dimana ia kan menggunakan langit-langit untuk melekatkan sarang buatannya sebagai tempat tinggal untuk burung walit berehat dan membiak secara bertelur. AApa pun kini di Malaysia perusahaan burung walit telah mula 'sangat popular' semenjak tahun 1996 lagi dimana ada banyak pemain industri telah membina premis rumah burung walit selepas itu. Dianggarkan lebih daripada 2,500 premis burung walit berdaftar dibina setakat ini sama ada dikawasan bandar, pekan atau didalam sawah atau dalam ladang kelapa sawit. Hasil dari penternakan burung walit ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sehingga kini produk asli sarang walit ini selain mempunyai harga yang tinggi dimana ia didakwa juga dapat bermanfaat untuk kesihatan dan sebagai makanan kesihatan serta kosmetik. Sarang walit yang sudah dibersihkan dan diproses didakwa berkhasiat dan berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga. Artikel malam Ahad ini saya menulis lagi dalam blog ''Anim Agro Tehnology'' mengenai revision costing ternakan burung walit di negara kita sekadar untuk bahan bacaan dan rujukan pembaca blog. beberapa laporan dirujuk untuk menulis artikel ini dimana kos sevenar mungkin sudah banyak berubah pada tahun 2023 akibat pelbagai isu dunia yang mana banyak kos barang meningkat dengan ketara.


Aktiviti menuai hasil sarang burung walit dengan konsep 'r
ampasan' iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat walit bertelur akan diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak seterusnya. Lazimnya cara buang telur iaitu setelah walit bertelur dimana sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang lain atau dimasukkan kedalam inkubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamalkan dinegara jiran Indonesia kerana jumlah premis ternakan banyak disana tetapi kini sudah dilakukan juga di Malaysia. Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak walit akan dilepaskan untuk terbang. Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang. Kerja pemungutan sarang perlu dijalankan dengan teliti dan ada kemahiran khusus agar tidak merosakkan sarang dengan teruk. Sarang burung walit yang dikutip dikumpulkan dan dibawa balik untuk proses daripada proses pembersihan, pembungkusan dan penggredan sebelum dijual kepada peborong. Kerja membersihkan sarang burung walit adalah agak sukar dan perlu ketelitian dimana ini dilakukan secara manual. Hanya pekerja mahir yang ada kesabaran dan penglihatan baik mampu membuang kekotoran disarang burung walit ini sebelum digredkan mengikut kualiti. Penggunaan bahan terlarang untuk proses pembersihan sarang burung walit pernah dijadikan isu menghapang pengekspotan produk burung walit daripada menembusi pasaran antarabangsa terutama China dan Hong Kong.

