UBI KAYU (Manihot esculenta) merupakan tanaman umbisi daripada keluarga Euphobiaceae yang penting di tanam di kawasan Asia Tenggara (ASEAN). Laporan daripada FAO menunjukkan pengeluaran ubi kayu didunia telah meningkat sebanyak 3.8% daripada sekitar 227 juta metrik tan pada tahun 2010 kepada sebanyak 255 juta metrik tan pada tahun 2013. Laporan yang saya rujuk juga menyatakan negara Asia dan Afrika menghasilkan sebanyak 80% daripada ubi kayu diseluruh dunia. Pengeluaran daripada negara-negara ASEAN pula menyumbang sebanyak 76 juta metrik tan dengan didominasi oleh negara Thailand dan Indonesia. Ia telah meningkat sebanyak 1.5% pada jangkamasa yang sama. Thailand dan Indonesia menghasilkan 75% daripada hasil ubi kayu di ASEAN dengan negara Malaysia dicatitkan mempunyai jumlah nilai produktiviti sehektar tertinggi melebihi purata hasil ubi kayu ASEAN. Beberapa negara iaitu Thailand, Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Laos PDR merupakan pengekspot ubi kayu dalam pasaran dunia. Berdasarkan laporan diatas menunjukkan bahawa industri tanaman ubi kayu masih merupakan tanaman penting di negara ASEAN yang sememangnya kawasan tropika sesuai untuk penanaman ubi kayu. Telah banyak inovasi mengenai pemprosesan ubi kayu untuk pelbagai prouk makanan dan lain-lain produk lain seperti produk kesihatan, kecantikan, biodiesel dan sebagainya. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai status pembangunan tanaman Ubi Kayu dalam ASEAN untuk dijadikan bahan rujukan dan tambah pengetahuan anda.
Thailand merupakan antara negara pengeluar utama ubi kayu utama di ASEAN disamping negara Indonesia. Terdapat seluas 1.18 hektar ubi kayu ditanam pada 2010 dan hasil telah meningkat kepada 1.33 juta hektar pada tahun 2013 di Thailand. Negara Thailand menghasilkan sebanyak 29,190,000 kg (29.19 juta mt) ubi kayu pada tahun 2013 (satu jumlah yang sangat banyak dibanding dengan hasil ubikayu Malaysia). Kini terdapat seramai 530,000 petani diseluruh Thailand yang aktif dalam penanman ubi kayu dengan kawasan penanaman di kawasan Timur Laut Thailand (Laluan Bangkok ke Pataya saya lihat banyak tanaman ubikayu dijalankan). Produktiviti penanaman ubi kayu di Thailand mencatatkan kadar hasil sebanyak 21.88 metrik tan sehektar dengan musim untuk penuaian ubi kayu sekitar Oktober - September setiap tahun (Bermakna dia ditanam 10-12 bulan lebih awal - Bulan November hingga Januari). Tanaman ubi kayu di Thailand adalah untuk 3 produk utama iaitu di buat Kerepek (Chip/pallet), Kanji (native and modified starch) dan juga dijadikan Ethanol. Ekspot utama produk ubi kayu mereka adalah ke China, Jepun dan Korea Selatan dengan nilai jutaan Baht.
Filipina pula mencatitkan seramai 217,000 petani terlibat dengan penanaman ubi kayu dengan keluasan sekitar 120,000 hektar CHE. Produktiviti tanaman ubi kayu di Filipina adalah sebanyak 10.23 mt sehektar dimana Penuaian ubi kayu di Filipina lazimnya pada sepanjang tahun. Seramai 15 juta rakyat Filipina makan ubi kayu setiap pagi untuk sarapan. Industri ubi kayu di Filipina dilaporkan masih ditahap rendah dengan produktiviti yang rendah, berskala kecil, ketiadaan varieti baik, kualiti produk ubi kayu yang rendah dan kurang sokongan kerajaan. Bagi negara Laos PDR pula, keluasan penanaman ubi kayu sebanyak 43,075 hektar dengan pengeluaran sebanyak 12.54 juta metrik tan pada tahun 2013 iaitu kenaikan sebanyak 10.6 juta metrik tan berbanding tahun 2012. Kadar produktiviti tanaman ubi kayu di Laos adalah sebanyak 30.09 mt sehektar. Pasaran ekspot ubi kayu dari Laos adalah negara China (berjiran sahaja). Antara masaalah tanaman ubi kayu di Laos adalah serangan oleh Serangga Pink Mealybug an juga Green Mealybug. Kerajaan Laos PDR menggalakkan penanaman ubi kayu dalam pelan pembangunan mereka. Saya berpeluang melawat Laos PGR 2 kali untuk berkursus dan memberikan ceramah teknikal kepada petani maju mereka beberapa tahun lepas.
Kemboja menanam seluas 421,375 hektar ubi kayu dalam tahun 2013 dengan pengeluaran hasil sebanyak 8 juta metrik tan. Penggunaan ubi kayu di Cambodia adalah untuk pembuatan Kerepek dan Kanji Basah yang diekspot ke China, Vietnam dan juga Thailand (Harga murah agaknya). Bagi negara Vietnam, penanaman ubi kayu merupakan satu industri yang penting dimana pada tahun 2013 seluas 547,780 hektar ubi kayu ditanam dengan anggaran jumlah penghasilan sebanyak 9.74 juta metrik tan (Sila lihat foto disebelah). Produktiviti ubi kayu di Vietnam adalah hanya 17.2 metrik tan sehektar dan ia digunakan sebagai bahan makanan, kerepek, membuat ethanol, kanji dan juga sebagai makanan haiwan. Pasaran ekspot utama adalah kenegara China dan Jepun. Malaysia pula hanya menanam 2,969 hektar ubi kayu pada tahun 2013 dengan hasil pengeluaran hanya sebanyak 25,450 metrik tan sahaja (Paling sedikit dikalangan negara-negara ASEAN yang saya bincangkan). Bagaimana pun hasil produktiviti ubi kayu di Malaysia agak tertinggi iaitu 27.5 metrik tan sehektar. Malaysia bagaimana pun mampu mengekspot produk dari ubi kayu dengan nilai RM0.854 juta ke Australia, USA, India, Hong Kong dan juga China dalam bentuk 'finish product'. Penanaman ubi kayu di Malaysia hanya banyak di Selangor dan Johor dan agak kurang ditanam di negeri-negeri lain di Malaysia. Artikel ini memberi info mengenai status industri tanaman ubi kayu di ASEAN daripada laporan khas dari persidangan Ubi Kayu ASEAN yang diadakan di Thailand pada Julai 2014 yang penulis terima untuk rujukan anda semua. Wasallam!.
INDUSTRI UBI KAYU..PENTING JUGA...
SATU DUNIA... 80% ASEAN-AFRIKA.,.
THAILAND BANYAK...DAN INDONESIA..
HANYA SEDIKIT...ADA DI MALAYSIA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Sg Blankan,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(22 Ramadan 1435H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.