Monday, September 8, 2014

PLANT GEL - MENYIMPAN AIR (Part 1)


PLANT GEL atau Polimer Penyerap Air (GEL) atau dalam bahasa Inggeris dipanggi sebagai "Super Absorbent Polymer" (SAP) adalah sejenis bahan polimer yang dicipta untuk tujuan menyerap air dan kapasiti memegang air (water holding capacity) yang tinggi. Ia mampu menyimpan air berkali ganda lebih ratus kali ganda daripada berat asal polimer tersebut. Ia menyerap air menjadi gel dalam masa singkat sahaja. Lazimnya SAP ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Gred Hygiene, Gred Pertanian dan Gred Industri mengikut bidang kegunaannya. Fungsi utama bahan ini adalah untuk tujuan penyerapan dan penyimpanan air serta mengekalkan atau menghalang pengaliran cecair.  Penulis lebih berminat untuk membincangkan kepentingan polimer gel ini dalam bidang pertanian sesuai dengan kepakaran sedia ada. Polimer SAP ini sesuai digunakan sebagan bahan agen penyerap air meluas digunakan untuk sektor pertanian, perhutanan dan juga perkebunan (gardening). Penggunaan meluas dalam bidang agen pelembab, kot biji benih (seed coating), penanaman tanpa tanah (soil-less cultivation), rumput tiruan (artificial turf) dan penghalang kebakaran hutan adalah signifikan. Ia amat membantu sektor pertanian dalam menghadapi masalah kemarau berpanjangan terutama untuk pengeluaran bahan makanan utama. Malaysia umumnya merupakan sebuah negara tropika yang menerima banyak hujan sepanjang tahun dan cahaya matahari banyak untuk pertumbuhan tanaman. Bagaimana pun sering juga berlaku musim kemarau iaitu sekitar bulan Febuari- Mac dan Ogos-September setiap tahun dimana ianya menjejaskan pengeluaran bahan makanan. Belum ramai petani yang tahu teknologi penggunaan bahan SAP ini dalam bidang pertanian selain daripada dijadikan hiasan dalam bekas untuk pokok hiasan diletakkan diatas meja. Artikel petang Ahad ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis produl polimer gel yang mampu menyerap dan menyimpan air untuk kegunaan dalam bidang pertanian.

Bahan SAP ini memang hebat kerana ia mempunyai fungsi baru polimer untuk menyerap dan melepaskan air iaitu satu bentuk struktur yang khusus (mesh structure). Saintis menyamakan bahan ini sebagai 'empangan mini' yang juga mampu menyerap nutrien baja dan melepaskannya  secara perlahan untuk akar tumbuh-tumbuhan. Selain ia berfungsi dalam menyuburkan tanaman, ia juga dapat meningkatkan kesuburan tanah dengan membekalkan air, udara malahan nutrien. Dibawah ini saya akan terangkan penggunaan bahan polimer menyerap air ini untuk bidang pertanian. Pertama sekali dalam sektor tanaman, kadar dos sebanyak 15 - 30 kg per ekar SAP dicampur dengan biji benih tanaman makanan bijirin sebelum ditabur diatas tanah. Kajian dijalankan mendapati peratus percambahan biji benih meningkat berkali ganda berbanding jika tidak dibubuh SAP semasa menabur benih.  Kajian di USA dan Mongolia menunjukkan penanaman kentang yang menggunakan polimer SAP ini telah meningkat sebanyak dua kali ganda (kawasan kajian tanaman merupakan tanah yang kurang air). Teknologi biji benih iaitu 'Seed coating' juga telah mengamalkan penggunaan bahan SAP ini yang halus (saiz 0.3 mm atau kurang) sebagai coating biji benih. Ini membolehkan biji benih yang dirawat dengan SAP ini cepat bercambah, keseragaman masa tumbuh, tahan serangan penyakit dan sihat. Ini mampu mengurangkan kos pembelian bijibenih akibat peratus percambahan yang meningkat.

Dalam menguruskan tanaman landskap, penggunaan SAP ini amat signifikan. Bahan SAP ini sangat sesuai dijadikan bahan campuran media tanaman sama ada untuk tanaman indoor atau outdoor. Tanaman landskap terpilih seperti pokok berbunga, pokok renek, rumput, sayuran dan sebagainya sesuai ditanam dengan bahan polimer SAP. Ia menjimatkan kos menyiram, kurangkan penggunaan air, jimat tenaga kerja dan masa menjaga tanaman landskap tersebut. Ia juga mengurangkan risiko pokok dalam pasu daripada menjadi layu apabila tidak disiram kerana balik kampong selama beberapa hari atau beberapa minggu. Tanaman bunga akan terus berbunga apabila kita balik selepas bercuti dan pokok masih segar. Dalam padang golf pula ia dilaporkan amat singnifikan dalam menjimatkan kos pengairan padang rumput diantara 50-70% dengan penggunaan polimer GEL SAP ini. Apa tidaknya dengan menaburkan SAP pada permukaan padang rumput mampu menyimpan air dan mempastikan rumput diatas green eterus hijau. Kajian juga menunjukkan gel ini mempu menjimatkan baja untuk rumput sebenyak 30 - 50 % (Lihat foto disebelah). Aplikasi bahan gel ini telah lama dijalankan oleh banyak resort sebagai teknologi yang amat sesuai dilakukan. Dahuli saya ingatkan petugas dipadang dolf menabur baja urea diatas rumput seperti biasa tetapi rupanya mereka juga ada menaburkan polimer gel diatas kawasan rumput terutama dalam persediaan menghadapi musim kemarau berpanjangan.

Dalam pada itu penggunaan Polimer SAP ini sesuai untuk memelihara tahap kesuburan pokok besar. Peranan bahan SAP ini pada pokok besar (Sila lihat foto disebelah) amat signifikan kerana ia adalah seperti fungsi baja, racun serangga dan bahan growth regulator lain kerana air adalah penting untuk aktiviti tersebut. Ini kerana pembekalan air yang mencukupi untuk tanaman (sama ada ketika berbuah atau berbunga) secara berterusan adalah sangat penting terutama dimasa waktu kemarau. Kajian menunjukkan kadar penggunaan bahan SAP sebanyak 10 - 20 kg seekar sesuai untuk tumbuhan pokok peringkat tumbesaran bagi mengekalkan kadar 'survival' pokok kecil daripada ancaman kemarau dan kekurangan air. Sementara itu penulis mendapati bagi pokok yang telah matang, penggunaan polimer SAP bersama baja organik amat berkesan untuk menjamin kesuburan pokok berterusan. Cara amalan yang sesuai adalah mengan membuat lubang atau parit kecil (furrow) dibawah kanopi pokok dan meletakan baja organik yang bercampur dengan SAP didalamnya. Dibeberapa negara maju iaitu didalam penanaman epal, laichi dan anggur mereka mengamalkan teknologi ini dimana berjaya meningkatkan hasil buah-buahan dengan signifikan. Adakah teknologi ini boleh diaplikasikan dinegara kita dengan Pakej Amalan Teknologi yang lebih baik?. Penulis ingin melihat teknologii ini akan berkembang luas dimasa akan datang dengan kajian dan penelitian serta syor-syor lebih signifikan. Wasallam..!


PLANT GEL ... AIR DISIMPANNYA...
DALAM TANAH... AKAR SERAPNYA...
PRODUK IMPOT...  BELI DIMANA.. 
BACA ARTIKEL... DAPAT IDEANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(10 Zulkaedah 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.