Usaha penternakan burung walit adalah diantara beberapa bidangusaha yang mana ia perlukan koa awal paling tinggi atau pun kos permulaan modal tinggi dan risikonya juga tinggi. Kajian semula ada mendapati semenjak wabak pandemik Covid-19 dan perang Ukraine-Rusia berlaku ada banyak ketidaktentuan kos pembinaan rumah burung walit di Malaysia. Pembinaan b
angunan baru tidak termasuk tanah dengan ukuran standard 20’X60’ setinggi 3 tingkat sebelum ini sudah menelan belanja lebih daripada RM250,000 dimana harga tersebut pada tahun 2023 ini agak berubah dimana ia mungkin lebih tinggi lagi. Jika kesemua alatan dipasang maka harganya berbeza kerana ia perlu merujuk kepada harga semasa. Apa yang penulis blog buat tinjauan kalau sebelum ini anggaran kos untuk bangunan (RM70.00 sekaki persegi) adalah dikira dengan RM70/kaki X1,200 =RM84,000.00 X 3 tingkat iaitu sebanyak anggaran RM252,000.00 sudah boleh disemak semula. Kos untuk kelengkapan sistem Audio dan Alarm sistem dianggarkan sebanyak RM30,000.00 iaitu bagi menyediakan Kayu Papan (sirip) burung bersarang (kayu dari jenis meranti merah ), RM3,500 satu tan atau pun sekitar  RM3,500.00/tan  x 5 tan iaitu RM17,500.00. Keperluan utiliti seperti Elektrik dan Air sebanyak RM10,000.00 setahun. Ini menjadikan jumlah kos pengeluaran asas sebelum ini iaitu adalah sebanyak RM309,500.00 mungkin naik pada tahun 2023. Aset tetap berupa harta tetap bangunan dan semua alat kelengkapan atau material bernilai RM 309,500.00. Keperluan modal pusingan dalam setahun adalah kos tenaga buroh sebanyak RM 7,200.00 dan kos Eletrik dan air (RM 1,000) menjadikan jumlah sebelum ini jumlah kos Permulaan Setahun adalah RM 317,700.00 dan perlu disemak semula. Dari beberapa kajian mendapati anggaran hasil tahun pertama dari sarang burung walit (anggaran minima) sebanyak 0.5 kg (Bernilai RM 3,000/kg menjadikan anggaran pendapatan kasar sebanyak RM 1,500.00. Tahun ke 2 (4 kg X RM 3,500 iaitu bernilai RM 14,000.00), Tahun ke 3 (3.8kg X RM 4,200 iaituRM 33,600.00), Tahun ke 4 (20 kg X RM 4,200 iaitu bernilai RM 84,000.00), Tahun ke 5 (30kg X RM 4,500 iaitu sebanyak RM 135,000.00 dan Tahun ke 6 sebanyak 35kg (35 X RM 4,500 iaitu sebanyak RM 157,500.00). Jumlah anggaran keuntungan setahun berdasarkan cashflow tersebbut adalah pada tahun 1 sebanyak Negatif RM 316,200.00, tahun 2 (Negatif RM 302,200.00), Tahun 3 (Negatif RM 268,600.00), Taun 4 (Negatif RM 184,600.00), tahun Ke 5 (Negatif RM 49,600.00) dan pada Tahun ke 6 mula untung iaitu sebanyak Positif RM107,400.00 dan seterusnya. Bagaimana pun anggaran ini penulis blog percaya ia sudah banyak berubah pada tahun 2023 dimana dilaporkan pasaran produk sarang burung walit masih kukuh. Dilaporkan permintaan masih ada dimana penternakan burung walit industrinya juga masih kukuh selepas pandemik dan krisis dunia berlaku.


Merujuk kepada lamporan akhbar utusan.com dengan tajuk 'Industri Sarang Penyumbang Besar Ekonomi Negara' pada awal tahun 2022 menyatakan dimana industri sarang burung walet merupakan sektor berasaskan ternakan adalah antara penyumbang besar ekonomi negara. Terkini dilaporkan dimana nilai eksport produk ini telah mencecah 962 tan metrik dengan jumlah RM714 juta sehingga April lalu. Pohak kementerian nyatakan dimana perkara itu menunjukkan yang eksport komoditi itu terus kekal kukuh walaupun ketika saat negara masih mengharungi penularan pandemik Covid-19. Sebelum ini iaitu pada 2019 dimana jumlah eksport industri ini adalah sebanyak 5,654 tan metrik dengan nilai RM1.154 bilion manakala pada tahun lalu, jumlah eksport adalah sebanyak 3,640 tan metrik dan bernilai RM1.385 billion. Pihak kementerian sentiasa menggalakkan pengeksportan produk-produk sarang burung walet ke Iuar negara bagi meningkatkan nilai eksport produk dan daya saing industri ini secara keseluruhannya. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)  memaklumkan untuk memastikan operasi sektor tersebut tidak mengalami sebarang gangguan bagi menjamin kelangsungan rantaian ekonomi negara. Semuga industri ternakan burung walit di Malaysia akan terus kekal dan berkembang dimasa akan datang. Semuga artikek ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. 
Wasallam!...
BURUNG WALIT... HITAM WARNANYA...
DIBUAT SARANG... SELESA DALAMNYA...
KAWAL MUSUH...PASANG ALATNYA...
CUKUP MASA... KUTIP SARANGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
Room 325, Grand Court Hotel,
Jalan Maharajalela, Teluk Intan,
Perak, Malaysia.
(1 Safar 1436H)
Kemaskini di Melaka pada 3 Januari 2023.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.