TANAMAN KOPI (Coffea spp.) di Malaysia banyak terdapat di kawasan-kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan sedikit dibahagian Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak. Penulis dapati ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau pun secara selingan di kawasan-kawasan kelapa yang sedia ada. Berdasarkan laporan statistik Jabatan Pertanian 2013, terdapat seluas 5,667 hektar tanaman kopi dengan hasil sebanyak 16,608 metrik tan bernilai sebanyak RM10.83 juta yang majoriti ditanam di Johor, Selangor dan Perak. . Dari segi sejarah, tanaman kopi dikatakan berasal daripada kawasan Tropika di Benua Afrika dan kemudian ia dibawa ke Malaysia pada tahun 1779 dengan jenis Arabica merupakan jenis kopi yang mula-mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Kini penanaman kopi di Malaysia menjadi semakin kurang diminati oleh petani kerana banyak faktur. Antara fakturnya seperti pendapatan yang rendah disebabkan harga biji kopi yang rendah serta tidak menentu, kos memungut hasil yang tinggi dan saingan dengan tanaman gantian seperti kelapa sawit. Walau pun pada masa ini hanya kopi jenis Liberica (Coffea liberica) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia tetapi tahap pendapatan masih rendah. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta (Coffea robusta) pula ada dilaporkan ditanam di beberapa negeri sebelah Utara Semenanjung Malaysia. Setakat ini potensi tanaman kopi di Malaysia masih kurang memuaskan terutama dari segi pengeluarannya disebabkan oleh harga biji kopi yang tidak stabil. Ini juga menyebabkan perusahaan kopi tidak diusahakan secara komersil dan hanya secara kecil-kecilan sahaja. Harga kopi di pasaran tempatan adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi harga biji kopi ialah gred kopi, kaedah pemperosesan biji kopi dan marjin pemasaran. Faktor luaran pula ialah status penawaran dan permintaan di peringkat antarabangsa. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai jenis-jenis kopi yang ditanam untuk menghasilkan biji kopi bagi dijadikan serbuk kopi yang terdiri daripada pelbagai jenama.
Pemerhatian dan pengalaman penulis mendapati pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih akan mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia akan mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur 6 - 9 bulan selepas ditanam. Lazimnya buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak (Sila lihat foto disebelah kanan). Biasanya buah kopi yang dipetik dipanggil sebagai "Kopi Jambu" walau pun ia tidak ada kaitan dengan buah jambu. Buah kopi ini mengandungi dua biji "Kopi Beras" iaitu isi biji walaupun ada terdapat buah yang mempunyai satu biji sahaja yang dinamakan pea atau pun berry. Kopi jenis Liberica mengambil masa 8-13 bulan dari tarikh untuk pengeluaran bunga dan jangkamasa untuk masak. Dilaporkan juga kopi jenis Robusta pula mengambil masa antara 9-10 bulan untuk masak sebelum dipetik secara manual dengan tangan. Jenis kopi yang ada di tanam ini sangat banyak ragamnya. Bagaimana hanya empat jenis kopi yang diusahakan petani dan didagangkan secara komersil diseluruh dunia. Empat jenis kopi yang banyak diusahakan adalah jenis Kopi Arabika, Robusta, Liberica dan Excelsa. Laporan FAO menyatakan bahawa sebanyak 70% jenis kopi yang ditanam dan juga beredar di pasaran dunia adalah Kopi Arabika dan diikuti dengan jenis Kopi Robusta sebanyak 28% dan bakinya hanya 2% adalah Kopi Liberica dan Kopi Excelsa.
(4) KOPI EXCELSA
Kopi excelsa (Coffea excelsa) merupakan salah satu jenis tanaman kopi yang paling toleran terhadap ketinggian tanah atau dalam kata lain kopi untuk semua kawasan tanah. Jenis Kopi Excelsa hanya sedikit sumbangannya dalam industri kopi dunia kerana ia berkongsi dengan jenis kopi Liberica sebanyak 2% sahaja. Kopi ini sesuai ditanam dan tumbuh dengan baik didataran rendah mulai ketinggian 0 - 750 meter dari paras laut atau kawasan tanah rendah seperti sepanjang pantai. Apa yang istimewa mengenai kopi jenis ini adalah dimana kopi excelsa juga tahan terhadap suhu tinggi dan iklim agak kekeringan. Kopi jenis ini merupakan jenis kopi yang paling kurang popular ditanam dikalangan petani. Jika kita melihat kepada sifat semulajadi pokoknya dimana pokok kopi excelsa boleh tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Bentuk daunnya besar dan lebar dengan warna hijau kelabu sedikit. Kulit buahnya agak lembut dan boleh dikupas dengan mudah oleh tangan. Kopi excelsa memiliki tahap produktiviti sekitar antara 800-1,200 kg/ha/tahun. Bagaimana pun diantara kelebihan lain jenis kopi excelsa adalah dimana ia sesuai ditanam di atas tanah gambut. Di Indonesia dilaporkan kopi jenis excelsa hanya ditanam dikawasan khusus secara terbatas di Tanjung Jabung Barat, Jambi sahaja dan tidak berkembang kelokasi lain. Jenis kopi ini tidak ada dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia ditanam komersil oleh petani dalam negara. Pokok baka mungkin ada dibeberapa stesyen pertanian dan pusat penyelidikan berkaitan dengan tanaman kopi atau mungkin tiada lagi. Wasalam.
NAMA KOPI...KOPI EXCELSA...
KURANG POPULAR...KENAPA...
SATU KAWASAN...DIINDONESIA...
BACA ARTIKEL..NAK TAHU SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(23 Zulkaedah 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.